Tuesday, September 30, 2014

BILA SEKOLAH NAK CUTI.. BILA CUTI...

As salam duhai teman.. Pagi tadi dalam pukul 8:30 pagi tengah cantik buat beberapa tugasan tiba tiba Kak Adza mendapat satu panggilan tellefon.. Cuak juga bila di skrin tertera nombor telefon dari Cikgu Sekolah anak Akak. Tersentak dihati kenapa cikgu telefon? anak sakit ke? anak ada gaduh dengan kawan sekelas ke.. Bila panggilan telefon diangkat rupanya Cikgu memaklumkan pada Kak Adza bahawa hari ini sebenarnya anak anak Kak cuti dek kerana kelas mereka telah digunakan untuk pelajar yang mengambil ujian UPSR.

Adoiii maafkanlah mama wahai anak anakku Adza Kasih dan Adza Isabella.. Mama betul betul lupa.. Baru teringat surat yang diorang bawa balik dari sekolah minggu lepas mengenai cuti hari ini.. So apaalagi terus bingkas bangun dan jemput mereka pulang dari sekolah.

Adza Kasih & Adza Isabella

Ni la dikatakan bila sekolah nak cuti.. bila dah dibagi cuti suruh ke sekolah. Takpe ini menunjukkan anak anak mama memang rajin kesekolah walaupun disuruh cuti.. hohoho...


Sunday, September 14, 2014

Kak Adza Dan Utusan Malaysia

As Salam duhai teman.. Semalam teman Kak Adza ada khaborkan pada Akak yang dia ada ternampak wajah akak di Utusan Malaysia.. Syukur akhirnya interview yang akan buat bersama wartawan Utusan iaitu Ana keluar juga. Tapi dah tengah tengah malam mana ada lagi kedai yang menjual surat khabar kan.. Maka Akak pun pasrah je lah.. Tup tup tengah malam semalam ada teman FB akak telah upload artikel itu di facebook dan tagkan nama Akak. Dan inilah keratan akhbar yang Kak Adza maksudkan itu.

keratan akhbar UTUSAN MALAYSIA 13hb Sep 2014


Terima kasih kepada wartawan Utusan iaitu Adik Ana atas artikel yang telah ditulisnya itu.. Artikel ini mengenai pengalaman dan cinta akak pada mengembara secara backpacking bersama anak anak Akak. Semasa arwah suami akak masih ada kami telah mengembara secara backpacking ke beberapa negara termasuk Thailand , Singapura , Indonesia,  Vietnam , Laos , Jepun dan India  . 

Tengah Kak Adza menulis artikel ini tiba tiba dapat panggilan telefon dari Ana wartawan Utusan ini katanya dia terlupa untuk ingatkan Kak Adza yang artikel ini akan dikeluarkan semalam.. Katanya akan berikan satu copy suratkhabar yang mempunyai artikel ini pada kak adza nanti.. Terima kasih banyakkkkkk Ana.. Waduh terharu betul dengan Ana ni.. Sudah le menulis artikel mengenai akak siap nak tolong berikan satu salinan pada Akak lagi.. You are really awesome reporter dik.. 


Memang rindu untuk mengembara lagi.. Namun sejak ketiadaan arwah suami Kak Adza telah hentikan sepenuhnya aktiviti backpacking ini.. Tengoklah mungkin tahun depan atau seterusnya barulah akak fikir jika mahu meneruskan aktiviti ini.. Susah kalau nak mengembara tanpa suami di sisi namun insyaallah segalanya berkemungkinan..


Saturday, September 13, 2014

BLOGGER PRIHATIN SUMBANGAN DIPERLUKAN !


Assalam duhai teman. Pagi tadi Kak Adza ada terbaca sebuah status di FB oleh seorang rakan iaitu Puan Noraini Mohd Nor mengenai Projek Pembesaran Surau Al-Muttaqin SMK Kulai Besar . Surau Al-Muttaqin SMK Kulai Besar, Kulaijaya, Johor merupakan sebuah surau dibawah pengurusan dan pentadbiran sekolah. Pada tahun 2013, satu jawatankuasa telah diwujudkan bagi menguruskan segala urusan pentadbiran dan aktiviti surau sekolah yang dianggotai oleh pentadbir sekolah, ajk PIBG dan guru-guru dan Puan Noraini merupakan salah seorang dari tenaga pengajar di sekolah tersebut.










Melihatkan gambar yang terpapar ini sesungguhnya pembesaran surau ini amat amatlah diperlukan bukan?


Misi projek ini adalah bagi mengumpul dana bagi tujuan pembesaran Surau Al-Muttaqin SMK Kulai Besar termasuk kos bangunan, tempat wudhu', tandas, kelengkapan perabot dan sebagainya.

Projek Pembesaran Surau 
satu perdua kaki persegi = RM 50.00
No.Akaun Bank Islam :
01-117-01-000777-5 (SURAU AL-MUTTAQIN SMK KULAI BESAR) 
Berminat, sila hubungi Ust.Nadhir 019-2869356

Program Wakaf Al-Quran Tafsir dan Rehal Al-Quran
Surau Al-Muttaqin SMK Kulai Besar
Harga :
Al-Quran (Besar) = RM35.00
Rehal Al-Quran = RM35.00
*Al-Quran tersebut akan digunakan untuk program penghayatan Al-Quran sepanjang tahun.

Jualan Al-Quran Tafsir keluaran Karya Bestari
Keuntungan akan dimasukkan ke dalam tabung pembesaran Surau SMK Kulai Besar dan tabung Dakwah Sekolah.
Harga :
Besar : RM 35.00
Kecil : RM 30.00 Berminat? 

Marilah kita menjadi Blogger yang prihatin dan membantu menjayakan projek ini semampu kita.. Berikanlah sumbangan seikhlas hati serendah rendah rm5 ke atas pun tidak mengapa.. Kerana sedikit dikit lama lama sumbangan itu boleh menjadi bukit insyaallah dengan izin Allah swt.

Berminat untuk menyumbang? 
Sila hubungi Ust.Nadhir 019-2869356. 

FB PAGE
(DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)

Para blogger yang budiman.. Diharapkan agar anda semua dapat menghulurkan bantuan atau setidak tidaknya dapat membantu memanjangkan mesej ini di blog blog anda.. just copy paste pun tak mengapa.. Semoga dengan hebahan ikhlas kita ini dapat sedikit sebanyak membantu mereka insyaa allah...


Sunday, September 7, 2014

Kasi Potong !

Salam duhai teman.. malam ni bawak my son si intan payungku Adza Haiqal Martias to the barber shop.. jadi ayah dan ibu sekaligus ni sesekali terlupa akan beberapa perkara.. lewat malam mcm ni br perasan rambut anak teruna dah panjang takut kena denda kat sekolah esok lebih baik malam ni kasi potong.. terlepas nak nengok AF hehe.. apa2pun skrg anak didahulukan :)


Saturday, September 6, 2014

QARIN Menanti Anda

Jom menonton drama bersiri bertajuk QARIN yang akan disiarkan di RTM1 sebentar saja lagi jam 7 ptg.. skrip karya adik saya Adza Nasyaemie dan saya sendiri.. konsep oleh arwah suami saya Martias Mohd Ali dan diarahkan oleh @Sham Jr ..

Qarin menanti anda di RTM.. Selamat menonton..


Musim Sakit Mata Merah

Musim durian ada.. musim cempedak ada.. musim demam ada.. dan sekarang musim yang tengah in trend dan terkini .... MUSIM SAKIT MATA MERAH..

Assalam duhai teman.. Harap anda semua sihat sihat belaka ye.. Bagi keluarga Kak Adza aka Mak Dara, kami satu rumah tengah hangat dengan musim sakit mata ni.. Bermula dari minggu lepas yang pertama kena adalah anak saudara Kak Adza iaitu kemudian kakaknya lepas tu habis berjangkit pada mama dan papanya pula.. Nak dijadikan cerita Akak pegi menziarah diorang dan lepas tu apa lagi.. sorang demi sorang pun terkena hehe.. Mari Akak kongsikan pesakit pesakit Mata Merah itu..


Ha itu adalah antara pesakitnya yang terdiri dari anak anak buah Kak Adza 3 gambar di atas dan anak anak kak adza sendiri 3 gambar dibawah.. Dan setelah Akak dapat survive selama seminggu dan setelah jenuh mengelak akhirnya pagi semalam tumpas jua bila bangun tidur dan mata tak boleh bukak.. Fuhh rasa berpasirrrrrr.. berdenyut pun boleh tahan.. Mana gambar kak Adza? Fuhh baik Kak tak masukkan karang nightmare kome sorang sorang..

Akak dah beli dah ubat untuk mengubati penyakit ni. Dan tak kurang juga akak google mencari PETUA MENGUBATI MATA SAKIT MERAH .. Antaranya..

Petua Pertama 
Ambillah satu sudu besar garam dan masukkan ke dalam besen berisi air. Kacau garam tersebut sehingga larut. Kemudian, masukkan muka ke dalam air campuran garam tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali. Hasilnya, sakit mata anda akan berkurangan.

Petua Kedua
ambil 4keping daun tersebut dan gunting.rebus je.pastu kemudian masuk kan mata dalam air yang direbus tadi bila air itu mula sejuk.

Petua Ketiga
Titiskan susu ibu kedalam mata yang sakit

Dalam banyak banyak petua, petua ketiga tu susah sikit nak direalisasikan dek sebab balu dan ibu macam akak ni kan anak anak dah besar panjang mana nak mendapatkan susu badan lagi.. Dah jadi yogurt kata adik Akak pada akak.. Amboii sampai hati perli akak tau.. 

Takpe walau apapun ubat atau petua yang nak diguna pakai yang penting kita berdoa pada Allah swt agar disembuhkanNya insyaallah dengan izin Allah.. 

Ada tak yang sedang sakit mata merah sila angkat tangan.. Jangan gusar pakai je cermin mata hitam dan kalau orang pandang semacam mula menyanyi bila larut malam tarakucha tarakucha hehe..


ps.. Alhamdullilah azam akak untuk aktif kembali dalam dunia blog akan akak teruskan.. Namun dihati tidak pernah sekali kali melupakan nyawaku Martias Ali yang amat kucintai.. 



Friday, September 5, 2014

MASIH KAH AKU DITERIMA ?

Masihkah aku diterima?
Masih adakah yang sudi menerimaku kembali?
Adakah yang merindui penulisanku?

Itu yang bermain di fikiran akak sejak kebelakangan ini.. Hampir 4 bulan sejak Kak Adza telah mengabaikan blog kecintaan Akak ini.. Seperti mana perasaan sedih yang menyelubungi Kak Adza setelah kehilangan suami dan nyawa akak Martias Ali sejak itu juga kehilangan minat untuk menghidupkan kembali blog ini.. Kerana kebanyakkan cerita di dalam blog ini berkisahkan kehidupan akak dan keluarga akak yang tercinta. Dan setelah kehilangan insan yang paling Kak Adza cintai seperti hilang separuh nyawa dalam kehidupan dan seperti tiada apa yang harus Kak Adza kongsikan bersama pembaca akak..

Namun hari ini akak telah decide.. Akak tidak seharusnya terusan begini. Arwah suami akak pernah berkata bahawa dia amat bangga dengan kejayaan blog akak ni.. Sebenarnya takdelah berjaya manapun blog picisan ini namun dimatanya ia berjaya.. Dan akak juga kini bertemu dengan ramai teman teman yang juga kehilangan suami mereka dan kata kata mereka menyedarkan Akak bahawa akak harus meneruskan menulis dan memberi semangat kepada semua yang senasib dengan akak bahawa kami harus REDHA.. BANGUN dan BERGERAK KEHADAPAN..

Akak tidak mahu lagi terus bersedih akan kehilangan suami akak sebaliknya akak harus MERAIKAN CINTANYA.. kasihnya dan kenangan akak bersamanya.. Arwah telah meninggalkan anak anak untuk Akak.. Akak kini faham bahawa dengan berada di dalam kesedihan membuatkan mereka juga turut bersedih . Jadi akak harus nekad untuk meneruskan cinta ini demi anak anak.. Akak kena kuat .. akak kena tabah.. Pasti arwah juga mahukan akak untuk berjuang demi anak anak dan cinta kami.. Love him till jannah. Insyaallah Dengan izin Allah swt.. Semoga dipermudahkan.


NOW IM BACK!!!!



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK