Tuesday, April 30, 2013

MAK DARA DITAJA FEREENA BEAUTY

Betul ke tak ni.. Tak ke betul ni.. Dah puas dicubit pipi, cubit hidung, cubit kening cubit daguku yang terbelah tu ececee nak jugak mension dagu terbelah tu kan #semuainipoyo hahaha. Dan memang betul lah bagai yang dilihat didepan mata berupa sebuah kotak yang diterima dari POS MALAYSIA sebentar tadi.. APAKAH IA??

surpriseeee...

opening ceremony

Tadaaaaa produk kecantikan dari FEREENA BEAUTY

BARANGAN PRODUK KECANTIKAN DARI FEREENA BEAUTY!!!Syukur alhamdullilah Mak Dara mendapat tajaan dari sebuah syarikat kecantikan iaitu FEREENA BEAUTY. Sebenarnya Mak Dara telah pun menerima tawaran dari Ielly Yaacub iaitu seorang stokis bagi produk FEREENA BEAUTY. Katanya dia mahu Mak Dara review produk produk kecantikkan itu. Ini merupakan kali ketiga Blog Bicara Mak Dara diminta untuk membuat SPONSORED POST. Rasa sungguh terharu kerana blog picisan lagi meroyan Mak Dara ini diberi kepercayaan oleh syarikat yang besar besar seperti ini untuk mereview produk mereka sekali gus ingin beriklan di blog ini. Oh terasa diriku sungguh berharga hehe.. Ok moh kita lihat barangan yang telah dihantar kepada Mak dara oleh Ielly ya..

Puteri 2 (Slimming Capsule)

Aqua Tea (Slimming Tea)

FER’WHITE - utk Kulit Cerah & Cantik

V-Shape lotion

FER’SKIN

BUKAN satu, BUKAN dua, BUKAN tiga... tapi Mak Dara menerima 5 PRODUK daripada Ielly iaitu produk Puteri 2 (Slimming Capsule), Aqua Tea (Slimming Tea), FER’WHITE - utk Kulit Cerah & Cantik ,FER’SKIN dan FER’WHITE untuk kecerahan dan kecantikkan kulit.

Jutaan terima kasih kepada Ielly Yaacub dan FEREENA BEAUTY atas tajaan ini. Ok entry ini hanyalah intro dan pengenalan aje dari Mak Dara mengenai produk FEREENA BEAUTY ini. Nantikan entry entry istimewa Mak Dara dalam review kelima lima produk ini nanti.. Tungguuuuuuuuuu...

nota: syukur alhamdullilah rezeki untuk blog http://www.bicaramakdara.com/ untuk tahun 2013. Amin..


Monday, April 29, 2013

Shooting Sedang Berlangsung

Pada tika dan saat ini sedang berlangsungnya penggambaran atau shooting di bilik anak bujang mak dara. Rancangan yang sedang di shoot di rumah mak dara ini bertajuk KEMBARA BACKPACKERS BERSAMA NAZRI ARSHAD..

kejap lagi diorang akan shoot di ruang tamu rumah mak dara pulak.. Rancangan ini diarahkan oleh somi mak Martias Ali dan pengacanya ialah Nazri Arshad..

Ok mak nak sambung nengok siorang shoot.. Nanti mak kasi update tentang shooting ni lagi ye...


Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Shooting Di Rumah Mak Dara

As salam duhai teman .. Mungkin ada yang tahu dan mungkin juga ada antara teman yang belum tahu tentang somi mak dara yang mengarahkan sebuah rancangan travelog bertajuk KEMBARA BACKPACKERS bersama NAZRI ARSHAD . Sebuah rancangan untuk ditayangkan di RTM dan sebanyak 13 episod kesemuanya.

Somi mak dara telahpun menjalankan penggambaran selama sebulan bersama krew krew dan pengacara rancangan ini iaitu adik Nazri Arshad di beberapa buah negara iaitu Vietnam, Thailand dan Cambodia . Kini mereka akan sambung lagi shooting di beberapa negeri di Malaysia dannnnn kemungkinan besar rumah mak dara akan dijadikan salah satu dari lokasi shooting untuk rancangan ini. Tapi tak tahu pulak bila.. Katanya esok.. Apa apapun mak akan updatekan tentangnya nanti ya.. Fuhh esok nak kena kemasssss rumahhh wahaha...


Sunday, April 28, 2013

Al Fatihah Buat Arwah Bapa Saudaraku

Pada petang tadi Mak Dara telah dikejutkan panggilan yang memaklumkan pakcik saya, Md Zainudin Darus, iaitu abang kepada emak saya Zaleha Darus, telah kembali kerahmatullah pada petang tadi.. Tergamam apabila menerima berita sedih itu kerana mak ada kata yang dia asyik teringat akan arwah dalam seminggu ni. Dan katanya bila dia sihat nanti dia nak hubungi arwah. Namun hajat mak untuk bertemu dengan abangnya tidak kesampaian.. ternyata tuhan lebih menyayanginya.. 

allahyarham Pakcik Din 

Kepada auntieku Siti Hawa Choo Abdullah, dan my cousin Amin dan Safiah salam takziah dari kami sekeluarga . Be strong ya.. We really and do understand the feeling.. kami akan menyusul ke Taiping esok Insya allah.. 

Kami akan merinduimu Pakcik Din. Semoga Allah memberkatimu di SANA. Dan semoga rohmu diletakkan di kalangan orang orang yang beriman... Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali. Semoga Allah mengurniakan kita Husnul Khatimah (kesudahan yang baik) dan menuju Jannah. Insya-Allah. AL FATIHAH...


Saturday, April 27, 2013

3 HAL DALAM HIDUP


Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu 
2. Kata-kata 
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :

1. Kemarahan 
2. Keangkuhan
3. Dendam 

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :

1. Harapan 
2. Keikhlasan 
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :

1. Kasih Sayang 
2. Cinta 
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :

1. Kekayaan 
2. Kejayaan 
3. Mimpi 

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :

1. Komitmen 
2. Ketulusan 
3. Kerja keras 

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :

1. Tekad 
2. Kemahuan 
3. Fokus 

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :

1. Rezeki 
2. Umur 
3. Jodoh 

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :

1. Tua 
2. Sakit 
3. Kematian. 


Ya اللّه swt, sahabatku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..

Thursday, April 25, 2013

Lintas Langsung Live Dari Al Kader

Malam ni Mak Dara berlintas langsung secara live dari Restoran Al Kader wangsa maju yang letaknya hanya tiga minit je dari rumah Mak Dara. Alang alang kat sini ada wifi apalagi terus lah menghupdate entry hehe

Sebenarnya somi mak ada meeting dengan teman baiknya Abang Ikhlas Redzuan kat sini. Jadi dibawaknya mak dara dan anak anak untuk makan malam sekali di sini tapi kami dok table asing asinglah.. Tak nak semeja karang tak jadi diorang nak bincang pasal projek drama diorang yang terbaru bila kena layan kerenah dan drama anak anak kami ni pulak haha..

Ok mak sambung makan dulu ya.. Tatatititu.. Selamat malam...


Ciri Terbaru di FACEBOOK

Terdapat ciri ciri terbaru yang telah ditambah di FACEBOOK. Ada yang perasan akan perubahan ini ada yang tak perasan langsung.. Mak pulak baru perasan sebentar tadi hehe. Moh Mak Dara kongsikan apa yang telah ditambah oleh facebook itu ya.. Let's take the tour..


Sekarang kita dapat search teman atau apa saja di kotak tab search terbaru di facebook


menggunakan ungkapan yang mudah untuk meneroka 
mana mana hubungan

Sekarang kita boleh type untuk mencari sesiapa , tempat mahupun apa saja

button pun dah bertukar tempat

Jadi itulah antara feature atau ciri ciri terbaru yang telah ditambah oleh pihak FACEBOOK. Hmmm overall bagi Mak Dara satu perubahan yang baik.. Not bad jugak pembaharuan ni.. Dengan adanya ciri ciri terbaru ini senang untuk kita search kawan kawan, tempat atau apa saja.. Anda dah mengalami perubahan di Facebook ini?


Wednesday, April 24, 2013

RANCANGAN MASAKAN DARI MAK DARA

As salam duhai teman.. Maaf Mak Dara nak mohon maaf jika Mak Dara agak jarang mengupdate mahupun membalas kunjungan kalian semua.. Mak Dara sedang dalam proses mengejar dateline bagi menyiapkan dua buah proposal rancangan masakan . Satu untuk stesten TV RTM dan sebuah lagi proposal untuk di hantar ke TVi. Salah satu dari proposal itu bertajuk...

Fuh agak lama jugak mak tak tulis proposal mahupun skrip untuk rancangan masakan ni.. Karya skrip terakhir rancangan masakan yang Mak dara tulis dan dah pun ditayangkan di TV adalah rancangan bertajuk JELAJAH RASA ETNIK dan  PERJALANAN HIJRAHKU. Satu mengenai resepi kaum kaum etnik yang dapat di seluruh Malaysia dan satu lagi rancangan mengenai resepi bagi para mualaf setelah memeluk islam.
promo rancangan JELAJAH RASA ETNIK PAMOGA


Serina sdg mengacarakan rancangan Perjalanan Hijrahku

Kali ini Mak Dara sekali lagi bergabung idea dan bekerja di bawah syarikat YKS SDN BHD iaitu sebuah syarikat milik Pengarah Abang Yusof Kelana dan juga Serina anak kepada Chef Wan.. Dan ini merupakan rancangan masakan ketiga dan keempat dari Mak Dara melalui syarikat penerbitan mereka.Serina memang punyai banyak idea . Kalau duduk meeting bersamanya memang seronok kerana dapat banyak idea dari beliau dan semua ideanya memang original dan memang totally lain dari yang lain.. 

Ok lah mak tak boleh bebel lama lama di sini.. Tik tok tik tok.. masa untuk mengejar dateline.. Kena siapkan secepat mungkin.. Doakan agar semua berjalan lancar ya.. Amin...


Tuesday, April 23, 2013

Anda Diumpat? Ucapkan Syukur Alhamdullilah

Pagi pagi bila dah selesai bab sekolah anak anak, bab rumah dan apa apa yang patut, mak teruskanlah rutin mak dengan berfesbuk , bertwitter berinstagram dan seterusnya berblogging.. Dan semasa dok sakan scroll newsfeesd di facebook mak terpanggil untuk membaca dan seterusnya kongsikan dengan anda satu petikan kata kata menarik dari teman facebook Mak Dara ini.. Yang berkaitan dengan MENGUMPAT. Mari Mak Dara kongsikan bersama anda ya...


sumber facebook

Anda pernah diumpat? Jangan cepat melenting apabila anda diumpat sebaliknya ucapkan Syukur alhamdullilah.. :)


Monday, April 22, 2013

Pusat Pengajian AL BAGHDADI

As salam duhai teman... Hari ni Mak Dara nak ceritakan tentang AL BAGHDADI. Pernah dengar tentang Al Baghdadi? Pasti ada yang pernah dan ada juga yang tak pernah dengar langsung kan. Ok Al Baghdadi sebenarnya adalah sebuah pusat pengajian Al Quran.

Haaa Mak masih teringat lagi time mengaji dulu dulu tu masih je sekolah rendah lepas tu belajar dengan jiran sebelah rumah.. Dah tu pulak belajar dengan hampir berbelas belas lagi budak budak kat kampung tu.. Bila makcik tu baca semua main pakai ikut je.. Ada yang betul ada yang hanya main buka mulut walau suara langsung tak keluar haha.. Kalau tak datang mengaji dan terlepas beberapa surah tapi bila datang terus je sambung mengaji seperti yang lain lain. Tup tup sedar sedar dah habis khatam walaupun anda tak mendalami atau tak faham apa yang dibaca? Perkara ini terjadi pada anda? Perkara ni terjadi pada Mak dara sebenarnya. Maka walaupun dah kertu dan masuk usia senja nan merah namun Mak Dara rasa masih belum terlambat untuk ulang mengaji balik.. Mak terpanggil untuk masuk Pusat Pengajian Al Baghdadi yang bertempat di kawasan rumah Mak Dara di Wangsa Maju ni. Dan mak join bersama anak mak dara Adza Haiqal dan adik adik Mak Dara iaitu Adza Tuty dan Adza Rina untuk turut sertai kursus intensif Al Baghdadi selama tiga bulan sahaja. Tak lama kannnn...

  
Mak dara dan adik Mak Adza Tuty

Ustaz belum datang lagi hehe

Mak bersama Adza Tuty dan Adza Rina

Anak mak Adza Haiqal sedang kusyuk hehe

Dah selesai belajar masa untuk break kejap

pantry di Pusat Al Baghdadi memang selesa

Semoga dengan mengikuti kursus intensif selama tiga bulan ini berjalan dengan lancar In Sya Allah.. So moral of the story di sini ialah.. Walau dah kertu.. walau dah beranak pinak.. walau dah bercucu cicit... Jangan malu untuk menuntut ilmu.. :)


EKSKLUSIF - Mak Dara Bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak

As salam duhai teman.. Waduh rupa rupanya masih ada entry yang berada di draft yang belum mak publish kan. Ok Akhirnya kita bertemu di entry ke tiga PART3 ini. Sebelum ini entry bertajuk Mak Dara Ke Kediaman Rasmi Perdana Menteri Di "Sri Perdana" Putrajaya dan entry Majlis Beramah Mesra YAB Perdana Menteri Malaysia Bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air - PART 2. Dalam entry itu Mak Dara telah kongsikan apa yang telah berlaku di majlis yang telah Mak Dara dan somi hadiri semalam bersama sama hampir 1000 penggiat seni tanah air kita. Dan di entry terakhir ini pula Mak Dara nak kongsikan pengalaman dan gambar Mak Dara bertemu dengan YAB Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Seri Najib dalam sesi tandatangan bersama tetamu

tengah beratur tunggu turn huhu nervous

Di depan Mak dara Pak Hamid Gurkha sedang bertemu PM

Kini tiba giliran Mak Dara bertemu PM
(grrrr gambar blurrrr)

Pm tengah sign buku Mak dara 

Giliran somi Mak Dara pula (berbaju oren sorry gambar blurr hehe)

somi mak dan PM


Yaaa akhirnya dapat juga Mak dara bertemu Perdana Menteri kita buat kali keduanya. Kali pertama Mak dara bertemu beliau ialah di Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara beberapa tahun yang lalu. Namun nebes tetap nebes... Setelah selesai sesi tandatangan itu Mak Dara dan somi terus pegi minum petang yang telah disediakan.


Kemudian sebelum pulang sempat lah Mak Dara snap snap gambor di situ. Ye lah bukan senang nak masuk ke kediaman rasmi ni kan. Peluang macam ni susah dapat hehe..

 

 

  

Dan itu sajalah yang Mak Dara nak kongsikan bersama anda semua...

Nota: Entry ini bukan entry politik atau entry nak suruh korang ngundi sesiapa. Entry ini hanyalah satu perkongsian pengalaman Mak Dara di Majlis Beramah Mesra YAB Perdana Menteri Malysia Datuk Seri Najib Tun Razak Bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air yang berlangsung di Kediaman Rasmi Perdana Menteri "Sri Perdana" Putrajaya tak lama dahulu. Itu sahaja.. Sila jangan dipolitikkan entry ini terima kasih.. (adesss siap kena buat nota pulak kan.. Almaklumlah sekarang ni semua pun nak dipolitikkan peninggg tau huhu) Mak hormati siapapun pilihan anda . Jadi hormat menghormatilah antara kita ya.. So peace no war ya :)


Sunday, April 21, 2013

Sekali Sekala Dating Apa Salahnya?

Hari Ahad tiba lagi.. Ya.. Hari ni hampir semua orang akan meluangkan masa bersama keluarga dan juga yang tersayang... Pada yang bujang trang tang tang pasti akan bersama kawan kawan, gopren atau boipren memasingkan.. Dan mostly bagi yang dah berumahtangga pasti masa ini akan diluangkan bersama anak anak..

Hmmmm pada hari ni mak dah plan something dah.. Siang mak dan somi nak ajak anak jalan jalan cari makan dan spent time dengan mereka.. Dan malamnya pulaaaa mak nak ngajak somi mak gi dating berdua aje.. Rasanya nak ajak tengok wayang kot..Sekali sekala dating dengan somi atau isteri apa salahnya kan... Dedolu masa tengah sakan bercinta hari hari ngajak dating dah lepas berbelas tahun kawen perkataan tu pun dah jarang jarang.. kadang kadang je kedengaran kan.. takmo takmo takmo lah macam gitu.. Sekali sekala somi isteri kena juga luangkan masa berdua kannnn... Dan pada anak anak tu kasi chance le pada ibu bapa anda nak gi dating sekali sekala jangan asyik nak kepit bawah ketiak mak bapak je memanjang ya.. Mana tau anda bakal dapat adik lagi.. Opssss wahahaha angin meroyan sudah datang... 

meroyan bersama somi di pagi ahad hahaha

Ok lah.. Wahai somiku Martias Ali.. Mana mau lariiiiii.. Jom datinggggg!!! hehehe kesian somiku yang dapat bini macam daku ini ... nasib lah lalalala hehehehe


Saturday, April 20, 2013

BEN ASHAARI dan WEECLICKS

BEN ASHAARI

As salam duhai teman.. Haaa pepagi ni Mak Dara nak join segmen dari adik Ben Ashaari.. Rasanya dah lama Ben tak buat segmen.. So bila dia dah buat ni jangan lepaskan peluang untuk sertainya kannn...

Tanya Ben:KENAPAKAH ANDA NAK MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET INI ?

Terus terang Mak Dara katakan di sini bahawa Mak Dara sebenarnya tidaklah terlalu mengharapkan pendapatan melalui internet.. Mak Dara benar benar ikhlas untuk berblogging memang kerana my passion dalam bidang penulisan yang amat amat mendalam.. Rasanya Mak Dara tak dapat hidup sekiranya sehari tidak menulis skrip drama mahupun menulis blog.. Rasa tak senang duduk jadinya. Namun sekiranya ada rezeki yang diterima melalui internet akan mak dara panjatkan kesyukuran dan akan Mak Dara terima dengan akaun bank yang terbuka hehe.. Kata orang rezeki jangan ditolak.. Musuh jangan tak cari.. errr dicari.. 

Segmen ni ditutup jam 5 petang 20/4/2013 . Jom cepat cepat join. Sila klik di SINI untuk sertainya..

Friday, April 19, 2013

Jom Tonton OPERASI D6 Di RTM2


As salam duhai teman.. Ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu bahawa pekerjaan Mak Dara selain meroyan di blog adalah seorang penulis skrip drama.. Mak telah menghasilkan lebih 67 buah skrip drama dan juga drama bersiri yang telah pun ditayangkan di kaca TV.. 

Dan sekarang yang sedang ditayangkan di RTM2 pada tika dan saat ini ialah sebuah drama bersiri yang Mak Dara tulis bersama adik Mak Dara iaitu Adza Nasyaemie dan somi Mak Martias Ali iaitu sebuah drama 13 episod berjudul OPERASI D6 .





Drama OPERASI D6 sedang ditayangkan di RTM2 sekarang.. Anda boleh tonton secara live streaming dan hanya perlu klik di link di bawah.. 


Tontonlah drama OPERASI D6 di RTM2 setiap hari Jumaat jam 9 malam Selamat menonton..



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK