Thursday, February 28, 2013

Gambar Eksklusif Syafiq Yusof Memenangi Anugerah Pengarah Harapan FFM25

Mak Dara dan Somi telah menghadiri Majlis Pembukaan Filem Festival Malaysia ke-25 (FFM25) yang diadakan malam tadi. Dan pada Malam Pembukaan FFM ke 25 malam ini telah juga diadakan penyampaian hadiah bagi Anugerah Cipta. Dan sebanyak 11 Anugerah Cipta telah disampaikan kepada para pemenang. Dan antara yang menerima hadiah malam semalam ialah Syafiq Yusof iaitu anak kepada Yusof Haslam dan dia telah menggondol Anugerah Pengarah Harapan untuk filem S.A.M.

Mak Dara duduk tidak jauh dari tempat duduk Syafiq, Yusof Haslam dan isterinya maka Mak Dara sempatlah snapkan beberapa keping gambar eksklusif semasa Syafiq dinobatkan sebagai pemenang.. 

Mengumumkan nama calon calon untuk kategori Anugerah Pengarah Harapan

Yusof Haslam memeluk Syafiq setelah dia dinobatkan sebagai pemenang



Syafiq mencium tangan ibunya sebelum menaiki pentas menerima anugerah

Syafiq menerima Anugerahnya


Syafiq memberi ucapan

Itulah antara gambar gambar yang sempat Mak Dara snapkan di saat saat Syafiq dinobatkan sebagai pemenang . Mak Dara pasti Abang Yusof Haslam dan isteri bangga dengan pencapaian anak mereka itu. 

Tahniah diucapkan kepada adik Syafiq Yusof kerana telah berjaya memenangi ANUGERAH PENGARAH HARAPAN.. Semoga adik dapat menghasilkan lebih banyak filem filem yang berkualiti dan terbaik di masa akan datang.. All the best...

Untuk melihat senarai dan gambar EKSKLUSIF 11 Pemenang Anugerah Cipta Filem Festival Malaysia ke-25 (FFM25) sila klik di SINI

Usop Wilcha dan Vaneeda Imran Pengacara Majlis Pembukaan FFM

As salam duhai teman.. Ni Mak Dara nak khaborkan tentang FFM yang ke 25. Al kisahnya Mak Dara dan Somi telah menghadiri Majlis Pembukaan Filem Festival Malaysia ke-25 (FFM25) yang diadakan malam tadi.Dan tak sah bagi mana mana majlis jika tiada pengacaranya kan.. Dan pada malam Majlis Pembukaan FFM 25 semalam majlis ini telah diacarakan oleh Usop Wilcha dan Vaneeda Imran. 



video


Usop Wilcha dan juga Vaneada Imran telah berjaya mengacarakan majlis itu dengan baik sekali.. Kuddos to both of you.. Ate suke Mak Dara dengor Abang Usop speaking Perak hehehehe... Memang terbaik...

Tak sabar pula rasanya untuk melihat gandingan antara Erra Fazira dan Fahrin Ahmad yang akan mengacarakan Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM 25) pada 2 Mac nanti.. Pasti meletops....


Gambar Eksklusif Pemenang Anugerah Cipta Filem Festival Malaysia ke-25 (FFM25)



Mak Dara dan Somi telah menghadiri Majlis Pembukaan Filem Festival Malaysia ke-25 (FFM25) yang diadakan malam tadi. Dan pada Malam Pembukaan FFM ke 25 malam ini telah juga diadakan penyampaian hadiah bagi Anugerah Cipta. Dan sebanyak 11 ANugerah Cipta telah disampaikan kepada para pemenang. Nak tahu Anugerah apa dan siapakah antara pemenang yang telah membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai itu, jom lihat gambar para pemenang yang Mak Dara snapkan dibawah ya.. 

Pemenang Anugerah Cipta FFM25
Poster Terbaik - SeaFood


Pereka Kostum/Busana - 29 Februari 
(Hasnan Yaaccob)
Lagu Tema Terbaik - Ombak Rindu 
(Nurzaidi Abdul Rahman)

Penataan Bunyi Terbaik - Bunohan 
(Raja Ahmad Shaidaley dan IMmaginex Studios)


Penataan Seni Terbaik - 
Bunohan (Dain Iskandar Said)

Skor Muzik Asal Terbaik - 
Bunohan (Imaginex Studios)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - 
Tee Jing Chen (Hantu Gangster)


Filem Pendek Terbaik - 
Sanzaru (Reservoir Productions Sdn Bhd)


Filem Animasi Terbaik - 
Ninja vs Pirate (The One Academy)


Pengarah Harapan - 
Syafiq Yusof (S.A.M)


Anugerah Penggiat Belakang Tabir - 
Link Pew Wah


Ya itulah senarai dan gambar gambar 11 pemenang bagi Anugerah Cipta yang telah disampaikan pada Malam Pembukaan FFM ke 25 malam tadi.. Anugerah Perdana FFM ke-25 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Sabtu ini dan festival anjuran Finas itu bakal menyaksikan 19 lagi

kategori dicalonkan. In Sya Allah Mak Dara dan somi akan ke majlis itu juga dan In Sya Allah Mak akan snap snap banyak gambar gambar semasa majlis itu berlangsung nanti ya...



Wednesday, February 27, 2013

Get set go!

Mak Dara baru saja siap bersiap. Dan sekarang Mak Dara akan keluar dari rumah dan menuju ke The Curve Damansara bagi menghadiri majlis Perasmian Festival Filem Malaysia ke 25..

Jika ada rakan blogger yg juga turut memeriahkan majlis ini harap kita dapat bertemu di sana nanti ya..

Get set... Go.....;)


Jemputan Ke Majlis Perasmian & Malam Anugerah Festival Filem Ke 25

As salam duhai teman . Tika dan saat ini Mak Dara berasa sangat teruja dan exited.. Kenapa? Kerana Mak Dara dan somi akan ke Majlis Perasmian Festival Filem Ke 25 yang akan berlangsung pada malam ini di South Circle eCurve Mutiara Damansara. 

Sebenarnya Somi Mak Martias Mohd Ali adalah salah seorang dari juri untuk FFM ke 25 ini . Dia menjadi juri untuk kategori filem pendek . Dan oleh kerana itu somi Mak menerima dua jemputan iaitu jemputan ke Majlis Perasmian Festival Filem yang akan berlangsung malam ini dan juga undangan ke Majlis MALAM ANUGERAH FFM25 yang akan berlangsung di PICC pada 2 mac nanti... 


Kad Undangan ke  Majlis Perasmian Festival Filem Ke 25


 Kad Undangan ke  Majlis MALAM ANUGERAH Festival Filem Ke 25

Ohhh soo exited tak sabar untuk ke pergi ke dua dua majlis ini.. Ada rakan blogger yang akan ke majlis ini malam ini? Harap harap kita dapat bertemu di sana nanti ya.... 

Tuesday, February 26, 2013

Nama Blogger Sebagai Nama Hero Dalam Drama HIJABISTA KAMPUNG


Sempena ulang tahun Anniversary kedua tahun blog BICARA MAK DARA pada 17hb Jan lalu. Mak Dara terpanggil untuk menyeponsor (sponsor) untuk sebuah pencarian yang diadakan oleh sebuah radio internet hebat yang menjadi fenomena di alam maya kini iaitu radio GOMOFM bersama sama deejay deejay hebat iaitu DJ KUBI, DJ KAK PAH , DJ RAFINA MIMI dj zara dan dj ct lain lain deejay yang hebat hebat belaka. GOMO FM telah mengadakan satu search atau pencarian untuk mencari bakat bakat baru dalam sesi "GOMOFM MENGHARGAI BAKAT ANDA" .

Pasti anda kini tertanya tanya apa yang Mak Dara nak sponsor pada pemenang bagi pencarian ini.. Hadiah wang tunai kah? Hadiah percutian kah? Sebenarnya bagi pemenang GOMOFM MENGHARGAI BAKAT ANDA, nama pemenang itu akan Mak Dara akan masukkan dalam skrip terbaru mak dara.. Bukan nama watak extra bukan nama watak pak pacak tetapi nama kepada watak HERO atau HEROIN dalam drama itu.. Haa amacam.. Ok tak hadiah sponsor Mak Dara ni? 

Akhirnya pemenang bagi "GOMOFM MENGHARGAI BAKAT ANDA" telah pun diumumkan oleh pihak GOMO FM iaitu Mohammad Samsudian . Mohammad Samsudian ini juga adalah seorang Blogger. Dan beliau merupakan pemilik blog BLOG SAJE SAJE 

gambar hak milik terpelihara Mohammad Samsudian

BLOG SAJE SAJE milik Mohammad Samsudian

Mak Dara telah memasukkan NAMA PEMENANG  Mohammad Samsudian atau lebih dikenali sebagai SAM sebagai nama WATAK UTAMA/HERO drama terbaru bertajuk  HIJABISTA KAMPUNG .  Skrip drama ini Mak Dara telah tulis bersama adik Mak Dara iaitu Adza Emie .  

Pelakon iaitu HERO yang membawa watak sebagai SAM ialah pelakon yang sedang hangat sekarang dengan filem JUVANA iaitu ADAM SHAH

ADAM SHAH pic by google
Drama ini telahpun tamat penggambarannya dua minggu yang lalu. Drama ini telah diterbitkan oleh En Jurey Rosli dan di arahkan oleh Encik Hazreen Hakim.

Adam Shah @SAM dalam satu babak HIJABISTA KAMPUNG
 
Kartina Aziz dalam drama Hijabista Kampung
Barisan pelakon HIJABISTA KAMPUNG
pic hak milik pengarah En Hazreen Hakim

Drama HIJABISTA KAMPUNG mengisahkan tentang.. Sebuah Kampung yang mempunyai dua tukang jahit yang handal. Dan konflik tiba setiap kali hari raya dimana kedua dua tukang jahit akan berebut mendapatkan tempahan baju raya terbanyak .. Drama ini akan ditayangkan pada Hari Raya Aidilftri tahun ini . Fuhh tak sabar untuk menonton drama komedi ini. 

Akhir sekali tahniah diucapkan kepada adik Mohammad Samsudian kerana telah menjadi juara GOMOFM MENGHARGAI BAKAT ANDA . Dan jutaan terima kasih kepada pihak GOMO FM terutama nya kepada DJ KPah kerana sudi bekerjasama dengan saya . Harap harap lepas ni dapat masukkan bukan saja nama para blogger tetapi para blogger sendiri dalam sebuah drama Mak Dara suatu hari nanti.. Kompom meriah uols....


Jom Tonton Jelajah Rasa Etnik





Assalam duhai teman.. Kepada teman teman mak dara kalau free free tu tontonlah sebuah rancangan Masakan bertajuk JELAJAH SELERA ETNIK PAMOGA yang akan di siarkan di TV3 setiap hari selalsa jam 11:30 pagi iaitu sebentar saja nanti..  Serina Redzuawan iaitu anak kepada Chef Wan menjadi pengacaranya bersama sama dengan Chef El Hadi iaitu Chef daro Morocco. Skrip untuk rancangan ini ditulis oleh Mak Dara dan juga adik Mak Dara Adza Nasyaemie..

Pada yang berada di pejabat dan tak ada TV anda boleh menonton TV3 secara live streaming di link di bawah. 

Mak Dara benar benar mengharapkan agar semua teman teman dapat menonton dan support rancangan ini ya.. Terima kasih semuaaaaaaaaa dan selamat menonton  ;)

Monday, February 25, 2013

"PROJEK BIKIN HANTARAN" Berjaya!

Pot pet pot pet sambil tangan berjalan disambung lagi dengan pot pet pot pet akhirnya sedar sedar saja jam dah menunjukkan pukul 4 pagi dan syukur alhamdullilah ""PROJEK BIKIN HANTARAN" pertunangan untuk adik tunggal lelaki Mak Dara si ADZA EDIE IZWAN akhirnya BERJAYA! Syukur alhamdullilah...

Memang semalam planingnya hanya untuk membeli tepak bekas hantaran sahaja . Maka Mak Dara serta adik adik mak iaitu Adza Edie, Adza Rina, Adza Emie dan sominya Zainal telah ke Nilai iaitu pusat jualan hantaran terbesar. Kami ke sana hingga pukul 10 malam semalam dan tiba pukul 11 di rumah. Sesampai di rumah ingat nak buat lah tepak hantaran semampu kami dalam kepala plan maybe boleh siapkan dua ke tiga tepak hantaran je.. Tup tup seronok dan exited nak terima adik ipor punya pasal jangankan tepak aje yang siap.. dengan sekali 6 hantaran pun kami siapkan.. Sampai kami sendiri tak percaya bila tengok semua dah siap.. Aiseymen majlis tunang pada 23hb Mac depan apa mau bikin lagi bila semuanya dah siap.. Ahhh kita goyang kaki aje lah lepas ni hehe

Adza Rina dan Mak Dara sedang bikin hantaran


Haaa amacam cantek tak hantaran dari pihak kami? Ada yang nak tempah? hehehe

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK