Thursday, October 31, 2013

Meeting Bersama Para Pelakon Drama Bersiri QORIN

Assalam duhai teman..
Sebentar saja lagi Mak dara dan adik Mak Dara Adza Emie akan menghadiri mesyuarat bersama semua para pelakon drama bersiri seram bertajuk QORIN di pejabat urusan PC SOFT SDN BHD di Ampang .Dan antara pelakon utama untuk drama ini ialah Uqasha Senrose dan zain ruffedge dan ramai lagi..

Mak Dara dan adik Mak sebagai penulis skrip untuk drama QORIN ini, kami harus bertemu dengan para pelakon utk sesi Q&A .. Hmmm harap harap semua pelakon dah benar benar faham skrip dan jalan cerita drama ni so sesi Q&A nanti berjalan lancar. 


Uqasha Senrose.
Uqasha Senrose 

zain ruffedge

Ok Mak Dara nak bersiap dulu.. Nanti lewat pula untuk ke meeting ni.. Karang mengalahkan retis pulak kekdahnya datang lambat lambt ni hahaha.. Doakan semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar ya.. amin..


Tuesday, October 29, 2013

Hari Terakhir Shooting Rancangan IDEAL

Pejam celik pejam celik dah pun sampai ke akhir penggambaran sebuah rancangan kesihatan bertajuk IDEAL yang Mak Dara sertai itu.. Sekejappppp sangat rasanya.. Terasa sayu juga untuk mengakhiri shooting rancangan ini sebentar lagi. Tapi apa yang bermula pasti akan berakhir kan.. 

Shooting episod terakhir ini akan diadakan di D'APPLE STUDIO milik NAS ADILA AF pada jam 8 malam ini.. Dan di akhir rancangan berat badan Mak Dara akan ditimbang dan disukat.. Haaa part ni yang mak nebesss ni.. Harap harap dapat le result yang memberansangkan..

Ok moh mak dara kongsikan video yang mak dara sempat snap pada shooting episod ke 12 semalam.



Post by Adza Irdawati Adenan.
sedutan disebalik tabir rancangan IDEAL

Ok lah Mak Dara kena bersiap siap sekarang.. Terujaaaa untuk menjalani shooting terakhir rancangan IDEAL ini.. Doakan semoga dipermudahkan ye.. Terima kasih semuaaaa...


Monday, October 28, 2013

NEESYA Produk Kecantikkan Dijamin Halal

Kulit yang cantik memang menjadi idaman semua wanita. Ramai wanita yang sanggup membelanjakan duit yang banyak bagi mendapatkan produk penjagaan wajah tertentu semata-mata ingin memperoleh kulit wajah yang cantik. Mak Dara juga merupakan salah seorang dari mereka hehe. 

Namun berapa kerat sahaja antara kita tahu sama ada produk kecantikkan yang kita beli itu halal atau mengandungi bahan yang haram atau membahayakan. Haaa hari ni Mak Dara nak beritahu anda tentang produk NEESYA yang dijamin HALAL oleh pengeluarnya Skinworkz Sdn Bhd . So para muslimah semua tak perlu was was untuk menggunakan produk ini ya..

Dan produk kecantikkan yang Mak Dara gunakan kini iaitu produk NEESYA selain dari memiliki status produk halal ia juga memang amat amat amat menepati keperluan kulit wajah mak Dara. Dan sebab itu Mak Dara nak kongsikan dengan anda mengenai produk Neesya iaitu NEESYA Illuminating Essence

Meningkatkan seri wajah dengan berkesan. Kesan lutsinar wajah dikembalikan apabila kulit menjadi cerah, terhidrat, serta dilindungi dari kerosakan. Hasilnya, kuit wajah yang cerah dan sekata. membantu mencegah bintik hitam, serta memberikan kesan kilauan pada kulit wajah. 



Setelah memakai NEESYA Illuminating Essence hampir 3 minggu.. warna kulit muka mak dara nampak lebih sekata takde lah nampak satu bahagian putih satu bahagian agak gelap terutamanya di bahagian bawah mata.. Kiranya nampak sekataaaa je.. Ohhh memangggg berbaloi baloi pakai produk ni...

Dan yang paling TERBAEKKKKKKKKK tentang produk NEESYA ini ialah rumusan produk    penjagaan    kulit    Neesya    adalah dijamin    HALAL.    Selain    itu,   harga    produk    juga    dipastikan    berpatutan dalam lingkungan RM29-RM79   dan    menepati    bajet    kebanyakan    pengguna    yang    menginginkan produk    berkualiti    antarabangsa.  Anda boleh beli produk NEESYA secara online di http://www.neesya.com/ . Jadi apa tunggu lagi jom dapatkan sekarang.. Untuk maklumat lanjut layari www.facebook.com/neesyaskincare.


Saturday, October 26, 2013

Takut Nak Beli Gula Kalau Begini Rupanya

Haaaa kalau lah gula dibungkus sebegini rupa.. Takutttt woooo nak beli... Dah macam gambar di kotak rokok aje ghupenya kannnnn hahaha
Gambar ni dikongsi oleh adik mak dara di whatsapp.. Entahle sapa punya keje yang rajin mengedit.. Memang rajin dan kreatip betoiiii ;)

Friday, October 25, 2013

Terbang Ke Pulau Mutiara

As salam duhai teman.. Bye bye semuaaaa mak dara akan ke Penang sebentar saja lagi bersama somi mak. Mak akannkr penang seterusnya ke Kangaq Perlis atas urusan kerja..

Jumpa bila mak pulang esok ya.. Tatatititutuuu


Monday, October 21, 2013

Happy Birthday Blogger Boni Kacak

ALLAH selamatkan kamu...
ALLAH selamatkan kamu....
ALLAH selamatkan Ismet Ulam Raja BONI KACAK...
ALLAH selamatkan kamu...


Hari ni merupakan harijadi blogger BONI KACAK. Emm cuma Mak Dara tak pasti harijadi beliau yang keberapa tapi yang pastinya adik Boni Kacak masih lagi mude remaje hehe..

Buat Adik Boni Kacak
Dengan ucapan

Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.

Jom kita ramai ramai terjah ke blog BONI KACAK dan ucapkan happy birthday kepada dia jommmm.. Klik di SINI http://www.bonikacak.com/ 


GYM Khas Buat Wanita

Bila badan dah macam di pam pam seperti belon , bila baju semua dah tak muat, dah kompom kompom lah kita pasti akan pikirkan cara nak buangkan semua lemak lemak degil dengan ke Gym kan? Bagi yang lelaki takde masalah lah nak ke mana mana gym sekali pun. Tapi bagi kaum wanita ni dan yang terutama yang berhijab pasti akan malu dan segan tatkala kena menyertai gym gym yang campur lelaki dan wanita. Ye lah kitaorang segan bila nak senaman lebih lebih karang ditengok dan sentiasa diperhatikan. Yang makcik makcik pulak kalau nak kayuh beskal tu lebih lebih takut pulak diketawakan. Dan yang menjadi masalah pada yang berhijab pula kena jaga auratnya ketika senaman. Jadi antara sebab sebab inilah Mak Dara dan somi beserta adik Mak Dara dan sepupu Mak Dara sedang merancang untuk membuka sebuah GYM UNTUK WANITA sahaja...

Semalam Mak Dara , somi dan adik telah pergi melihat beberapa lokasi kedai untuk dijadikan gym kami. Dan ternyata sebuah kedai di STAR PACT CITY Setapak telah berjaya memikat hati kami. Lokasinya di seberang jalan dari shopping Mall Festival City sahaja. 


Di dalam gym tu nanti "NO MAN ALLOWED". Dan semua tingkap dan pintu gym itu nanti akan di tinted gelap jadi takde yang oleh nampak kegiatan dan senaman yang dilakukan. Oleh itu para wanita senag le nak bersenam dan bergerak.. Terutama bagi yang berhijab senang untuk berpakaian. Tak perlu lagi nak risaukan tentang aurat ketika bersenam kerana semua yang berada dalam gym adalah wanita sahaja. Semua staff dan instructor juga terdiri dari kaum wanita.

Sebentar saja lagi Mak Dara akan pergi menemui owner kedai itu dan seterusnya bertemu dengan suplier barang gym. Fuh berdebar rasanya. Namun ini semua masih dalam perancangan. Kami hanya mampu merancang.. Tuhan yang menentukan.. Doakan agar impian kami ini dimakbulkan dan dipermudahkan ye.. amin..


Friday, October 18, 2013

Anak Buah Ku Sayang

Assalam duhai teman

Syukur alhamdullilah Kakak sulung Mak Dara Adza Adzriyati telah selamat melahirkan anak ketiganya pada 16hb Oktober yang lalu di Hospital Columbia Asia Setapak.. Dapat baby boy!! 



Photo: Mummy and baby! Name him asap please @adzriyati hehe. He is soooo cute :)
Kakak MD,  Adza Adzriyati bersama baby boy nya :)

Memperkenalkan inilah anak saudara Mak Dara....
 Tengku Adza Bin Tengku Noor Khizam
Sayanggggggg anak buahku ini... 
Muahhhhhhhhh



Wednesday, October 16, 2013

Push!!!! Push!!!! Push!!!

Apa?!!!! Terkejut Mak Dara dan keluarga dibuatnya bila dapat sms dari kakak Mak Dara Adza Adzriyati kejap tadi.

Cuba bayangkan Mak Dara sebentar tadi sedang dalam shooting penggambaran sebuah rancangan kesihatan bertajuk IDEAL. Hari ini kitaorang shoot episod ke 9. Bila tengah shooting maka kenalah off handphone kan.. Dan sebaik selesai aje shooting dan on balik handphone terdapat banyak miss call. Lepas tu bila baca sms terkejut bila mengetahui bahawa kakak sulung Mak Dara dah dimasukkan ke dalam wad bersalin. Biar betul?? Due date sebenarnya ialah pada 28hb almost dua minggu lagi.. Tak sangka pulak kakak akan bersalin hari ni.. Yesssss sukaaaanyaaaa...

Mak Dara nak dapat anak saudara!! Mak Dara nak dapat Nak saudara!!! Yeayyyy..
Pada tika dan saat ini kakak mak dara masih dalam bilik bersalin. Doakan moga kelahiran ini dipermudahkan ye amin..

To my sis Kak Yan... Push!!!! Push!!!! Push!!! ;)


Tuesday, October 15, 2013

Juadah Aidil Adha Mak Dara

Assalam duhai teman..

Di pagi yang mulia ini Mak Dara nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada anda semua. Dan semoga anda semua dapat merayakan Aidil Adha dengan penuh keberkatan isyaa allah.


Mak Dara baru saja selesai memasak juadah untuk raya haji ni.. Mak masak yang simple simple je.. Hehee ok lah kan

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semuaaaaa. Jemputlah datang ke rumahhhhh






Dua Drama Mak Dara Diulang Tayang Malam Ini

Assalam duhai teman.. Waduhhhh seronoknya rasa bila drama drama hasil nukilan Mak Dara ditayangkan di kaca TV. Dan bertambah seronok bila ada drama drama Mak Dara yang telah lama ditayangkan turut diulang tayang oleh stesen TV.

Tapi macam dapat double bonus pulak malam ni kerana dua drama yang mak dara tulis satu ketika dahulu ditayangkan back to back . drama yang Mak Dara maksudkan ialah drama bersiri seram SAKA dan drama bersiri seram bertajuk RADIO


Drama bertajuk Saka ini merupakan skrip yang ke 36 yang Mak Dara tulis bersama sama dengan somi Mak Dara . Dan Drama ini telah pun ditayang di Astro pada tahun 2008 yang lalu.


Drama bersiri seram bertajuk RADIO pula merupakan skrip drama yang ke 40 yang Mak dara tulis bersama sama somi Mak Martias Ali juga. 

Ya Mak dara ni memang gemorrrrr bebenor nulis genre genre seram macam ni. Entah le kenapa.. Tapi kalau nulis skrip seram atau komedi memang laju je jari menaip tapi kalau nulis kisah cinta memang fail. Mungkin sebab Mak dara ni kurang romantik kot haha.. Ok pada yang sedang free free tu sudi sudilah menonton drama bertajuk RADIO yang sedang ditayangkan di Astro Prima sekarang ye.. Dan harap anda terhibur...



Monday, October 14, 2013

Gambar Penukaran Kain Kiswah Kaabah 2013

Assalam duhai teman. Sebentar tadi telah berlangsungnya penukaran kain Kiswah Kaabah untuk tahun 2013. TV AL HIJRAH dan juga beberapa laman web telah menyiarkan live streaming/siaran langsung penukaran kiswah Kaabah ini. 


Kerja penukaran kiswah itu dilakukan setiap tahun ketika jemaah haji berwukuf di Arafah. Kelambu Kaabah yang sudah atau belum digunakan disimpan di tempat tertentu dan kelambu yang digunakan dibahagikan kepada pemimpin dan tokoh tertentu dalam kalangan negara Islam. Penukaran kelambu Kaabah adalah tradisi sejak 1,500 tahun silam dan ia dimulakan sejarahnya oleh Nabi Ismail AS. Sejak itu setiap tahun kelambu Kaabah di ganti hinggalah sekarang. 

Seramai 220 pekerja diberi tanggungjawab menyiapkan kelambu Kaabah dalam setahun. Lokasi pembuatan itu terletak di Masna' Kiswah Ummul Jaud. Kelambu Kaabah bahagian luar berwarna hitam dengan lapisan berwarna putih di bahagian dalamnya, manakala kiswah di bahagian dalam Kaabah berwarna hijau. Sebanyak 670 kilogram benang sutera asli diperlukan bagi membuat kiswah, dana dikeluarkan adalah RM17.5 juta

Di sini Mak Dara ingin berkongsi sedikit gambar yang Mak Dara snap dari kaca TV untuk tatapan anda yang terlepas menonton acara penukaran kain Kiswah Kaabah sebentar tadi.

Kain Kiswah dibawa masuk ke dalam kawasan Kaabah

petugas sedang bersedia untuk menukar kain kiswah Kaabah










Perhatian jemaah umrah dan haji selalu ditumpukan penglihatan mereka kepada kiswah dan Kaabah, di mana begitu penting ganjaran pahalanya sebagaimana sabda Nabi SAW bermaksud; “120 rahmat turun ke atas Kaabah setiap hari dan malam, 60 rahmat bagi mereka yang melakukan tawaf, 40 rahmat bagi yang mendirikan solat, 20 rahmat untuk mereka yang hanya memandang Kaabah.” (Hadis riwayat Baihaqi). 




Lintas Langsung Penukaran Kain Kiswah Kaabah

Assalam duhai teman. Pada tika dan saat ini Mak dara dan keluarga sedang menonton TV AL HIJRAH Siaran Langsung Penukaran Kain Kiswah Kaabah.

Kain Kiswah dibawa masuk ke dalam kawasan Kaabah

Masyaallah tiba tiba terasa rindu untuk menatap Kaabah di hadapan mata. Teringat lagi pertama kali Mak Dara dan somi mengerjakan Umrah pada Februari yang lalu dan dan bertapa kerdil rasa diri ini tatkala menjejakkan kaki ke masjidil Haram dan pertama kali menatap Kaabah satu perasaan yang takkan dapat digambarkan sampai bila bila. Bilakah akan dipanggil lagi untuk ke sana ..Oh speechless

Pada yang nak menonton Lintas Langsung Penukaran Kain Kiswah Kaabah ini jangan lepaskan peluang anda dan tonton lah TV AL HIJRAH sekarang juga atau anda boleh menonton lintas langsung ini di Live streamik @ http://makkahlive.net/makkahlive.aspx atau di http://www.youtube.com/watch?v=d9uVQnrjkLs




Sunday, October 13, 2013

NEESYA Hydrating Serum

Ramai wanita yang tercari cari produk kecantikan untuk mencantikkan kulit kan? Ya dan Mak Dara antara mereka yang asyik bertukar tukar produk kecantikkan kerana kebanyakkannya tak sesuai untuk kulit Mak Dara. Ada antara produk yang Mak Dara gunakan sebelum ini buatkan kulit wajah mak dara mengelupas teruk. 

Akhirnya teman Mak Dara Cynth Suet Mun telah memperkenalkan Mak Dara dengan sebuah produk bernama NEESYA. Mak Dara telah menggunakan beberapa produk Neesya ni dan hasilnyaaaaaaa.. Amat amat amat memuaskan hati Mak Dara. Antara produk NEESYA yang Mak Dara guna ialah Brighthening Eye Contour Gel dan ternyata produk tu telah berjaya kurangkan lingkaran hitam di bawah mata Mak Dara. Dan hari ini Mak Dara nak kongsikan satu lagi produk Neesya iaitu NEESYA Hydrating Serum.

Serum Penghidrat (30ml)
Serum intensif yang mengandungi AcquaCell membantu mengekalkan kadar lembapan kulit untuk jangka masa lebih panjang dengan membaiki sel-sel kulit supaya dapat ,mengekalkan lembap. Dengan itu, kadar hidrasi kulit yang optimum dapat dicapai. Ini dapat mengurangkan kesan garis-garis penuaan.


Hasilnya, kulit wajah menjadi lebih halus. Saksikan transformasi kulit wajah menjadi lebih berseri dan terhidrat bila produk ni digunakan setiap hari. Harga bagi semua produk NEESYA memang amat berbaloi baloi dan sangat sangat berpatutan. Anda boleh beli produk NEESYA secara online di http://www.neesya.com/ . Jadi apa tunggu lagi jom dapatkan sekarang.. Untuk maklumat lanjut layari www.facebook.com/neesyaskincare.

Saturday, October 12, 2013

Poster Drama Qarin


Haaa amacam Ok tak poster yang Mak dara buat sendiri ni? poster ini adalah untuk drama bersiri 13 episod bertajuk QORIN yang baru saja Mak Dara dan adik Mak Adza Nasyaemie tulis baru baru ini. Ok lah kan.. Mak Dara bukannya teror sangat nak reka reka ni. Photoshop pon Mak Dara tak reti guna.. Ini pun gunakan online editor je. Kira ok lah kan hehehe

Kalau nak tahu Mak Dara telah menulis 69 buah skrip drama sejak Mak ceburi bidang penulisan sejak 16 tahun yang lalu. Dan Mak Dara telah buatkan poster bagi setiap drama yang telah Mak dara tulis itu.. Ye lah sebagai kenang kenangan.. Rasanya dulu hanya Mak Dara saja penulis drama yang buat mcam tu.. Penulis untuk skrip filem tak apalah.. semua filem pasti ada poster kannn.. Tapi sekarang nampaknya dah ramai penulis skrip drama yang mengikut cara Mak Dara hehe..

Kalau nak lihat skrip drama yang pernah Mak Dara tulis ataupun nak tengok poster drama yang mak dara buat boleh le ke FB Mak Dara di album "KARYA KARYAKU" dengan hanya klik di SINI . Haaa di sana ada kesemua 69 buah poster drama yang pernah Mak Dara hasilkan .


Kalau nak tahu Mak Dara pun ada blog selain dari blog ini iaitu BLOG ADZAIRDAWATI iaitu blog yang memaparkan semua drama dan semua sinopsis dan jalan cerita pada setiap skrip yang pernah Mak dara hasilkan.. Kira macam Mak dara punya portfolia le hehe.. Kalau sudi boleh le ke blog Mak tu di SINI :)

Ok berbalik pada drama bersiri Qorin ni.. Penggambarannya akan diadakan tidak lama saja lagi.. Doa doakan semoga penggambaran drama ini berjalan lancar ye.. Terima kasih sumer... Nantikan skrip terbaru dari Mak Dara ye... 


Friday, October 11, 2013

Letak Jawatan Sebagai Guru Jika Anak Murid Sebegini Rupa

Perghhhhhh kalau lah Mak dara menjadi guru kepada pelajar yang macam "begini "KOMPOM Mak Dara akan letak jawatan.. Pelajar Macam mana? Haaa pelajar yang macam di bawah ni..


pic google

Haaa tengok cara dia jawab kertas periksa pun dah getar lutut dibuatnya.. Itu baru nak tanya kawan samaada nak derma darah atau tak? Haaa siap ugut nak potong bagai.. Cuba bayangkan kalau cikgu marah kenapa jawab soalan periksa macam ni? Maunya dicincang lumat . Tu belum dia masak kita buat kari ayam lagi wahahaha Adoiii budak budak sekarang ni suka sangat terikut ikut dengan trend zaman sekarang ni kan... Mau meroyan para guru guru dan ibu bapa nak mendisiplinkan mereka kembali. 

Haa ingat senang nak jadi cikgu? Well think again. Mak Dara memang tabik spring dan sangat HORMAT kepada setiap mereka yang bergelar GURU. Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai gelagat para pelajar. Namun apa jua , mereka lalui dengan penuh sabar dan dedikasi. Semoga semua guru terus tabah menjadikan semua pelajar berjaya untuk masa depan kita bersama insyaa allah..


Thursday, October 10, 2013

NEESYA Brighthening Eye Contour Gel

Tak kira remaja, tua atau muda jika bergelar wanita pasti akan menitik beratkan tentang kecantikkan terutama kecantikkan kulit betul tak? Dan Mak Dara tak terkecuali dari golongan itu. Walaupun bukan nak cantik untuk tontonan ramai namun nak juga kelihatan cantik untuk suami kann.. Mak Dara telah menggunakan pelbagai jenis produk kecantikan kulit sebelum ini dan kebanyakkannya tidak mendapat hasil yang memuaskan. Dan akhirnya teman blogger Mak Dara iaitu Cynth Suet Mun telah memperkenalkan Mak Dara dengan sebuah produk bernama NEESYA . Dan Mak Dara telah pun ke Majlis Perasmian Neesya ini tidak lama dulu . Dan selepas itu produk NEESYA memang menjadi pilihan utama Mak Dara!

Terbaru Mak Dara menggunakan produk Brighthening Eye Contour Gel. Rawatan mata yang diformulasikan dengan pendekatan 360 untuk membantu mengatasi masalah kontur mata yang sering berlaku di kalangan wanita. Membantu mencerahkan lingkaran gelap di bawah mata, serta kesan penuaan dan mata yang lesu dan bengkak.
Gel Kontour Pencerah Mata (30ml)


Cara cara menggunakan Brighthening Eye Contour Gel:




Dan syukur alhamdullilah setelah beberapa ketika menggunakan produk ni Mak Dara dapati lingkaran hitam bawah mata Mak Dara ni makin hilang! Oh happy dibuatnyaaa.. Muka dah tak nampak sembab lagi. 


Memang terbaeklah produk NEESYA ni. Memang Mak Dara rekomen untuk anda menggunakannya. Harga bagi semua prodk NEESYA memang amat berbaloi baloi dan sangat sangat berpatutan. Anda boleh beli produk NEESYA secara online di http://www.neesya.com/ . Jadi apa tunggu lagi jom dapatkan sekarang.. Untuk maklumat lanjut layari www.facebook.com/neesyaskincare.


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK