Monday, December 30, 2013

Vintage Eleven Private Villa Di Melaka

Beberapa minggu yang lalu Mak Dara bersama keluarga telah disponsor oleh sepupu Mak Dara Sarimah bercuti dan berholiday ke Melaka bersama keluarga mereka. Perghhhh memang seronok apabila keluarga Mak Dara dan keluara Sarimah bergabung meletop bercuti bersama sama.. Bertambah terujaaa apabila semuanya disponsor hehehehe... Di melaka Sarimah telah menmpah sebuah private Villa untuk kami semua bermalam. Dan private villa itu adalah di VINTAGE ELEVEN . Vintage Eleven terletak betul betul di Jonker Street . Sukar untuk Mak Dara mengambarkan keindahan dan kecantikkan villa ini. Jadi mari Mak Dara kongsikan gambar yang sempat Mak Dara snap di VINTAGE ELEVEN ini ya..

pintu masuk Vintage Eleven

Ruang tamu Vintage Eleven

Ruang tamu yang sangat selesa

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam Villa Vintage Eleven ini kami terus terpaku melihat ruang tamunya yang sungguh glamour dan sungguh eksklusif ini. 

master bedroom di Vintage Eleven

memang besar dan sungguh eksklusif

dari tingkap bilik master bedroom ini boleh melihat
ke arah satu taman tergantung di bahagian belakang Villa

tingkas atas yang mempunyai dua bilik yang sangat besar

bahagian dapur terletak di tingkat atas Villa ini

bahagian dapur terletak di atas dari swiming pool di tingkat bawah

Jom tengok apa di tingkat bawah Villa ini


Di bahagian bawah terdapat private swiming pool & Jakuzi


Adza Kasih & Adza Isabella posing sakan hehe

di belakang swiming pool terdapat tangga
yang akan membawa ke taman tergantung

taman tergantung di Vintage Eleven


Haaaa memang cantekkkkk kannnn VINTAGE ELEVEN VILLA ni.. Memang speecless Mak Dara apabila disponsor untuk menginap di sini.. Dan bertambah speechless apabila mengetahui berapa kadar bayaran untuk tinggal sehari di sini.. Nasib baik kami di sponsor Sarimah hehe.. Tenkiuuu Che Mahhhhhhh... hehehe

inilah sepupu Mak Dara Sarimah yang telah sponsor percutian kami 
(hehe jangan marah ek Che Mah pic keluor kat blog ai heheheh)

Alang alang dah duduk di tempat yang sangat sangat cantik ni maka kami pun tak lepaskan peluang untuk buat sesi tangkap gambor beramai ramai di taman tergantung tu hehehe.. 


Adza Isabella & Adza Danina posing sakan hehe

Adza Kasih & Adza Danina

Adza Isabella pulak posing 

Alisya (anak sarimah) join posing sama 

anak buah Mak Dara Apple (nama manjanya ;) turut sama pose

Memang cantekkkk gila permandangan taman itu di waktu malam!!! Dan habis semua anak anak serta anak buah Mak dara suruh pose dan tangkap gambor .. Ye lah bukan senang nak datang ke mari lagi kan.. Alang alang dah ke sini kita gunakanlah semua kemudahan yang diberi sepenuhnya kannn hehehe.. 

dua keluarga bercuti bersama.. The best memory everrr!!!!

VINTAGE ELEVEN merupakan salah satu tempat percutian yang sangat terbaekkk pernah Mak dara pergi. Jutaan terima kasih kepada sepupu Mak Dara Sarimah yang sangat baik hati sponsor percutian kami ini.. Kalau boleh sponsor lah lagi hehehe.. Pada anda yang nak bercuti di sini atau nak tahu lebih lanjut tentang Villa Vintage Eleven ni boleh ke websitenya di sini ya.. http://vintageeleven.com.my/


Sunday, December 29, 2013

Siapa Gerangan Blogger MR JEJARI RUNCING

Wahhhhh panas panas panas.. Semalam sepupu Mak Dara iaitu MAK LADY datang kerumah Mak dara dengan membawa berita panas.. Katanya ada blogger baru yang menggelarkan dirinya sebagai MR JEJARI RUNCING . Ehhh macam nama blog anak saudara Mak Dara aje si JEJARI RUNCING tu.. Tertanya tanya juga siapakah pula gerangan Blogger MR JEJARI RUNCING ini? Apa lagi Mak Dara terus terjahhhh ke blog beliauuuuu...


Lepas aje terjah ke blog Mr Jejari Runcing barulah Mak tahu siapakah gerangannya beliauu.. Tapi tak boleh revealkan dulu siapakah gerangannya.. biar korang suspengggg duluuuu. Tapi kalau anda nak tahu juga siapakah blogger mr jejari runcing ni.. boleh lah sama sama terjahhhh ke blog beliau di.... 



Buat Mr Jejari Runcing welcome to blogging worlddddddddd!! 


Saturday, December 28, 2013

Hari Orientasi Tingkatan 1

Hari ini pasti ramai ibu bapa membawa anak anak mereka ke Hari Orientasi bagi Tingkatan 1. Mak dara dan somi juga baru saja balik dari sekolah Menengah Seri Keramat bagi membawa anak kedua Mak Dara yang akan mula bersekolah di situ.. Program orientasi pelajar tingkatan 1 ini diadakan bagi memberi keyakinan diri kepada pelajar sendiri selain daripada memberikan mereka peluang untuk berkenalan antara satu sama lain.

Mak Dara dan Anak Dara siap untuk ke Hari Orientasi hehe

para ibubapa yang mendengar taklimat dr pengetua sekolah

para ibu bapa beratur untuk membuat bayaran koperasi

lepas bayar duit koperasi kena bayar utk  PIBG & ect
nasib baik dapat no giliran yg pertama hehe

Seronoknya Danina apabila rakan sekolah rendahnya belajar
di kelas yg sama dengannya

Adza Danina bersama rakan sekelas dan cikgu kelas

lps bayar boleh bawa anak2 pulang

selesai le hari orientasi tingkatan 1

MATLAMAT HARI ORIENTASI

Program ini bertujuan untuk mendedahkan murid dengan maklumat-maklumat asas kurikulum serta asas kendiri yang jelas demi memantapkan personaliti murid keseluruhannya dalam permulaan pendidikan menengah rendah.

OBJEKTIF HARI ORIENTASI

* Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah yang baru.
* Murid-murid memahami kurikulum, ko-kurikulum dan budaya belajar sekolah          menengah.
* Supaya mereka dapat menyediakan fizikal, mental dan emosi yang membina di        alam sekolah menengah.
* Mengeratkan hubungan yang baik antara murid baru dengan warga sekolah.
* Melatih murid agar boleh berdikari, yakin diri dan berkemahiran.

SASARAN HARI ORIENTASI
Semua murid Tingkatan 1 Sesi 2014

Rasa macam sekejapppp sangat tup tup dah masuk tingkatan 1 dah anak dara mak si Adza Danina Kirana ni.. Ohhh cepatnya masa berlalu kannnnn... Adalah diharapkan dengan terlaksananya minggu orentasi ini, semua murid-murid dapat mengenali persekitaran dan budaya sekolah baru mereka. Dan diharapkan mereka dapat mengenali warga sekolah yang berkhidmat di sekolah itu. Dengan ini barulah fizikal, mental dan emosi mereka dapat disediakan dengan lebih terbina . Semoga anak anak kita seronok untuk memulakan sesi persekolahan mereka nanti insyaa allah.



Friday, December 27, 2013

Nasi Kandar Beratur Kapitan Keling Penang

Nasi Kandar Beratur . Seperti namanya, bersedialah untuk beratur tidak kurang daripada 30 minit untuk giliran anda  untuk makan di restoran ini. Bagi mereka yang dah biasa dengan restoran ini dan bagi peminat setia nasi kandar beratur mereka akan datang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum kedai itu dibuka untuk mendapatkan nasi kandar yang terawal. Setiap kari mempunyai campuran kompleks rempah ratus dan dimasak berjam-jam untuk menghasilkan keseimbangan wangian dan rasa nasi kandar itu. Semua yang dihidangkan oleh restoran ini memang sedapppppppppppp.  Berbaloi menunggu lama.

Mak Dara sendiri tidak ketinggalan  untuk merasa kenikmatan nasi kandar beratur ni apabila bercuti ke Penang dua minggu lalu. Dan apabila menjejak saja kaki ke sana ternyata memang panjanggggggg bebenor barisannya.. Moh Mak Dara 

ini lah dia kedai Nasi Kandar Beratur

Mak dara dan anak anak pekena nasik kandaq

tak sempat nak snap pic nasinya 
dah habis dingap kami semua haha

aiseymen kantoi mak dara tambah nasi muahaha

haaa panjang ka dak. depa beratur. panjangggggg kannnn 



makin lama makin panjang barisan

alhamdullilah.. memang sedappppp

Syukur alhamdulillah dapat juga Mak dara dan keluarga merasa makan nasi kandar beratur yang femes emes ni. Dan memang terbukti SEDAPPPP dan memang berbaloi beratur pepanjang pun...  Jadi pada anda yang nak ke Penang tu jangan lupa pekena NASI KANDAR BERATUR ni k.. 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK