Monday, September 30, 2013

Blog Hidup Segan Mati Tak Mau

Yup.. bagaikan HIDUP SEGAN MATI TAK MAU aje ghupe blog ini sekarang.. Dari ramai yang datang melawat sampaikan tinggal beberapa teman je yang sudi masuk ke blog ni sekarang.. Memang padan le dengan Mak Dara yang dah semakin lama semakin jarang jarang.. kadang kadang je menghupdatekan blog dengan entry entry terbaru huhuhuhu



Entahle kenapa sejak dua menjak kesibukkan melandaaaa... Mungkin dengan skrip drama yang masih bertimbum timbun belum mak dara siapkan lagi. Ditambah lagi dengan nak fokuskan pada anak anak Mak Dara yang masing masing dengan peperiksaan UPSR dan PMR. Ahhhhh tapi apa jua alasannya mak tak patut abaikan blog kesayangan mak ini. Walaupun blog ni blog meroyan namun dialah tempat mak dara mengadu domba .. Ohh tak sanggup berpisah dari mu sayang... Haaaa nampak tak angin meroyan mak dah sampai hahaha


Ahhhhh tapi apa jua alasannya mak tak patut abaikan blog kesayangan mak ini. Walaupun blog ni blog meroyan namun dialah tempat mak dara mengadu domba.. Ohh tak sanggup berpisah dari mu sayang... Haaaa nampak tak angin meroyan mak dah sampai hahahaYES!! Mak Dara kena aktif kembali.. Seaktif monyet dan ungka di zoo negara itu!!! HARUS!


Rasanya Mak Dara perlu kembali dengan satu perubahan dan pembaharuan.. What say you! Mungkin juga orang dah malas nak meroyan dengan Mak Dara.. Mungkin juga kan.. Hmmm bior mak pikiorkan cara cara untuk buat satu come back yang vavavoom!!


Bolehkah Mak Dara terus meroyan ataupun tampil dengan nitch yang baru!! Ohhhhh fening dibuatnya.. Namun i think i can do it.. I can do it! I want duit! errrr i mean I can do it!!!

Pssttt.. Kalau ada sebarang cadangan untuk menambah baikkan blog Mak Dara ni jangan segan segan khaborkan pada Mak Dara ye.. Sayang korang ketat ketat muahhhh...


Sunday, September 29, 2013

MARI BERZUMBA

Waduhhhh sejak Mak Dara menyertai sebuah rancangan kesihatan bertajuk IDEAL, mak dara harus sentiasa jaga pemakanan Mak dara. Tak boleh lagi pakat balun je apa yang ada di depan mata.. Maunya tak, setiap episod mak dara akan mengikuti kelas zumba dan di penghujung episod rancangan tu mereka akan timbang berat badan Mak Dara.. Haaa kalau berat badan naik, tak ke haru biru tu! hahaha.. Maka nak tak nak mak dara harus le berdiet dan bersenam juga walaupun di rumah.. Dan pagi pagi tadi Mak Dara dah pun berzumba di rumah.


Yezzerrrrr Mak Dara berzumba dengan mengikuti video video Zumba yang ada di dalam youtube tu! Haaa ada jugalah snap gambor Mak Dara tengah berzumba tadi tapi bila nengok balik gambor Mak Dara yang amat sememeh tu maka mak lupakan saja niat nak menghupload. Karang ada juga yang kena heart attact nengok wajah mak dara berzumba di rumah ni wahahaha.

Lepas aje mak dara buat senaman zumba. Terus mak dara cari video yang fokuskan untuk membakar lemak di perut Mak Dara ni.. Seriusss macam dah ghupe orang mengandung 7 bulan aje perut mak ni haa.. Ishhh menci tauuu.. Jadiii mak pun ikuti senaman macam di bawah..


Senaman Belly Blaster ni ada kot dalam 20 min lebih. Tapi rasanya mak oiiiiiiii macam terbakor bakor perut dengan tali pusat mak ni haaaa... Hmmm thats means its working la kan.. hehe

Setakat sekarang Mak Dara telah mengikuti rancangan ini sebanyak 6 episod dan Mak dara telah berjaya kurangkan berat badan sebanyak hampir 5kg fuhhhh. Dan diharap pada penghujung dan finale rancangan ini nanti Mak Dara dapat kurangkan lebih banyak berat badan mak ni insyaa allah. Doa doakan mak ye..

Ok apa tunggu lagi.. Mari berzumbaaaaa... 5..6..7..8.. 8.. lagi! :)


Saturday, September 28, 2013

Lelaki Dan Pancing

Haaa ada antara anda yang sominya atau dirinya sendiri terdiri dari geng kaki pancing? Lelaki dan Pancing pasti tak dapat dipisahkan kan.. Memang rata rata kaum lelaki meminati aktiviti ini. Dan tak kurang juga dari kaum hawa yang semakin ramai menemani para somi pergi memancing sekarang ni.. Terbaek lah..

Sebenarnya Mak Dara sendiri tak berapa minat sangat dengan mancing memancing ni.. Bagi mak beli ikan di pasar lebih menjimatkan masa dan menjimatkan tenaga hahahaha itu kata kata orang malas macam mak dara lah.. Bagi kaki pancing pula mereka ada alasan mereka sendiri seperti aktiviti ini dapat merehatkan minda mereka yang letih setelah bekerja seharaian. Ia juga satu aktiviti bagi mengajar kita erti kesabaran yang sebenar. 

Al kisah semalam Somi Mak Dara telah mengikuti teman teman rapatnyanya pergi trip memancing di Tasik Kenyir selama tiga hari. Antara teman temannya ialah Abang Misnin, Abang Sudin , Abang Zaidi Omar dan ramai lagi. Moh mak dara kongsikan gambor mereka pergi memancing tu ye.

somi mak Martias Ali dan Abg Zaidi Omar

somi mak atas bot


siap ada katil lagi atas bot tu hehe

pancing jgn tak pancing bang haha

Nampak macam best aje fishing trip memancing diorang tu kan. Atas bot siap ada tilam lagi hehe..Memang mak dara tabik springlah pada kaki kaki pancing di luar sana.. Kerana mereka ini memang dalam golongan yang penyabar.. Kalau lah mak dara gi mancing dan tak dapat ikan dalam masa patblas minit kompom mak meroyan atas bot kat tengah tasik tu hahahaha..

Apa apapun semoga somi mak dan semua teman temannya dapat membawa pulang hasil tangkapan yang banyak. 


Thursday, September 26, 2013

Kantoi ! Jodoh Itu Milik Kita

Adoiiiii kantoi mak tau.. Boleh pulak somi mak dara snap gambar ni tanpa mak dara sedari... Almaklumlah time ni mak dara tengah kusyuk baca novel JODOH ITU MILIK KITA.. Kalau restoran bergegar pun belum tentu mak perasan hahaha adoi penangan cinta Aariz dan Lia lah ni. Dan paling tak boleh tahan tu somi mak snap gambor masa mak tengah tersengih sorang sorang pulak tu.. Ye lah tengah feeling masa babak Aariz mengusik isterinya kan.. sweet sangat.. tersengih mak sampai ke telinga.. Verangan lah kejap mak jika somi mak pun nak ngusik mak macam si Aariz ni.. Haaa perasannnn kannn.. Dah le tu somi mak kemudian siap share gambar ni kat facebooknya pulak tu.. Habis jadi bahan le mak dengan kawan dan adik beradik mak adess hahaha..


Nak bahan ke tak, takpe la yang penting drama dan novel JODOH ITU MILIK KITA memang terbaekkkk...

Demi cintaku.. Demi cintamu.. Adoiiii asyik terngiang ngiang je lagu tema drama tu siang dan malam hahaha


Wednesday, September 25, 2013

Disebalik Penggambaran Episod Ke 5 Rancangan Kesihatan IDEAL

Syukur alhamdullilah pagi tadi Mak Dara telah menjalani penggambaran/shooting sebuah rancangan kesihatan bertajuk IDEAL utuk episod yang ke 5 Dan pada penggambaran pagi tadi mak dara telah mengikuti kelas senaman zumba dan coach Mak Dara ialah Cik Puteri Hashim. Dan turut menyertai kelas Zumba itu ialah pembantu coach iaitu Rica dan juga pengacara bagi program IDEAL itu iaitu Nadia AF. Dan pada pagi tadi setelah mengikuti kelas zumba Puteri selama sejam mak dara telah berjaya membakalr sebanyak 648 kalori!!! perghhh syukur alhamdullilah!

sebelum shooting brmula
dari kiri NADIA AF, Puteri Hashim dan Mak Dara
hadapan Rica


Setelah selesai shooting. Mak Dara menerima penerangan dari 
tuan pengarah En Danial Sri

Syukur alhamdullilah selama hampir dua minggu lebih Mak Dara menyertai program ini Mak Dara telah berjaya menurunkan berat badan hampir 2kg. Harap harap di episod terakhir nanti dapatlah mak dara menurunkan sekurang kurangnya 5kg ke atas huhhu...

Mak Dara akan menjalani penggambaran untuk episod keenam pada Jumaat nanti. Doakan semoga semuanya dipermudahkan ye.. Amin..




Friday, September 20, 2013

Undangan Bloggers Ke Majlis Sesi Santai & Pratonton Kembara Backpackers

As salam duhai teman


Di sini Mak Dara nak mengandung.. (errr maafkan saya, angin meroyan datang pulak hari ni hehe) I mean nak mengundang teman teman blogger sekalian untuk ke satu majlis Sesi Santai & Pratonton sebuah rancangan bertajuk KEMBARA BACKPACKERS Bersama MOJI . Majlis ini diadakan dengan bertujuan untuk RE-RUN / Tayangan semula EPISOD PERTAMA rancangan "Kembara Backpackers Bersama Moji" buat semua peminat program bercorak traveling & backpacking. Kalau nak tahu rancangan ini telah diarahkan oleh somi Mak Dara Martias Ali :)

Disebabkan ramai yang terlepas menonton episod yang pertama pada jam 1130pagi hari ahad pada 15hb yang lalu DAN juga ramai yang terlepas siaran ulangan pada jam 2pagi,jadi pihak penerbit mengambil inisiatif untuk membuat siaran ulangan ini dengan menggunakan projector besar / tv besar.Video akan disiarkan dari sumber ORIGINAL FORMAT 1080p / FullHD tanpa iklan ;)Jadi para blogger blogger yang tengah free tu moh le join event ni. 




Maklumat/detail acara:

Lokasi: 
Pawagam Mini P.Ramlee,FINAS, Lot 1662, Kompleks Studio Merdeka, Batu 8, Jalan Hulu Kelang, Ampang, 68000, Ampang, Selangor 68000 (http://www.finas.gov.my/)

Waktu: 
Siaran ulangan ini akan bermula pada jam 1100pagi dan kita akan terus menonton sambungan EPISODE 2 pada jam 1130pagi dan diteruskan dengan EPISOD 2.

Sesi santai ini juga akan turut disertai oleh pihak produksi sendiri.Seperti pengarah program Martias Ali,penerbit En Azman Azif,cameraman & host program tersebut Nazri Arshad@Moji sendiri. Hidangan ringan TURUT disediakan diluar panggung mini . Selepas program ini selesai kami akan adakan sesi soal jawab & sembang2 secara santai..

Jadi ada tak antara anda yang berminat nak join event ni. Kalau berminat sila hantarkan detail anda seperti nama dan berapa pax yg akan hadir pada hari itu ke email mak dara @ mrs_martias@yahoo.com . Hantar sebelum pukul 6:00 petang esok ye

Harap harap ramai yang nak join event ni boleh le kita bersua muka dan bertukar tukar meroyan.. errr i mean bertukar tukar pendapat tentang rancangan ini nanti hehe.. Jumpa di sanaaaa di sanaaa di sanaaaa...

utk keterangan lanjut mengenai acara ini sila klik di link ini https://www.facebook.com/events/633203550064399/


Thursday, September 19, 2013

Martias Ali Diragut Di Wangsa Maju

Semalam bertempat di stesyen minyak wangsa maju Martias Ali iaitu somi Mak Dara telah diragut! Pada masa itu kami sekeluarga dalam perjalanan untuk ke Hospital Putra Medical Centre di Sungai Buloh untuk melawat saudara kami Abang Amri dan isterinya yang baru menimang cahayamata pertama mereka. Dan sebelum bertolak somi mak mengisi minyak dahulu.

Setelah membuat bayaran di kaunter somi Mak berjalan ke arah kereta untuk mengisi minyak tapi dia mendapat satu panggilan dari adiknya yang memberitahu cara cara untuk kami ke Putra Medical Centre itu. Ini kerana kami tidak pernah pergi ke hospital itu sebelum ini. Dan dengan sepantas kilat satu mamat yang menaiki motor telah menghampiri somi mak dari belakang dan meragut handphone dan sekaligus cermin mata somi mak dara. Dah le power cermin mata somi mak almost 500++ bila dah tak pakai cermin maka dia tak nampaklah untuk melihat nombor plat motor peragut tu.. 

video dr cctv Shell wangsa maju

video ke 2 dr cctv Shell wangsa maju


Memang pantas sangat perkara ni berlaku dan memang tak sempat untuk berbuat apa apa. Somi mak cuba untuk menendang moto peragut itu namun tak berjaya. Kami kemudian telah membuat laporan di Balai Polis Melawati kemudian kes ini diserahkan pula di Balai Polis Wangsa Maju. 

Jadikan video dan kejadian ini sebagai pengajaran. Tak kira lelaki atau perempuan, kita harus selalu alert dan berhati hati. Penyangak macam ni tak kira waktu dan tempat.. Walaupun di siang hari dan di tempat awam dia kalau nak rompak akan dia rompak juga.. Dah nama penyagak kan macam tu lah resamnya kan.. Jadi berhati hati ya semua..

Namun walau apa yang telah berlaku kami sekeluarga bersyukur kerana tidak ada perkara yang tak diinginkan berlaku terhadap somi mak.. Amin.. Harap harap peragut ini dapat ditangkap secepat mungkin sebelum dia meragut mangsanya yang seterusnya. 


Tuesday, September 17, 2013

Bila Hari Jadi dan Hari Malaysia Bergabung = MELETOP

As salammualaikum kepada semua .. Haa semalam pada tanggal 16hb September merupakan tarikh keramat tarikh penting juga pada semua rakyat Malaysia iaitu tarikh HARI MALAYSIA.. Namun tarikh ini amat bermakna dalam keluarga Mak Dara sendiri bukan kerana Hari Malaysia tetapi kerana ia juga merupakan tarikh hali lahir dua orang anak Mak Dara iaitu Adza Danial Haiqal(15thn) dan Adza Danina Kirana(12 thn).. Yaaa Mak telah lahirkan kedua dua anak mak tu pada tarikh yang sama cuma tahun je lain lain hehe.. Kata kawan, mak ni terror haha tapi bagi mak ini semua satu kebetulan dan kebetulan yang amatttt le best sekali.. Mau tak best dah le abang dan adik sama tarikh lahir.. sama pulak dengan Hari Malaysia dah tu tiap kali harijadi diorang adalah cuti umum.. Gilaa tak bestt.. kompom best kan hehehe... Harijadi + Hari Malaysia = MELETOP!! Macam adam dan stacey gitew hehe..  Semalam Mak Dara dan somi telah adakan majlis harijadi Adza Haiqal dan Adza Danina di BURGER KING Wangsa Maju. Moh Mak Dara kongsikan gambar gambar majlis itu dengan anda ya..

Mak Dara bersama Somi Martias Ali dan anak anak
Adza Danial Haiqal, Adza Danina Kirana, Adza Kasih Safea 
& Adza Isabella di Birthday Party Haiqal dan Danina @ Burgerking

Haiqal dapat hadiah Handphone dr Papanya

Mak Dara hadiahkan Haiqal novel Jodoh Itu Milik Kita
sbb dia mmg minat drama tu hehe

Danina dapat hadiah novel dan juga mp4

antara tetamu yang hadir

antara keluarga yg hadir


Lebih 40 teman dan keluarga yang hadir di majlis harijadi Adza Haiqal dan Adza Danina di Burgerking itu. Dan semuanya datang dengan mengenakan pakaian berwarna putih kerana mengikut tema pada event itu. Jutaan terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memberi hadiah buat Haiqal dan Danina. You guys are awesome!!

Buat Adza Haiqal dan Adza Danina.. Disini Mama nak ucapkan selamat harijadi kepada Carl & Nina.. May all ur birthday wish comes true.. Lob\ve both of you more than anything.. Jadilah anak yang soleh dan solehah dan semoga berjaya di dunia dan akhirat insyaallah... amin.....

Adza Danina, Martias Ali, Adza Haiqal dan MD


Sunday, September 15, 2013

Selamat Hari Jadi Adza Rinawati Yang Ke Ehem Ehem Tahun

Assalam duhai teman.. Hari ini 15hb September 2013 adalah merupakan birthday kepada adik Mak Dara iaitu ADZA RINAWATI yang ke tiga poloh ehem ehem... haaa biasalahkan wanita dan angka umur ni agak sensitip so anda boleh le agak agak berapakah angka yg telah diganti dengan perkataan ehem ehem tu ye hehehe..

Adza Rinawati Adenan

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
YOU ARE BORN IN THE ZOO
WITH MONKEY AND KANGGAROO
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..... hehe

Rina merupakan adik dan anak yang sangat sangat bertanggungjawab dan amat sayang pada family dan paling taat. Dia akan mendahulukan keluarga dalam apa juapun.. Sebab tu belum nak berumahtangga lagi katanya nak jaga ibu kami puas puas dulu.. Syukur alhamdullilah.. 

Semalam kami telah menyambut harijadi Adza Rina di Hotel Royal Chulan KL.. Tema pakaian semalam ialah rock dan leather.. Jenuh jugalah mak dara cari jaket kulit untuk sesuaikan dengan tema majlis semalam haha. Memang meriah betul semalam bila dia kena surprise birthday party macam tu .

SURPRISE!! Happy Birthday!!!

Cepat tiup lilin.. dah habis cair dah ni hehe
dr kiri Mak Dara pegang kek, Adza Rina dan juga our bff Fyma pegang kek

Haa siap bagi ucapan lagi hehe

bila potong lilin menyala balik sbb kami kenakan dia 
dengan magic candle haha

satu lagi kek nak kena potong!

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua sanak saudara dan teman teman yang hadir di majlis birthday Adza Rina semalam terutamanya BFF kami iaitu geng TYPO IKAT TEPI.. Hehehe pelik bebenor nama group kitaorang ni kan tapi memang AWESOME!!!!! Terima kasih atas kek kek, hadiah dan semua persiapan birthday party ni.. Uols memang terbaekkkk.. Moh Mak Dara kenalkan geng geng dan ahli ahli TYPO IKAT TEPI ini..

kiri dari atas, Fyma, Mak Dara, Shieffa, Syaz,
kiri dr tengah, Ally, Adek, Shazroul, Adza Emie, Alfie dan Tuty,
kiri dr depan Abg AMri, Adza Rina dan Iwan.

Rasanya itu hanya sebahagian sahaja dari kami kerana ada yang tak sempat nak join tangkap gambor bersama sama malam tu hehe.. 


Anyway... Happy Birthdayyyyyy Rina.... May all your birthday wish comes true.. Semoga cepat mendapat jodoh ya hehehe.. Luvsssssssssssssss you so much.. Shyyyy... dont tell others.. You are my favvvvvv sister heheheheehe..


Saturday, September 14, 2013

Gambar dan Video Mak dara Shooting Untuk Rancangan IDEAL

As salam duhai teman.. Ada yang dah tahu dan ada juga yang belum tahu tentang Mak Dara yang telah dipilih untuk menyertai sebuah program TV kesihatan bertajuk IDEAL . Mak Dara akan mengikuti penggambaran ini selama 13 episod. Dan shooting telah pun bermula beberapa hari lalu. Mak dara telah pun selesai shooting untuk episod pertama dan semalam merupakan rakaman untuk episod kedua bagi rancangan IDEAL ini. Moh mak dara kongsikan beberapa keping gambor Mak Dara semasa penggambaran itu ya..

 
mak dara bersama NADIA AF6 host rancangan ini

 
Mak Dara dipakaikan gadget dan kamera di pinggang
bagi mendapatkan view yg menarik dlm rancangan tu :)



 
Coach saya Cik Puteri Hashim tengah shooting

Rancangan IDEAL ini adalah sebuah rancangan kesihatan dan senaman. Di dalam rancangan ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Setiap satu segmen seorang coach akan mengajar seorang peserta plus size (seperti mak dara) cara cara senaman yang berbeza. Ada yang mengajar jazzersice, ada crosstraining, ada pilates dan mak dara telah diassignkan dalam senaman Zumba dan coach Mak Dara ialah Cik Puteri Hashim. Ok moh mak dara sharekan sedikit video dimana mak dara tengah shooting tu ye..
   

Haaaa lagu bollywood lagi uolsss hehehe.. Dalam segmen tu Mak Dara di ajar senaman zumba oleh Cik Puteri Hashim dan turut sama dalam senaman itu ialah pembantu coach Erica dan juga host rancangan IDEAL ini sendiri iaitu Nadia! Memang bestttt betul dapat berzumba.. Habis terbakor semua kalori degil dalam badan mak ni hehe.. Ok itu ajelah yang dapat mak kongsikan bersama anda.. Mak akan update utk episod ke3 dan ke4 bila mak shooting lagi minggu depan ya.. Fuhh tak sabor nak nengok rancangan ni keluor di RTM.. waduhh habis semua boleh nengok bertapa mak dugong ni bersenam hehehe.. Doakan agar mak dara dapat kurangkan berat badan mak ni dipengakhir rancangan ni ye.. thanks guys....


Thursday, September 12, 2013

Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kita ...

Perghhhh.. Bukan senang untuk mak buat entry jiwang jiwang ni tapi hari ni terpaksa dikecualikan kerana hari ini 12hb Sep 2013 maka genaplah ulang tahun perkahwinan Mak Dara yang ke 16 tahun.. Fuhhhhh rasa macam 16 hari lepas aje Mak dan somi Mak Martias Ali diijabkabulkan =)

Pantas sungguh masa berlalu... tup tap tup tap dah 16 tahun dah kami bersama sebagai suami isteri.. Mak amat amat bersyukur kerana telah diketemukan jodoh bersama seorang lelaki yang amat baik, bertanggungjawab dan penyayang seperti Martias.. syukur... Moh mak nak share beberapa keping gambor perkahwinan mak.. hehehehe




Hmmmm 16 tahun dulu dan sekarang memang banyak perubahannya dulu mak takde le "sesihat" sekarang..  Dari berdua kini kami telah berenam.. Cuma satu aje yang tidak berubah namun semakin bertambah ialah.. Kasih sayang mak pada somi mak.. Erkk sebelum ada yang nak muntah pink membaca entry mak ni biarlah mak sudah dengan video yang Mak Dara create sendiri khas buat somi Mak Dara Martias Ali.. Tapi ini video tahun lepas le.. Tahun ni tak sempat buat hehehe.. enjoys..


Kepada somiku Martias Ali... 16 tahun kita bergelar suami isteri. 16 tahun Abg bersabar dengan segala kerenah saya.. 16 tahun Abg melayan segala meroyan saya.. and 16kg+++ after you are still beside me.. And for that and more, I'll love you more than ever . Happy 16th Anniversary yang...


Mak Dara Dalam Rancangan Kesihatan IDEAL

Haaaaaaaaaa... Tuah ayam nampak di kakinya.. Tuah Mak Dara nampak di..... lemak lemaknyaaaaaaa hahaha... Ya memang pelik tapi benar sama sekali.. Siapa sangka lemak lemak yang berlebihan di badan yang Mak Dara ternak dan pelihara bagai menatang minyak yang penuh selama ni telah memberikan satu kejutan buat Mak Dara apabila telah dipilih untuk menyertai sebuah program TV kesihatan bertajuk IDEAL . Mak Dara akan mengikuti penggambaran ini selama 13 episod . Dan shooting telah pun bermula semalam!

Mak Dara mengenakan pakaian yg telah ditaja oleh LINE 7

Mak Dara dan host rancangan Ideal NADIA AF6

Pic ini adalah hakmilik terpelihara my trainer Cik Puteri Hashim . 
Hope she don't mind me sharing it in my blog :)

Rancangan IDEAL ini adalah sebuah rancangan kesihatan dan senaman. Di dalam rancangan ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Setiap satu segmen seorang coach akan mengajar seorang peserta plus size (seperti mak dara) cara cara senaman yang berbeza. Ada yang mengajar jazzersice, ada crosstraining, ada pilates dan mak dara telah diassignkan dalam senaman Zumba dan coach Mak Dara ialah Cik Puteri Hashim. Beliau memanggggg besttt dan kelas zumbanya memang meletop dan kebabom.. Habis terbakor kalori dan lemak degil mak dara kaw kaw semalam hehe.Host bagi rancangan ini pula ialah Nadia Hasnan atau lebih dikenali sebagai NADIA AF6! Oh Nadia ni sangat CHOMELLLLL dan sangat sweet. Rancangan ini akan ditayangkan di RTM . Bila? Haa itu tak tau le lagi.. Rancangan pun baru je mula shooting kan hehe.. 

Besok Mak Dara akan menjalani penggambaran untuk episod kedua. Hmmm berjayakah Mak Dara untuk menurunkan berat badan apabila tamatnya 13 episod rancangan ini.. Doa doakan lah ye...


Tuesday, September 10, 2013

Selamat Menjalani Peperiksaan UPSR 2013

Pagi tadi maka bermulalah PEPERIKSAAN UPSR 2013! Dan anak Mak Dara iaitu Adza Danina Kirana juga merupakan salah seorang dari calon UPSR pada tahun ini!

Adza Danina Kirana

all the best anakku!

Walaupun anak Mak Dara yang menduduki peperiksaan UPSR, namun Mak Dara yang terover nebes.. Dari semalam susah benor nak melelapkan mata rasa macam Mak Dara pulak yang akan masuk dewan periksa pagi tadi. Tapi anak Mak si Danina tu cool aje.. Ok lah tu maknanya dia confident kannn ehehe

Semoga Danina dapat mengejar cita cita 
Danina bila besar nanti ya!

Ok lah di sini Mak Dara ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon-calon UPSR yang akan  menduduki peperiksaan UPSR yang bermula pada tarikh 11, 12 dan 13 September 2013 ini. Mak Dara mendoakan kepada semua calon-calon UPSR terutamanya anak Mak Dara si Danina agar dapat menjawab soalan-soalan dengan tenang bersama keyakinan yang tinggi dan jitu. Insyallah .... kejayaan pasti menanti pada mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. 
All the best!!!

 
LOL!!!


Monday, September 9, 2013

MELAMPAU ! Restoran Pasang Filem KL Gangster 2 di Big Screen Secara Haram

Ini memang sudah lebeyyyyyyy... Bukan hanya cerita Filem KL GANGSTER telah dicetak rompak secara berleluasa.. Malahan terbaru mak dara mendapat tahu dari adik Mak Dara bahawa terdapat sebuah restoran di Wangsa Maju yang telah beraninya memasang filem KL GANGSTER 2 di big screen kedainya secara haram. Ini pastinya strategi pemilik restoran tu nak tarik perhatian pelanggan untuk duduk makan makan dan minum minum di kedainya itu..  


Amboi amboi kau ingat kedai kau tu panggung wayang sampai nak tayang filem orang di big screen kedai kau tu...Memang melampau!!!! 


Uishh mak dara pulak yang terlebih marah kan.. Tapi cuba bayangkan kalau kita berada di tempat Dato Yusof Haslam, anaknya Syamsul dan para pelakon pelakon filem itu.. Pasti kita akan marahhhh kan kalau hasil kerja penat lelah kita dirompak begitu sekali. Benar benar bersimpati kepada mereka.

Hmmm... Yang sayangnya adik Mak Dara yang membawa tunangnya makan di restoran tu tak pulak tangkap gambor big screen tu masa diorang tengah tayangkan filem KLG2 secara haram tu!! Aiseymen ni lah kalau takde naluri jadi blogger nih huhu.. Namun tak mengapa somi mak dara telah pun membuat aduan dan laporan kepada pihak FINAS dan diharap pihak finas dan beberapa pihak yang berkaitan akan menjalankan operasi besar besaran bagi mencegah kegiatan tidak bermoral ini. 

Jadi di sini Mak Dara ingin menyeru pada sesiapa juga yang melihat ada yang menayangkan filem KL GANGSTER 2 ini di mana mana tempat awam/public sila buat aduan kepada pihak finas di link ini ya http://www.finas.gov.my/eFeedback/ . Marilah kita sama sama membantu industri seni negara kita.

hantarkan laporan/aduan anda di borang ini  


Apa apapun , apa kata kita SAY NO TO CETAK ROMPAK dan berikan full support kepada SKOP PRODUCTION dan ramai ramai menonton KL GANGSTER 2 ini di pawagam pada 3hb Oktober depan ini ya..



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK