Friday, February 28, 2014

MIZFITS FITNESS - Gym Khas Untuk Wanita

Assalam duhai teman... Haaaa ada yang tengah dok cari cari gym untuk bersenam dan untuk kuruskan badan??? Susah nak cari gym khas hanya untuk wanita?? Look no more!! Anda boleh ke MIZFITS FITNESS sebuah gym dan pusat gym dan fitness khas untuk wanita.Mizfits Fitness menawarkan tempat untuk bersenam di tempat yang sungguh feminin lagi selesa dengan alat alat khas untuk wanita . Beberapa kelas senaman seperti KELAS ZUMBA BASIC, KELAS ZUMBA SENTAO, KELAS BELLY DANCE dan juga KELAS AERO DANCE disediakan . Kami juga menyediakan khidmat personal trainer . Surau juga disediakan bagi kegunaan mereka untuk solat.


Mak dara nak promote pakej pakej membership yang ditawarkan di MIZFITS FITNESS kan kan kan . Manalah tahu kalau ada antara anda yang tengah mencari gym gym untuk join boleh consider gym kami ni ya.. Ok pakej yang ditawarkan oleh pihak kami adalah seperti yang tertera di bawah

Pakej Untuk  registration
1) RM 360 untuk 6 bulan membership (rm130 x6bulan)
2) RM 300 untuk 1 tahun membership (rm100x12bulan)

(Cara Bayaran boleh dibuat menggunakan cash sahaja)

UNTUL WALK IN
1)RM15 untuk menyertai kemudahan gym dan menyertai kelas senaman

Haaaa amacam dengan harga dan pakej yang kami sediakan.. Untuk yang nak cuba gym kami untuk 6 bulan membership anda hanya perlu bayar RM360 untuk membership fee dan prosessing fee dan bayaran bulanan diturunkan menjadi RM130 setahun. Tapi kalau anda nak lebih save kan duit better la pilih membership untuk setahun terus . Haa ni mak dara pun rekomenkan sangat sangat sangat.. Jika anda pilih untuk bersama Mizfit Fitness selama setahun maka anda hanya perlu bayar RM300  untuk membership fee dan prosessing fee dan yuran bulanan serendah RM100 sahaja.. Haaaaa berbaloi baloi kannnnnn...

Dan berita baik kepada 100 orang pertama yang mendaftar dengan kami. Kami akan memberikan anda T Shirt eksklusif MIZFITS FITNESS serta sebuah Tote bag eksklusif.. Jadiii apa tunggu lagi. Untuk mendaftar anda boleh PM Mak Dara di FB @ https://www.facebook.com/adzairdawati . Lets be fit and be Fabulous :)

Pada yang nak cuba dulu apakata datang dan join kelas AERO DANCE kami pada malam ini.. Hanya RM15 sahaja untuk yang walk in..


#untuk keterangan lanjut sila klik di link ini 

atau hubungi kami di talian
03- 41442014

Be Fit Be Faboulous with Mizfits Fitness!!!


Thursday, February 27, 2014

Ku terima Hadiah Di Harijadi Mu

Waduhhhh hati ni berbunga bunga je bila adik posmen menghantar bungkusan pos laju di depan pagar.. Bertambah berbunga bila tertera nama Mak Dara atasnya.. Bila dah ada depan mata.. Apa lagi Mak Dara membuka bungkusan dengan rakusnya... Amboi hahahaha ayatttttt macam buat karangan BM ja kan hahaha... Haaa nak tahu apa isi di dalamnya??

Sehelai T shirt Superdry dan X TREME BURNER!!

Pengirim hadiah ini adalah teman Mak Dara iaitu Gee Ruzilah.. Terima kasih Gee sebab sudi hadiahkan I barang barang ni.. IM LUVIN IT!! Eh tapi jap jap jap!! Sebenarnya hari ni 27hb Feb adalah harijadi Gee.. Tapi dia pulak yang menghantar hadiah buat Mak Dara... Waaaa ni betul betul special ni hehe.. Kalau la semua ahli keluarga dan teman hantorkan hadiah pada Mak Dara pada hari jadi mereka bestttttnya hidup ni hahaha... Tenkiuu Geee jap lagi I akan pakai dan minum X Treme fat burner yang you hantarkan tu sebelum gi work out di MizFits Fitness.. Macam tau tau aje I nak kuruskan badan kannn hehehe. Fuhh memang bertuah badan hehe..

Happy Birthday Gee Ruzilah

Kalau anda semua nak tahu Gee Ruzilah ada Online Shop. Beliau ada menjual imported Original T Shirt seperti diatas, beliau juga menjual XTreme Fat Burner, English cotton, tudung bawal, Imported perfume, pretzel dan macam macam lagi!!!

Gee Online Shop

Haaa macam menarikkkk tertarikkk je semua produk yang dijual oleh Gee ni kan.. Haaa tunggu apa lagi.. Kalau anda berminat untuk membeli boleh hubungi Gee Rcy di facebooknya @ https://www.facebook.com/ruzilah atau anda boleh WHATS APP FOR ORDER : +6012 2931172

HAPPY BIRTHDAYYYYY GEE!!!!

Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat. 
Selamat Hari Jadi..


Tuesday, February 25, 2014

Somi Mak Dara Dan Majalah Libur

Assalammualaikum duhai teman..

Pagi tadi maka berlangsunglah sesi temuramah dan sesi photoshoot somi Mak Dara Martias Ali untuk Majalah LIBUR. Sebuah majalah mengenai travel.. Dan somi Mak Dara selaku pengerusi MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB MALAYSIA pun diinterview bagi membincangkan tentang cara travel secara backpacking gitewwww... Moh Mak Dara kongsikan sedikit dengan anda gambor yang sempat Mak Dara snap masa sesi interview tu ya..



sesi photografi

Sesi temuramah

Begitulah serba sedikit gambor yang sempat mak snapkan tadi.. Maka dalam interview tu antara topik yang dibincangkan ialah "apakah Backpacking" Pengalaman manis dan pahit Backpacking" tips Backpaking dan banyak lagi.. Dan antara tips yang diberikan somi mak dara ialah sebelum melakukan sebarang pengembaraan haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal. Dan kalau boleh selalulah melakukan senaman.. Maka sempat juga somi Mak mempromotekan gym MIZFITS FITNESS ini kepada pembaca majalah Libur itu..

Somi Mak Dara bersama wartawan majalah Libur
 
 Syukur alhamdullilah interview berjalan dengan sangat lancar dan dikhabarkan artikel ini akan disiarkan pada keluaran akan datang insyaa allah..

Ok pada anda anda yang minat untuk travel tu bolehlah dapatkan majalah Libur ni tau.. Dan pada sesiapa yang minat untuk travel secara backpacking boleh ke page MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB MALAYSIA . Dan pada mereka yang tengah mencari gym khas buat wanita bolehlah ke page MIZFITS FITNESS untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gym kami ini ya :)





Monday, February 24, 2014

Mak Dara Di Harian Metro

As salam duhai teman.. Ingat tak beberapa hari yang lalu Mak ada ceritakan yang mak dara telah membuat sesi photografi bersama wartawan Harian Metro di entry Mak Dara, Mizfits Fitness di HARIAN METRO . Dan hari ini 24hb Feb maka artikel mengenai sesi photografi itu pun keluarlah di surat khabar Harian Metro itew.. huhuhuhu






Masyaallah terkedu Mak Dara dibuatnya.. Ye lah ingat kan hanya satu artikel kecil je tapi tup tup bila buka paper Oh Mak Gayah dua mukasurat besor.. Ohhh sungguh terharu hingga tergaru hehe. Artikel ini mengenai senaman menggunakan bola senaman dan kebaikan senaman bola kepada manusia.. Sambil sambil itu Mak Dara nak juga promote gym MizFits Fitness yang dimiliki bersama sepupu Mak Dara Sarimah Mohd Zainul tu.. 

Jutaan terima kasih kepada wartawan dan photographer dari Harian Metro terutama Cik Idayu kerana sudi featurekan Mak Dara di dalam artikel di Harian Metro.

Mak Dara bersama wartwan Harian Metro

Pada kawan kawan Mak yang belom dapatkan Harian Metro tu boleh la baca artikel mengenai senaman ini di Harian Metro online @ http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Manfaatbolasenaman/Article/index_html .

Kepada anda semua (wanita sahaja hehe) moh le melawat Mizfits Fitness yang terletak di Star Pack Point Danau Kota ni.. untuk keterangan lanjut boleh hubungi kami di..

MizFits Fitness Facebook Fanpage
No Telefon MizFits Fitness
03-4144 2014
 
 



Saturday, February 22, 2014

Dato Sudirman Hj Arshad Dalam Kenangan

Hari ini 22hb Feb. Tarikh Malaysia kehilangan lagenda patriot senisuara 
Dato Sudirman Hj Arshad. 


Sesungguhnya kehilangan Allahyarham Sudirman di usia yang sebegitu muda sangat-sangat dirasai oleh semua peminatnya..

Masih teringat lagi saat saat ketika Mak dara mendengar tentang berita kematiannya.. Pada masa itu Mak Dara berada di sebuah kedai cermin mata dan pada waktu itu Mak Dara berumur 14 tahun.. Sedang Mak Dara mencuba cermin mata yang telah mak dara tempah dan saat itu juga radio di kedai itu yang sedang berkumandang menyiarkan berita tentang pemergian allahyarham.. Memang sedihhhhh .. Jadi tiap kali 22hb feb saja mak dara pasti secara automatik akan teringat bahawa itu adalah hari allahyarham meninggal dunia dan hari pertama mak dara memakai cermin mata..

Allahyarham Sudirman memang menjadi idola Mak Dara dan keluarga.. Terutama sekali ibu mak dara dan adik mak dara Adza Tuty pernah bertemunya di sebuah konsert di pulau pinang di mana dia memanggil ibu mak dara dan mendukung adik mak dara yang pada ketika itu darjah 2 dan kemudian bertanya.. "Adik dari mana" dan adik mak menjawab. "Kulim". Lepas itu allahyarham bertanya lagi "Siapa nama adik?" dan adik mak menjawab "Adza tutyrianti".. seraya itu dia ketawa dan berkata "wahh nama panjang macam keretapi" .... hehehe walaupun hanya beberapa saat disapa allahyarham namun kenangan manis itu akan terpahat diingatan sampai bila bila....

Al Fatiah untuk allahyarham Dato Sudirman Hj Arshad. Moga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah sewaktu bermaustautin didunia yg fana ini dahulu. Al Fatihah


Friday, February 21, 2014

Teaser FILEM KAPSUL

Assalam duhai teman.. Rasanya rata rata telah mengetahui tentang filem KAPSUL yang baru sahaja tamat penggambarannya pada beberapa minggu yang lalu. Somi Mak Dara , Martias Ali merupakan penulis skrip dan pengarah bagi filem ini dan En Amru Najmi Osman dan syarikat Two Tones Sdn Bhd merupakan penerbit bagi filem ini.. Pada tika dan saat ini filem KAPSUL dalam proses editing. Namun pihak Two Tones telah mengeluarkan beberapa teaser sebagai promo untuk filem ini. Mari Mak Dara kongsikan antara teaser filem KAPSUL ini ya..




Haaa macam mana??? Gempakkk kan teaser filem KAPSUL ini.. Itu baru teaser belom betul betul full lengh film lagi.. Nantikan filem KAPSUL akan datang!

SINOPSIS FILEM KAPSUL
Sebuah kapsul masa wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan telah membawa Zohri kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawanya pulang ke zamannya sekarang kecuali dirinya sendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FILEM KAPSUL boleh ke FB PAGE @ https://www.facebook.com/kapsulthemovie atau ke webpage @ http://www.filemkapsul.com/

Thursday, February 20, 2014

BLOG BERWAJAH BARU - REBRANDING

Assalam duhai teman... 

Haaa ada perasan apa apa tak? Ada tak? Emmm cuba tengok bahagian atas blog ni...? Bahagian kiri dan kanan...? Bahagian Bawah....? Bahagian belakang.. Errrr jangan pandang belakang hahahaha.. Ada sesuatu yang berlainan tak???


Hmmm mesti ada yang cakap.... Alaaaa Mak ni nak buat suspeng la kononnnnn.. Tapi kat tajuk dah terang terang dah tulis "BLOG BERWAJAH BARU- REBRANDING" kannnn hahaha . Ngengades betullll mak kannn hehe.. Ya blog Mak Dara telah berwajah baru.. Total makeover!! Dari header,footer, background, sidebar, icon, banner, signature, home button, older button, newer button, menu bar hinggalah ke watermark.. Semuanya baruuuuuuuuuuuuuu..... 

Dan yang paling besar perubahannya ialah REBRANDING . Ya lah dah dekat 3 tahun Mak menggunakan nama Mak Dara sebagai nick name dalam dunia blogging ni.. Dah Mak pasti hampir 99% yang mengenali Mak Dara pasti dak tahu nama sebenar Mak.. Maka di header tu Mak letakkan nama penuh Mak iaitu Adza Irdawati.. So lepas lepas ni sapa sapa kalau dah naik jemu panggil mak dengan panggilan Mak Dara boleh je panggil Kak Adza ke.. Makcik Adza ke.. Nenek Adza ke mak tak kisah asal jangan panggil oiiii sudah haha..

Semua ini adalah hasil kreativiti blogger AZHAFIZAH iaitu pemilik "blog azhafizah.com  SIHATI MERAH JAMBU" yang telah membuat perubahan yang amat besar untuk blog Mak ini..


Memang senangggg sangat bekerjasama dengan Fiza ni.. Beritahu aje apa yang anda inginkan dan dalam masa yang sangat singkat. Semua impian anda dapat direalisasikan dengan sempurna.. Terima kasih Fizaaaaaaaaaaaaa... Atas sentuhan kreativiti mu ini.. Akak sukaaaaaaaaaaaaa sesangat.. Haaa pada teman teman yang ada menyimpan niat nak berbini baru.. errr i mean menyimpan niat untuk makeover blog anda boleh hubungi Azhafizah diSINI atau di SINI ya.. Insyaa Allah puas hati hehe.. 

Jadi macam mana? Apa pendapatan anda? Errr pendapat anda tentang blog mak yang dah berwajah baru serta rebranding ini? Berapa bintang DAIA gamaknya yang anda nak kasi pada mak hehe...



Wednesday, February 19, 2014

WW: Kuwait Henna


Mak Dara , Mizfits Fitness Di Harian Metro

Assalam duhai teman.. Semalam Mak Dara ada menulis "Teruja Preview Gym Untuk Artikel Harian Metro" kan.. Maka semalam berlangsunglah sesi photografi dan interview di Mizfits Fitness milik sepupu Mak Dara Sarimah Mohd Zainul. Maka semalam tepat jam 3:30 petang wartawan dari Harian Metro iaitu cik Idayu datang bersama photographernya ke Mizfits Fitness.

Mak dara bersama wartawan Harian Metro

Sesampainya mereka , mereka terus menemuramah mengenai Mizfits Fitness. Bila dibuka.. Berapa pakej yg ditawarkan.. Apa facilities yang diberikan.. dan macam macam lagi lah.. Time tu Mak Dara really wish yang partner mak dara merangkap ceo Mizfits Fitness iaitu Sarimah turut ada bersama.. Ya laaa.. Mak Dara ni kalau bab bab interview ni lemah lutut sikit.. Tapi part meroyan tu serah aje padaku hehe..  Selepas sesi interview terus ke sesi photografi.

Mereka mahukan mak dara menunjukkan step by step exercise.. Dan Mak Dara menunjukkan senaman menggunakan bola.. Moh mak kongsikan sedikit gambor yang sempat di snap semalam ya..











Haaaa itulah lebih kurang step step senaman menggunakan bolaaaaa.... Fuhhh nampak diriku sungguh gemukkkkkk sekali bila kena baring dan telentang dengan bola tu kan uwaaaaa hahaha... Insyaallah artikel mengenai step by step ball exercise dan mengenai Mizfits Fitness akan disiarkan di Harian Metro pada hari isnin depan.. Fuhhh nebessss pulak mak dara hehehe.  Jutaan terima kasih kepada wartawan dan photografer dari Harian Metro yang sudi membuat liputan mengenai fitness centre kami.. Really appreciate it!!!!!!!!!

Kepada anda semua (wanita sahaja hehe) moh le melawat Mizfits Fitness yang terletak di Star Pack Point Danau Kota ni.. untuk keterangan lanjut boleh hubungi kami di..

MizFits Fitness Facebook Fanpage
No Telefon MizFits Fitness
03-4144 2014





Tuesday, February 18, 2014

Teruja ! Preview Gym untuk Artikel Harian Metro

Assalam duhai teman.. Rasanya rata rata semua dah tahu tentang rancangan sepupu Mak Dara Sarimah Zainul serta Mak Dara sendiri untuk membuka sebuah gym khas untuk wanita kan .. Gym kami ialah MIZFITS FITNESS dan telahpun mula beroperasi sejak Januari yang lalu. 

Terkejut seketika Mak Dara apabila menerima email dari seorang wartawan dari Harian metro yang mahu menulis artikel mengenai gym MizFits Fitness Centre kami ini! 


Insyaaallah besok sesi temuramah dan photografi akan di jalankan di gym dan artikel itu akan disiarkan di Harian Metro pada isnin minggu depan . 

Terkedu dan terharuuuuu juga bila ada juga wartawan yang sudi baca blog meroyan mak ni ye hehehe.. apa apapun really wish our CEO/Chairlady Sarimah dapat turut serta dalam sesi interview dan photoshoot ini esok... Namun apakan daya Sarimah berada jauh nun di Perlis dan sibuk dengan kerjanya. Kalau tak kompom lagi meriahhhh sesi temuramah tu esok hehe.. 


Syukur alhamdullilah.. Pihak kami rasa sangat sangat teruja dan rasa terrramatlah bertuah kerana perniagaan kami yang baru saja dibuka dalam masa sebulan telah dipilih untuk dipreview di Harian Metro yang sungguh hebat itu.. Semua perniagaan yang baru dibuka memang memerlukan hebahan untuk membantu perniagaan. Namun tak pernah disangka akan mendapat hebahan yang sebesar ini..  Jutaan terima kasih kepada wartawan dan pihak Harian Metro. Alhamdullilah mungkin juga ini kerana berkat kesabaran pemilik, Puan sarimah, staff dan kami semua yang terlibat dengan MizsFits Fitness selama ini.. Alhamdullilah..

Kepada teman teman sekalian, doa doakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan ya..

MizFits Fitness Facebook Fanpage


Saturday, February 15, 2014

Bercuti Dari Berblogging

Assalam duhai teman.. Mulai hari ini hingga esok Mak Dara akan bercoti dari berblogging buat sementara waktu.. 

Apahal pulak org kedah cakap nogori.. aptb
hangpa layanzz sajalah meroyan cheq ni na hahaha

Mak Cuti Blogging?? Bukan merajuk.. bukan sentap.. tapi sebab adik Mak Dara akan bertunang esok.. Maka kompom kompom la akan sibuk bagi menjayakan majlis nya tu.. (haa nampak permainannya sendiri tanya sendiri jawab lol)

Haa pada yang tahu macam baru aje adik Mak Dara bertunang bulan lepas kan ... Itu adik Mak dara Adza Rina.. Kali ni adik Mak Dara yang lagi satu Adza Tuty.. 

majlis tunang Adza Rina
dari blkg : Adza Edie (br tunang thn lps)
dr kiri: Adza Emie, Adza Irda(MD) Pn Zaleha(ibu)
Adza Rina, Adza Tuty dan Adza Yanie

besok giliran majlis tunang Adza Tuty (bj coklat) pulak..

Hmm jadual kenduri untuk keluarga Mak Dara pada tahun ni memang padat!! Dalam tahun ini keluarga Mak dara akan mengadakan 2 majlis tunang dan 3 majlis nikah dan 3 majlis sanding.. Kiranya setelah tamat tahun 2014.. semua adik beradik mak dara akan berumah tangga.. Alhamdullilah.. Inilah yang seperti diimpikan oleh arwah ayah Mak dara selama ini.. Dan syukur hajatnya kesampaian.. If only he is here to witness this.. ............. Namun apa apapun mohon doa kalian semoga perjalan majlis ini lancar.. Dan semoga dipermudahkan dan diberkati olehNya.. Insyaa Allah.. Dengan izin Allah..

So.. tatatititutu... gonna miss you guys... rindukan mak juga tauuuuu... ahaks ngengada nau nau mak dara ni kan hehe.. 


Friday, February 14, 2014

Fat Burner Xtreme

Ketika ini mungkin anda dah MUAK, BENGANG dan SAKIT HATI dengan segala lemak di badan anda… Nak beli baju pun susah! Saiz asyik takde je.. Nak masuk kedai baju XXXXL segan le pulak kan hehe.. Kini anda tak perlu runsing lagi....




Ada 3 cara sahaja yang mampu menghilangkan lemak anda dengan berkesan…

#Cara Pertama: Diet! Jaga jumlah kalori harian anda. Makan kurang dari jumlah kalori dibakar.
#Cara Kedua: Exercise ( senaman bebanan atau/dan cardio).
untuk membakar lemak anda dengan lebih pantas!
#Cara Ketiga: Amalkan Fat Burner seperti Fat Burner Xtreme
3 cara sahaja yang CONFIRM akan menjadikan lemak-lemak anda kecut dan “berlari keluar” dari tubuh anda like nobody’s business!


# THE ONLY FATBURNER IN MALAYSIA NOW WITH KKM APPROVAL
# COMES WITH HALAL CERTIFICATE.
# PRODUK MUSLIM
#PER SACHET PER DAY.
# COMES IN POWDER FORM.
# PERIASA NENAS
# 10GRM
#COMES WITH 30 SACHETS IN A BOX. (30 DAYS SUPPLY)

Bahan-Bahan Yang Terdapat Dalam Fat Burner Xtreme! Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Fat Burner Xtreme adalah seperti:

Guarana
Acai Berry
Brindal Berry
Green Tea
hite Kid
Capsicum
Wney Bean

Bahan-bahan ini telah terbukti mampu membantu membakar lemak dengan lebih pantas! Tak percaya? Lihat testimoni hebat dibawah!



Tahukah anda Fat Burner Xtreme telah menggunakan bahan-bahan yang bukan sahaja halal tapi baik untuk membakar lemak dengan pantas dan berkesan!


Haaa macam menarikkkk tertarikkk je produk ni kan.. Haaa tunggu apa lagi.. Kalau anda berminat untuk kurangkan berat badan jangan lepaskan peluang ini!!.. Boleh hubungi teman Mak Dara Gee Rcy di facebooknya @ https://www.facebook.com/ruzilah atau anda boleh WHATS APP FOR ORDER + FREE CONSULTATION : +6012 2931172



Thursday, February 13, 2014

I AM TRAVELLER oleh Pacieroll Mfk

As salam duhai teman.. Waduhhhh terharu benor Mak dengan Adik Pacieroll Mfk iaitu kenalan facebook Mak Dara ni. Mana taknya pada harijadi Mak Dara 24hb Jan yang lepas.. Pacieroll ada menghantar hadiah pada Mak dara melalui pos! Waduhhhh terharu nau nau Mak dara dibuatnya .. Nak tahu apa hadiah yang Mak dara terima??

T shirt I AM TRAVELLER !!

Waduhhhhh Adik Pacieroll ni macam tau tau je Mak Dara ni memang kaki jalan hehe.. Apa lagi lepas dapat saja t Shirt ni terus le melarammmmmm hehe...


T shirt "I AM TRAVELLER" ini adalah produk pertama Pacieroll. Memang T shirt ni sangat berkualiti . Kainnya yang sedap dipakai dan sangat selesa.. Kompom T shirt ni akan menjadi uniform mak bila nak travel nanti hehe.. Haaa pada yang kaki jalan macam mak ni pun boleh juga dapatkan T shirt yang sedang panasss dan laris di pasaran ni.. Senang aje anda boleh PM Paciieroll di FB nya @ https://www.facebook.com/pacieroll . Kena pm laju laju ok sebab dengar khabar lepas print ja habis dijual.. lepas print lagi t shirt laku semua.. Harganyaaaaaaaa... waduhhh sangat berbaloi baloi cuma RM20 sahaja (tak termasuk pos) .

Haaa Kalau nak tau Pacieroll ni pun ada buat pakej pakej percutian antaranya pakej trip to SINGAPORE! Dan pakej yang ditawarkan sangat sangat AWESOME!!!

Antara pakej Singapore Trip yg ditawarkan
28feb-02 mac 2014

Antara yg mengikuti Trip Singapore bersama Pacieroll
Mmg Sesuaiiii nau nau pakai t shirt ni bila travel :)

Mak Oiiiii Singapore Trip RM 99 sahaja!!!!! Haaa habaq kat hangpa memang pakej yang sangat sangat AWESOME! Pada yang dah lama simpan niat nak ke SIngapore tu bolehla ambil pakej ini . Hubungi Pacieroll secepat mungkin ya.. Dengor Khabar satu hari nanti Paciroll bercadang nak bawa teman blogger bagi cover SINGAPORE TRIP beliau.. Walawei.... Ada tak blogger yang sudi kalau dapat offer cenggini.. Mak Dara yang pertama akan angkat tangan tinggi tinggi offer diri nak join hehe!!

Cerita disebalik hadiah ini... Rupanya hadiah harijadi kiriman oleh Pacieroll Mfk dah lama sampai di rumah Mak Dara.. Tapi al kisah bibik ambik simpan simpan last last masuk store.. Nasib baik mak tanya.. Kalau tak mau sampai birthday tahun depan baru bibik ni kasi kat mak.. Adoiiiaiii bibikkk sabor je lah haha.. Jutaaan terima kasihhhh kepada adik Pacieroll atas hadiah yg dikirim buat akak.. Alhamdullilah ada juga yg sudi hadiahkan akak bday present pada tahun niiii.. Terharuuuuuuu tauuuuuuuu... Tenkiuuu dikkkkkkkkk... Luvsss the t shirt!!! Pada sesiapa yg berminat utk dptkan t shirt ini sila pm Pacieroll laju laju k..

utk keterangan lanjut mengenai T-Shirt atau Singapore Trip sila ke FB Pacieroll Mfk



Tuesday, February 11, 2014

Suami Mak Dara Kemalangan!

Bagai luruh jantung Mak Dara apabila mendapat panggilan dari somi Mak Dara semalam tatkala dia menyatakan bahawa dia mengalami kemalangan. Katanya kereta dipandunya telah dilanggar dari belakang dengan kuat sekali! Soalan pertama yang terpacul di bibir mak ketika itu "Abang ok? dan somi mak menjawab "Abang ok tapi kereta bahagian belakang memang total lost!" .. Bagi mak dara kereta tu biarlah itu mungkin dah takdir untuknya namun sujud syukur pada Allah swt kerana somi mak dara terselamat dan tiada yang buruk menimpanya. Amin..Apa lagi Mak dara menelefon keluarga Mak dan terus bergegas ke lokasi pelanggaran di Damansara berhadapan dengan bangunan TV3.

keadaan kereta somi mak yang dilanggar



Mengucap panjang Mak Dara melihat keadaan kereta yang dilanggar. Dan bertapa syukurnya Mak Dara kerana somi Mak Dara tidak mengalami sebarang kecederaan. Bertapa besarnya kuasamu ya Allah.. Syukur..Dan kereta ini terus ditarik oleh tow truck dan terus dibawa ke Balai Polis.

Di balai Polis. Somi Mak Dara (berdiri) bersama lelaki 
yang melanggar keretanya (duduk)

lelaki cina ini mengadu sakit dada akibat tali pinggang
somi mak siap suruh dia pegi wat check up lagi 
hmmmm sabor je lah...

Di balai polis buat laporan kemalangan. Kesian juga nengok lelaki cina ini (yg sdg duduk). He is the one yg langgar kereta somi mak dari belakang.. He is still in shock and menggigil lepas dah langgar kereta somi mak.. The best part is dia kata dia lega kerana somi mak tak marah dia langsung.. Nak marah buat apa kan benda dah berlaku.. Rasanya kalau org lain kompom dia ni kena kaw kaw dah.. Lelaki ini bekerja sebagai penjual wain. Dan kata teman mak dara dia nampak macam mabuk je.. Hmmm entahlah.. Mari berprasangka baik sajalah kan.. tak semestinya penjual wain hari hari nak teguk wain seperti penjual ayam takkan hari hari nak makan ayam saja kan.. lagipun pihak polis pun takde pulak check dia ni mabuk atau tak... Entahlah... Wallahhualam...

Kejadian berlaku di jalan di hadapan TV3 Damansara. What happened was.. Sedang somi mak memandu tiba tiba sebuah kereta dengan laju datang langgar dari belakang dgn sgt kuat.. Kata lelaki ini dia tak sihat ketika driving dan tak sempat break.. Memang dia bawa lajuuu.. Hmm apa boleh buat.. Percaya pada takdir pasti ada kebaikan atas apa yg berlaku.. Insyaa allah.. Dengan izin Allah swt... Selepas membuat laporan polis. Kereta kami di bawa ke workshop untuk direpair.. Dan dengar khabor mungkin mengambil masa 2-3 bulan untuk dibaiki. Redha ajelah.. Nak buat macam mana lagi kan..

kereta baru sampai workshop

Walau apapun yang berlaku mak dara dan somi bersyukur kerana Allah swt masih sayangkan somi mak Martias Ali.. Sujud syukur padamu Ya Allah... 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK