Saturday, November 30, 2013

MIS CLAIRE Pakaian Untuk Berbadan Chomel

Assalam semua..


Memang seronok untuk shopping baju baju ni kan.. Tapi agak sukar bagi orang berbadan besar macam mak dara nak shopping baju di kebanyakkan pasaraya. Sebab kebanyakkannya pasaraya menjual baju yang ngam ngam dengan saiz patung di kedai mereka tu aje betul tak? Namun Industri fesyen kini semakin memahami kehendak penggemarnya tidak kira bagi yang bertubuh petit mahupun besar. Bagi mereka yang mempunyai saiz badan yang besar, jangan rasa rendah diri dan malu untuk bergaya.  Berita gembira untuk semua wanita yang berbadan CHOMEL dan ingin mengayakan pelbagai jenis fesyen anda boleh membeli pakaian bersaiz plus size di online shop MIS CLAIRE !!!






Teman Mak Dara Cynth Suet Mun  yang telah memperkenalkan Mak Dara dengan jenama MIS CLAIRE ini. Dan bila Mak Dara buka saja website online shop Mis Claire naik rambang mata Mak Dara untuk memilih baju bajunya.. Semua pakaian dari Mis Claire ini bukan saja cantik cantik.. Malah banyak fesyen fesyen terkini dan yang lebih membuatkan Mak Dara TERUJAAAA ialah harganya yang sangat berbaloi. Seriously BERBALOI!!!!! Dan apa lagi Mak Dara pun pilih le 2-3 helai baju dengan pantasss... Nak tengok baju mana yang mak dara pilih???


 

MELBY PAISLEY FISHTAIL TOP 


Dalam banyak banyak baju di website tu Mak Dara terpikat dengan dress MELBY PAISLEY FISHTAIL TOP .seriously beautiful.. Seriously harga berbaloiiiii!!! Yup memang puas hati punyalah.. Di http://www.misclaire.com/ terdapat banyakkk lagi pakaian untuk plus size.. 

Kalau tak percaya boleh ceck it out sendiri ye =) klik di SINI untuk ke blog MIS CLAIRE  ini ya. Jom shopingggg!!!


Selamat Hari Lahir Adik Ben Ashaari

As Salam.. Mak Dara ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada blogger hebat Adik Ben Ashaari.. hari ni umur beliau telah menjangkau 37 tahun.. Walaupun mak dara muda setahun dari beliau tapi mengikut pangkat mak yang dah beranak 4 ni maka mak selesa membahasakan diri mak sebagai akak hehe..



Mak Dara akui blog Mak Dara banyak mendapat bantuan dari blog Adik Ben.. Segmen segmennya merupakan satu batu lonjatan untuk blog picisan mak ni mengenali dan berkenalan dengan ramaiiiii blogger... Ben tidak pernah lokek ilmu dan juga tidak jemu membantu blogger blogger baru seperti Mak ni.. 

to Ben Ashaari.. I wanna thank you from the bottom of my heart.. U dont know how ur segment can touch people's heart.. really appreciate it .. Dan jutaan terima kasih atas sokongan Ben terhadap kerjaya akak sebagai penulis skrip. Dan terima kasih juga kerana membenarkan akak menggunakan nama Ben dan Qhalif dalam drama PUTERI SALAMIA tak lama dulu.. Dan lupa pulak akak nak beritahu yang akak gunakan nama Iman pulak dalam filem BUKIT BESI tu.. Harap harap Finas luluskanlah skrip filem ni . Kalau tak lulus tak dapatlah filem ni ditayangkan di pawagam nanti huhu... 


Happy Birthday Ben.. Teruskan memberi inspirasi kepada semua blogger ya...




Friday, November 29, 2013

FILEM BUKIT BESI - FILEM KENEGARAAN

Assalammualaikum.. Haaa Mak Dara nak kongsikan dengan anda semua tentang projek skrip terbaru yang sedang Mak dara tulis sekarang. Pada tika dan saat ini Mak Dara dan juga adik Mak Dara Adza Emie sedang membantu somi Mak Martias Ali menyiapkan sebuah skrip filem bertajuk BUKIT BESI .

pic by google

pic by google


Bukit Besi ialah sebuah bandar kecil dalam daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Ia mendapat nama dari aktiviti perlombongan bijih besi di situ. Ia dikenali juga sebagai 'Bukit Batu Besi'.Bukit Besi dahulunya merupakan tempat perlombongan bijih besi dalam daerah Dungun. Ia telah dilombong oleh syarikat dari Jepun sebelum 1939 lagi. Lombong ini telah ditutup berikutan bijih besi di sini telah habis dilombong oleh syarikat Jepun suatu ketika dahulu.Syarikat Jepun itu ialah Nippon Mining Company (Nippon Kogyo). Jeneral Jepun tidak dapat mengawal buruh lombong khususnya pelombong Cina. Ketika itu terdapat juga lombong manganese di Gual perio dan Temangan di Kelantan. Pengeluaran bijih besi berjumlah 1962,000 tan pada 1940. Semasa penjajahan Jepun, operasi lombong ini masih berjalan. Ia dipantau oleh seorang perisik Jepun bernama Kosaki Ishigai. Maklumat-maklumat rahsia tentang potensi ekonomi yang diberikan inilah maka Jepun menyerang Tanah Melayu melalui Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

 

Fuhhhh memang agak sukar juga untuk menyiapkan skrip filem yang berpandukan pada sejarahni. Banyak research yang harus kami lakukan.. Kena ada mengenai orang melayu, orang cina dan india, orang british dan juga komunis.. Dan harus menjaga sensitiviti semasa proses penulisan ni.

Ok kitaorang nak sambung menulis skrip filem ni dan perlu dihantar ke FINAS pada tengah hari nanti. Doakan agar dipermudahkan dan semoga mendapat kelulusan dari pihak FINAS ya.. Kalau tak lulus.. tak dapatlah karya kami ini ditayangkan di layar perak nanti huuhu.. doa doakan ye.. tenkiuuu semuaaa...


Thursday, November 28, 2013

Strech Mark KURANG dalam Masa Sebulan Dengan Premium Beautiful!

KEBIMBANGAN bagi setiap wanita yang telah , sedang atau akan bersalin ada banyak . Namun semuanya pasti akan hilang sebaik sahaja melahirkan. Namun SATU yang akan terus menghantui wanita selepas bertahun selepas bersalin adakalanya hingga selama lamanya iaitu.... STRECH MARK!! 


Susah le nak carik wanita yang selepas melahirkan anak takde strech mark ! Kalau ada wanita yang tiada strech mark selepas bersalin memang terror lah Mak Dara tabik spring pada anda.. Memang anda antara yang sangat sangat sangat bernasib baik.. Namun Mak Dara tak bernasib baik . Kerana STRCH MARK yang mak alami agak teruk. Lebih kurang sama seperti gambar di atas tu..

Ye lah dah mengandung dan melahirkan anak sebanyak 4 orang kesemuanya. Dan melalui proses melahirkan 2 orang anak secara normal dan dua lagi anak Mak Dara dilahirkan secara ceaserian.. Makin mengembang perut masa mengandung tu makin menjadi jadi strech mark yang mak alami..

Puas lah mak cari losyen lah.. krim lah.. ubat sapulah untuk menghilangkan kesan strech mark pada perut Mak Dara namun... NAN HADO!!! sekali duit melayang layang.. Harga ubat untuk hilangkan strech mark bukannya murah...

Setelah anak bongsu Mak Dara Adza Isabella meningkat ke usia 5 tahun. Mak yakin. Mak kompommmm yang strech markh di perut Mak Dara itu akan kekal di perut Mak sampai bila bila. Namun............. Sangkaan Mak Dara SALAH!!!!!

Sejak Mak Dara memakai Premium Beautiful ni mak dara memang menemui penemuan demi penemuan terbaru.. Pertama kali yang mak dara perasan ialah apa bila BERAT BADAN TURUN SEBANYAK 3KG DALAM 10 HARI!  HILANG 2 INCI SELEPAS 17 HARI ! 




Dan penemuan yang paling membuatkan Mak Dara teruja iaitu setelah SEBULAN memakai premium Beautiful ialah apabila STRECH MARK di perut Mak Dara telah KURANG!! syukur alhamdullilah.. Ikutkan hati mau disnap je pic tapi mana boleh AURAT kan.. Tapi percayalah memang terasa macam magic aje.. Syukur alhamdullilah . Kini Mak Dara lebih rasa selesa dan yakin dengan diri sendiri.. Terima kasih kepada SOFEA yang telah kenalkan Mak Dara dengan produk PREMIUM BEAUTIFUL ni ..

Mak Dara bersama somi dan anak anak
dr kiri Adza Danial, Mak Dara, Adza Isabella, Martias Ali
Adza Kasih dan Adza Danina

Memang Mak Dara memang syorkan pada anda untuk mencuba PREMIUM BEAUTIFUL ni. Sangat BERBALOI BALOI!!!!! Untuk keterangan lanjut mengenai PREMIUM BEAUTIFUL ini anda bolehlah hubungi sofea di blognya http://www.sofiashazrizat.com/ atau hubunginya di fbnya https://www.facebook.com/sofia.shazrizat atau pun terus saja telefonnya di talian call/sms/whatsapp sofea di talian 019 3734118.

Percaya tak kalau mak katakan untuk mendapatkan korset Premium Beautiful ni amat mudah bila adanya Bayaran Ansuran TERENDAH YANG SANGAT SANGAT SANGAT MAMPU DIMILIKI oleh semua orang.

SOFEA : 019 - 3734 118

artikel berkaitan PREMIUM BEAUTIFUL

Saya Pengguna Premium Beautiful!

Hari Pertama Bersama PB BERJAYA!

TEASER Sebelum Dan Selepas

Demam Terus Kebah Dengan PB Syukur

10 Hari Hilang 3 Kilogram!!! Terima Kasih PB! 

17 Hari Hilang 3kg & 2 inci!!! Terima Kasih PB!



Wednesday, November 27, 2013

Parodi Si Cilik Penangan Zizan Razak + Bobo

Haaaa jangan ingat Mak Dara aje yang meroyan dalam keluarga Mak Dara hokayyyyy.. Penyakit ini juga kadang kadang telah berjangkit pada ahli keluarga Mak Dara juga. Dan yang terbaru anak buah Mak Dara si Adza Qaliesya atau nama timbangannya Kelly juga dah mula menunjukkan simptom simptom yang dia telah dijangkiti dengan virus ini muahahaha.. Tak percaya moh lihat video parodi yang dinyanyikan oleh anak saudara mak dara yang sempat dirakamkan oleh ibunya iaitu adik Mak Dara. Moh layannnnnnnz..

 

Haaa amacammmm.. part yang paling kitaorang tak tahan masa dia flip hair tu hahaha adoiiii .. Kalau nak tahu Kelly ni memang minatttt minattttt minattttttt sangat dengan Zizan Razak.. Hampir hari hari dia pasti akan nyanyikan lagu Infiniti Cinta nyanyian Zizan tu.. Dan semalam aksinya sempat kami rakam.. Bila kitaorang tengok tengok balik aksinya tu terutama cara dia kibaskan rambutnya tu sebijik macam si Bobo yang memang terkenal dengan parodinya tu kannnn... Itulah penangan si Zizan Razak dan Bobo hehe


Tuesday, November 26, 2013

Jemputan ke Majlis Pelancaran Rancangan ‘THE INFLUENCER’

OMG.. Mak Dara baru saja menerima jemputan ke Majlis Pelancaran Rancangan ‘THE INFLUENCER’ sebuah rancangan Reality TV show pertama di Malaysia yang akan disiarkan di Lowyat.TV tak lama lagi. 


Rancangan THE INFLUENCER’ adalah sebuah rancangan realiti yang mencari Personaliti Online Paling Berpengaruh di Malaysia. Rancangan ini akan disiarkan di Lowyat.TV tak lama lagi dan mereka mensasarkan sebanyak 1 juta penonton dan pelawat harian di Lowyat.net

Syarikat PersonEdge Sdn Bhd , rakan kongsi Lowyat MSC , bekerjasama dengan Nokia untuk melancarkan realiti dalam talian TV pertama Malaysia disasarkan kepada penonton dan pengguna yang celik digital dan sosial media. Pertandingan ini akan menampilkan 10 personaliti talian terkenal di Malaysia daripada industri gaya hidup, fesyen, kecantikan, makanan , tarian dan teknologi yang akan bersaing untuk gelaran " The influencer ".

WOW!!! Sebuah rancangan Reality TV show terbaru dan yang pertama seumpamanya di Malaysia.. Fuhhh pasti hebat ! Mak rasa amat bertuah kerana dijemput sebagai wakil media untuk majlis yang berprestih ini.  Terima kasih kepada Shirley Wong dan PersonEdge Sdn Bhd atas jemputan ini. Insyaa allah akan cuba menghadirkan diri esok ya.


Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari


(mak dara nak feeling ala ala memey jap ahaks :)

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.


Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.


Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.


Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 
Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.


Monday, November 25, 2013

Pagi Yang Santai bersama Anak Anak & ASTRO ON THE GO

Di pagi yang hening.. terduduk ku di buaian sambil ku menghirup udara yang segar.. Angin sepoi sepoi bahasa membelai wajahku yang err... yang er.. yang err... tiba tiba suara suara menjerit mengganggu ku.. "MAMAAAAAAA!!!!!" Adoiii baru je nak layan perasaan pepagi buta ni dengan naik buai sensorang dah habis semua anak anak datang join dah tu ajak nengok cerita di Nickelodeon kat ipad dengan diorang.. Best juga layan menonton rancangan kegemaran anak anak di atas buai menerusi  ASTRO ON THE GO!

Mak Dara bersama anak anak bersama AOTG

AOTG Terbaekkkk!

Dengan AOTG kami sekeluarga dapat menonton cartoon kegemaran di saluran DisneyXD (Ch617). Memang seronok menonton dengan  ASTRO ON THE GO ni kerana kita boleh menonton rancangan TV kegemaran kita dimana mana dan pada bila masa saja! Pada ibu ibu terutamanya suri rumah tu moh le layan kerenah anak anak kita sambil sambil layan  ASTRO ON THE GO!

Dan lebih best tentang AOTG ini ialah bermula dari 1 November 2013 hingga 15 Feb, 2014, semua pelanggan Astro, akan layak untuk menonton saluran Astro Family HD Pack , saluran Astro Vinmeen HD, saluran Fox Family Movies serta One HD dalam kedua-dua HD dan SD tanpa kos tambahan. Bukan itu saja. Anda juga boleh menonton program kegemaran anda bila-bila masa dan di mana sahaja di Astro On-The-Go juga tanpa sebarang kos! Ya anda tidak tersilap baca.. "TANPA KOS TAMBAHAN"!

Untuk yang belum memiliki akaun AOTG boleh ke website mereka di http://my.astroonthego.com Untuk keterangan lanjut.


Sunday, November 24, 2013

Header Mak Dara Bakal Berubah?

Nak tukor ke idok
Nak tukor ke idok
Nak tukor ke idok
Idok ke tukor?

Adoiii konpius bebenor mak dara ni hari ni.. Almaklumlah mood Mak Dara kan berpandukan kepada angin meroyan mak.. Kalau angin sepoi sepoi bahaso takpo la.. Entah nape lah pulop hari ni anginnya bertiup ala ala kencang sesangat.. Jadi tetibe nengok nyer header yang lama udah raso tak sior.. Rasa macam nak nukor header yer baru.. Hmmm... Kalau Mak tukor header yang mak pakai sekarang ni dengan gambor ni ok tak?

gambor kat tepi tingkap

Uishhh sekali pandang gambor mak kat tepi tingkap tu ghupe macam nak mulakan mesyuarat ahli tingkap le pulok kan.. tapi bila dah dua tiga kali pandang.. macammmmm.... 


Aah macam hantu kak limah pon ada kannnn... Hmmmm nampak sangat Mak Dara tengah boringggg sekarang kan hahahaha... Adoiiii...


Happy Birthday Blogger Farah Waheda Wahid

ALLAH selamatkan kamu...
ALLAH selamatkan kamu....
ALLAH selamatkan Ismet Ulam Raja Farah Waheda Wahid
ALLAH selamatkan kamu...


Hari ni merupakan harijadi blogger Farah Waheda Wahid pemilik blog BUBBLYNOTES yang ke 31 tahun!!!Dan yang pastinya adik ku yang gojesssss dan comel ini masih lagi mude belia gitew hehe..



Selamat harijadi buat Farahhhhhhh.. Farah memang antara my best blogger friend ever.. Dah anggap macam adik sendiri dah.. Adikku sorang ni sedang sarat mengandungkan anak sulungnya.. Fuhhhh tak sabar mak Dara nak terima anak buah! Tak sabar nak pergi melawat ketika baby dilahirkan nanti insyaa allah..

Buat Adik ku yang Gojess Farah..
Dengan ucapan

Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
anak yang soleh dan solehah
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.

Jom kita ramai ramai terjah ke blog Farah Waheda Wahid dan ucapkan happy birthday kepada dia jommmm.. Klik di SINI http://www.bubblynotes.com/


Thursday, November 21, 2013

Tayangan Saluran Hebat Untuk Semua Pelanggan Astro Tanpa Kos Tambahan

Berita baik! Berita gembira! Berita yang pasti akan membuat semua pelanggan ASTRO teruja! 

Bermula dari 1 November 2013 hingga 15 Feb, 2014, semua pelanggan Astro, akan layak untuk menonton saluran Astro Family HD Pack , saluran Astro Vinmeen HD, saluran Fox Family Movies serta One HD dalam kedua-dua HD dan SD tanpa kos tambahan. Bukan itu saja. Anda juga boleh menonton program kegemaran anda bila-bila masa dan di mana sahaja di Astro On-The-Go juga tanpa sebarang kos! Ya anda tidak tersilap baca.. "TANPA KOS TAMBAHAN"!


Wowwww hebat memang hebat!Begitu banyak saluran di berikan oleh Pihak Astro ini kan. Namun Mak Dara amat amat teruja sekali tentang saluran Fox Family Movies (SD 415). Ini kerana saluran Fox Family Movies menayangkan filem filem yang sangat sesuai untuk ditonton oleh seluruh keluarga. Bagi Mak Dara aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah dan hubungan kekeluargaan antara Mak Dara dan keluarga.Dan pada  Sabtu , 16hb November 2013. Saluran Fox Family Movies menayangkan filem bertajuk Beethovent's 5th tepat jam 8 malam. Dan Mak Dara tidak melepaskan peluang menonton filem ini bersama keluarga.Filem ini mengisahkan tentang seekor anjing yang tinggal bersama sebuah keluarga yang amat penyayang, namun diam-diam ada pihak yang mahu membunuhnya. Walaupun filem ini berkisar tentang haiwan namun terdapat banyak pengajaran di sebalik filem ini. Antaranya ialah kasih sayang antara manusia dan haiwan, erti kemanusiaan dan bermacam lagi.
 

Terdapat banyak lagi filem filem hebat yang akan ditayangkan di saluran Fox Family Movies ini. Jadi pada semua pelanggan Astro jangan lupa untuk menonton semua saluran saluran hebat yang diberikan oleh Astro mulai  1 November 2013 hingga 15 Feb, 2014 ini ya!Dengan pemberian saluran tanpa sebarang kos ini kita dapat lihat bertapa pihak Astro sangat komited dalam memberikan yang terbaik buat 3.58 juta pelanggan Astro yang kian meningkat dengan memberikan lebih banyak pilihan saluran bagi memenuhi kehendak pelanggan. Syabas Astro
 

Wednesday, November 20, 2013

90 Peserta Segmen Macam Cantik Je Macam Kacak Je


SAH!! Memang KOMPOM!!! VIRUS MEROYAN Mak Dara telah menular dengan jayanya mengalahkan virus batuk dan demam yang tengah hot sekarang.. Siapa sangka segmen merapu lagi meraban Mak Dara telah disertai oleh 90 peserta yang kompom kompom telah terkena jangkitan meroyan mak.. Kesemua 90 peserta peserta segmen ni memang Macam Cantik Jer Macam Chomel Je.. Macam Hensem Jer.. Macam Kacak Jer !! Memang sporting habissss diorang ni snggup posing posing ala ala meroyan bagi memenuhi syarat segmen Mak Dara ni . Haaa nak lihat wajah wajah para peserta yang macam cantek je macam kacak je ni moh le kita lihat senarai peserta segmen ini...

PESERTA SEGMEN

#18 Eda Johari http://edaeri.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#19 YnaRazali http://ynarazali.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#20 MG schmidt http://melangkaugarisan.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#21 Gadis Ganu http://ganumostwanted.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#22 aze alia http://thisismystorylah.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#23 Hudaraihanaaaa_http://simpledoubletriple.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#24 BaNu Syah http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#25 amanina nasuha http://adramycien.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html 
#26 Mrs Velentine http://msvelentine.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#27 IbuNoey http://ibunoey.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#28 Gadiss http://blogkusuperstar.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#29 Safarina Shaari http://thestoryofayna.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#30 Hanis Masturina http://hanismasturina.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#31 Keyme Keymoo http://keymekeymoo.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-hensem-jer-macam-kacak-jer.html
#32 nisa surihani http://manissaa.blogspot.com/2013/11/macam-comel-je-sayemacam-cantik-je.html


Jutaan terima kasih kepada semua anda yang menyertai segmen Mak Dara ni. Memang terus terang mak berkata mak tak pernah menjangka bahawa segmen ini akan mendapat sambutan menggalakkan sebegini rupa. Dan rasanya keyword bagi segmen ini juga telah berjaya menarik trafik ke blog anda insyaallah.  Kalau tak percaya cuba google keyword macam cantik je macam comel je dan lihat bermula dari page kedua onwards kebanyakkannya telah dipegang oleh peserta segmen ni hehehe.. Congrats guys!!! Semoga anda semua tak serik serik untuk menyertai segmen meroyan dari Mak Dara lagi ye.. Sayang korang ketat ketat...  Akhir kata dari mak dara " Majulah Meroyan Untuk Negara" muahaha. Ok apakata kita terjah satu persatu kesemua peserta di atas dan moh lihat posing posing mereka jom!!!!!!

P/S  buat blogger ABANG ENSEM.. Masih sudi ke untuk menyertai segmen meroyan mak dara ni hehe.. Walaupun penyertaan telah ditutup.. Tapi..  Adik punya pasal takde tarik tutup.. Bila bila free je boleh join ye itupun kalau sudi le hehe 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK