Sunday, March 31, 2013

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

As Salam duhai teman. Masa yang dinantikan 
telahpun tiba Mak Dara ingin menganjurkan 
MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER


Mak Dara nak buat satu GA yang sangat simple, sempoi dan tak semput untuk disertai oleh semua rakan Blogers.  Nama GA gah semacam je kan mestilah kerana ia se gah 56 hadiah yg telah ditaja oleh 30 org sponsor. Ya benar!! Sebanyak 60 buah hadiah hadiah hebat sedang menanti untuk dimenangi!!! Semua hadiah tersebut adalah ikhlas dan tajaan daripada 30 penaja dan juga teman bloggers Mak Dara.Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap seorang dari 30 penaja yang sudi untuk sponsor hadiah hadiah yang sungguh awesome ini. Jadiii.. Anda rasa bertuah? Moh nengok syarat syaratnya ya..

1. Follow Blog Bicara Mak Dara
2. Buat entri dengan tajuk 
"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"
3. Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry dan Linkkan Ke sini .
4. Copy paste senarai penaja di bawah ke dalam entry anda itu.
5 .Tag 3 Orang Rakan Anda Untuk Menyertai GA Ini. (Dan mereka harus tahu akan GA ini)
6. Setelah selesai sila tinggalkan Url link entry di kotak komen di bawah ya..


Satu Giveaway, 30 Penaja, 
60 Hadiah, Siapakah Yang Bertuah?
MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER 
by Mak Dara

Tarikh tutup pada 31hb Mac 2013 
12 Tengah Malam


Satu Jam Saja!

As salam duhai teman.. Syukur alhamdullilah setelah berlangsungnya giveaway Malaysia's Next Top Lucky Blogger Mak dara telah menerima sambutan yang sungguh hebat dari para penaja dan juga dari peserta.. Seramai 30 penaja yang sungguh bermurah hati untuk menaja giveaway dari Mak Dara ini dan seramai 316 penyertaan telah Mak Dara terima sehingga saat ini . Kini... tinggal satu jam sahaja lagi sebelum Giveaway MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara akan ditutup dengan rasminya tepat jam 12:00 tengah malam ini...


Dikesempatan ini Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 30 penaja yang sangat AWESOME kerana sudi menaja giveaway Mak Dara ini. Mereka adalah...


SheilaSalim,MrsVelentine,PuanGojes,MasZull,SeneoritaBaharin,Hazmanakaspecies1980,NadiaFarahida,Keyme,mamahannybunny,SiMatatajam,DayangDeno,AimanAziz,SuWaRaEntertainment,BetaKupu,SyidaRasyida,HanaMaroo,DatinTyka,ShimaMazlan,MimeMF,ZamaniAbe,MrsValentine,NormiNieza,SayaSukaGelak,CTCHEERY,ERAY,AYUJEAN,Lynn Si Pipi Merah,Kesuma Angsana,Kyle Kesha,Mohd Ridzwan


Malaysia's Next Top Lucky Blogger Hadiah kini Semakin Meningkat! Terdapat perubahan kepada hadiah yang ditawarkan oleh pihak penaja . Beberapa hari yang lalu seorang penaja iaitu blogger Ridzwan telah menambahkan hadiahnya dari satu menjadi 3. Dan sebentar tadi mak dara ada menerima inbox message dan email dari blogger Zamani dan Aiman menganai perubahan dan penambahan hadiah dari mereka.


email dari Aiman


                           Inbox msg dari Zamani

Terima kasih kepada Zamani dan Aiman atas penambahan dan perubahan hadiah hadiah tajaan dari anda.. Mak Dara amat amat hargainya.. Insyaallah Mak dara akan updatekan senarai hadiah yang bakal dimenangi oleh peserta nanti In Sya Allah.. Ok akhir kata pada yang belum sempat nak join tu boleh le cepat cepat join ya..


Lama Tak Tulis Cerita Hantu Seram

Hmmmm asyik asyik citer kelakor.. Asyik asyik komedi dan kebelakangan ni mak banyak hasilkan skrip untuk rancangan masakan dan cerita penyiasatan pula.. Dah berzaman rasanya Mak Dara tak hasilkan skrip bergenre hantu dan seram.. Kalau anda nak tahu Mak ada menulis beberapa skrip drama hantu dan seram antaranya drama bersiri NEK NAK dan SAKA dan banyak lagi..


Drama bersiri 13 episod NEK NAK (musim pertama) ASTRO RIA

Drama bersiri 13 episod NEK NAK (musim kedua) ASTRO RIA

Drama bersiri 13 episod RADIO  (musim kedua) -ASTRO RIA

Memang bermacam macam pengalaman masa mak dara menulis cerita cerita seram ni.. Yang paling tak dapat mak lupakan ialah cerita NEK NAK iaitu sebuah kisah benar yang telah mak adaptasikan menjadi sebuah drama. Semasa sesi penulisan skrip itu mak didatangi "pelawat tak diundang" iaitu "watak sebenar" yg mak ambil kisahnya itu dan sejak kejadian tu terus mak berhenti dari menulis cerita seram..

Salah satu lagi pengalaman yang mak tak dapat lupa ialah ketika mak menulis skrip drama SAKA. Mak buat research dan telah ke Thailand dan bertemu dengan pembela SAKA itu sendiri. Mak siap interview dia macam mana dia boleh bela saka, cara dia kasi makan saka tu, cara dia jaga saka tu.. Ingat lagi masa orang siam tu nak tunjukkan mak dan somi saka yg dibelanya tu.. Walaweiii meremang bulu tengkuk dibuatnya . Mak dan somi menolak dengan cara baik dan minta supaya dia berjanji bahawa sakanya tidak "muncul" atau mengganggu kami selama kami berada di rumahnya sehingga habis kami interview dan pulang dari rumahnya.. 

Drama bersiri 13 episod SAKA -ASTRO RIA

trailer drama bersiri SAKA

Haaa jangan ingat kerja sebagai penulis skrip ni mudah... Mak bukan jenis penulis yang pakai hantam aje apa yang nak ditulis.. Mak dah diajar oleh cikgu dan guru penulisan mak termasuk somi mak sendiri walau apa pun yang nak dijadikan skrip harus lah ada research.. research.. research..  Hmmm tetiba mood untuk menulis cerita seram kembali.. dan kali ni mak nak tulis mengenai "QORIN".. hmmmmm akan kah terlaksana.. In Sya Allah...


Saturday, March 30, 2013

Timeline Facebook Berubah Wajah Lagi

Adessss asyik bertukor tukor je lah timeline Facebook ni.. Ada yang perasan akan perubahan ini ada yang tak perasan langsung.. Mak pulak baru perasan jap tadi hehe. Hmmm masih ingat lagi kekecohan masa Facebook kenalkan timeline terbaru.. Ramai yang tak suka.. Sampai ada tutorial untuk dapatkan balik timeline facebook yang lama.. Kalau tak percaya cuba search keyword ni "cara tukar facebook baru ke lama" di google, berderettttt keluar tutorial tu. Belum habis Qatam timeline yang baru tu sekarang bertukar lagi hahaha adess..


sekarang semua mengenai "about" dan "life event akan berada di sebelah kiri. Dan semua yang lain akan berada di sebelah kanan.


Page "About" yang terbaru ni akan memudahkan kepada teman anda untuk melihat apa yang anda suka dan minati (katanye..)


Sekarang segala yang anda minati lebih teratur kepada beberapa bahagian. Cuma edit bahagian privasi anda.

Hmmm overall bagi Mak Dara satu perubahan yang baik.. Not bad jugak pembaharuan ni.. Sekarang mata kita tak jadi speedo sangat nengok kanan nengok kiri untuk lihat wall post yang bercampur aduk.. Lagipun kalau keadaan di timeline lama tu berpanjangan mau juling itik semua pengguna facebook ni hahaha.. Tapi itu pendapat Mak Dara la.. Pendapat anda macam mana pulak.. Kompom nanti akan keluar banyakkkk tutorial baru untuk dapatkan timeline lama semula hehe.. Apa apapun tepuk dada tanya selera...


Friday, March 29, 2013

Episod Satu Selesai Syukur Alhamdullilah

Syukur alhamdullilah episod Pertama drama bersiri bertajuk OPERASI D6 hasil skrip Mak Dara serta Adza nasyaemie (adik MD) dan Martias Ali (somi MD) telah selesai disiarkan di kaca tv di siaran TV2 sebentar lagi... Fuhhh memang nebesss setiap kali karya karya hasil skrip tulisan Mak Dara dan team mak dara disiarkan di kaca tv. Namun alhamdullilah selesai juga episod satu....

Ada tak yang menonton drama OPERASI D6 ini sebentar tadi? apa pendapat anda? Bagi yg tak berkesempatan menonton drama ni tak usah khuatir kerana terdapat 12 episod lagi akan ditayangkan .

Memang mak dara akui ini antara skrip drama palinggggg sukar kami hasilkan kerana ia melibatkan pihak berkuasa dan banyakkkkk protokol harus dimasukkan dalam skrip itu. Bukan macam skrip skrip drama mak yang lain pakai hantammm je nak masukkan babak apa apa sekali pun.. Kali ini skrip kami dipantau dan perlu mendapat green light dari banyak pihak sebelum ia boleh menjalani penggambaran. Menulis skrip ini membuka mata kami bertapa sukarnya menjadi seorang pegawai SPRM bagi membanteras jenayah rasuah.. Memang salute habis kepada setiap seorang mereka yang sanggup mengorbankan segalanya demi keselamatan negara. Salute SPRM!!

Jangan lupa saksikan drama OPERASI D6 episod kedua setiap Jumaat jam 9malam di RTM2 ya ;)





From Vietnam With Love

Waduhh hati tiba tiba menjadi terharu dan sayu tatkala melihat satu wall post di wall facebook Mak Dara . 

wall post oleh somi mak ke Fb wall Mak Dara

Rupanya somi mak ada hantarkan poscard untuk Mak Dara dari Vietnam semalam. Ohhh sweetnya laki den... 

Kekadang kan.. bila berjauhan lelama pon best jugak.. Barulah ada rasa kerinduan dan keromatisannya.. Dah berzamannnnn rasanya mak tak terima poscard atau surat dari somi mak ni.. Yang selalu si posmen ngantor ke post box rumah mak tak habis habis bil ayor, bil letrik, bil astro.. Sesekali dapat poscard macam ni terasa macam masa tengoh berdatim dolu dolu aje.. ahaks..

Hmmm tak sabor nunggu poscard tu sampei ke ghumoh.. Apa agaknye yang ditulis oleh somi mak gamaknye ye hehe #modegedikactivated ;p

OPERASI D6 - Kisah Petugas SPRM

As salam duhai teman.. Ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu bahawa pekerjaan Mak Dara selain meroyan di blog adalah seorang penulis skrip drama.. Mak telah menghasilkan lebih 67 buah skrip drama dan juga drama bersiri yang telah pun ditayangkan di kaca TV.. 

Dan terbaru sebuah drama bersiri yang Mak Dara tulis bersama adik Mak Dara iaitu Adza Nasyaemie dan somi Mak Martias Ali iaitu sebuah drama bersiri 13 episod berjudul OPERASI D6 akan mula ditayangkan di kaca TV anda mulai MALAM INI!!!

promo drama OPERASI D6

Drama OPERASI D6 ini berkisar tentang ketangkasan Pegawai SPRM menggunakan prinsip Bebas, Telus dan Professional dalam menjalankan tugas memerangi Rasuah. Menampilkan pelakon hebat masa kini Qazem Noor, Hairie Sazwan dan penyanyi Aurora Salwa. Sebuah lagi kerjasama SPRM/RTM dalam menerbitkan naskah aksi dalam menyebarluaskan mesej pencegahan rasuah..

Tontonlah drama OPERASI D6 yang akan menemui kaca TV anda di siaran RTM2 setiap hari Jumaat jam 9 malam bermula pada 29 mac (malam ini) .. Selamat menonton..


Thursday, March 28, 2013

Malaysia's Next Top Lucky Blogger - Hadiah Semakin Meningkat!

As salam duhai teman.. Syukur alhamdullilah setelah berlangsungnya giveaway Malaysia's Next Top Lucky Blogger Mak dara telah menerima sambutan yang sungguh hebat dari para penaja dan juga dari peserta.. Seramai 30 penaja yang sungguh bermurah hati untuk menaja giveaway dari Mak Dara ini dan seramai 276 penyertaan telah Mak Dara terima sehingga pagi ini dan diharapkan agar GA ini dapat melepasi penyertaan angka ke 300 sebelum tarikh tutup pada 31hb Mac 2013 nanti In Sya Allah..


Mak Dara agak sibuk minggu lepas kerana majlis pertunangan adik Mak Dara Adza Edie yang berlangsung di Johor dan hari ini barulah Mak berkesempatan untuk check email dan sebagainya.. Dan mak sungguh teruja apabila menerima satu email dari salah seorang penaja GA ini iaitu blogger Ridzwan.

email dari Ridzwan

Oh Mak Gayah.. Ini bermakna terdapat penambahan bilangan hadiah daripada 58 kepada 60 buah hadiahhhhhhhh!!!! Terima kasih dik Ridzwan. Fuhhhhhhh 60 buah hadiah.. Mak rasa ini adalah GA mak dara terbesar pernah Mak Dara anjurkan . Mak Dara takkan dapat melakukan semua ini tanpa para penaja penaja yang ikhlas dan baik hati itu. Jutaan terima kasih mak ucapkan kepada..


Anda adalah para penaja dan insan yang sangat AWESOME!! Hanya tuhan saja yang dapat membalas keikhlasan anda itu.. Sayang korang ketat ketat...

Ok pada yang tak tahu dan belum join GA  Malaysia's Next Top Lucky Blogger  jangan lepaskan peluang untuk merebut 60 hadiah istemewa dari 30 penaja yang Hebat.. Klik di SINI untuk menyertainya.. Good luck

Satu Giveaway, 30 Penaja, 
60 Hadiah, Siapakah Yang Bertuah?
MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER 
by Mak Dara



Wednesday, March 27, 2013

KEJIWANGAN TAHAP GABAN



2 minggu dah berlalu.. 2 minggu tanpa somi di sisi.. Tinggal 2 minggu lagi sebelum somi mak pulang dari shootingnya di LAOS, CAMBODIA, VIETNAM dan THAILAND. Purata penggambaran siri rancangan KEMBARA BACKPACKERS - MOJI yang diarahkan oleh somi mak dara itu dianggarkan mengambil masa selama sebulan. mmm sunyinya takde sapa mak dara nak kacau dan nyakat.. Nyakat anak anak diorang akhirnya nanges so simpan ajelah sesi menyakat tu  sampai somi mak pulang bulan depan. Hmmmmm... Sehingga kepulangan mu itu.........


Ku setia menanti.....

Wahahahaha kejiwangan tahap gaban dah ni hahahahaha. Eeuuuwwwww kompommmmm ramai muntah pink lepas baca entry ini hahahaha adessssssssss. lalalala.....

Blog MD Ranking Alexa Malaysia Di Bawah 500

Oh Mak Gayah! Betul ke ni!!

Ish takkan la kot.... Tak mungkin .. Mungkin Tidak!

Pengsan patblas saat.. pastu bangun jap.. nengok lagi.. pengsan balik patblas minit..bangun pekena roti bakaq dan milo suam pastu nengok lagi.. (cehhh sempat bekfes dulu tu haha) pastu mak cubit peha kanan tapi peha kiri mak tak rasa apa apa pun.. tak boleh jadi, Mak ingat nak pegi cubit pulak peha jiran sebelah rumah mak dara.. aaaaa tapi tak berani buatlah karang tindakan tu mengundang penampor je karang .. Lepas habis semua drama tu mak nengok balik ke skrin pc mak ni.. ehhhh memang betul lah... Mataku tidak speedo.. Memang betul apa yang terpampang depan mata ku ini. Tak salah lagi.. Blog Bicara Mak Dara yang meroyan ini berada di Ranking Alexa Malaysia di bawah 500 !!


Yezzzzzzzzzaaaaaaaa hahahahaha

Syukur alhamdullilah.. Berkat kerja keras dan meroyan yang tahap dewa akhirnya Mak Dara dapat menempatkan blog picisan dan tepian kolam ini di bawah #500 di ranking Alexa Malaysia.. tapi itu dalam Malaysia lah kalau overall ranking beratus ribu lemon....


Alexa Traffic Rank - 106,233
Alexa Malaysia - 490

Ini ranking setakat hari ni je.. esok lusa entah le naik ke turun.. Namun Mak akan cuba sedaya upaya mak untuk maintainkannya In Sya Allah..Mak Dara nak ucapkan jutaan terima kasih kepada setiap seorang AHLI MESYUARAT TINGKAP MAK DARA, setiap pembaca yang tak henti henti melayan royanan di entry entry Mak Dara selama ini. Dan Mak Dara nak ucapkan jutaan bilionan terima kasih kepada GURU mak dara iaitu blogger MIA LIANA yang menjadi mentor dan guru Mak Dara selama ini hingga blog ini berada di tahap ini.. Terima kasih Mia kerana tak putus putus mengsupport akak dan juga blog akak selama ni.. Jutaan terima kasih juga kepada Denaihati dan Che Mat Gebu atas trafik yang tak putus putus dari blog anda ..Hanya tuhan saja yang dapat membalasnya.. I'm sooo blessed to have a friend like you.. walawei spekaing the london bridge hehe.. Terima kasih Miaaaaaaaaaa...

Sayang korang ketat ketat hehe...

pssttt psstttt.. Nak tahu Ranking Alexa blog anda? boleh klik di SINI ya..




Tuesday, March 26, 2013

Aku Terima Tunangnya...

Tiba tiba tangan menjadi berpeluh peluh.. Sudah ku sapu dengan tisu yang semakin ronyok namun masih belum mahu berhenti. Hati pulak berdebar debar bila mahu melangkah masuk ke kamar itu.. Masanya telah tiba kini untuk aku menyarungkan cincin ke jari manis seorang gadis yang sedari tadi menunggu untuk mengubah statusnya dari solo kepada tunangan orang... Fuhhh dengan lafas Bismilah ku sarungkan cincin ke jari manis gadis yang bernama Shieffa....

Mak Dara menyarungkan cincin merisik

Mak Dara menyarungkan cincin tunang

Aku Terima Tunangnya...

Yeay... Welcome to the familyyyyyy..

Bila tersarung saja cincin itu maka sahlah PERTUNANGAN itu. Syukur alhamdullilah. Amin.. Fuhhhh itulah pengalaman Mak Dara tatkala menyarungkan cincin ke jari bakal adik ipar Mak Dara dalam majlis pertunangan antara adik Mak Dara Adza Edie dan pasangannya Shieffa.. Ini adalah first time mak dara jadi bidan terjun buat benda sarung sarung cincin semua ni.. Ini kerana Ibu Mak Dara tidak sihat dan tak dapat hadir ke majlis pertunangan anak tunggal lelakinya di Masai Johor itu.. Dan kakak sulung Mak Dara iaitu Adza Adzriyati juga tak dapat hadir kerana menjaga ibu Mak Dara itu. Maka mak dara selaku anak kedua dalam keluarga terpaksa memikul tanggung jawap untuk melangsungkan pertunangan itu.

Sedih memang sedih tapi dengan izin dan redha dari Ibu maka kami terpaksa meneruskan majlis walau tanpa Ibu di sisi.. Hmmm Beginilah rasanya nanti bila mak dara menyarungkan cincin tunang kepada bakal menantu Mak Dara nanti ek.. Dan lepas aje dah settle bergelar tunangan kepada adik mak.. apalagi masa untuk bergambar dengan bakal bakal ipor le..

Shieffa bersama Adza Tutyrianti

Shieffa bersama Adza Rinawati

Shieffa bersama Adza Nasyaemie

Shieffa tunangan kepada Adza Edie Izwan

ladies of ADZA FAMILY

Rombongan Mak Dara :)

Maafle jika mak dara banyak update entry mengenai pertuangan adik Mak Dara ni ye.. Almaklumlah dialah satu satunya adik lelaki Mak Dara dan Shieffa ni lah satu satunya bakal adik ipor perempuan keluarga kami so ke"exited"an nya melebih sikit hehe..

Shieffa... Welcome to the family...

Hmmm tiba tiba Mak Dara dapat satu idea untuk skrip drama terbaru Mak Dara dan tajuk skrip terbaru Mak Dara itu...

Aku Terima Tunangnya...

Amacam? Ok tak? hehe kalau dah nama penulis skrip tu semua perkara terjadi dalam hidup tu nak dijadikan drama kan.. haha


Monday, March 25, 2013

Happy Birthday Buat Blogger "UNCLE GEDEK"

Mak Dara & Uncle Gedek
(tgh cuba snap pic style Uncle Gedek haha)

SELAMAT HARI JADI..
SELAMAT HARI JADI..
SELAMAT HARI JADI BUAT UNCLE GEDEK..
SELAMAT HARI JADI..

Selamat Hari jadi buat teman blogger UNCLE GEDEK.. Dengar khabor ini adalah harijadinya yang ke..... 17 kannn hehehe... 

Haaaa pada siapa yang tak kenal UNCLE GEDEK ni memang rugiiiiiiiii leeeer.. Uncle Gedek adalah pemilik kepada blog LIFE BEGINS AT FORTY dan merupakan blogger yang sangat kreatip, imaginatip, inovatip.. errr motip? hehe motip mak dara bukan saja saja nak puji atau "kipas" ye.. Memang mak dara amat mengkagumi beliau dan blognya sejak mak dara mula buka blog lagi.. 

Dan hari ini merupakan hari jadi beliau.. Moh le ramai ramai gi terjah ke blog Uncle Gedek dan menyanyikan lagu selamat buat beliau.. Moh kita terjah http://blogbeginsatforty.com/!!

Buat Uncle Gedek Happy Birthday dan semoga teruskan berblogging ya.. 

Sunday, March 24, 2013

Adza Edie Sah Kini Tunangan Orang

Syukur alhamdullilah.. Adik Mak Dara Adza Esie kini sah bergelar tunangan kepada pasangannya Shiffa. Majlis berlansung dengan lancarnya si rumah Shieffa di Masai Johor petang tadi.

Sayangnya ibu mak dara tidak aihat maka dia tak dapat hadir ke majlis ini jadinya mak dara jadi bidan terjun dan mewakili ibu mak dara dalam sesi menyaringkan cincin.. Waduhhh nebesss dibuatnya nak sarungkan cincin di jari bakal adik ipar tu namun control cun je dan akhirnya semua majlis selamat berlangsung..

Selamat bertunang kepada adikku Adza Edie dan Shieffa...


Rombongan Kak Ton Ke Johor

As salam duhai teman.. Comey tak Kak Tonnn hahaha meroyan di pagi hari.. Ok skrg mak dara dan keluarga aedang bersiap siap bertolak ke Johor untuk ke majlis pertunangan adik Mak Dara Adza Edie dengan pasangannya Shieffa.

Doakan semoga segala urusan pertunangan ini dipermudahkan ya.. Ok lah semua Kak Ton minta diri dulu yaaa... Tatatititutu







THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK