Tuesday, April 29, 2014

D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY

INI ADALAH STICKY POST. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK 
KE ENTRY TERBARU DARI MAK DARA YA =)

Assalam duhai teman.. Pernah dengar tentang senaman Zumba? Zumba merupakan gabungan tarian, senaman aerobik dalam bentuk tarian hiphop, soca, samba, salsa, merengue, mambo dan juga tarian Bollywood serta gelek. Senaman ini telah terbukti memberi kebaikan kepada kesihatan organ kardiovaskular, menurunkan berat badan, melegakan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri.

Ok di sini Mak dara nak war warkan pada anda tentang satu event bertemakan senaman ZUMBA iaitu event D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY . Event ini bakal mengumpulkan seramai 200 peserta yang meminati senaman ZUMBA. Acara ini adalah anjuran adik Mak dara sendiri iaitu ADZA TUTY dari D'ADZA FITNESS (M) SDN BHD) .


Detail mengenai D'ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY

Tarikh : 11TH MAY 2014 
Masa   : 11.00am – 3.00pm
Lokasi : Dewan serbaguna cempaka, ampang jaya



Sunday, April 27, 2014

Pertemuan Dengan 2 Patung Presiden Amerika

Hmmm pejam celik pejam celik dah hampir dua tahun berlalu di mana Mak Dara bertemu dengan 2 patung President Amerika iaitu patung President Bush dan patung President Barack Obama

di belakang terdapat patung obama, MD dan patung Bush

Haaa Mak Dara bertemu dengan patung je ye bukan dengan diorang betul betul. Perghhhhh gila ngko nak jumpa diorang betul betul.. Jangan nak mimpi la kan.. Btw patung lilin ini terdapat di muzium lilin / wax museum MADAME TUSSAUD'S HONG KONG! Mak Dara ke sana 2 tahun lalu sempena ulang tahun perkahwinan Mak Dara ke 14 tahun yang lalu hehe

Bila kecoh di time line FB tentang ketibaan OBAMA ke Malaysia . Teringat Mak Dara tentang patung lilin mereka yang mak lihat di Madame Tussauds tu..



Mak Dara ada juga mendekati patung Barack Obama namun diorang tak kasi snap gambor guna kamera sendiri tapi menawarkan untuk mengambil gambar menggunakan kamera dari pihak muziem sendiri. Jadi Mak Dara pun posing je la.. Tapi masa time untuk pick up gambar tu.. Harganya makkkk aiii punya la mahal jadi Mak Dara lupakan sajalah niat untuk mendapatkan gambar mak dara posing bersama patung Obama tu huhuhu.. Jadilah ada pic kat atas yang terselit gambar Obama tu.. 

Tapi walau apapun kedua dua patung Obama , Bush dan semua patung lilin yang berada di Madame Tussauds tu sebijik macam reallll.. Memang terrorlah siapa yang membuat patung patung itu semua! Apa apapun diucapkan selamat datang kepada President Barack Obama ke Malaysia.. Semoga dengan kehadirannya ke sini dapat memberi manfaat untuk kita semua.. Wallahhualam..


Friday, April 25, 2014

HAJI ROCK

Syukur alhamdullilah akhirnya Mak dara berjaya juga siapkan sebuah skrip drama bertajuk HAJI ROCK untuk syarikat JD PRODUCTION milik Kak Julie Dahlan


Skrip ini merupakan skrip Mak Dara yang ke 71 sepanjang Mak menceburkan diri di bidang penulisan skrip sejak tahun 1996. Dikhabarkan yang akan menjadi hero untuk drama ini ialah seorang penyanyi yang tengah hangat dengan lagu "PENCURI/Katak" Mark Adam wowww awesome.. 


Drama ini mengisahkan Afi seorang remaja yang juga merupakan seorang penyanyi sebuah band Rock menghadapi dilema apabila ibunya mahu menunaikan wasiat akhir ayahnya supaya beliau mengerjakan Haji bersama ibunya. Namun tarikh untuk dia dan ibunya mengerjakan haji adalah sama dengan tarikh pertandingan Batle Of The Rockers. Apakah kesudahannya.. Haaa itu kena tunggu drama ni siap nanti lah ye..

Penggambaran akan berlangsung tak lama saja lagi insyaallah.. All the best buat team JD Production ya. Fuhhhh tak sabar untuk melihat drama ini siap dan ditayangkan di kaca TV.. Exited!!!


Thursday, April 24, 2014

English Tuition Gangster - Parodi Filem KL GANGSTER 2

Adoiii Tolong!!! tolonglah!!! Adoiiii!!.. Memang parah!!! Macam nak pecah perut Mak dara pepagi ni bila menoton sebuah video yang telah dialih suara ke Bahasa Inggeris oleh JoHaRa Pagi ERA. Video ini merupakan sebuah video parodi filem KL GANGSTER 2.  Adoiii memang meroyan tahap dewa Johan , Ray dan Haniff ni!!!

Sila la klik untuk tengok video meraban ni! RUGIIIIIIIII kalau tak tengok hahahaha!

 

Haa dah tengok.. Adoiiii muka ganasss tak hengat tapi bergaduh sebab nak pegi tuisyen aje.. hahaha.. Haaa..  Cuba check tali pusat anda masih berada dalam posisi yang sama atau dah beralih ke belakang badan haha.. Memang gilaaa best kannn..

Ray memegang watak utama dalam parodi alih suara ini dan dibantu oleh Johan dan Haniff. Cayalahhhhh Datuk Yusuf Haslam dan Syamsul Yusuf kerana beri kebenaran kepada ERA fm untuk menggunakan klip video "KL Gangster 2" ini. Memang sporting habis!! Untuk Johan , Ray dan Haniff teruskan meroyan di Era ya.. Thorbaek...




Wednesday, April 23, 2014

Aku Blogger dan Hasrul Hassan

As Salam kepada semua rakan rakan.. Malam ni Mak Dara terpanggil untuk menjoinkan diri dalam segmen oleh sifu Mak Dara iaitu blogger hebat Hasrul Hassan dalam satu segmen / giveaway pendek Aku Blogger dan Hasrul Hassan . 

Hadiah ditawarkan ialah wang tunai  RM50 untuk dua pemenang - satu dipilih secara rawak, dan satu lagi dipilih berdasarkan entri yang memikat hati beliau. 


Mak Dara dan Sifu HH di SBB2014

Mengenai Hasrul Hassan bagi Mak Dara.. Mak dara mengenali beliau dari mula mula mak dara terjebak dalam dunia blog ini lagi.. Dan mak dara mengenali beliau semasa beliau menggunakan nick name BANGKU KOSONG lagi.. Sejak itu Hasrul Hassan atau mak panggilnya sifu telah banyak menolong Mak Dara sejak dari mula pembukaan blog meroyan Mak ni.. Kalau nak tahu nama untuk blog ni pun Mak dara minta pendapat dari beliau. HH tak pernah lokek dengan ilmu dan banyak membantu Mak dara dan blogger blogger yang lain.. Haaa jadi sapa ada masalah dengan blog boleh le tanya pada beliau ye.. eh pandai pandai pulak mak jangan marahh ye sifu nanti kena jual hehehe..  

Hmm rasanya nama Hasrul Hassan banyak kali telah dimasukkan dan dipetik di beberapa entry di blog meroyan Mak Dara ni antaranya ialah di entry...

*Blogger lucah di block
*Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM.
*Pencuri Gambar Mak dara Dah Melampau
*Maal Hijrah 1434H Dan Impianku
*Tips Untuk Menjadikan Blog Lebih Menarik
*Hasrul Hassan Jelajah Dan Gegar Blog 2012
*Hasrul Hassan. Com Kejayaan Manis Blog saya
*Ziarah Raya Blog
*Mak Dara bertukar RSS bersama Blogger Bangku Kosong
*Bangku Kosong Buat Mak Dara Terharu

Haaa tu sebahagian sajalah entry yang memetik nama Sifu Hasrul Hassan ni.. Banyak lagi kalau nak senaraikan hehehe.. Beberapa entry itu adalah berkaitan dengan masalah yang Mak Dara alami di blog mak dara dan dibantu oleh sifu HH dengan tip tip beliau yang sangat bernas.. Perghhh mau tersedak sifu tiap kali namanya disebut di setiap entry tu kan hehe.. 


Apa tunggu lagi moh le join.. 



 Tuah ayam nampak di kaki tuah kita mungkin di pipi hehehe. 
Untuk menyertai GA oleh sifu saya ni sila klik di SINI ya :) 


Jemputan Ke Melaka

As salam duhai teman.. How are you today.. Hope you're doin fine insyaallah... Bagi Mak Dara.. Hmmmm... Memang sejak kebelakangan ni Mak Dara mengalami sedikit rasa down.. Banyak masalah yang bermain di kepala Mak Dara ni.. Syukur alhamdullilah.. bila tiba tiba terbuka email dan menerima satu berita gembira..


Sebuah hotel ingin menaja penginapan buat Mak Dara . Dengan syarat mak cuma perlu review hotel itu di blog Mak.. Ohh kerja enteng tu Pak.. Emm.. Sorry nama hotel belum boleh reveal lagi sebab mak belum beri kata putus.. Tapi... Fuhh macam tak percaya aje dibuatnya.. mak Dara dah pun pergi google hotel yang dimaksudkan itu dan... review review yang diberikan oleh Trip Advisor memang amat amat memberangsangkan!

Hmmmm macam tau tau aje hotel ni yang Mak Dara really need a holiday!! Ehemmm macam nak jadi je ni.. Macam nak pegi je ni.. Apa apapun kena tunggu somi mak sihat dulu.. Bila dah sihat sikit barulah seronok nak berholiday bersama keluarga ni kan.. Ohh syukur alhamdullilah rezeki anak anak...

Life As A Blogger Is Super Awesome!!!


Tuesday, April 22, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

To Mia.. I will always support you sis.. All the best buat semua..

Bertabahlah Duhai Suami..

Assalam duhai teman.. Maafkanlah Mak Dara yang agak lama tidak mengupdate blog ini dek kerana agak sibuk menjaga somi Mak Dara yng tidak sihat itu.. Ini pun Mak Dara baru saja pulang dari Hospital Ampang dari menemani somi Mak Dara yang menepati temujanjinya dengan doktor untuk entah dah keberapa kali.. Ya dalam dua bulan ini somi mak asyik keluar masuk dari klinik swasta ke klinik kerajaan ke hospital kerajaan sahaja.. Masyaallah berat benar dugaan buat somi mak kali ini.. Namun kami redha dan terus berusaha untuk mendapatkan rawatan untuknya..


Setelah bertemu doktor meminta supaya somi Mak Dara menjalani ujian darah. Tapi jururawat yang mengambil darah somi mak dara ni macam baru saja bekerja. Puas ditarik dan dicucuk berkali kali jarum suntikan bagi mendapatkan darah namun gagal. Last last dia meminta untuk mengambil darah di tangan sebelah kanan pula.. Fuhh boleh tahan sakit juga kata somi kepada Mak.. Setelah mengambil darah somi mak diminta untuk menjalani ujian X-Ray pula.


Sekejap rupanya untuk membuat X-Ray tu ya.. Ingatkan kena ambil masa yang lama.. Belum sampai berapa minit somi mak dara masuk tup tup dah pun siap.. Namun keputusan ujian dan gambar X-Ray akan diberikan kepada doktor dahulu dan seterusnya somi mak dara diminta ke wad bahagian Endoskopik pula..

Di sana somi Mak Dara diberikan tarikh temujanji untuk menjalankan sesi endoskopik pada 30hb April depan.. Doktor meminta somi mak dara menjalani prosedur ini kerana doktor mensyaki terdapat sesuatu pada bahagian dalam perut somi mak namun untuk memastikannya sesi itu harus dilakukan secepat mungkin.. 

Masyaallah naik getaq lutut mak dara mendengarnya.. Benda apa yang doktor syak dalam perut somi mak dara itu.. Kata doktor mungkin juga tiada apa apa namun to be sure and to be safe kena check juga ini kerana family history somi Mak Dara.. Ooo baru mak dara faham , doktor mengambil langkah berjaga jaga kerana keluarga somi mak dara iaitu arwah ayah somi mak adalah pengidap kanser usus.. Maka on that matter and on that strong history mereka harus melakukan pemeriksaan yang lebih teliti..

Mudah mudahan somi mak dara tidak menghidapi apa apa yang serius . Berdebar menanti hujung bulan ini . Semoga doktor dapat memberikan keputusan yang positif dan semoga somi mak sembuh dengan segera insyaallah .. Dengan izin Allah swt. Bertabahlah wahai suamiku.. Kita akan hadapi dugaan ini bersama.. Jutaan terima kasih kepada semua teman teman yang turut sama mendoakan akan kesihatan somi mak ya.. Hanya tuhan sahaja dapat membalasnya..


Saturday, April 19, 2014

Mak Dara Dan Anak Terperangkap Dalam Lif !

OMG Mak Dara and my daughter Adza Isabella Martias stcuk kat dalam lif di starpac point masa nak ke gym Mizfits Fitness sebentar saja tadi.. Meraung raung anak mak nangis sebab takut.. Jangan kan dia mak dia pon takut jugak tapi berlakon macam berani supaya anak tak tambah freak out.. Lepas dah tekan loceng macam nak gila ada suara kat dlm tu yg jaga di control room.. dgn bantuan dia akhirnya pintu lif terbuka.. walaupun sekejap je tp rasa macam berzaman kat dlm lif tu.. Masyaallah kecut perut dibuatnya..

My daghter Bella msh in shock walaupun dah dpt keluar 
dari lift yg stuck tu.. Sian anak mama.

Terima kasih pada adik yang jaga dalam control room tu.. Dia pun bergegas jumpa kami selepas kejadian tu.. Katanya dia pun panik bila dengar suara anak menangis dari speaker lif tu.. Fuhh tu nasib baik kejap saja.. Kalau lama kompom dia akan dengar suara mak pulak yang jerit.. Dah le Mak banyak tulis citer hantu kat dalam lif.. Fuhhh macam macam yang bermain dalam kepala tadi.. Masyaallah.. Apa apapun terima kasih kepada pegawai yang bertugas kerana pantas bertindak.. Really appreciate it..

Hmm ni ada satu masalah.. Anak mak si Bella dah cakap nanti balik dia tak nak naik lif dia nak pakai tangga aje.. Tangga pun tangga lah nak oi.. anything for you...



Eksklusif : Gambar Sekitar Majlis Resepsi Syamsul dan Syafiq Dato Yusof Haslam

Anak kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq akhirnya telah diraikan di sebuah majlis resepsi perkahwinan masing-masing malam tadi di Dewan Perdanan Felda malam tadi. Ramai artis artis, anak anak seni teman dan saudara mara telah memeriahkan majlis ini. Mak Dara dan somi juga telah memenuhi undangan Dato Yusof Haslam itu. Di sini Mak Dara nak kongsikan dengan anda gambar EKSKLUSIF sekitar berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan Shamsul Dato Yusof Haslam & Puteri Sarah Liyana , Shafiq Dato Yusof Haslam & Aiesyah Zainal  .

majlis sedang berlangsung

Dato AC Mizal Dan Serina Redzuawan mengacarakan majlis ini
Di skrin terlihat kedatangan pengantin bersama limosin


Shamsul Dato Yusof Haslam & Puteri Sarah Liyana , 
Shafiq Dato Yusof Haslam & Aiesyah Zainal  bersanding di pelamin


Setelah bersanding para pengantin ke meja makan beradap

Ziana Zain menyumbangkan sebuah lagu khas buat pengantin

Mawi dan Dato Ac juga membuat persembahan

Hail Amir dan Uji Rashid mendendangkan lagu lama mereka

Dato Yusof Haslam dan Datin bertemu dengan semua hadirin

Ramaiii artis yang datang membuat persembahan untuk pengantin antara mereka ialah Mawi dan Ac Mizal, Ziana Zain, Dato Ahmad Nawab, Ziana Zain dan Ramai lagi. Dan di meja Mak dara duduk bersama beberapa artis terkenal seperti Syanie, Sofi jikan, Abang Shaharudin Thamby namun yang paling Mak Dara teruja ialah yang duduk betul betul di sisi Mak dara ialah idola Mak Dara Noorkumalasari!!

Mak Dara dan Noorkumalasari

 Datin Noorkumalasari is sooooo humble.. Siap berborak borak tentang majlis resepsi tu bersama Mak Dara dan somi dan bukan itu saja siap tolong sendukkan lauk untuk Mak Dara.. Ohhhhh she is sooooo sweet masyaallah.. Dan yang paling Mak Dara tak boleh lupa ialah suaranya dan wajahnya yang memang awet muda itu.. It was sooo nice to meet her finally...

Abang Shaharuddin Thamby iaitu teman somi Mak Dara ni memang 
sweet sgt..siap share gambar kami bersama 
dan siap pomot blog mak lagi hehe
tq bangggg...


Majlis resepsi itu berlangsung dengan cukup bersederhana namun amat meriah dengan kehadiran para tetamu.. Dan beberapa moment yang menyentuh perasaan setiap tetamu ialah ucapan dari Dato Yusof Haslam dan anak perempuanya kepada kedua pasang pengantin. They are such a sweet family...

masa untuk pulang

cenderahati buat semua tetamu yang hadir

Jadi itu sajalah gambar eksklusif dari Mak Dara namun harap maaf kerana kualiti gambar tidak clear almaklumlah pakai ipad mini sajer hehe.. Apa apapun Mak dara nak ucapkan selamat pengantin baru buat Shamsul Dato Yusof Haslam & Puteri Sarah Liyana , Shafiq Dato Yusof Haslam & Aiesyah Zainal semoga perkahwinan kalian bahagia ke anak cucu seterusnya hingga ke Jannah insyaallah.. Jutaan terima kasih kerana sudi menjemput kami semua isteri ke majlis resepsi ini.. 


Friday, April 18, 2014

Majlis Resepsi Perkahwinan Serentak Syamsul Dan Syafiq Yusof Haslam Malam Ini

LIP POK LIP POK Mata ni.. Dok tengok baju baju kat dalam lemari mak tuuuu.. Pasai apa pulak dah Mak dara ni.. Hmmmm Pasai apa lagi.. Pasai eksited nak kemajlis resepsi perkahwinan anak anak Dato Yusof Haslam iaitu Shamsul dan Syafiq bersama pasangan mereka laaaaaa habaq maiiiii... Haaaa habeh keluaq bahasa kedah cheq habaq kat hangggg..  Haaa tu maknanya meroyan Mak Dara dah KRONIK hahahaha.. Sat naa anak anak mak nak pebetoi lidah sat bagi jadi baku balik hew hew hew...

Malam ini bakal berlangsung majlis Resepsi Perkahwinan Serentak Syamsul Dan Syafiq Yusof Haslam . Mak Dara serta somi dan ramai lagi jemputan akan turut memeriahkan acara ini.. 

Dato Yusof Haslam,Shamsul dan Syafiq
pic oleh ohartis.com

Tapi memang blur la nak pakai baju apa yang sesuai.. Jenuh dah dok try hahaha.. Hmm baju apa yang akan mak dara pakai malam ni.. Hmmm hentam sajalah asaikan selesa betoi tak.. Apa apapun Mak Dara dan Somi mengucapkan tahniah kepada Dato Yusof Haslam kerana menerima dua menantu dan ucapan Selamat Pengantin Baru kepada Shamsul dan Syafiq serta isteri isteri.. Semoga perkahwinan kalian kekal ke Jannah insyaa allah.

Ok lah Mak Dara nak siap siap dulu.. Nanti lepas balik dari majlis ni Mak dara kasi update sekitar perjalanan majlis ini ya.. tatatititutu.. jumpa lagi nanti yer... 


Blogger Prihatin.. BANTUAN DIPERLUKAN

Assalamualaikum
Mak Dara sekadar tolong forwardkan rayuan dari pengurus rumah jagaan orang tua Al Ikhlas Puchong. Boleh bantu seberapa yg kita mampu dan ikhlas.


Rumah Kebajikan Sukarelawan untuk orang Tua Islam .... HANYA ada SATU sahaja yang wujud di negara ini ! Oleh itu saya ingin merayu kepada individu dan blogger agar dapat menghulurkan apa jua bentuk bantuan terus kepada satu-satunya Rumah Penjagaan Orang Tua Muslim yang ada di negara ini.

Bentuk bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
1. Pampers (lampin pakai buang)
2. Ubat-ubatan : ubat tahan sakit, ubat sedative, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
3. Peralatan : Mesin Dialysis, Kereta Sorong
4. Beras
5. Telur (orang tua sudah tidak mampu mengunyah dan menghadam makanan berat)
6. Susu
7. Makanan ‘comfort’ seperti Nestum, oats, corn-flakes dan lain-lain.
8. Al-Quran (berhuruf besar) dan bahan bacaan.

Cara paling mudah untuk membantu ialah dengan membuat e-banking sekadar ikhlas kepada satu-satunya Rumah Penjagaan Orang Tua Muslim tersebut yang berada di Puchong melalui webpage berikut.


Rumah ini berdaftar dengan Kerajaan dan mendapat sedikit sumbangan dari Zakat Negeri Selangor.

Rayuan ini dibuat kerana semakin ramai orang tua yang menghuni Rumah ini :-
1. Tiada waris yang mengambil mereka dari Hospital Serdang yang terpaksa menerima pesakit baru yang kian meningkat. Kebanyakan kes adalah menunggu masa untuk kematian.
2. Dihantar oleh waris tanpa sebarang sebab, malahan ada yang ditinggalkan terbaring di tepi pagar pada malam hari dan hanya dijumpai keesokan harinya dalam kesejukan dan ketakutan.
3. Menampung Kos yang semakin meningkat. Kos bagi pengkebumian sahaja RM1120. Kadar kematian di sini ialah 3-4 orang sebulan. Jika kita ingin melihat kematian sebahagian dari bakal ahli syurga di sini lah tempat yang paling
sesuai. insyaAllah.

Semoga bantuan kita dpt meringankan beban mereka dan menjadi saham akhirat. In Sha Allah. .."
SALURKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA KEPADA RUMAH JAGAAN & RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS
Lokasi : Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong

Alamat Penuh : Lot 3530,jln bt 18,kg pulau meranti,47120 puchong selangor.

No. Telefon : 016-6786364

Diuruskan oleh : Muji bt. Haji Sulaiman (Jururawat)

Jumlah Pekerja : 5 Orang

Status Rumah : Masjid Lama (Diwakafkan)

Jumlah Orang Tua : 30 orang

Nama Bank : Al Rajhi Bank

Nama Akaun Bank : RUMAH JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS

No. Akaun : 12700-1061101131

(DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)


Para blogger yang budiman.. Diharapkan agar anda semua dapat menghulurkan bantuan atau setidak tidaknya dapat membantu memanjangkan mesej ini di blog blog anda.. just copy paste pun tak mengapa.. Semoga dengan hebahan ikhlas kita ini dapat sedikit sebanyak membantu meeka insyaa allah...



Thursday, April 17, 2014

Su Eci Appetites Mini Pie

Nak cari pie... Nak cari pie...Nak cari pie...Nak cari pie..... Waduhhhhh dah ghopa macam orang mengidam dah kekdahnya.. Ni semua kawan Mak Dara SuEci lah ni.. Dia yang menjual mini pie dan dia kenalkan Appetites mini pie pada Mak Dara.. Bak kata pepatah rezeki jangan di tolak.. hehe

inilah dia Su Eci Appetites Mini Pie
kiri belum dimasak kanan dah siap masak

SuEci mengirimkan pada Mak satu pack mini pie dengan pelbagai perisa seperti chicken pie, black pepper beef, mushroom and cheese dan steak and cheese.. Apalagi mak kasi masuk oven dan hidangkan pada anak anak. 


Haaaaa tengok lah riaksi anak anak mak Dara bila daah makan mini pie tu.. Dah meroyan dibuatnya hehe... Tapi memangggg sedapppp pun mini pie ni.. Mak cakap bukan sebab mak nak promote ataupun nak bodek teman mak si SuEci tapi ini benar benar kejadian.. memang sedappp dan tak sampai berapa minit je dah licin 12 mini pie tu hahaha.. dan memang boleh buat mengidam dan ketagih adoiiii...

haaa kan dah cakap boleh buat ketagih mini pie lepas sekali mencuba..

FROZEN PIE 12 pcs pies in one pack

1. CHICKEN PIE RM19
2. BLACK PEPPER BEEF RM19
3. MUSHROOM AND CHEESE RM 22.20
4. STEAK AND CHEESE RM22.20

BAKING METHODS
THAW 5 MINUTES
NO NEED TO PRE HEAT OVEN
SET THE OVEN 180*- 200*
BAKE PIES FOR 25 - 30 MINUTES 
or until golden brown.

COD
1. BANDAR BARU BANGI
2. TAMAN EQUINE SERI KEMBANGAN
3. TAMAN TROPIKA SG TANGKAS

Haaa pada anda anda anda yang nak mencuba mini pie ni boleh hubungi teman Mak Dara SuEci di FB FanPage Appetites Mini Pie @ https://www.facebook.com/yourappetites atau anda boleh call atau whatsapp beliau terus di talian 016 3225523 ..

To my dear friend SuEci.. Adoiii sissss you buat i tidur mini pie, bangun mini pie, mandi mini pie.. Oh mini pie di mana mana.. Nak order lagi dan lagi dan lagi.. Nanti i call you ya.. Thank you so much sis.. muahhhh


Wednesday, April 16, 2014

BLOGGER LUCAH DI BLOCK

Orang berlumba lumba untuk tambahkan follower.. Tapi Mak dara pulak kecoh nak block follower?! Dah kenapa? Meroyan tahap gaban nampaknya... Maunyaaaa Mak Dara tak meroyan bila terlihat sebuah blog luc*h telah follow blog Mak Dara ni.. Yang buat tak seronoknya apabila nama blog itu dan profile pic yang digunakannya fuhhhh tak dapat nak terangkan dengan kata kata...

Ohhh tak boleh jadi ni.. Dah le kebanyakkan pembaca blog Mak ni dari berbilang usia.. Kalau ada yang muda mudi nengok adussssss tak boleh jadi.. Maka Mak ambik keputusan untuk remove dan block follower mak ni.. Namun oleh kerana Mak ni rabun IT maka Mak minta tolong teman teman di FB..



Dan seperti biasa sifu Mak Dara dalam dunia blog ini iaitu HASRUL HASSAN come to the rescue... Siap tolong ajarkan cara cara untuk block.. 


Syukur alhamdullilah akhirnya beliau telah dapat diblock.. Fuhhhh lemah semangat dibuatnya.. Nasib baik lah ada teman blogger macam Yeop dan sifu Hasrul Hassan support dan bantu.. Kalau tak habislah ketumbit semua pembaca yang datang bertandang ke blog mak dara ni jika terus dihidangkan dengan gambar seperti itu..

Mak Dara dan Sifu HH di SBB2014

Terima kasih terutamanya kepada Sifu HH kerana telah banyak menolong Mak Dara sejak dari mula pembukaan blog meroyan Mak ni.. Kalau nak tahu nama untuk blog ni pun Mak dara minta pendapat dari beliau. HH tak pernah lokek dengan ilmu dan banyak membantu Mak dara dan blogger blogger yang lain.. Haaa jadi sapa ada masalah dengan blog boleh le tanya pada beliau ye.. eh pandai pandai pulak mak jangan marahh ye sifu nanti kena jual hehehe.. 

Ok pada semua blogger yang lain berhati hati dengan follower baru di blog anda ya.. Kita kena pastikan blog bebas dari sebarang keluc*han huhuhuhu



Thursday Plantation

Kalau dah namanya wanita.. Sudah pastilah semua mengidamkan kulit yang cantik yang sihat yang berseri ye tak? Tapi sekarang ni banyak di surat khabar tentang beberapa produk kecantikkan yang telah diharamkan penggunaannya ini kerana mempunyai bahan bahan kimia yang membahayakan kesihatan.. Ishh bahan bahan kimia ni tak selalunya bagus untuk  kita.. Jadi apa kata kita beralih dan menggunakan bahan dari sumber organik seperti Teh contohnya.. Haaa Mak Dara baru saja dikenalkan oleh teman Mak dara Cynth Suet Mun sebuah produk yang berasaskan dari teh iaitu THURSDAY PLANTATION


Haaa tu diaaaaa produk produk THURSDAY PLANTATION... Apakah barang yang mak dara dok tayang tu hehe.. Ok meh Mak Dara perkenalkan satu persatu..

Tea Tree Oil 
Tea Tree Oil sesuai untuk kegunaan:
-luka-luka yang kronik dan juga luka kecil yang boleh membawa kepada jangkitan
-jerawat di wajah mahupun jerawat yang biasa ada kat belakang badan.
-Gigitan serangga
Cara Menggunakan Tea Tree Oil
Campurkan dengan sedikit air dan disapukan terus ke tempat yang sepatutnya.

Tea Tree Face Wash 
Tea Tree Face Wash 
-Mengandungi bahan-bahan semulajadi yang diperolehi 
-Mengandungi 100% tulen Minyak Tea Tree 
-Mengandungi Chamomile untuk menenangkan kulit. 
-Sabun bebas untuk mengelakkan pengeringan yang berlebihan kulit 
-pH yang seimbang untuk mengurangkan tekanan pada kulit 
-Baru mudah, ekonomi pek pam buih 

Cara Menggunakan Tea Tree Face Wash 

Muka basah dan urut perlahan-lahan ke dalam kulit, elakkan terkena bahagian mata. Bilas dan keringkan. Boleh digunakan setiap hari.

Tea Tree Daily Face Cleanser
Tea Tree Daily Face Cleanser adalah pencuci untuk kegunaan harian dengan tindakan antiseptik dan anti-bakteria untuk menghapuskan minyak berlebihan. produk ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak. Mengandungi Chamomile Flower untuk menenangkan radang, kulit gatal dan membantu mengawal pembiakan bakteria.

TEA TREE & WITH HAZEL TONER
Tea Tree & With Hazel Toner
-Mengandungi Tea Tree Oil, antibakteria semula jadi yang menghilangkan minyak berlebihan dan bakteria daripada kulit 
-Mengandungi Witch Hazel, astringen semula jadi yang mengetatkan liang dan memperbaiki penampilan kulit 
-Dibuat dengan menenangkan Aloe Vera dan menenangkan Lavender 
-Sesuai untuk semua jenis kulit

Cara Menggunakan Tea Tree & With Hazel Toner
Letakkan sejumlah yang kecil ke pad kapas dan perlahan-lahan mengelap seluruh muka selepas pembersihan. Boleh digunakan setiap hari sebagai sebahagian daripada rejim penjagaan kulit yang sihat. Untuk kegunaan luaran sahaja.
Jutaan terima kasih kepada teman Mak dara Cynth Suet Mun kerana telah memperkenalkan produk hebat ni pada Mak Dara.. You are awesome sis.. Thank you sooo much.. Haaaaa amacam? Pada yang tengah mencari produk untuk kecantikan kulit tak perlulah pening pening lagi.. Boleh je terus memilik produk THURSDAY PLANTATION ni untuk kegunaan harian anda. Bagaimana untuk memiliki produk produk dari THURSDAY PLANTATION? Anda boleh dapatkan di Guardian, Watson, Caring, Vitacare. Aeon Wellness, ataupun di farmasi-farmasi berdekatan anda. Jom dapatkan hari ini..

untuk keterangan lanjut terus ke 
FB Fan Page Thursday Plantation Malaysia


Monday, April 14, 2014

MENCARI DATIN

Assalam duhai teman.. Haaa apa kena dengan mak ni tup tup nak cari Datin pulak kan? Kenapa tak cari Dato saja betol tak? Opss karang ada jugak periuk belanga yang terbang melayang layang nanti hehe.. Kisahnya begini.. Baru baru ini Mak Dara bersama somi Mak Martias Ali baru sahaja selesai menulis sebuah skrip drama bertajuk MENCARI DATIN . Drama ini merupakan hasil karya skrip Mak Dara yang ke 70. Cerita ni cerita komedi.. Haaa memang peberet genre Mak Dara untuk menulis cerita yang lawak lawak ni. Bila dah dapat genre yang kita suka dan minat apalagi... Mak dara dapat habis menulis skrip drama ini dalam masa 17 jam sahaja non stop!!! Haaa ini antara record terbaru Mak dara sejak menulis selama 18 tahun ni hehe.. Selalunya kalau menulis sesuatu skrip drama ambil masa sekurang kurangnya 5 hari ke 2 minggu atau lebih.. Entah le kali ni boleh pulak buat tak sampai satu hari hehe.. Pengarah dan penerbit bagi drama ini ialah TS JEFFRY tau...

Dan drama tu dah pun siap shooting dan akan ditayangkan pada MALAM INI!!!


Jom saksikan Telemovie Komedi bertajuk " MENCARI DATIN" pada 14/4/2014 pada jam 8.30 malam di TV9.....antara barisan pelakon-pelakon terkenal :- ROPI CECUPAK, IFA RAZIAH, ZARA ZYA, LANA NORDIN, RAMONA ZAMZAM, DAYANA ROZA, ACONG SWEETCHILD, serta dibintangi pelakon kanak-kanak : MUNTAZAR GHUFRAN serta ramai lagi......JANGAN LUPA TONTON YER!!!!........


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK