Tuesday, July 30, 2013

Angpau Lai Lai

Haaa hari ni mak dara dan somi dah pun tukar wang kertas untuk dimasukkan ke dalam sampul duit raya yang akan diedarkan pada hari raya tak lama lagi.. Nasib baik masih ada bank bank yang masih boleh tukar duit.. Mula mula tu cuak juga sebab ingat raya dah nak dekat dan beranggapan yang bank dah tak tukarkan duit lagi.. Nasib baik boleh tukar, kalau tak tahun ni kasi duit lama je hehehe..

Tahun ni pula teman somi mak yang berrugas di Petronas berikan banyak sampul raya.. Memang cantik sampul raya petronas ni.. Bila dibuka sampulnya kelihatan macam kad raya. Memang awesome!!




Angpau dah siapppp! Lai lai lai...Datanglah datang beraya rumah mak dara!!!


Monday, July 29, 2013

Kasut Raya.. Raya Kasut..

As salam duhai teman salam Ramadhan yang ke 20.. Haa amacam dah siap ke persediaan untuk menyambut hari raya tak lama saja lagi ni.. Mak Dara dah pun membuat persiapan agak awal dengan membeli pakaian dan busana raya kami anak beranak di Bandung dua minggu lepas.. Memang takde masalah sangat nak mencari saiz baju untuk anak anak di sana. Tapi kasut... Haaaa kasut memang mak tak beli untuk anak anak di sana kerana kasut ni susah sikit.. Walau terbesar sikit pun dah tak boleh pakai.. kalau baju tu boleh le jugak betul betulkan dan jahit sendiri kan.. Jadinya semalam Mak Dara dan somi bawa anak anak pegi beli kasut raya mereka di Wangsa Walk Mall ...

MD "Cepat pilih kasut rayaaa!!" lol


Adza Danina memilih kasut rayanya

Adza Isabella pilih kasut raya pink

Adza Kasih pun sedang nak mencuba kasut

Setelah berpusing pusing satu Wangsa Walk Mall tu akhirnya ketiga tiga anak dara Mak Dara telah dapat kasut raya mereka.. Semuanya dibeli di 3 kedai yang berasingan.. Haaaa nama aje adik beradik tapi taste dan citarasa lain lain.. Jenuh mak dan somi ke FOS lah.. ke kedai tingkat satu lah.. tingkat dua lah baru dapat memenuhi permintaan anak dara kami yang bertiga tu.. 

Adza Kasih, Adza Danina & Adza Isabella
bersama kasut raya masing masing.

Syukur alhamdullilah 3 pasang kasut raya untuk anak anak dara dah settle.. Hari ni akan bawa anak teruna mak si Adza Haiqal pulak untuk cari kasut raya buatnya.. Fuhhh nasib baik anak cuma 4 kalau macam orang dulu dulu yang punyai anak 7..8..9..10 orang... baru betul betul raya kasut dah bukan kasut raya lagi dah kekdahnya hahaha mau pengsan hahaha...


Saturday, July 27, 2013

Tamat Kursus Asas Teknik Al Baghdadi

Syukur alhamdullilah setelah Mak Dara serta adik adik Mak Dara iaitu Adza Tuty dan Adza Rina beserta anak Mak Dara iaitu Adza Haiqal belajar selama 12 minggu di pusat pengajian Al Baghdadi akhirnya pagi tadi kami telah tamat kursus asas teknik Al Baghdadi. Al hamdullilah.. Syukur.. Kami siap diberikan sijil lagi oleh pusat Al Baghdadi tu..

 
Mak Dara,Adza Rina dan Adza Tuty bersama  Ustaz Azuan

Adza Haiqal bersama Ustaz Azuan
   
Semasa di kelas Ustaz Azuan
 
Kelas tamat

Syukur alhamdullilah akhirnya kami dah belajar teknik asas di dalam pengajaran dan pembelajaran Al Quran.. Selepas ini kami akan sambung ke kelas yang seterusnya dan mungkin akan mengambil masa beberapa bulan lagi.. Namun masih jauh lagi perjalanan kami di pusat pengajian Al Baghdadi ini.. Kalau boleh nak belajar sampai habis dan boleh memahami pembacaan Al Quran dengan lebih bagus daripada sebelum ini insyaa allah.. Doakan semoga semuanya dipermudahkan buat kami ya .. Amin..

Jutaan terima kasih kepada Ustaz Azuan kerana telah mengajar kami selama 12 minggu ini. Sayangnya untuk kelas yang selajutnya Ustaz tak mengajar kami lagi.. Oleh itu mohon halalkan segala pelajaran yang telah diajarka kepada kami dan mohon dan maaf sekiranya terdapat salah sila kami selama 12 minggu ini.. Dan yang paling pentinggg.. Selamat Pengantin Baru buat Ustaz yang akan naik pelamin tak lama lagi ye..

Bagi yang berminat untuk memasuki kelas pengajian Al Baghdadi ini bolh hubungi di fanpage fanbook mereka di @ https://www.facebook.com/idamanalbaghdadi.iabwangsamaju
 

Friday, July 26, 2013

Mak Dara Ditemuramah student Kolej Universiti Islam Selangor

Hari ini Mak Dara telah ditemuramah oleh tiga orang student Kolej Universiti Islam Selangor Iaitu Aisyah, Wawa dan Ainol. Temuramah apa? Haaa sebenarnya mereka nak temuramah mak dara untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan penulisan di Malaysia. Wow i feel so honored! Haaa teruih keluaq bahasa england mak haha.. Tapi bila difikirkan balik.. Biar betul diorang nak interview Mak Dara kerana Mak Dara ni hanyalah seorang penulis yang sangat kerdil berbanding dengan penulis penulis skrip yang bernama besar dan tersohor yang lain. Tapi jika diorang tak keberatan untuk menemuramah penulis picisan seperti Mak Dara ni, Mak Dara on aje hehe.

Jadi temuramah itu diadakan sebentar tadi di rumah Mak Dara. Pelbagai soalan yang diajukan oleh Aisyah , Wawa dan Ainol dan syukur alhamdullilah mak dapat menjawapnya dengan berdasarkan pengalaman Mak Dara yang telah berkecimpung selama 17 tahun dalam bidang penulisan skrip ini. Nasib baik angin meroyan mak tak keluaq hari ni.. Kalau tak mau naya adik adik tu nak layan meroyan mak hahahha..


Mak Dara sedang menunjukkan beberapa karya Mak Dara kpd mereka


Mak Dara, somi dan anak anak bersama Aisyah, Wawa dan Ainul
setelah selesai sesi temuramah.

Akhirnya sesi temuramah itu pun berakhir dengan jayanya.. Harap harap apa yang mak dara jawab dalam sesi temuramah itu dapat memberi info yang cukup mengenai perkembangan penulis dan penulisan skrip di Malaysia insyaa allah.

Terima kasih kepada Aisyah, Wawa, Ainol dan juga Kolej Universiti Islam Selangor kerana sudi memilih mak darasebagai salah seorang penulis skrip untuk ditemuramah untuk assigmnet ini.. All the best buat Aisyah, Wawa dan Ainol untuk tugasan ini ya dan semoga kita dapat bertemu lagi insyaa allah ..

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN

As salam duhai teman. Mak Dara dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam.


Moga kita mendapat keberkatan di Bulan Ramadhan ini..
Insyaa Allah. Amin.

Thursday, July 25, 2013

4000 Pageviews Untuk Blog Bicara Mak Dara Hari Ini

Haaa ini dia report card mak dara untuk hari ini.. Nak report apa? bukan report exam ye sebab mak dah lama tinggalkan sekolah hehe.. Ni nak report tentang trafik ke blog  picisan mak ni hehe..Trafik ke blog mak ni idok le sekencang blogger blogger hebat dan otai dan blog mak ni hanyalah blog personal dan penuh dengan entry meroyan, namun walau bagaimanapun mak amat bersyukur dan amat berterima kasih kepada setiap seorang dari anda yang sudi singgah ke blog mak ni tau...


Berikut adalah pageview blog BICARA MAK DARA  untuk hari ini iaitu dari pagi sampai pukul 11:55 malam sebentar tadi..Syukur alhamdullilah.. 4000++ pageview untuk hari ini.  Tak sangka ada juga yang sudi singgah dan melawat mak di rumah orang tua err silap di blog mak ni hehe.. Jutaan terima kasih mak ucapkan kepada semua yang sudi datang singgah ye.. sayang korang ketat ketat...muahhhhhh. Jangan serik serik ke blog Mak Dara ni lagi dan lagi dan lagi ye :)


QARIN

As salam duhai teman.. Tika dan saat ini Mak Dara bersama adik Mak Dara iaitu Adza Emie sedang bersiap siap untuk menghadiri meeting bersama pihak penerbit drama untuk projek terbaru kami iaitu sebuah drama bersiri 13 episod bergenre suspens seram bertajuk QARIN!


Pasti ada yang tertanya tanya apa itu Qarin? Tidak ramai yang mengetahui tentang Qarin ini. Sebenarnya begitulah kehendah Allah s.w.t bahawa setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai satu jin kafir yang menjadi teman kemana sahaja ia pergi baik malam mahupun siang., mengajaknya melakukan kejahatan danj menahnnya daripada melakukan ketaatan. Oleh kerana ia terlalu rapat dengan manusia ia digelar Qarin.
 
Untuk mengimbangkan kekuasaannya maka Allah mengutuskan pula malaikat yang mengajak manusia berbuat kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan. Maka manusialah yang membuat pilihan sama ada mentaati arahan malaikat ataupun syaitan. Mafhum sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah bin Mas’ud r.a :
 
"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “ Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."    

Memang sangat sangat berat genre yang kami bawakan kali ini dalam drama bersiri QARIN ini. Banyak research harus Mak Dara dan adik lakukan dan tidak kurang juga harus bertemu dengan para ustaz yang kami kenal untuk sebarang pertanyaan supaya jalan cerita yang bakal kami lakukan nanti tidak tersimpang jauh. 

Doakan agar perbincangan dan proses pembikinan drama ini berjalan lancar dan dipermudahkan ya insyaa allah..


Pelakon Rosley Idris Meninggal Dunia Akibat Kanser .. Takziah

As salam duhai teman.. Malam ini Mak Dara dikejutkan dengan berita pemergian seorang teman lama Mak Dara iaitu pelakon Rosley Idris. Allahyarham telah meninggal dunia pd jam 6.40 ptg td 24/7/2013 akibat sakit Kanser usus di HUKM.. 

Masyaallah Mak Dara baru teringat untuk menziarahnya di Hospital namun tidak kesampaian.. Masih teringat kenangan manis Mak Dara ketika berlakon bersama samanya di dalam drama bertajuk Jejak Kasih pada tahun 1996 dulu.. Drama bersiri ini telah diadaptasi dari segmen rancangan Jejak Kasih yang sangat famous dan terkenal pada tahun 90an dulu yang disiarkan di TV3. Dalam salah satu episod itu arwah menjadi hero dan mak dara memegang watak sebagai heroin di dalam drama itu. Mak masih ingat jalan ceritanya di mana dalam drama itu kononnya watak yang mak dara bawa itu sedang diijabkabulkan dengan watak yang dibawa oleh arwah, tiba tiba makcik memberitahu bahawa watak mak dara itu anak angkat dan perkahwinan itu terpaksa dibatalkan kerana wali yang tidak sah. Dan kemudian watak yang dibawa oleh arwah Abang Rosley bersama sama dengan watak yang mak dara lakonkan mencari keluarga sebenar mak dara hingga akhirnya bertemu dan akhirnya kami dapat disatukan. Banyak kenangan manis mak dara semasa berlakon bersama allahyarham.. And I will never forget that moment.. 


Salam takziah buat keluarga allahyarham dan semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. AL FATIHAH....



Wednesday, July 24, 2013

Eksklusif Gambar Anak Prince William dan Kate Middleton

Setelah melahirkan putera sulung mereka semalam, Prince William dan Kate Middleton memperkenalkan anak lelaki mereka kepada seluruh rakyat dengan membawa putera itu keluar Hospital St Mary untuk tatapan semua. Kate dan Will, kedua-dua bergilir-gilir membawa putera mereka itu . Difahamkan bahawa putera mereka itu masih belum diberikan nama..

Mari mak dara kongsikan gambar eksklusif gambar gambar anak Prince William dan Kate Middleton yang telah dikeluarkan oleh fanpage milik Prince Harry  









Waduhhhh comel sekali putera sulung Will dan Kate ini.. Ada iras iras Prince Wiliam sikit kan.. Apa apapun Sekalung tahniah Mak Dara ucapkan kepada Duke and Duchess of Cambridge dan juga kepada seluruh rakyat united Kingdom atas kelahiran putera ini!

#sumber dan gambar adalah hak milik terpelihara  https://www.facebook.com/princeharryfanspage


Surprise Dari Blogger Pheonix

As salam duhai teman.. Seperti sedia maklum, baru baru ni Mak Dara ada ke Bandung untuk membeli pakaian lebaran untuk anak anak Mak Dara kan. Dan semasa ketiadaan Mak Dara di sini rupanya terdapat satu bungkusan istimewa telah dihantar ke rumah Mak Dara. Dan semasa mak dara pulang baru mak dara menerima bungkusan itu dan terkejutnya mak dara bila ia datangnya dari teman blogger iaitu Pheonix yang memang sedari dulu banyak memberi sokonan buat blog picisan lagi meroyan mak ni..

sampul bungkusan dari Pheonix

Nak tahu apa isi di dalam bungkusan ini.. Jap ek mak kasi buka.. jeng jeng jeng... 

kain batik!!!!


Waduhhh memang terharu mak dara dibuatnya apabila menerima sehelai kain batik dari Pheonix. Memang cantik kain dan corak kain batik yang diberikan kepada Mak Dara ini.. Rupa rupanya Pheonix ada membuat satu entry special untuk semua teman teman bloggernya di entry second suprise!!!!! kejutan yang diberikan sempena menghargai teman blogger yang sering singgah di blognya dan Pheonix anggapnya sebagai 'Best Blogger Supporter Award'

Waduh teruja Mak Dara bila dengar pasal award award ni.. Ye lah kali terakhir menang award pun pada MSMW 2012 tahun lepas.. Tu pun menang "Worst Blog Of The Year" hehehe.. So kali ni dapat 'Best Blogger Supporter Award' ni memang terujaaa sangat uols hehe.. Jutaan terima kasih kepada Pheonix atas surprise dan hadiah ini.. Mak dara sukaaa sangat sangat.. Ni yang nak nyanyi lagu Anuar dan ELina ni... Kain pelikat lalalala.. klain pelikat lalalala... kain pelikat diguna di sini sanaaaa... Eh kain pelikat  dengan kain batik lebih kurang sama lah kan.. hentam je lah hehe tenkiuuu dik..



pst pst.. jom terjah blog Pheonix laju laju.. Klik SINI untuk ke sana


Tuesday, July 23, 2013

Prince Wiliam Dan Kate Middleton Menimang Putera Pertama

Tahniah kepada Prince Wiliam dan Kate Middleton yang baru saja menimang putera pertama mereka pada pagi tadi! Kate Middleton melahirkan putera sulungnya itu di St. Mary’s Hospital iaitu hospital yang sama di mana Princess Diana melahirkan Prince Wiliam dan Prince Harry.

Kate telah dimasukkan ke Hospital St Mary pada pagi 22 Julai dan telah melahirkan putera pertamanya dengan bayi seberat 8-pound, 6-ounce pada jam 4:24 p.m. local time (11:24 a.m. ET). Di fahamkan bahawa Prince Wiliam berada di sisi Kate sepanjang proses kelahiran ini. 



Sekalung tahniah Mak Dara ucapkan kepada Duke and Duchess of Cambridge dan juga kepada seluruh rakyat united Kingdom atas kelahiran putera ini!


Monday, July 22, 2013

Crown Executive Lounge Bandung Airport

As salam duhai teman.. Pada tika dan saat ini Mak Dara bersama somi dan adik berada di Airport Bandung.. Fuhhhh agak ramai juga orang nak balik ke Malaysia ni.. Sesak juga dibuatnya...

Akhirnya somi mak dara mengambil keputusan untuk kami bertiga masuk je The Crown Premium iaitu sebuah lounge eksklusif yang terdapat di dalam airport Bandung ni..

Dengan bayaran hanya 75 000 iaitu persamaan dengan RM25 kami dapat menikmati keselesaan yang sangat terbaekkk.. Bilik lounge ini bukan saja mempunyai tempat duduk yang sangat selesa.. Ia juga menyediakan internet percuma dan yang paling besttttt ialah ia menyediakan buffet percuma kepada semua tetamu.. Haaaa besttttt kannn memang memang menggugat imannn dibuatnya hahahaha... Adoiiii sabo je lah..

Dan yang paling terbaek ialah para tetamu yang menggunakan khidmat exclusive lounge ni tak perlu beratur untuk cop pasport sebab mereka akan lakukan semuanya untuk kita.. So takde lah nak kena beratur panjanggggg.. Kejap lagi terus je naik kapal terbang.. Memang terbaekkkklah..

So pada siapa siapa yang nak datang ke bandung nanti time nak balik gunakanlah khidmat exclusive lounge ni ya.. Memang berbaloi baloi....





Sunday, July 21, 2013

Terjahan Ke Pasar Baru Bandung

As salam duhai teman.. Rasanya tidak sah bagi para pelancong atau pengunjung yang datang ke Bandung tanpa pergi membeli belah di PASAR BARU .. Dan mak dara juga tidak terkecuali. Di Pasar Baru ni macam macam adaaaa... Dari pakaian anak anak sampai ke dewasa.. Semua ada.. Apa lagi Mak Dara pon terjah ke sanaaaaa..

Fuhhhhh memang sesak keadaan di dalam Pasar Baru terutama sekali bila time time hujung minggu macam ni... Nak tak nak kami kenalah juga mengharungi kesesakkan orang ramai tu.. Naik juling mata asyik melihat harga yang tertera semua puluhan ribu rupiah jenuh jugak nak biasakan diri untuk kira dalam duit malaysia kita hahaha... Semua baranag di sini ternyata murahhhh.. Memang berbaloi baloi mak dara datanag shoping raya di sini.. Tapi masih banyak lagi dalam list belum dapat mak dara beli.. Biarlah nanti petang pula kami mencari tempat lain untuk membeli belah.. Keadaan semakin sesak jadi kejap lagi mak dara akan beredar dari sini :)






Saturday, July 20, 2013

Gelora Minang

As salam duhai temann.. Waduh waduhhhh hari ni memang penat sekali mak dara pegi shoping di Pasae Baru dan pusing pusing keliling bandung..
Kejap je lagi waktu berbuka bakal tiba.. Haaa di Indonesia ni waktu untuk berbuka sangat awal . Pukul 6 petang dah berbuka. Dan tika dan saat ini mak dara berada di restoran bernama GELORA MINANG bagi berbuka puasa. Menu hari ini ialah nasi padangggg wohooooo... Ok selamat berbuka puasa buat semua teman teman di sana ya...








THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK