Friday, May 31, 2013

Mak Dara Dimasukkan Ke Hospital Damai

Assalammualaikum. Di sini saya Adza Emie adik kepada Adza Irdawati atau anda lebih mengenali beliau dengan nama mak dara kini dirawad di Hospital Damai Speacialist Melawati kerana mengidap demam denggi. Baru sahaja anaknya Adza Danial haiqal mengidap Demam Kencing Tikus kini gilirannya pulak mendapatkan rawatan.

Beliau meminta saya tulis entry ini supaya para pembacanya tahu akan keadaan dirinya. Beliau kirim salam pada anda semua. Doakan semoga beliau cepat sembuh. Saya mewakili kakak saya ingin berterima kasih kepada anda kerana amat mengambil berat akan kakak saya. Beliau amat menghargainya..


Sunday, May 26, 2013

Selamat Malam Sayangku

Hari ini merupakan hari kelima anak mak dara di hospital.. Pada pagi doc kata yang keadaan anak mak dara dan virus demam kencing tikus yang dihidap anak mak dara dah stabil.. Tapi bila petang tadi anak mak dara mengadu sakit dan sejukk yang amat sangat.. badannya ada menggigil juga walaupun sikit tapi amat merisaukan mak dan somi. Dia kemudian dirawat oleh doktor bertugas.. Dan dia terus tidur sejak tadi.

Malam ini somi mak dara akan menemani Haiqal untuk hari kedua.. Kalau ikutkan hati memang nak temankan haiqal tapi mak harus jaga tiga lagi anak mak dara di rumah tu. Namun walaupun rasa sayu dan sedih memikirkan satu satunya anak teruna mak di hospital namun mak tahu bahawa dia berada di bawah jagaan doktor doktor yang sangat bagus.  Ditambah dengan doa doa yang tak putus putus dari kalian insyaa allah Eqal akan bertambah sihat hendaknya. Semoga eqal berada di bawah perlindunganNya..

Terima kasih semua atas keprihatinan anda pada perkembangan anak mak ni ya.. Sayanggg korangggg

Kepada eqal.. Selamat malam sayanggg.. Besok mama datang jumpa eqal ya insyaa allah..


Saturday, May 25, 2013

Anak Mak Dara Mengidap Demam Kecing Tikus

Setelah 4 hari bawa anak Mak Dara, Adza Haiqal berulang alik di Hospital Ampang dan check up dan check darah berkali kali kerana dikatakan mengidap demam denggi akhirnya hari ni doktor mengatakan bahawa anak mak sebenarnya mengidap demam kencing tikus.. Masyaallah bagai luruh jantung ni.. semoga anak mama cepat sembuh ya sayang.. Sayu rasa lihat biliknya yg sunyi tak bertuan malam ini.. Mama sayanggg eqal...



Friday, May 24, 2013

PANDORA Oleh ACIK TOPI

PANDORA? Apa pulak benda PANDORA ni.. Pada yang dah tahu tu pasti tahu apakah PANDORA yang Mak Dara habaq mai ni..Ok PANDORA ni sebenaqnya adalah GELANG TANGAN. Gelang tangan Pandora merupakan aksesori paling terkenal pada masa la ni.. Pi mana mana pun boleh nampak orang pakai Pandora. Kiranya very in trend sekarang. Gelang Pandora ni memang unik kerana si pemakai boleh mencipta rekaan gelang tangan mengikut kehendak mereka dengan mengabadikan memori berdasarkan rekaan ‘charms’ yang dibeli. Kiranya boleh pilih charm apa yang disukai dan boleh mix dan macthkan mereka menjadi gelang yang mere mahukan. 

Mak Dara ada juga niat nak beli gelang Pandora ni tapi harganya mak aihhh mahallllll. Dan rupa rupanya Kakak Angkat Mak Dara Kak Maizura ada menjual gelang Pandora ini tapi yang imitation punyalah.. Eh imitation pun cantik tauuuu... Kalau nak tahu Kak Maizura ni pun blogger jugak namun dalam dunia blogger dia dipanggil ACIK TOPI, ini disebabkan trademark beliau yang suka memakai topi itu hehehe.. Bila Mak Dara nak beli dari beliau dia terus kata dia sponsor Mak Dara sebuah gelang pandora.. Waduhhhhhh Mak Dara di sponsor uolsss.. Moh mak dara kongsikan gambar gambar gelang gelang PANDORA yang dijual oleh Acik Topi ni ya.. Alang alang dah ada di sini boleh cuci cuci mata , mana tahu ada yang berkenan boleh terus hubungi Kak Maizura ni kan.. Jomm...

 

  

 

 

Haaaa rambang mata dibuatnya kannnn.. Memang cantik dan sungguh awesome sekali.. Haa jika ada yang berkenan bolehlah hubungi acik topi Ye nombor tertera di bawah ini :)


   

Haa bambaq kat atas tu pulak adalah gambaq Mak Dan Kak Maizura bersama PANDORA hadiah sponsor darinya .. Macam tau tau aje warna kesukaan Mak dara ni warna putih.. Sukaaa sangatttt gelang ni siap ada loveee lagi hehe..Pada yang nak dapatkan gelang PANDORA ni bolehlah hubungi Kak Maizura di talian 0166020774 atau hubungi Qin 0193861933. Atau nak lagi senang boleh je terus PM ke FB beliau @ https://www.facebook.com/maizura.adnan?fref=tsHari ni merupakan hari jadi Kak Maizura, kalau hubungi dia hari ni mesti boleh dapat harga diskaunnn hehehe.. Beli jangan tak beli memang berbaloi baloi..

Buat Kak Mai.. Selamat Hari Jadi kakak ku.. Semoga diberikan kesihatan dan kebahagian buat Kak Mai dan juga keluarga.. Stay gorgeous always k. Nanti jangan lupa untuk sponsor I lagi tau hehe..Luvsss ya sistah..


Thursday, May 23, 2013

GA dan Gathering Para Bloggers! Nak Join?

Syukur syukur alhamdullilah... Baru baru ini Mak dara telah ditawarkan oleh satu pihak (nama harus dirahsiakan dahulu) untuk mempromosikan sesuatu yang hebat. Ia berkaitan dengan dunia perfileman juga. Namun mak tak boleh nak expose apa apa lagi cuma nak kongsikan kegembiraan ini bersama sama anda rakan rakan blogger sekalian. Kerana pihak mereka mahu Mak Dara mengumpulkan seramai blogger yang mungkin untuk satu GA dan seterusnya mengadakan satu gathering untuk para blogger semua.. Part gathering yang buatkan Mak Dara rasa terujaaaa sesangat tu.. Ye lah boleh bertemu dengan uols semua.. Asyik bertemu di alam maya aje.. Nak juga bertemu di alam nyata kannnn...

Namun oleh kerana event ni agak besar Mak Dara telah meminta pendapat dan pertolongan dari teman baik Mak Dara iaitu blogger hebat Mia Liana, Bro Framestones dan Mak Lady untuk sama sama membantu Mak dara merangka kertas kerja itu.. Syukur alhamdullilah mereka sudi sama sama mahu membantu :) Maka semalam kami pun buatlah meeting di Wangsa Walk...

dari kiri Mia Liana , Iera , Bro Framestone , 
MD dan Mak Lady

Memang seronok brainstorming dengan blogger blogger otai sepertiMak Lady, Mia dan Bro ni.. Mereka memang hebat dalam bab bab event ni . Bila Mia, Bro dan Mak Lady sudi untuk membantu, mak rasa sungguh terharu sekali. Doakan agar projek kami ini dipermudahkan dan berjalan lancar ye.. Kalau semua kertas kerja dipersetujui mak akan pasti akan umumkannya tungguuuuuuuuu...

Mak dara benar benar mengharapkan sokongan setiap sorang dari anda.. Harap anda support dan join GA dan Gathering yang bakal diadakan nanti ya. Jap nak kembungkan pipi, muncungkan mulut kasi comey sikit hehe... Haa comey tak kak ton wahahaha. Jangan lupa untuk support kami nanti ya.. cayanggggg uols..To Mia, Bro Framestone dan Mak Lady terima kasih kerana sudi join dalam projek ni. Semoga projek kita ini berjaya insyaallah.. 

Pssttt pssttt... Alang alang dah baca entry mak ni.. Saja nak khaborkan yang sebentar lagi akan dutayangkan drama bersiri bertajuk PLANET KIARA di TV3 jam 6:30 petang ni// Skrip oleh Mak Dara, Martias Ali, Ayuni dan Adza EMie.. Kalau free free tu tontonlah ye.. Boleh juga ditonton di live streaming @ http://live.tonton.com.my/livetv/#tv3 !!



Meroyan Bersama Mia Liana Dan Sate

Dia datang dengan lenggang lenggoknya.. Dia datang... teng teng teng.. Haaaaa nampak tak angin meroyan dah datang dengan sepoi sepoi bahasa.. Tengok tajuk entry mak ni pun dah boleh agak kan ahaks.. Haaa maunya Mak Dara tak meroyan bila tagteam meroyan si Mia Liana datang melawat Mak di rumah. 

Mia merupakan teman blogger yang palinggggggg rapat dengan Mak Dara. Dan Mak anggap Mia macam ahli keluarga Mak sendiri.. Memang seronok bila ada geng yang satu kepala ni dan boleh melayan kerenah meroyan mak hehe..

Malam tu kami bersembang sambil makan makan sate yang somi Mak Dara beli di SATAY STATION AMPANG . Memang lebih sedap dan lebih besor berbanding dengan Sate kajang.. Itu pendapat Mak dara lah.. Lain orang lain rasanya kan.. 


Dalam dok sembang tu sempat juga Mak Dara bincangkan dengan Mia tentang tawaran satu projek untuk para blogger.. Wahh tak sabar untuk buat event bersama blogger tu nanti.. Haaaa nanti mak umumkan ye apakah event yang mak maksudkan tu dan mak harap semua dapat sertainya ya...

Berbalik pada Mia... Memang seronok tiap kali Mia datang ke rumah Mak Dara.. Macam macam ilmu tentang blogging akan Mia kongsikan dengan Mak Dara.. Mia memang sorang yang tidak lokek tentang ilmu dan pertolongan.. Mak rasa sangat bertuah dipertemukan dengan insan bernama MIA LIANA... syukur alhamdullilah.. semoga persahabatan kita berkekalan selamanya Insyaa Allah.... 

Pstttt mak teringin nak jumpa anda dan teman teman blogger yang lain juga.. Tapi ada ke yang sudi nak jumpa mak yang senget ni hehehe


Wednesday, May 22, 2013

Sah Demam Denggi!

Hari ini merupakan hari kedua Mak Dara membawa anak mak dara Adza Haiqal untuk follow up dan check up di Hospital Ampang. Semalam darah Haiqal dan diambil dan hari ini keputusannya dah keluar. Dan memang sah Haiqal mengidap demam denggi! Namun syukur alhamdullilah mak dan somi cepat membawa haiqal ke hospital dan demam denggi itu dalam tahap baru dan masih dalam keadaan terkawal. Namun yang merisaukan kami bila diberitahu bahawa suhu badan haiqal sangat tinggi iaitu 39.2. Dan satu lagi yang merisaukan ialah apabila diberitahu darah putih dalam badan eqal berkurangan. Namun oleh kerana doktor merasakan Haiqal masih dalam keadaan terkawal maka dia membenarkan haiqal untuk pulang dan tak perlu ditahan di wad.

Esok mak harus bawa haiqal untuk check up lagi dan darahnya harus diambil lagi. Begitulah keadaannya sampai Haiqal baik dari demam denggi..

Bila lihat keadaan anak yang sakit dan tak bermaya buatkan mak berharap agar semua sakitnya dapat diberikan pada mak.. Sedih tengok wajah haiqal yang letih tu .. Sabar ye nak.. Insyaa allah tak lama lagi baiklah demam denggi ni .. Sekarang kena rajin rajin minum air 100plus dan makan nasi dan sup ketam agar cepat sembuh ya...


WW : No Comment ;)


Tuesday, May 21, 2013

JOM MENONTON DRAMA PLANET KIARA!

As salam duhai teman.. Pernah dengar tentang drama bersiri PLANET KIARA yang telah ditayangkan di TV3 tak lama dulu? Yaaa drama ini skripnya oleh somi Mak Martias Ali, adik Mak Adza Nasyaemie, teman Mak Ayuni Zamani dan Adza Irdawati iaitu Mak Dara sendiri tau.... Kalau ada yang terlepas untuk menonton drama ini dulu, bolehlah menonton drama ini sekarang, kerana pihak TV3 telah mengulang tayang drama ini 3 kali seminggu . Ya drama PLANET KIARA akan ditayangkan pada setiap hari SELASA, RABU dan KHAMIS pada jam 6:30 petang!!!


Teaser 1 - Drama Planet Kiara Musim 1 (Ulang Tayang)

Selamat menonton drama bersiri bertajuk Planet Kiara yang akan ditayangkan di TV3 sebentar lagi jam 6:30 petang 

Pada yang berada di pejabat atau diluar dan tak dapat menonton rancangan ini di kaca TV anda.. Anda dapat menonton secara live streaming hanya klik saja di link  dibawah untuk menonton secara live streaming ok :)


Mak Dara benar benar mengharapkan agar semua teman teman dapat menonton dan support drama bersiri PLANET KIARA ini .. Selamat menonton semua :)


Syukur Alhamdullilah

As salam duhai teman.. Mak nak khaborkan tentang update anak mak . setelah anak bujang Mak si Adza Haiqal diperiksa dan setelah keputusan darahnya diterima doktor benarkan Haiqal pulang ke rumah bersama ubat ubatan. Doktor benarkan dia balik dan tak ditahan dihospital namun doktor menyuruh Haiqal untuk datang ke hospital esok dan hari seterusnya sehinggalah haiqal baik dari demam tu.. Ini bagi mereka untuk monitor keadaan dan demam haiqal sehingga sembuh. Syukur alhamdullilah .

Sekarang masa untuk balik dan biarkan haiqal rehat secukupnya. Dan semoga lepas check up kedua di hospital esok Eqal dah bertambah sembuh hendaknya..
Mak nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua anda atas doa doa dan ucapan anda untuk anak mak dara itu. Terima kasih banyak banyak mak benar benar hargainya.. Terharu nak dibuatnya... Tenkiuuuuu semuaaaaaa....

Mak tulis entry ni masa dalam perjalanan pulang dari hospital.. Kesiannya bila mak toleh dan lihat keadaan eqal yang duduk di belakang tu.. Sabar ye intan payung mama.. Kejap lagi kita sampai rumah ya....




Sepetang Di Hospital Ampang

Setelah berhari hari demam anak teruna Mak Dara si Adza Haiqal tak kebah kebah walaupun dah dapatkan rawatan di klinik namun masih tiada perubahan maka mak dara dan somi telah membawa Haiqal ke Hospital Ampang. Di sana doktor mensyaki haiqal demam denggi maka mereka telah mengambil darah haiqal untuk blood test dan terus mendapatkan rawatan intensif..

Kami masih menunggu keputusan ujian darahnya itu.. Semoga dipermudahkan semuanya insyaa allah...


Intan Payungku..

Hari ini dah masuk hari ketiga intan payung mak dara si Adza Haiqal demam.. Ke klinik sudah.. Cucuk pun sudah.. Makan ubat sudah.. Tiba tiba teringat akan jiran mak yang ada kena demam denggi.. Terus mak suruh Haiqal minum air 100plus berbotol botol dan juga makan sup ketam bebanyak.. Tapi demam anak teruna mak sorang ni tak jugak kebah kebah..

Apa lagi somi mak bawa Haiqal ke Hospital Ampang.. Lebih baik ke hospital boleh check dengan lebih terperinci..

Doakan agar anak mak cepat sembuh ya...


Monday, May 20, 2013

Nasi Ambeng Oh Nasi Ambeng

Waduh waduh waduhhhhhhh... Perut gue dah makin maju kehadapan nih.. Gimana ni ibuk ibuk bapak bapak sekalian.. Waduhhh ini semua gara gara penangan nasi ambeng yang gue makan sebentar tadi.. Haaaa terus meroyan jawa sekejap Mak Dara lepas pekena nasi ambeng sebentar tadi... ahaks adoiii...

nasi ambeng

Pasti ramai yang dah tahu apakah itu NASI AMBENG.. Tapi mungkin juga yang tak pernah makan ataupun yang tak pernah dengar pun tentang nasi ambeng ni.. Ok moh mak nak story sikit pasal nasi ambeng ni okeh.. 

Nasi ambeng adalah hidangan khas Jawa berupa nasi putih yang diletakkan di atas daun pisang atau bekas dan diletakkan bersama sama lauk pauk di sekelilingnya. Lauk pauk berupa perkedel, ikan masin goreng, rempeyek, sambal goreng, telur rebus, tempe goreng, urap, bihun goreng, dan opor ayam. Nasi ambeng adalah hidangan yang disajikan sebagai lambang keberuntungan. Nasi dimakan beramai-ramai oleh empat hingga lima orang dewasa. Nasi dimakan dengan memakai dengan tangan tanpa sendok dan garpu. Tapi kali ni Mak dara bedal sorang sorang aje.. Tengah lapor takde maknanye nak share share ni hehehe
Haa itu gambor nasi ambeng sebelum mak perabih.. Gambar mak tengah makan dan gambor after makan memang mak ada snap tapi tak sanggup nak upload kerana takut ada yang pengsan pulak nanti.. Almaklumlah muka orang tengah lapor kan hehe.. Apa apapun sesekali makan makanan lain selain dari makanan orang kita best juga.. Emmm esok nak try makan apa pulak ye .. huhhu bertambah tembamlah daku lepas ni uwaaaa...


Sunday, May 19, 2013

Iron Man ke Star Trek

Hujung hujung minggu macam ni Somi Mak Dara suka bawa kami untuk pegi menonton wayang.. Kali ni kami cadang nak menonton Iron Man.. Teruja aje bila ramai kawan kawan cakap yang filem tu bestttt.. Tapi alih alih bila sampai je kat kaunter tiket kami dimaklumkan tiket hampir habis dan yang ada hanya beberapa seat je yang tinggal dan seat tu merupakan seat yang palinggggg hadapan...

Waduhhhh ikutkan hati memang nak jugak beli tiket tu tapi bila memikirkan kena duduk mendongak hampir dua jam kami padamkan ajelah niat nak menonton Iron Man tu dan akhirnya somi mak beli tiket filem Star Trek.. Dan akhirnya memang enjoy habis menonton Star Trek ni.. Memang filem ni bernafas baru dan semua pelakon baru.. Memang syiokkk .. Pada yang belum menonton tu boleh lah ke panggung nonton Star Trek ni.. Nanti mak nak cuba ajak somi mak dating nengok Iron Man jugak jugak tak kiraaa hehehe.. Wish me luck ya..

Friday, May 17, 2013

Hujan yang turun...

Hujan yang turun bagaikan mutiara... Haaaa besttttt betul pepagi ni bila hujan lebat membasahi bumi.. Syukur sangat sangat ke hadrad ilahi kerna menurunkan hujan di kala bahang panas yang melanda sejak kebelakangan ni kan.. Ingat pagi ni nak sambung buat proposal untuk sebuah rancangan masakan tapi berbelah bahagi juga bila mata dok asyik nampak tilam dan bantal busukku tu waduhhhh cobaan hehe.. Salam Jumaat untuk uols semua ya.. Errr kat tempat korang hujan tak?


Thursday, May 16, 2013

Kisah MAK DARA dan 11 buah sekolah


Sempena Hari Guru hari ni Mak Dara terpanggil untuk mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru guru yang pernah mengajar Mak Dara dahulu.. Tapi ada masalahnya.. Masalahnya ialah Mak Dara tak dapat nak ingat nama kesemua cikgu Mak Dara itu kerana Mak Dara telah bersekolah  11 buah sekolah semuanya.. Yup 11 BUAH SEKOLAH! hehe. Mak dara ni pesyen suka tukar tukar sekolah.. hampir tiap tiap tahun tukaq sekolah.. Antara sekolah sekolah yang pernah Mak Dara  belajar ialah...

1) Sek Ren Keb Sungai Taka - Darjah 1
2) Sek Ren Keb ( dah lupa) - Darjah 2
3) Sek Ren Kebangsaan Sungai Seluang - Darjah 3
4) Sek Ren Keb Sungai Taka - Darjah 4 (masuk balik sekolah tu hehe)
5) Sek Ren Keb Guar Lobak - Darjah 5
6) Sek Keb Permatang Tok Dik - Darjah 6
7) Sek Men Lunas - Tingkatan 1
8) Sek Men Putra (kangar-Perlis) Tingkatan 2
9) Sek Men Padang Serai 1 - Tingkatan 3
10) Sek Men Padang Serai 2 - Tingkatan 4
11) Sek Men Tungku Panglima Besar - Tingkatan 5

hehe.. banyakkan? so kalau ada school mate atau cikgu cikgu yang saya agak ingat  ingat lupa tu harap jangan marah lah ya.. sebab saya dah banyak berpindah randah masa time sekolah dulu.. Pasti ada yang tertanya tanya macam mana Mak Dara boleh berpindah begitu banyak sekolah? Ini sebabkan arwah ayah Mak Dara dulu adalah seorang Nazir sekolah dia bukan sahaja seorang guru malah bertanggungjawap menjaga 36 buah sekolah yang lain so time tu apa lagi mak dara boleh main pilih aje sekolah mana yang mak nak belajar. Ayah mak dara memang marah sangat dengan kelakuan mak dara tu tapi diturutkan juga kata arwah , asalkan belajar... Dan kenangan paling manis ialah bersekolah di sekolah yang ayah Mak Dara mengajar.. Mula mula ingat boleh le mengulat tapi rupanya lagi teruk.. Ayah mak dara selalu marah dan ambil tindakan yang lebih keras kepada Mak Dara berbanding pelajar yang lain sebab dia tak mahu dikatakan berat sebelah pada anaknya.. Tahun seterusnya Mak Dara tukar sekolah lagi hahaha..

arwah ayah MD En ADENAN ARSHAD di pejabat guru (1986)

Kepada semua yang bergelar guru, SELAMAT HARI GURU mak dara ucapkan kepada anda semua!! Anda memang istimewa dan segala jasa kalian tak terbalas banyakknya.. Terima kasih Cikgu!! Dan Al Fatihah kepada Arwah Ayah Mak Dara dan semua guru guru Mak Dara yang telah kembali ke rahmatullah .. AL FATIHAH...


Wednesday, May 15, 2013

Senarai Terkini Menteri Kabinet Baru 2013

Sebentar tadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun mengumumkan Senarai Terkini Menteri Kabinet Baru 2013-2018. Mari kita lihat senarai terkini Menteri Kabinet baru kita ya..


Perdana Menteri: 

Datuk Seri Najib Tun Razak
Timb. Perdana Menteri:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:

(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM 
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR 

(SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP 
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM 
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI 
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN 
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)


TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM 
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH 
TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN 

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI 

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR 

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN 
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH 
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING

(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN 

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN 

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN 

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) 

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI 

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB 

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI 

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE 

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN 

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID 

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN


MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM 

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH 

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT 

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN 



Ringkasan:
Perdana Menteri : 1 Jawatan
Timbalan Perdana Menteri : 1 Jawatan
Menteri : 30 Jawatan (Termasuk Timbalan Perdana Menteri)
Timbalan Menteri : 27 Jawatan

Jumlah 57 Jawatan
Jumlah Kementerian 24
Jumlah Senator Sedia Ada 1 Orang
Jumlah Senator Akan Dilantik 5 Orang (2 Menteri Dan 3 Timbalan Menteri)
Jumlah Backbenchers 82 Orang

WW - Pengumuman Kabinet Kerajaan Malaysia


DRAMA PLANET KIARA Kembali Lagi !

As salam duhai teman.. Pernah dengar tentang drama bersiri PLANET KIARA yang telah ditayangkan di TV3 tak lama dulu? Yaaa drama ini skripnya oleh somi Mak Martias Ali, adik Mak Adza Nasyaemie, teman Mak Ayuni Zamani dan Adza Irdawati iaitu Mak Dara sendiri tau.... Kalau ada yang terlepas untuk menonton drama ini dulu, bolehlah menonton drama ini sekarang, kerana pihak TV3 telah mengulang tayang drama ini 3 kali seminggu . Ya drama PLANET KIARA akan ditayangkan pada setiap hari SELASA, RABU dan KHAMIS pada jam 6:30 petang!!!


Teaser 1 - Drama Planet Kiara Musim 1 (Ulang Tayang)

Selamat menonton drama bersiri bertajuk Planet Kiara yang akan ditayangkan di TV3 sebentar lagi jam 6:30 petang 

Pada yang berada di pejabat atau diluar dan tak dapat menonton rancangan ini di kaca TV anda.. Anda dapat menonton secara live streaming hanya klik saja di link  dibawah untuk menonton secara live streaming ok :)


Mak Dara benar benar mengharapkan agar semua teman teman dapat menonton dan support drama bersiri PLANET KIARA ini .. Selamat menonton semua :)


WW : Hensem Tak Daku Haha


Tuesday, May 14, 2013

Rehat Sebentar..

As salam semua.. Mak dara terpaksa rehat sekejap dari berblog.. Mak rasa tak sedap badan hari ni.. Migrain je sejak semalam.. Sejak kena berpanas berjam jam masa blackout di rumah malam semalam telah membawa hingga ke malam ini.. Ubat dah makan.. Masa untuk mak berehat sebentar ya.. Cheq semua jaga diri bebaik na.. Jumpa esok ya insyaa allah...


Blackout oh Blackout


Haaaa jenuh laaa dari tadi sakan mak dara dok kipas anak anak mak ni akibat blackout di sekitar kawasan Lembah Keramat ni haaa...

Dah berjam dalam kegelapan dan kepanasan oh cobaan.. Dengar khabar daerah gombak juga telah terputus bekalan elektrik di beberapa tempat.. Sabor je lah ye dan berdoa agar bekalan eleltrik ada kembali hendaknya insyaa allah..


Monday, May 13, 2013

Hi-Tea Hari Ibu Di Saloma Bistro KL

Terasa Diriku Begitu Berharga.. waduhhh macam dalam iklan pulak dah kan hahaha... Biarlah Mak Dara nak perah santan (perasan) sekali sekala kannnn hehe.. Ye lah maunya tak rasa dihargai apabila Mak Dara bersama anak anak dan kesemua ahli keluarga Mak Dara dibawa ke Majlis Hi-Tea Sempena Hari Ibu di Saloma Bistro semalam. Antara artis artis yang menyerikan majlis ini ialah Liza Aziz, Isma Alif, Achapan dan tak lain dan tak bukan Band kakak Mak Dara iaiatu D'ADZA BAND pun turut membuat persembahan di majlis itu semalam.. Waduhhh ramainya yang hadir pada majlis semalam bagi menyambut hari Ibu.. Ok moh Mak Dara sharekan gambor yang sempat Mak Dara snapkan di majlis itu ya..

tiba di Saloma Bistro bersama anak anak Mak Dara

Mak Dara bersama anak anak

dapat bunge dari somi.. auwww....

Persembahan oleh D'ADZA BAND

Abang Isma Alif dan Liza Aziz

dari kiri, Ibu Mak Dara Puan Zaleha, MD, Nenek Mak Dara Che Su (ibu kpd arwah ayah Mak Dara) dan di belakang Adik Mak dara Adza Emie

Sayangggggggg makkkkkkkkk!!

Mak Dara bersama Abang Isma Aliff

Mak Dara bersama somi anak anak Adza Haiqal, Adza Danina, Adza Kasih, Adza Isabella, mak dan juga tok

dari kiri Adza Adzriyati, Adza Irdawati(MD), Pn Zaleha Darus, Adza Rinawati, Adza Nasyaemie, Adza Tuty dan Tok

Itulah saja antara yang sempat Mak dara snap di majlis itu.. Memang meriahhhh sangat sangat.. Rasa sangat bahagia bila dapat sambut dengan semua ahli keluarga... syukur alhamdullilah.. 

Sebelum mak dara terlupa.. Mak nak ucapkan kepada semua yang bergelar ibu.. Selamat Hari Ibuuuuuuuuuuu....


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK