Thursday, August 29, 2013

Filem KL GANGSTER 2 Kena Sailang !

KECOH.. MEMANG KECOH dunia seni tanah air bila tersebarnya FILEM GANGSTER 2 di beberapa laman WEB. Rasanya kini dah ramai tahu akan kes kebocoran filem ini kan.. Masyaallah.. Baru aje semalam Mak Dara bertemu dengan penulis skrip bagi filem KL GANGSTER ini dan tak sangka benar dengan apa yang terjadi ini!! Ini betul betul kerja gangster ni...

Filem ini dijangka akan menemui penonton di layar perak pada 3hb Oktober depan. Namun ada orang yang tidak bertanggungjawab telah membocorkan hasil kerja ini di internet. Siapakah yang tidak bertanggungjawab yang membocorkan filem ini di internet? Tidak tahukah mereka bertapa perit jerih penerbit, para pelakon dan krew untuk menjayakan filem ini. Ada teman yang menyatakan bahawa pengarah filem KL GANGSTER ini iaitu Syamsul Yusof ada mengeluarkan statement mengenai kes ini dan begitu juga dengan fanpage KL GANGSTER 2 sendiri

statement dari fanpage KL GANGSTER 2 

Rata rata semua penggiat seni berasa simpati dengan apa yang menimpa SKOP PRODUCTION ini.. Namun masih ada juga segelintir yang tidak... Hmm seperti adik yang komen di bawah tu.. Boleh la cakap macam macam.. Tak pandai jaga filem sendiri lah.. apalah.. Cuba kalau kena pada batang hidung sendiri.. baru tahu macam mana . Hmmm Mak Dara tak nak komen la pasal adik tu atau sesiapa pun.. Itu pendapat mereka masing masing.

Apa apapun my heart goes to semua yang terlibat dengan filem KL GANGSTER 2 ini. Bertabahlah wahai teman.. Semoga mereka yang bertanggungjawab di atas perkara ini menerima balasannya nanti.. Pada teman teman yang ada link untuk menonton full movie KL GANGSTER 2 ni mak dara seru supaya anda jangan menontonnya..  Apa kata kita berikan full support kepada SKOP PRODUCTION dan ramai ramai menonton KL GANGSTER 2 ini di pawagam pada 3hb Oktober depan ini ya..




Wednesday, August 28, 2013

1 Hari 1 Resipi

Akhirnyaaaaaaaaaaaaaa... Setelah lama dok memendam perasaan hari ni Mak Dara dapatkan juga apa yang dihajat di hati.. Apa yang mak dara berhajat tu? Buku resepi masakan yang paling hot dipasaran iaitu buku 1 HARI 1 RESIPI dari Chef Hanieliza!!!

emmm nak masak ni lah.. eh ni lah.. eh resipi ni lah..
ohhh sooo many recepi.. terujaaa mak hehe

perghhhh macam2 resepi adaaaaaaaa!!

Buku 1 HARI 1 RESIPI ini dah berwajah baru apabila telah diulang cetak dengan hard cover dan ditambah dengan 30 bonus resepi tambahan. Dan kini akhirnya buku ini berada di genggaman ku woohooo !!! Almaklumlah sejak bibik Mak Dara lari dari rumah tempoh hari, Mak Dara la yang pegang title sebagai Isteri, Ibu dan Bibik.. 3 in one katanyer hehehe.. Buku ni memang terbaekkkkkkkkkkkkkkk... terdapat almost 400 jenis resepi!!! Dan yang paling bestttttttttttnyaaaaa semua resepi mudah mudah belaka dan bahan bahan yang diperlukan juga tak banyak.. So jadi pada yang jarang jarang atau kadang kadang aje ke dapur macam Mak Dara ni boleh juga sediakan juadah untuk keluarga macam chef profesional dengan menggunakan buku resepi terhebat ini sebagai panduan.. 

So tunggu apa lagi.. Moh serbu kedai buku dan dapatkan naskah anda sekarang.. Hmmm nak masak apa untuk diner malam ni ek.. Fuhhhhhh bestttt...


Tuesday, August 27, 2013

AKU MASIH ISTERINYA ...

Assalam duhai teman.. Mak Dara saja nak khaborkan pada anda semua bahawa pada tika dan saat ini Mak Dara sedang giat menyiapkan sebuah proposal drama terbaru Mak Dara untuk dihantarkan kepada TV3.. Sebuah drama yang sedih dan agak menyayat hati bertajuk...  "AKU MASIH ISTERINYA.."



Drama ni memang agak menyentuh perasaan terutamanya yang mempunyai pengalaman bermadu.. Perghhhh jalan cerita drama ini memang "makan dalam" kata budak budak zaman sekarang ni hehe.. Ok lah Mak Dara nak sambung menghabiskan proposal drama ini.. Doakan semoga terbuka hati pihak TV3 untuk menerima karya terbaru Mak Dara ini ya.. Amin...

Sebelum Mak Dara meminta diri Mak Dara nak mohon maaf kerana Mak Dara agak sibuk kebelakangan ni dan tak sempat untuk membalas kunjungan ke blog kalian semua.. Almaklumlah dengan kes bibik lari dan juga tengah sibuk mempersiapkan diri untuk masuk program TV kesihatan bertajuk IDEAL tak lama saja lagi. But I do reads all of your comment.. Each and everyone of it.. Mak terharuuu sangat sangat kerana masih ada yang sudi untuk singgah menjenguk Mak Dara di sini dan bertambah terharu bila anda sudi meninggalkan komen buat mak.. Insyaa allah bila mak kelapangan nanti mak akan terjah kembali ke blog anda ya.. Muahhh sayang korang ketat ketat...


Monday, August 26, 2013

Mak Dara Dipilih Menyertai Sebuah Rancangan Kesihatan

Haaaaaaaaaa... Tuah ayam nampak di kakinya.. Tuah Mak Dara nampak di..... lemak lemaknyaaaaaaa hahaha... Ya memang pelik tapi benar sama sekali.. Siapa sangka lemak lemak yang berlebihan di badan yang Mak Dara ternak dan pelihara bagai menatang minyak yang penuh selama ni telah memberikan satu kejutan buat Mak Dara apabila telah dipilih untuk menyertai sebuah program TV kesihatan . Tajuk rancangan belum boleh Mak Dara khaborkan lagi pada anda.. Tapi yang pasti rancangan kesihatan sebanyak 13 episod tu akan memulakan shootingnya pada 3hb september depan insyaa allah... 

wish me luck :)

Dalam rancangan itu Mak Dara dan beberapa lagi peserta akan diberikan instructor masing masing dan akan mula bersenam untuk kesihatan dan juga untuk mengurangkan berat badan dan diakhir episod ke 13 nanti kami diharap mendapat hasil yang memuaskan insyaa allah.. Ok lebih kurang begitulah rancangan itu namun takat itu ajelah yang dapat Mak dara beritahu dahulu.. Nanti nanti bila dah nak mula shooting karang mak akan update secara live dari lokasi penggambaran ye..

Doakan agar dipermudahkan untuk Mak dalam rancangan ni ye.. Tenkiuuuu semuaaa....


Friday, August 23, 2013

Serammmmmm Pula Malam Ini..

As salam duhai teman.. Tika dan saat ini Mak Dara bersama adik Mak Dara iaitu Adza Emie sedang menulis skrip drama untuk projek terbaru kami iaitu sebuah drama bersiri 13 episod bergenre suspens seram bertajuk QARIN!



Pasti ada yang tertanya tanya apa itu Qarin? Tidak ramai yang mengetahui tentang Qarin ini. Sebenarnya begitulah kehendah Allah s.w.t bahawa setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai satu jin kafir yang menjadi teman kemana sahaja ia pergi baik malam mahupun siang., mengajaknya melakukan kejahatan danj menahnnya daripada melakukan ketaatan. Oleh kerana ia terlalu rapat dengan manusia ia digelar Qarin.

Memang sangat sangat berat genre yang kami bawakan kali ini dalam drama bersiri QARIN ini. Banyak research harus Mak Dara dan adik lakukan dan tidak kurang juga harus bertemu dengan para ustaz yang kami kenal untuk sebarang pertanyaan supaya jalan cerita yang bakal kami lakukan nanti tidak tersimpang jauh. Doakan agar proses pembikinan drama ini berjalan lancar dan dipermudahkan ya insyaa allah..

Errrrrr serammmmmmmmmmm pulak tiba tiba rasanya malam ni huhuhu...



Biar Aku Menutup Mata..


Selamat Malam Duhai Teman..
Semoga tidur mu ditilami ketenangan
Semoga mimpi mu diselimuti kebahagian
Semoga esok jagamu disinari harapan...

Biar Aku Menutup Mata......



Thursday, August 22, 2013

NO BIBIK NO PROBLEM


Al kisah dah hampir dua hari Mak Dara tak update blog Mak Dara ni kan.. Kalau nak tahu antara faktor yang membuatkan Mak Dara tak ada masa untuk menghupdate blog adalah kerana Bibik Mak dara baru je melarikan diri.. Haaaaa Mak Dara jamin tiada penderaan telah dilakukan terhadap bibik mak dara tu.. Ada kawan yang kata "kau kasi gaji tak cukup kot?" Ehh gaji RM750 sebulan dah lebih 2 juta rupiah kalau tak cukup lagi tak tahu lah kannn..  Memang panjanggggg kisahnya dengan bibik Mak Dara tu.. Kalau nak ceritakan pun dah rasa macam layak dibuat drama bersiri aje.. 

Semuanya kerana "lelaki".. Bila dah ada boyfriend susah le nak dicakapkan lagi.. Yang bestnya dah ada somi yang keja kontrak di klang, tapi boleh pi kawen baru.. Lepas tu somi lama cari terus lari.. Hmmm macam macam lah diorang ni.. Memang dah banyak dah dengar tentang diorang ni yang senang senang je kawen.. Tapi ni first time yang terjadi pada maid mak dara.. Memang boleh kawen macam tu aje ke diorang ni ek.. Macam main kawen kawen je . Tak takut dosa pahala ke masyaa allah.. 

Apa apapun mak dara dah buat report. Harap dia tak menganiaya mana mana majikan pada masa akan datang.. Hmmm diorang ni kan mula mula datang kata nak mencari rejeki yang halal untuk anak di kampung.. Tapi bila dah dapat keja macam ni pulak.. 

Sooo sekarang mak dara akan jarang jarang kadang kadang je menjenguk ke blog ni.. Insyaa allah dalam proses mendapatkan bibik terbaru.. Lepas tu kompom akan mengatifkan kemeroyananku di sini kembali.. Uwaaa melayangggg lagi duitku.. Kayaaaa ejen ejen ni kannn... hmmmm redha je lah.. 


Monday, August 19, 2013

Bro Framestone Dan Iera Kan Di Rumah Terbuka Mak Dara

Waduh waduh waduhhhhhhh tanjat Mak Dara tau apabila pasangan blogger Bro Framestone dan isteri Iera Kan datang ke rumah terbuka Mak Dara semalam... Walaupun mendapat jemputan sehari sebelum majlis berlangsung Bro dan isteri sudi meluangkan masa untuk ke teratak Mak Dara ini.. Tenkiuuu tenkiuuuu tenkiuuuu... Terpandang aje wajah wife Bro, Iera beliau kelihatan sungguh berseri seri sekali.. Seri ibu mengandung ni memang lain macam betul auranya.. She look soooo glowing and berseriiiiiiiiiii... 

Bro Framestone dan isteri Iera Kan
(gambar dikidnap dr blogger Ayujean)

Haaaaa berseri seriiii kan Iera kan.. Bro pun bertambah seri bila di sisi isteri tersayang :) Jutaan terima kasih Mak Dara nak ucapkan kepada Bro Framestone dan Iera kerana sudi datang kerumah terbuka Mak Dara dan somi ni.. Terharuuuuu tauuuuu dengan kedatangan kalian.. 

Teman blogger yg sudi hadir ke majlis Mak Dara semalam
dari kiri Iera Kan, Ayujeab, Farah,MD dan Bro
(gambar dikidnap dr blogger Ayujean)

Blogger yang turut sama hadir ke majlis open House Mak Dara ialah Farah dan suami dan juga Ayujean atau mak panggilnya AJ.. Haa itu nanti kena story di entry yang lain.. Entry ni special buat Bro dan Iera je hehehe..

Buat Bro dan Iera, Mak Dara nak mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan semasa berlangsungnya rumah terbuka mak tu ye.. Almaklumlah sedangkan ketupat lagi tergigit inikan pulak manusia kan hehehe.. Semoga kita dapat bertemu lagi nanti ye... Insyaa allah....


Sunday, August 18, 2013

Teman Artis Yang Memeriahkan Rumah Terbuka Mak Dara Semalam

As salam duhai teman.. Semalam maka berlangsunglah rumah terbuka Mak Dara bertempat di rumah Mak Dara di AU5D Lembah Keramat.Terima kasih kepada lebih 200 tetamu yang datang ke rumah terbuka mak dara semalam . Dan antara sanak saudara dan teman teman Mak Dara dan somi yang datang terdapat juga beberapa teman artis yang turut memeriahkan open house kami ini. Antaranya Abang Harun Salim Bachick, Zaidi Omar, Boy, Raja Azri, TS Jefry, Jazly Hassan, Firdaus Ghufran dan ramai lagi.. Moh Mak Dara sharekan gambar yang sempat Mak Dara snap

Raja Azri bersama Boy

Jazli Hassan

Abg Zaidi Omar bersama somi

Mak Dara bersama TS JEfry dan isteri

Mak Dara dan somi bersama para pelakon Mohd Awie, Azza dan Jazli Hassan

ABang Zaidi Omar bersama Abg Harun Salim Bachik

dari kiri Raja Azri, Boy, Harun Salim Bachik, somi MD dan TS Jefry

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua teman teman artis yang sudi datang ke teratak kami semalam.. Terima kasih kerana meluangkan masa anda bersama kami . Sangat sangat terharu dibuatnya.. Dan sayangnya Mak Dara tak sempat nak snap snap gambar bersama kerana sibuk dok keluar masuk dapur time sesi bergambar ini uwaaaaaaaa... Takpe mudah mudahan kita dapat bertemu lagi nanti insyaa allah.. btw tenkiuuuuuu for cominggggggggg ...


Cikgu Mohd Salleh aka Abang Harun Salim Bachik Di Rumah Terbuka Mak Dara

Semalam sepanjang berlangsungnya rumah terbuka Mak Dara beberapa teman artis turut datang memeriahkan majlis open Mak Dara dan somi semalam. Dan yang paling menarik perhatian semua tetamu mak dara ialah bila ketibaan Abang Harun Salim Bachik. Anak anak serta tetamu kanak kanak semua asyik memangil nama Cikgu Mohd Salleh lah.. Boboy We lah hehe.. 

Abang Harun Salim Bachik bersama Somi Mak Dara

Abang Harun Salim Bachik sedang menjamu selera

Abanh Harun Salim Bachik bersama pelakon TS JEfry

Ibu Mak Dara bergambar bersama Abg Harun dan Ts Jefry

ANak bujang mak bersama Abg Harun

Anak dara mak Danina bersama ABg Harun

Terima kasih kepada Abang Harun kerana sudi datang ke rumah terbuka somi dan saya semalam. Dan terima kasih kerana sudi berfoto foto dengan semua tetamu tetamu kami tanpa henti hehe.. Namun sayangnya saya sendiri tak sempat nak berfoto dengan Abang Harun dek kerana sibuk dengan ahli keluarga time tu. dan hanya sempat bersembang kejap dengan Abang Harun . Apa apapun tenkiuuu for coming ye Abang Harun.. Somi dan saya sangat sangat hargainya..


Yana Yassin Tetamu Pertama Mak Dara

As salam duhai teman.. Semalam maka berlangsunglah rumah terbuka Mak Dara bertempat di rumah Mak Dara di AU5D Lembah Keramat. Memang Mak Dara tak sangka dengan hanya sehari aje planing Mak Dara dan Somi Martias Ali dapat berjaya mengadakan rumah terbuka kami itu. Jangkaan kami mungkin 50 tetamu ke atas yang sudi ke rumah terbuka kami kerana jemputan yg sungguh short notice itu namun syukur alhamdullilah lebih 200 tetamu datang ke rumah terbuka mak dara ini . SYukur alhamdullilah.. Namun yang teristimewa ialah ketibaan tetamu pertama Mak Dara iaiatu teman blogger YANA YASSIN yang tiba bersama teman temannya.. Tenkiuuu Yana sudi datang rumah terbuka Mak Dara ni.. Maaf le air sirap terlalu manis hehehe...

Menyambut Yana Yassin :)



Mak Dara & Yana Yassin 

Tenkiuuu Yana dan teman teman yang sudi datang rumah terbuka Mak Dara ni.. Maaf le air sirap terlalu manis hehehe... Harap kita dapat bertemu lagi di event event akan datang.. Tenkiuuuuu for cominggggg... :)


Friday, August 16, 2013

Rumah Terbuka Mak Dara

Asslammualikum duhai teman.. Haaaa pepagi tadi somi mak bikin surprise pada mak.. Tetiba aje berkata jom buat open house.. Mak gelak aje memula tu ingatkan dia saja melawak tapi rupanya dia tak melawak tapi benar benar kejadian.. Memang itulah cara somi mak.. Dia suka buat planing last last minute haha.. Takpe nasib baik bini dia ni terorrr dan tak terus panik.. Jadi dalam masa hanya satu hari aje mak dara bersiap sedia untuk majlis open house Mak Dara esok.. Petang tadi mak dara dah masak rendang daging, rendang ayam, ketupat, kuah lontong, kuah kacang. Lepas tu mak dapatkan canopy dan dah pun siap pasang di depan rumah petang tadi..

Dan tika dan saat ini Adik Mak Dara tolong mak masakkan laksa Kedah manakala Ibu mak dara masak pulut kuning dan kari daging.. Haaaaa itulah menu mak dara untuk open mak esok.. Simple je kan.. Itu ajelah yang termampu Mak Dara buat atas notis 24 jam untuk bersiap sedia buat open house ni huhuhuu...

Jadi di sini dengan rendah diri dan rendah ketinggiannya Mak Dara nak menjemput anda untuk ke rumah terbuka Mak Dara yang bertempat di AU5D/3 Lembah Keramat. Tapi Mak Dara buat kecil kecilan aje tauuuuu hehehe

Pada yang sudi datang ke rumah terbuka Mak Dara esok bolehlah PM Mak Dara di FB mak @ https://www.facebook.com/adzairdawati dan mak dara akan berikan alamat penuh rumah Mak Dara ye..

Jumpa anda di sanaaaa di sanaaa di sanaaaa......




Wednesday, August 14, 2013

Gambar Mak Dara Di Curi Lagi!!

Adoiiiii Gambar Mak Dara Di Curi Lagi!! Hari tu kes di gravatar.. Kali ni di facebook pulak.. Ya banyak teman teman Mak Dara telah maklumkan pada Mak Dara tentang sebuah acc FB Autumn Fied yang telah menggunakan gambar Mak Dara sejak dari bulan June lagi.. Mak Dara telahpun ke link yang diberikan oleh teman teman Mak Dara tu.. 

Ramai teman teman Mak Dara pm mak yang menyangka kan mak telah membuka fake acc.. Masyaallah.. tanpa sebab telah menjadikan ia sebuah fitnah.. Jadi mak ke link yang diberikan oleh beberapa teman saya tu dan terkejut melihat acc itu yang telah menggunakan gambar Mak Dara itu.. Lalu mak dengan secara baik meminta beliau meremovekan gambar mak itu kerana tidak mahu terjadinya fitnah dan kekeliruan antara Mak Dara dan teman teman mak.. Mak Dara siap ucapkan selamat hari raya lagi buat beliau.. Namun sayangnya dia telah remove komen mak itu dan telah block Mak Dara. Namun tuhan maha adil kawan kawan mak yang juga merupakan teman beliau mengadu bahawa beliau masih lagi menggunakan gambar saya itu sehingga hari ini.. Dan kali ini Mak Dara meninggalkan banyakkkkkk komen di wall beliau supaya tidak menggunakan gambar mak dara lagi dan mak pasti beliau akan remove kesemua komen komen mak dara itu sebentar saja lagi dan akan juga block Mak Dara ini untuk kali kedua.. 

Untuk mengelak kekeliruan kepada teman teman Mak Dara hanya mempunyai dua buah acc FB iaitu Adza Irdawati Adenan  dan acc kedua Adza Irdawati  acc kedua dibuka kerana acc pertama Mak Dara tu dah full.. Jadi selain dari dua acc FB ni bukanlah Mak Dara.. jutaan terima kasih kepada semua teman teman Mak Dara kerana perasan dan beritahu saya tentang hal ini.. Really appreciate it sooo much... Pada teman teman yang sudi report acc Autumn Fied juga jutaan terima kasih Mak Dara ucapkan kepada anda.. Pada yang belum tu boleh juga tolong Mak Dara reportkan....

Kepada Autumn Fied jika anda ingin meneruskan menggunakan gambar saya teruskanlah.. Namun saya tidak izinkan . Biarlah itu antara anda dan Allah swt.. 

Nabi SAW pernah berpesan yang bermaksud "Seorang mukmin itu tidak akan mencuri, ketika mana melakukan perbuatan itu dia adalam mukmin." Maknanya , ketika dalam hati seseorang itu ada iman atau hatinya hadir, maka dia tidak akan melakukan kesalahan mencuri. Orang beriman tidak akan mencuri jika dia merasai pengawasan Allah SWT. Ini kerana, hati yang di miliki itu adalah hati yang sedar dan mampu merasai Allah SWT melihat serta mengawasi segala amalannya. Itulah hakikat muraqabah.


Lakonan Pertama Anak Bongsu Mak Dara

Besok anak bongsu mak dara si Adza Isabella bakal berlakon buat pertama kalinyaaaa... Haaaa kalau abang dia dah banyak kali berlakon tapi Bella ini baru pertama kali.Bella akan berlakon untuk sebuah kapsul untuk Kementerian Kesihatan Malaysia.. Nasib baiklah somi mak dara yang akan arahkan iklan itu jadi rasanya kuranglah nebessss si Bella tu berlakon dibawah arahan papanya tu..

Besok lokasi penggambaran akan diadakan di Dengkil. Dan kami harus tiba dilokasi pada jam 8 pagi. Doakan agar semuanya dipermudahkannn..

Buat anak mak si Bella.. Buat yang terbaekkk ye sayang. I know you can do it.. Ikuti live update dari lokasi penggambaran ini esok ye :)


Monday, August 12, 2013

Balik KL Ooo Balik KL

Balik kampung ooo balik kampung hati girangggg... Haaa setelah puas beraya di kampung halaman mak dara di Kedah dan Perlis akhirnya hari ini mak dara dan keluarga pulang semula ke rumah di Lembah Keramat KL .. Raya kali ini memang mak dara puas beraya bersama sanak saudara mak dara di kampung.. Habis terlerai dendam rindu kesuma di hati hehehe.. Jutaan terima kasih kepada somi mak dara yang membawa kami sekeluarga pulang ke kampung mak dara tahun ini..

Seronok seronok juga tapi perjalanan pulang ke KL ni agak jemm juga entah le bila boleh sampai di rumah.. Takpelah biar lambat asalkan selamat betul tak...

Ok nanti kita ketemu lagi ya tatatititutu... Balik kl ooo balik kl... Lalalalaa hehe


3 Rumah Jiran Mak Dara Dipecah Masuk

Masyaallah.. Terkejut besar mak dara apabila mendapat berita bahawa telah terjadi kejadian rompakan di kawasan kejiranan Mak Dara.. Bukan satu, bukan dua tetapi tiga rumah telah dipecah masuk.. Dah la mak dara masih berada di kampung ini, dalam kepala otak mak dara kompom kompom rumah mak dara antara salah satu rumah yang telah dipecah masuk tu.. Namun setelah meminta adik mak dara yang berada di KL untuk melihat keadaan rumah mak dara barulah kami tahu bahawa rumah mak dara tidak dipecah masuk namun rumah yang dipecah masuk itu adalah rumah 3 jiran mak dara.. Masyaallah kesiannya pada mereka.. Difahamkan sehingga kini banyak polis masih berada di dana membuat siasatan... Semoga mereka berjaya menangkap penyangak yang melakukan rompakan itu..

Kalau ikutkan hati mau juga balik kr KL petang tadi namun oleh kerana jemmmm yang gilaaaa maka kami akan pulang ke KL esok pagiiiiii... Oh memang macam tak percaya apa yang berlaku ni. Semoga jiran jiran mak dara tabah dan sabar dengan musibah ini :(


Friday, August 9, 2013

Sungai Bakap

Fuhhhh dari siang tadi hinggalah hampir tengah malam ini baru mak dara semakin hampir ke kampung halaman mak dara di Kulim.. Jalan jemmm membuatkan kami lambat untuk sampai ke destinasi. Namun biarlah lambat asalkan selamat ye dak..
Sekarang mak nak masuk ke kawasan jawi dan melintasi Sungai Bakap.. Haaa anda pernah dengar dengan nama Sungai Bakap ni.. Kalau nak tahu...  Dulu moyang kepada moyang mak dara yang bernama Tok Bakap telah meneroka dan membuka kawasan ini dan dia namakan kawasan itu sebagai Sungai Bakap.. Jadi bila tiap kali balik kampung dan melalui Sungai Bakap hati pasti terharu.. Lama betul mak dara dan keluarga tak menjenguk ke dusun dusun milik keluarga di sana..

Wahh tetiba kongsikan sejarah keluarga mak dara la pulak kan.. Ok sebentar saja lagi mak dara akan tiba di Kulim nanti mak update lagi ya...



Beraya Di Teluk Intan

Dalam perjalanan mak dara dan keluarga ke kampung halaman Mak Dara di Kulim Kedah, mak dara singgah sebentar di rumah makcik Mak Dara di Teluk Intan..

Makcik Zawiyah merupakan kakak kepada Ibu Mak Dara. Tahun ini merupakan tahun pertama Makcik Zawiyah serta ibu MD sendiri beraya tanpa suami.. Suami Makcik Zawiyah telah meninggal pada bulan september tahun lepas manakala arwah ayah mak dara pula meninggal dua minggu selepas itu.. Walaupun mereka bersedih beraya tanpa yang tercinta namun tatkala mereka bertemu terpancar keceriaan di wajah masing masing..  Alhamdulillah sekurang kurangnya terubat juga kedukaan kedua beradik walaupun sedikit ...

Moh mak dara kongsikan gambar kami di rumah makcik mak itu ya.. Gambar yang bertudung biru tu Makcik Zawiyah dan yang bertudung hitam itu adalah ibu mak dara...
Ok kini masanya kami menyambung perjalanan kami.. Kulim here we come....



Balik Kampong.. Ooo Balik Kampong

Pada tika dan saat ni mak dara dan keluarga dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mak dara di Kulim Kedah Darul Aman.. Yeayyyyy cheq nak balik kampong habaq maiiiii.... Waduhhh tak sabaq nak jumpa sanak saudara, sahabat handai semua..

Ada tak blogger kulim kat sini.. Boleh la kita jumpa.. Ada ka yang sudi jumpa ngan cheq ni heheh..

Ok mak nak sambung tidoq sat.. Biaq somi drive sambil layan jerit dan hingaq anak anak yang dok nyanyi lagu raya ni hehehe..

Kulim aku datang......


Thursday, August 8, 2013

Angpau Lai Lai..

Haaa jangan ingat orang tua tua tak boleh dapat angpau ye.. Mak Dara boleh buktikan yang orang tua juga boleh terima angpau.. Angpauuuu lai laiiiii...

 Yesss dapat angpauuuuu!!

Selalunya kanak kanak yang dapat angpau diberi mengikut umur.. Ye lah yang bebudak yang belom sekolah dapat banyak ni.. budak yang sekolah rendah dapat banyak ni.. budak sekolah menengah pulak selalunya dapat banyak sikit dari kanak kanak yang lain kannnn.. Hmmm terpikir jugak mak.. kalau dalam kes mak dara macam mana pulak ek.. Dah kompom kompom dah lama tinggalkan zaman persekolahan.. Jadi berapa rate isi angpau patut mak dara terima ek.. Akhirnya mak dara dapat idea.. Bagi yang dalam kategori kertu macam mak dara ni seharusnya isi angpau ni berdasarkan berat badan.. Perghhh mau mak dara dapat banyakkk ni hahaha.. Buat somi ku tercinta terima kasih atas angpau ni .. Tenkiuuu tauuu ahaks..

So pada anak anak sekalian dah kira dah berapa colection dapat pada hari raya pertama ni hehehe.. Jangan habiskan dengan beli mercun tau.. Kasi simpan dalam tabung hokay.. Selamat Hari Raya semuaaaaaaaaaaaaa...





Jom Tonton Drama Raya Hijabista Kampung

Tengah hari semalam sebuah drama raya yg skripnya ditulis oleh saya dan adik Adza Nasyaemie bertajuk HIJABISTA KAMPUNG telah pun ditayangkan di Astro sakuran 180 TVi. Dan drama itu akan diulang tayang lagi pd pagi ini jam 4:00 sebentar nnt.. Pada yang tak tido bersiap2 utk raya tu blh le menonton drama ini ye.. Selamat Hari Rayaaaa


Wednesday, August 7, 2013

Besok Hari Raya!

Sebentar tadi telah diumumkan oleh mohor mohor besar bahawa tarikh hari raya aidilfitri ialah pada besok hari iaitu pada 8hb ogos 2013.  Selamat Hari Raya Aidilfitri buatsemua teman teman dan ampun maaf  dipinta . 

SELAMAT HARI RAYA!!



Pelangi Senja Syahdu

Pelangi petang menyinari senja yang dingin ini..Pelangi.. Bagai dapat memahami jiwaku yang lara.. Makin dekat menuju aidilfitri makin aku merindui saat saat menyambutnya bersama arwah abah yang telah meninggalkan kami 11bulan yang lalu..

Oh pelangi senja kau bawalah doaku buat arwah abah .. Semoga roh arwah abah tenang di sana.. Al Fatihah...


Mari Menganyam Ketupat

Mari lah mari.. Moh kita menganyam ketupat.. Haaa hari ni mak dan somi serta anak beranak menganyam ketupat.. Haaaa moh mak kongsikan gambor ketupad in the making.. Tapi gambor mak dara takdolah yo disobabkan berkomban ajo.. Errr bukan berkomban errr berbaju kelawar jo serto bermuko tok siap.. karang ada yang muntah pink jap laie hehehe...

Pasti ramai yang tengah masak ketupat juga kan.. Moh kita berketupat jommnn..


Monday, August 5, 2013

Rumah Mak Dara Di Dalam TV!

Nak tengok rumah Mak Dara dalam TV hehehe? bolehlah menonton drama bertajuk UNTUNG ATAS ANGIN lakonan Misha Omar yang sedang ditayangkan sekarang di Astro TVi channel 180.. Kisahnya rumah mak dara jadi rumah Miesya Omar :)

Miesya Omar dan Erin Malik sedang berlakon di
ruang tamu rumah Mak Dara

 Miesya Omar dan Erin Malik di hadapan rumah Mak Dara

 Shooting di dalam ruang tamu Mak Dara

Anak mak si Adza Isabella bersama Miesya Omar dan Erin Malik

Selamat menonton drama UNTUNG ATAS ANGIN ini ye!!! :)

Sunday, August 4, 2013

Perang Suami Isteri Bakal Bermula Tiap Kali Tiba Raya

Somi: Saya tak kira tahun ni kita balik kampung saya!
Istri: Eh mana boleh asyik asyik kampung awak saja, 
kampung saya pulak bila?
Somi: Kampung awak kita balik ikut tahun lompat. 
Kira empat tahun sekali baru balik lah!
Istri: Eh banyak cantik muka awak!!

Haaaaa pernah alami situasi begini? Rasanya pasti ada.. Terutamanya pada pasangan suami isteri yang baru saja berumah tangga.. Ye lah baru nak atur first raya ke mana.. Kalau yang dah lama lama kawen ni dia dah sedia maklum dah giliran kampung mana untuk pulang berhari raya kannn.. 

Macam mak dara sendiri, Mak Dara dan somi tak berapa mengalami masalah ini kerana antara rumah Ibu Mak Dara dan rumah Ibu mertua sangat dekat. Dimana rumah Ibu Mak Dara di Wangsa Maju hanya 3 min sahaja dari rumah dan rumah Ibu mertua di Rawang hanya 40 min saja dari rumah. Pi mai pi mai dalam Selangor jugak kan.. Jadi telah menjadi aturan pada tiap kali hari raya di mana kami sekeluarga akan merayakan pagi hari raya pertama di rumah ibu mertua Mak Dara di Rawang. Kemudian pada petang raya dan selebihnya di rumah Ibu Mak Dara. So memang aturan yang adil jadi takdelah masalah untuk mak dan somi. Selama 16 tahun berkahwin dengan somi Mak Dara sebanyak 12 tahun berhari raya pertama di rumah Mak Mertua mak dara tu.. Yang balance 2-3 tahun tu masa mula mula kami nikah.. Time tu Ibu Mak Dara masih tinggal di Kedah so masih wujudnya giliran balik kampung haha .. 


Jadi persoalannya sekarang. Kemana Destinasi anda pulang beraya tahun ini?




Walau kemana jua anda pulang beraya diharap tiada perang yang meletus ok.. Yang penting kompromi dan bertolak ansur antara somi dan istri. Bincang baik baik.. Kalau tak boleh juga ajak OO SOM ka ataupun baling dadu dan tengok sapa menang so balik ke kampung yang menang hehe.. Semoga tak ada adengan perang antara somi isteri macam dalam gambor di bawah ni ...

(Mak Dara & Somi dalam teksi di bandung
sekadar gambar hiasan lol)

Haaa.. Sila elakkan babak cekik mencekik antara somi dan isteri di dalam kereta ya hahahaha...  Akhir kata semoga anda selamat pulang ke kampung dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maaf zahir batin dari Mak Dara sekeluarga..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK