Monday, March 31, 2014

Koleksi Terbaru CARLO RINO Menggancam!

As salam duhai teman.. Semalam Mak Dara telah memenuhi satu jemputan kksklusif dari teman Blogger Mak Dara iaitu Cynth Suet Mun  untuk ke sebuah event oleh jenama terkemuka CARLO RINO bagi memperkenalkan koleksi terbaru mereka iaitu "SPRING INTO SUMMER DREAMS" . Haaa sapa yang tak kenal dengan brand hebat ini kan.. Carlo Rino telah ditubuhkan pada tahun 1986, Ia sebuah jenama terkemuka di dunia dalam membuat barang-barang fesyen yang tinggi dan aksesori dari bahan-bahan terbaik. 

Gaya Carlo Rino ini adalah tentang kewanitaan dan fungsi. Ia adalah bergaya tetapi praktikal dengan sempurna kontemporari dan serba boleh kombinasi yang dengan mudah boleh mengubah gaya anda dari hari ke malam, dari kasual untuk formal, sesuai untuk semua wanita . Ok mari Mak Dara kongsikan gambar yang sempat Mak Dara snap disepanjang majlis itu berlangsung.


Bersama Christy Chan
Baru tiba di majlis dan dapat duduk di depan stage teruja :)

with my sis Emie and blogger Yana Yassin 

Sesampai di Majlis ini Mak Dara disambut baik oleh pihak CARLO RINO terutama Christy Chan siap suruh duduk di seat betul betul depan stage cat walk tu lagi.. They are sooo AWESOME. Tidak lama kemudian show pun bermula. Dan para model keluar dan memperagakan koleksi terbaru dari CARLO RINO.






koleksi terbaru CARLO RINO

Sebagai salah satu jenama yang paling pesat berkembang, Carlo Rino percaya bahawa reka bentuk yang besar yang segar dan bergaya ditambah pula dengan bahan-bahan yang berkualiti adalah kunci untuk menangkap hati banyak wanita bandar muda yang ingin melihat yang terbaik sepanjang hari!

Fuhhh memang benar. Koleksi terbaru CARLO RINO kali ini memang MENGANCAM HABIS!! Serasa tidak puas untuk melihat bag bag yang diperagakan oleh para model itu di pentas. 


Para Blogger yang dijemput ke majlis ini

Kemeriahan tidak terhenti di situ sahaja. Rupa rupanya semua blogger yang hadir telah diberikan voucher sebanyak RM300 untuk membeli belah di CARLO RINO Pavilion itu.. Apa lagi kami semua terus le terjah ke kedai Carlo Rino itu.

Mak Dara dan Chyntia






Hampir sejam lebih juga kami semua berada di sana.. Haaaaa dan akhirnya Mak Dara telah jumpa bag tangan yang berkenan di hati dan apalagi terus le beli dengan voucher yang diberikan oleh pihak CARLO RINO..

Mak Dara dan Yana Yassin selesai shopping ehehe.. penuh bag ditangan

bag CARLO RINO pilihan hatiku... ;)

Mak Dara amat amat berterima kasih kepada semua para staff yang melayan kerenah kami yang banyak songeh ini.. Kejap kejap pilih bag tu.. Kejap kejap pilih bag ini.. Sekejap suruh cari colour bag yang itu kejap tak jadi tukar colour bag pulak.. Namun setiap mereka senyum sahaja malahan memberi pandangan dan pendapat mereka bag yang mana sesuai untuk kami dapatkan.. Dan jutaan terima kasih kepada  Cynth Suet Mun atas jemputan ini.. Kalau tak tak merasa lah I nak pakai bag hebat dari Carlo Rino ini!!! You guys are super AWESOME!!

Tahniah diucapkan kepada CARLO RINO atas kejayaan majlis yang sungguh berprestij ini dan jutaan terima kasih atas layanan dan voucher dan barangan yang diberikan kepada kami blogger. Barangan CARLO RINO memang sangat sangat berkualiti dan menarik.. Lepas ni takde lagi nak cari Brand lain selain CARLO RINO.. Untuk keterangan lanjut mengenai barangan CARLO RINO boleh klik di link di  bawah:
WEBSITE CARLO RINO

FACEBOOK PAGE CARLO RINO

CARLO RINO di hatiku... Jom dapatkan sekarang!!!!
                 

Saturday, March 29, 2014

HESTA Facial Treatment Set Ajaib

Tak kira remaja, tua atau muda jika bergelar wanita pasti akan menitik beratkan tentang kecantikkan dalaman dan juga luaran betul tak? Dan Mak Dara tak terkecuali dari golongan itu. Walaupun bukan nak cantik untuk tontonan ramai namun nak juga kelihatan cantik untuk suami kann.. Mak Dara telah menggunakan pelbagai jenis produk kecantikan sebelum ini yang jenis pil, jenis cream, jenis minum semuanya Mak Dara dah cuba namun kebanyakkannya tidak mendapat hasil yang memuaskan. Sehinggalah Mak Dara menggunakan produk HESTA Facial Treatment Set Ajaib . Satu produk hebat oleh Puan Shakila Mohd

Mak Dara dan Puan Ila

Mak Dara bukan sahaja bertuah kerana mendapat sponsor produk yang sungguh hebat ini tetapi juga amat amat bertuah kerana dapat bertemu dengan pemilik produk ini iaiatu Puan Ila. Dan bukan itu saja Puan Ila menawarkan untuk membuat facial untuk mak bagi measai kehebatan produknya iaitu HESTA Facial Treatment Set Ajaib. Oh bagai bulan jatuh keriba sahaja dan tidak mak lepaskannya hehe.. 

bersiap siap utk memulakan facial

# Langkah pertama sapukan Hesta Cleansing Milk



HESTA CLEANSING MILK
Pembersih semulajadi ini akan membersihkan kulit anda serta merta dan menanggalkan alat solek dan kotoran untuk mengefarkan kulit anda. Setelah itu wajah dibilas dengan air menggunakan kapas atau span

# Langkah kedua sapukan Hesta Facial Scrub



HESTA FACIAL SCRUB
Skrub lembut ini bertindak membersih dan membuang sel sel kulit mati pada permukaan kulit wajah secara lembut. Kulit wajah akan berasa lembut dan licin serta lebih cerah sebaik sahaja menggunakannya. Setelah itu wajah dibilas dengan air menggunakan kapas atau span

# Langkah ketiga sapukan Hesta Cleansing Gel



HESTA CLEANSING GEL
Gel pembersih kha ini telah diformulasi untuk menyingkirkan kotoran dan minyak yang tersumbat pada liang pori pori.Ia mampu membuatkan kulit anda lebih bersih, segar dan kekal lembut. Gel pembersih ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit. Setelah itu wajah dibilas dengan air menggunakan kapas atau span

# Langkah keempat sapukan Hesta PH Balancing Toner



HESTA PH Balancing Toner
Produk ini diperkaya dengan ekstrak tumbuhan untuk mengawal pengeluaran sebum berlebihan dalam masa yang sama ia mampu untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit secara optimum. Setelah itu wajah dibilas dengan air menggunakan kapas atau span.

# Langkah keempat sapukan Hesta Lightning Soothiong Mask



HESTA LIGHTNING SOOTHING MASK
Pelindung lembut ini berfungsi untuk mengembalikan kecerahan kulit wajah agar bersinar dan lebih berseri seri . Setelah itu wajah dibilas dengan air menggunakan kapas atau span.

# Langkah kelima sapukan Hesta Aloe Vera Gel



HESTA Aloe Vera Gel
Diformasikan dengan bahan asas Aloe vera untuk menyuburkan dan melembapkan kulit wajah sehingga dalam untuk lebih lembut dan kekalkan kulit agar sentiasa terhidrat. Aloe vera gel ini juga sebenarnya adalah moisturizer bagi set ini. Setelah itu wajah dibilas dengan air menggunakan kapas atau span.

# Langkah keenam sapukan Hesta Peal Sunblock Foundation



HESTA Pearl Sunblock Foundation
Krim asas (foundation cream) diperkaya dengan bahan bebas minyak, serbuk mutiara untuk melindungi kulit dari sinaran UV berbahaya agar kulit sentiasa berseri seri. Setelah itu wajah dibilas dengan air menggunakan kapas atau span.

Fuhhhh memang besttt menggunakan produk Hesta ni selesai saja buat facial bersama Puan Ila Mak dara sudah dapat rasa perbezaan di kulit wajah Mak Dara.. AWESOME!!! Sebenarnya Mak dara ada mengambil video untuk tutorial menggunakan produk ini namun sayangnya terdapat beberapa video yang tak dapat digunakan atas masalah teknikal.. Al maklumlah yang mengambil video itu adalah anak mak dara . Huh susah kalau suruh anak anak buat kerja orang orang tua ni .. Maaf ya puan Ila.. huhu

Jadi..... Anda sudah lihat sendiri kan, memang amat mudah sekali aturan penggunaan set ini.Kini sememangnya sudah tiada sebarang alasan lagi mengapa anda masih perlu beragu-ragu atau tangguhkan pembelian anda untuk dapatkan set Hesta Facial Treatment ini. Anda sudah pun jelas tentang kandungan produk ini, anda sudah pun tahu kelebihan produk ini malah mereka berikan anda JAMINAN 100% BERKESAN atau wang anda akan dikembalikan tanpa banyak soal jika anda tidak berpuas-hati! 

 Anda tak percaya dengan keberkesanan Hesta Facial Treatment Set? Meh sini saya tunjukkan sendiri kepada anda bukti testimonial-testimonial daripada mereka yang telahpun mencuba dan menggunakan Hesta Facial Treatment Set. KLIK SINI untuk lihat testimonial. Tak cukup dengan itu, kami berikan anda Jaminan Kepuasan 100% atau wang anda kami pulangkan jika tak berkesan. Klik sini untuk buat pembelian .


Jutaan terima kasih diucapkan keada Puan Shakila Mohd atas kesudian beliau untuk sponsor HESTA Facial Treatment Set Ajaib. Memang ajaib kerana hanya sekali aplikasi sudah cukup untuk merasakan keberkesanannya. 

Insyaallah pada 27hb April depan Puan Ila akan menjemput seramai 30 orang blogger ke event santai bersamanya dan setiap seorang dari 30 peserta akan diberikan HESTA Facial Treatment Set Ajaib dan bukan itu sahaja di majlis itu juga akan diajar cara cara memakai produk ini secara betul.. Haaaa ada tak blogger blogger wanita yang nak join event ni? Kalau ada nantikan entry khas untuk jemputan ke MAJLIS SANTAI BERSAMA PUAN ILA DAN HESTA tak lama lagi ya.. Tungguuuu!

untuk keterangan lanjut mengenai produk HESTA ini sila klik di sini https://www.facebook.com/hestaone.stopbeauty atau http://hesta1stopbeauty.com/


Thursday, March 27, 2014

Anak Pahang Popular Di Philippine

 As salam duhai teman... Haaa malam ni Mak Dara nak kenalkan anda dengan sorang teman Mak Dara ni.. He is one of my very talented friend.. Teman Mak Dara ini ialah Mohd Soffi b. Baharudin @ Zouffi, anak kelahiran jerantut pahang. 




Kerjayanya ialah sebagai Penyanyi Dan model. Perpendidik dalam jurusan graphic design. Beliau meminati Sudirman sebagai idola, zouffi juga mempunya vocal bernada tinggi. zouffi merupakan penghibur antarabangsa dan Popular dgan lagu English To Hear You Say You Love Me . Oleh Composer Terkemuka Antarabangsa Jim Brick Man. Lagu Malaysia Beliau Kuserahkan Dan Tentang Dia, 


"Insya Allah, saya akan mempergunakan bakat yang saya miliki ini sebaik-baiknya bagi merealisasikan impian saya," dan berusa cuba meng hasil kan karya yang bermutu. mengharap sokongan dari anda semua untuk 

Ingin lebih dekat dengan pemuda anak kelahiran Pahang ini, yang menempatkan nama di persadar Antarabangsa Philippine layari 
  Marilah kita sama sama support dan sokong artis tanah air kita yg telah mengharumkan nama negara di luar negara!!


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK