Sunday, June 30, 2013

Bila L + M Jawapannya ZZZ...

Hari ni adalah hari yang sangat meletihkan buat Mak Dara.. Memang tahap dewa keletihan dan kemengantukkan hari ni.. Tapi banyak lagi skrip yang harus mak dara tulis dan habiskan.. huhu


Bila L (letih) + M (mengantok) Jawapannya ZZZ...tidorrrr lerr...

Rasanya Mak nak lelapkan mata sekejap je lepas tu bangun dan sambung menulis skrip tengah malam nanti.. Harap harap jangan terlelap sampai ke pagi cukup lah mau kena marah dengan producer nanti dah le nak mula shooting tak berapa hari saja lagi hehehe.. Good nite semuaaaaaaaaaaaa...


Saturday, June 29, 2013

MAK DARA KE BENGKEL INTENSIF PENERBITAN FILEM PENDEK

Assalam duhai teman.. Haaa sehari suntuk tak ada update terkini dari Mak Dara kan.. Sebenarnya Mak Dara seharian menghadiri Bengkel intensif Penerbitan Filem Pendek yang di adakan di Galeri Perfileman FINAS.. Mak Dara ke sana bagi menemani somi Mak Dara iaitu Martias Ali sebagai moderator iaitu yang mengajar di bengkel itu.. Moh Mak Dara sharekan gambar gambar yang berlaku di bengkel intensif filem pendek ini ya..

 Somi mak dara sedang mengajar :)


 antara peserta bengkel


 

 
Somi mak dara sedang kusyuk mengajar

Bengkel intensif Penerbitan Filem Pendek ini akan berlangsung selama dua hari ini adalah dengan kerjasama Koperasi Seniman Kuala Lumpur dan juga FINAS.

Bengkel ini ada untuk memberi penerangan kepada peserta tentang cara cara untuk menghasilam filem pendek yang bermutu. Para peserta juga akan diajar cara menulis skrip filem pendek. Mereka juga akan diajar bagaimana untuk mendapatkan dana penerbitan. Bagaimana untuk menghantar filem pendek ke festival antarabangsa dan bermacam macam lagi. Dan di akhir bengkel ini, setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan dari FINAS.

Esok adalah hari terakhir bengkel ini. Mudah mudahan perjalanan bengkel ini dipermudahankan dan berjalan dengan lancar insyaa allah..


WALA Juara Raja Lawak Musim Ke 7

Tahniah!! Kumpulan WALA yang dianggotai oleh Walawd Parman dan Wan Mustafa Muntek dari Sabah telah dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak musim ke 7 sekali gus mengenepikan  pesaing mereka yang lain iaitu kumpulan Sakan, Bora dan Gamat dalam Raja Lawak Musim Ke 7 peringkat akhir yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam. Kumpulan WALA telah membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi!!

Juara Raja Lawak Musim Ke 7


Naib Juara Raja Lawak musim ke 7 telah dimenangi oleh Kumpulan Sakan yang yang dianggotai oleh Husni Hussain, Ku Ismafaizul Ku Ismail dan Mohd Saiful Nizam Mansor . Mereka telah berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 ringgit beserta trofi.

Sakan Naib Juara Raja Lawak Musim Ke 7

Dan bagi tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan yang datang dari Singapura iaitu Kumpulan Bora yang telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 ringgit beserta trofi. 

Manakala pemenang bagi tempat keempat dimenangi oleh Kumpulan Gamat yang memenangi wang tunai berjumlah RM 10,000 ringgit dan juga trofi. 

Pada pertandingan akhir Raja Lawak musim ke 7 ini para peserta dikehendaki melakukan dua tugasan yang bertemakan "Bebas dan Muzikal". Dan akhirnya atas usaha keras, sokongan dan undian dari para penonton... Gelaran JUARA menjadi milik KUMPULAN WALA... Tahniah Walawd Parman dan Wan Mustafa Muntek . 

Boleh Bah Kalau Kau !!!!


Friday, June 28, 2013

Happy Belated Birthday Buat Blogger Abang Ensem


Happy Birthday buat teman blogger Mak Dara iaitu tak lain dan tak bukan seorang blogger yang hensem antara yang terhensem siapa lagi kalau bukan Abang Ensem.. Haaa tengok kat atas tu, Cekgu Morni pun nyanyikan lagu selamat buat Abang Ensem hehe

Mak Dara dan Blogger Abang Ensem @ SBB2013

Aiseymen rupa rupanya Birthday Blogger Abang Ensem ni semalam lah 27hb Jun.. Jangan marah ye Abang Ensem karang cepat tua nanti mana boleh sambut birthday sweet 18 tahun depan hehehe.. Tak kiraaa.. walaupun birthday semalam, Mak Dara tetap nak wish jugak.. Buat Abang Ensem , Akak nak wish selamat hari jadi! Semoga terus maju dan maju dalam semua bidang yang diceburi terutama bidang hartanah, bidang blogging dan bidang kehensemen itu hehe.. Dan semoga berbahagia bersama keluarga yang tercinta hendaknya Amin... 



Thursday, June 27, 2013

Perbincangan Hangat Drama Teduhan Kasih!

As salam duhai teman .. Haaa anda ada tak menonton drama yang tengah hangat panasss kebabom meletop sekarang di TV3.. Drama apa lagi kalau bukan drama bersiri TEDUHAN KASIH.. Yang kisah papa Ehsan yang hensome, yang baik hati, lagi budiman dan senyuman senget yang menawan itew.. Opss bini orang tak boleh puji lebih lebih karang tidor luar kang hahaha... Haaa kalau anda menonton drama bersiri ini kira kita satu gang lah.. Bagi yang tak menonton drama ni memang rugiiiii habaq mai.. Rugi wooo tak tengok bila si Nabila dan Zarina Zainuddin aka Kak Long naik angin meroyan hahaha.. Memang drama ni penuh dengan suka duka, benci, cinta , sakit hati dan macam macam lagi..

Haa jangan ingat drama ini diminati oleh kaum kaum ibu dan orang dewasa saja ye.. Kalau nak tahu anak anak mak dara terutamanya si Adza Isabella yang berumur 6 tahun pun peminat tegar drama Teduhan Kasih ini. Tadi masa mak dara dok sibuk di dapur tetiba dengar dia cakap . Hairan juga sebab kakak kakak dia takde di ruang tamu tu. Dia bercakap dengan sapa.. Haaa sudah rasa macam misteri nusantara pun ada time tu hahaha . Bila mak menjenguk ke ruang tamu nak tergelak mak bila nengok anak mak dara sempat bersembang dengan sepupu dia menggunakan aplikasi "FACETIME" sambil bincangkan tentang drama TEDUHAN KASIH ni.. Ishhh budak budak sekarang kan....

Adza Isabella bincang tentang Iffa yang demam adessss budak budak ni..


Haaa perbincangan hangat drama Teduhan Kasih sedang berlangsung.. Inilah Ahli Mesyuarat Tingkap versi budak budak zaman sekarang ni kan hehe... Kalau budak budak pun suka melihat dan mengikuti drama drama ini maknanya penulsi dan para pelakon telah berjaya menjayakan drama itu. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam drama Teduhan Kasih terutama kenalan lama Mak Dara Abang Mufid iaitu penulis skrip drama ini..

Ok tak sabar nak nengok sambungan citer ni minggu depan.. :)


Mak Dara Menimang Anak Lelaki? Alhamdullilah

Push.....!! Hanya dengan sekali push aje akhirnya Mak Dara telah melahirkan seorang anak.. Seorang bayi lelaki yang sangat sihat.. Syukur.. Hai dalam detik bersalin tu tersentak juga dalam hati ni.. Bila masa aku mengandong?   Rupa rupanya itu semua hanya dalam mimpi mak dara semalam.. Perghhh punyalah reallllll.... Adoiiii dalam banyak banyak mimpi, macam mana lah boleh termimpi bersalin anak lelaki pulak ni.. Hai.. macam kasi klue je nih hahahaha... Kata orang tua tua jika bermimpi mendapat anak lelaki maksudnya akan mendapat rezeki yang baik atau akan mendapat berita baik.
Adza Danial Haiqal anak sulung Mak Dara sewaktu dilahirkan pada 1998

Dalam riwayat Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan ‘alhamdulillah’ dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan isti’azah (a’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim) dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.”(Hadis Riwayat Bukhari dari Abi Sa’id).

Seronok jugak kan kalau dapat baby boy ni kan.. Mak dara ni hanya ada sorang je anak teruna lagi 3 orang semua princess princess belaka. Tapi tu lah kan.. Kilang dah 6 tahun tutop nak bukak balik tu rasa mcm takkk aje kot.. Tapi kalau dah rezeki terima aje lah heheheh.. Tapi best pulak bila dalam mimpi sakit bersalin cuma 3 minit aje.. tp realiti kompom 13 jam keatas hehehe

Wednesday, June 26, 2013

WW : Slurppppp....


Keputusan Siapa Juara Masterchef Selebriti Malaysia Ke2 Bocor?

Fuhhhh tanjat mak dara apabila ada beberapa teman Mak Dara di facebook mengupdate status mereka bahawa keputusan siapakah gerangan juara Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua telah pun bocor sebelum episod finale rancangan itu disiarkan malam tadi.. Waduhhh benarkah?

Ada yang kata salah seorang teman finalis dah bocorkan mengenai siapa gerangan juara Masterchef di laman instagramnya.. Ada juga yang kata ada antara beberapa individu yang telah reveal pemenangnya tanpa sengaja.. Entahlah.. Mak Dara tak berani nak komen sebab mak dara tak tahu pun kisah bocor bocor ni sehinggalah membaca status update dari teman teman Mak Dara tu sebentar tadi.. Namun Mak Dara ada google tentang kes ni sebentar tadi dan ada satu artikel di myMetro.com bahawa Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad Ramli menjelaskan pihaknya menganggap dakwaan bahawa kemenangan dibocorkan pihak tertentu dan keputusan sudah diperoleh hanyalah sekadar spekulasi. So we just leave it at that je lah ok..

Lagipun bagi mak yang PALING penting sekarang satu Malaya dah tahu siapakah gerangan pemenangnya.. Dan pemegang title JUARA MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM KEDUA ADALAH...... SYURA!!!!!!!!!

Syura bersama trofi kemenangannya

Syura memberi ucapan 

Syura akan mendermakan RM60,500 kepada 
Breast Canser Welfare

Celina sebagai naib juara 
Masterchef Selebriti Malaysia ke 2

Celina akan mendermakan sebanyak RM10,500 kepada Persatuan Kebajikan Haiwan-haiwan Kurang Dijaga

majlis gilang gemilang

Tahniah Syura!!!!

Tuesday, June 25, 2013

Syura Atau Celina Juara Masterchef Celebrity Ke2

Haaaa tengah buat apa tu...? Kompom tengah nengok MASTERCHEF CELEBRITY FINALE kan kan kan hehehe.. Samalah dengan Mak Dara... Antara mereka siapa bakal menang ek?

Bagi mak dara mereka berdua memang pandai masak dan memang layak jadi juara.. Tapi mak memang dari dulu berharap agar Syura menang hehehe.. Pendapat anda macam mana pulak? SIAPA BAKAL MENJADI JUARA MASTERCHEF CELEBRITY KE 2 INI?






Sah Bebas Dari Virus Kencing Tikus

Semalam anak bujang Mak Dara si Adza Haiqal kena check darah lagi sebab hatinya yang membengkak akibat virus kencing tikus yang dihidapinya bulan lepas. 

Adza Haiqal diambil darah untuk diperiksa

Dah selesai ambik darah akhirnya dapat keputusan dr makmal

Syukur alhamdulillah.. Setelah berminggu berulang alik ke Hospital Ampang untuk rawatan susulan akhirnya Haiqal disahkan telah sembuh dan bebas dari virus kencing tikus.. Amin.. Amin.. Ya rabbal alamin..

happynya diaaa hehe


Seronok bukan main lagi si Eqal bila dia dah bebas dari virus kencing tikus tu.. Sebab tak perlu lagi ke hospital setiap minggu untuk check darah hehe.. Syukur alhamdulliah.. Terima kasih kepada semua ahli keluarga, teman teman dan rakan bloggers sekalian yang tak putus putus mendoakan agar Eqal sembuh.. Terima kasih semua atas segalanya.. Mak Dara dan keluarga amat amat menghargainya... 

Kepada semua doktor doktor dan nurse nurse di Hospital ampang yang telah merawat Eqal selama sebulan lebih ini.. Jutaan terima kasih pada anda semua. We are forever grateful to you guys.. Hospital Ampang is AWESOME! Pada Eqal.. Syukur dah sembuh.. Now kena fokus pada PMR ok intan payung mama hehe :)


Topeng Jerebu Habis Dijual? Tiada Masalah...

Haaa tengah buat apa tu Kak Senah, Mak Jenab, Pak Abu sekalian.. Ada yang nak keluor rumah tak hari ni.. Ye lah beli ikan kat market ke, nak turun ke sawah ke atau nak ke rumah bini nombor dua ke.. oh no no.. karang periuk belanga melayang layang jugak kang hahaha.. Haaa walau kemana jua anda nak pegi jangan lupo pakai topeng atau mask ye.. Sekarang kan musim jerebu..

Apa topeng sold out? haa memang pun sekarang ni topeng memang banyak yang dah habis dijual.. Kalau ada pun harga memang mencekik darah.. Apa kata mak sharekan dengan uols semua cara cara DIY topeng muka jerebu versi meroyan haha...

gambar hak milik terpelihara http://www.ediesign.com

Haaa tutoriol ini dibuat oleh adik Mak Dara ADZA EDIE sempena geram dengan topeng yang dah habis dijual di area rumah kami. Amacam tutorial ni ok tak? Haaaaaaa jangan ingat Mak Dara sorang aje yang meroyan dalam keluarga mak ni.. Adik adik pun sama gak.. It runs in the family bak kata orang new zealand dan penduduk Papua New Guinea hahaha.... Tapi sebenarnya ni entry saja saja je.. Jangan le buat dan pakai betul betul pulak dah sah sah entry ni entry meroyan kan.. Topeng ni jangankan nak tepis jerebu, nak tepis bau kentut pon belum tentu hehehe. Jadi, untuk keselamatan belilah topeng yg betul betul dijual di farmasi tu ye..


Monday, June 24, 2013

Bateri Kong .. Kosong .. Habis...

Hari ini anak Mak Dara Si Adza Haiqal ada appointmen untuk rawatan susulan di hospital Ampang. Dah masuk minggu ke 3 or ke 4 dah si Eqal dapatkan rawatan susulan di sana sejak hidap virus kencing tikus aritu.. So dengan penuh selamba kami semua iaitu Mak Dara, somi mak dan Eqal masuk keta.. Tetiba bila nak start kereta tak boleh.. Apa lagi terus je telefon mekanik si Ah Hong yang ada kedai repair kereta depan rumah Mak Dara ni.. Dan dengan sepantas kilat dia datang... Maunya tak sepantas kilat.. kami ni pelanggan setia dia dah hampir lima tahun.. hehe

Ah Hong sedang tekun check




Check punya check punya check akhirnya dah tahu kenapa keta ni degil takmo start start.. Rupanya bateri kereta ni dah kong.. dah kosong.. dah habeh.. Jadi nak tak nak kenalah beli bateri baru.. Adoiiii time time macam ni lah nak meragam.. tapi somi mak kata jangan mengeluh... Dia suruh mak cakap COBAAN... COBAAN... adessssss hahaha . 

Oklah kereta dah boleh mula dah masa untuk ke Hospital Ampang.. :)


Bila Cuti...

amboi sakan tidor :)
Adza Danina, Adza Kasih & Adza Isabella

Amboi amboi amboi.. Sakan anak anak dara Mak bila diumumkan yang sekolah sekolah di KL dan Selangor cuti akibat catatat jerebu yang tinggi, jadiiiiii diorang hentam main sampai ke tengah malam... Haaaa sampai sekarang belum bangun bangun lagi.. letih le tu hahaha adoiiiii... Dah dah bangun! Nasib baik masih budak budak. Kalau dah besor besok bangun lewat takut takde yang nak jadikan menantu hahahaha

Cuti cuti jugak, seronok seronok jugak.. Tapi jangan lupa untuk berdoa agar jerebu ini semakin pulih hendaknya ya.. Insyaa Allah...


Sunday, June 23, 2013

Darurat diisytihar di Muar dan Ledang

Sebentar tadi semasa menonton berita di TV3 Mak Dara terkejut apabila mendengar tentang Darurat  yang telah diisytihar di Muar dan Ledang.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini.

Pada teman teman Mak Dara yang berada di johor terutama di Muar dan Ledang, semoga anda mengambil langkah langkah keselamatan apabila ingin keluar dari rumah ya.. 

Mari kita sama sama doakan agar hujan turun dalam masa terdekat ni dan semoga masalah jerebu ini berkurangan Insyaa Allah..



Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Saturday, June 22, 2013

Oh Ibu..

As salam duhai teman . Mak Dara ni baru je balik dari klinik. Mak dara bersama adik adik membawa Ibu kami yang melecur di jari kaki untuk mendapatkan rawatan.. Macam mana boleh melecur? Tu lah masa nak memasak tadi, Ibu mak dara nak gunakan lah benda yang macam pistol tu untuk menghidupkan api di dapur gasnya tu.. Tup tup takde api keluar.. Maybe sebab benda tu dah habis gasnya.. Jadi Ibu Mak Dara ambil surat khabar dan keronyokkannya dan bakar lalu hidupkan dapur gasnya. Tup tup tanpa Mak Dara sedar ada cebisan surat khabar yang terbakar melayang ke lantai. Lepas dapur gas menyala. Ibu terus nak padamkan api di surat khabar itu di sinki dan di situ dia terpijak kertas surat khabar tu.. Apalagi melecur dan mengelembunglah dengan air di jari kakinya tu...

Ibu sedang dirawat doktor

Jari kaki Ibu yang melecur

time buat dressing tu agak pedih juga katanya

alat ni lah yg rosak .. 
pic by google

Sebentar tadi kesan mengelembung air tu dah pun pecah dan telah pun mendapat rawatan. Syukur alhamdullilah. Sekarang ni Ibu Mak Dara kena banyakkan berehat dan habiskan semua ubat ubat yang diberikan oleh doktor.. Insya Allah semuanya akan sembuh secepat mungkin.. Insyaa Allah...

Nota : Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (HR. Muslim no. 2573).


Bila Kucing Menangis

Assalam duhai teman.. Haaa Mak Dara nak khaborkan bahawa sebentar saja lagi sebuah drama yang bertajuk BILA KUCING MENANGIS akan ditayangkan di TVi di Astro saluran 180. 


Haaa kalau nak tahu skrip drama ini ditulis oleh somi Mak Dara Martias Ali.. Cerita ni memang lain dari yang lain sikit.. Ia mengisahkan seekor kucing yang dipelihara oleh sebuah keluarga dan melihat penderitaan yang dilalui oleh tuannya.. Kiranya cerita ini dari kaca mata kucing itu lah.. 

Jadi kalau anda tengah free free pada hari ni boleh lah menonton drama ni.. Bila, dimana pukul berapa ok detail seperti dibawah..

Drama disiarkan di TVi Astro saluran 180
Waktu siaran: 12:00 tengah hari

Pada yang berada di diluar dan tak dapat menonton rancangan ini di kaca TV anda.. Anda dapat menonton secara live streaming hanya klik saja di link  dibawah untuk menonton secara live streaming ok :)




Friday, June 21, 2013

Lagi Kes Demam Denggi Di Kejiranan MD

Sekitar kawasan rumah Mak Dara disembur asap lagi. Maknanya ada lagi kes demam denggi terbaru di kawasan ini. Ingatkan Mak Dara merupakan kes pengidap demam denggi terakhir di kejiranan ini.. Masyaallah dalam sebulan hampir 5 kes demam denggi di kawasan ini.. Mak Dara dan jiran jiran lain pun baru tahu tentang kes ini. Kami pun dapat tahu apabila ada sebuah van kesihatan masuk ke dalam kawasan kejiranan kami dan mula menyembur asap. 



Selesai sahaja sesi menyembur asap tu apalagi mak dan jiran aka ahli mesyuarat tingkap pun "bermesyuaratlah" hehehe.. Kami tertanya tanya juga rumah yang mana satu dan jiran yang mana satu yang telah terkena jangkitan demam denggi ni.. Nak juga melawat . Dan akhirnya baru kami tahu bahawa jiran sebelah rumah Mak Dara yang kena demam denggi ni.. Fuhhh Mak Dara baru saja baik dari demam denggi ni dan mak tahu sakitnya nak sembuh.. Dah tu deria rasa hilang selama berminggu minggu pulak tu..  Semoga jiran Mak Dara itu cepat sembuh. Dan semoga ini kes terakhir demam denggi di kawasan kejiranan kami ini . Amin..


TERKINI - UPLOAD VIDEO DI INSTAGRAM!

INSTAGRAM! Selama dua setengah tahun yang lalu, Instagram telah menjadi satu komuniti di mana anda boleh menangkap gambar dan berkongsi detik-detik istimewa anda bersama teman dan ke seluruh dunia. Mak Dara pasti kebanyakkan teman teman sekalian memiliki account instagram kan.. Mak Dara pon tak ketinggalan. Bestttt sangat Instagram ni.. Boleh snap snap gambar lepas tu boleh edit then boleh share di laman sosial. Tapi tahukah anda yang kini Instagram bukan sahaja boleh mengupload gambar tetapi VIDEO!!! 


Terkini, satu feature terbaru dengan memperkenalkan video pada Instagram dan membawa anda satu lagi cara untuk berkongsi detik detik indah anda. Apabila anda pergi untuk mengambil gambar pada Instagram, kini anda akan melihat ikon kamera filem. Klik untuk memasuki mod video, di mana anda boleh merekod video anda sehingga lima belas saat melalui kamera Instagram.

Anda juga akan dapati bahawa Instagram telah menambah penapis thirteen dibina khusus untuk video supaya anda boleh terus berkongsi kandungan video anda di Instagram. Apabila anda menyiarkan video, anda juga akan dapat untuk memilih adegan kegemaran anda dari apa yang anda telah rekodkan sebagai imej perlindungan anda supaya video anda lebih cantik .


Haaaa besttttt kannnn.. Sekarang kita bukan saja dapat share gambar tapi dah boleh share video!! Jadi apa tunggu lagi.. Jom le record video dan share di Instagram.. Tapi kalau sudi tu search le akaun Instagram Mak Dara ye , search aje ID mak dara iaitu adzairdawati pasti jumpaaa hehe sempat lagi promote tu ahaks...


Instagram untuk  iOS versi 4.0 kini boleh dimuat turun di Apple App Store dan Instagram untuk Android versi 4.0 kini boleh didapati di Google Play. Untuk keterangan lebih lanjut sila ke link ini ya http://blog.instagram.com/


Thursday, June 20, 2013

Malam Preview Ramadhan & Rumah Terbuka Restoran Rebung

Assalam duhai teman.. Tengah buat apa tu? Haa Mak Dara ni tengah bersiap siap untuk ke satu event iaitu Malam Preview Ramadhan & Rumah Terbuka Bersama Media & Pelanggan


Restoran Rebung ini adalah milik Datuk Dr. Sheikh Muzaphar Shukor dan Chef Ismail. Sebenarnya Mak Dara da banyak kali ke Restoran Rebung itu bersama Somi mak. Tapi ini pertama kali ke sana atas jemputan dan event.. Dolu dolu diner dengan somi aje.. Malam ni Mak bakal bertemu dengan ramaiiii teman blogger waduh terujaaaaa ai tauuu hehehe... Ditambah lagi malam ini Mak dara akan pergi bersama dengan sepupu Mak Dara iaitu si Mak Lady   haaa bertambah meriah le nanti hehe.

Ribuan terima kasih kepada teman blogger Yana Yassin yang turut mentag dan menginvite Mak Dara ke majlis yang awesome ini. Terima kasih kepada En Saiful yusof kerana menerima RSVP kami di LINE. Kepada teman blogger yang akan turut ke majlis ini nanti kalau terjumpa dengan mak bertegur sapalah kita ya.. 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK