Saturday, October 25, 2014

Kisah Di Sebalik Lagu Maal Hijrah

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita bersama-sama sekali lagi menyambut tahun baru Hijrah. Bersempena dengan ketibaan tahun baru Hijrah Mak Dara ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua muslimin muslimat dan pembaca blog mak ini. 



Setiap kali tibanya Maal Hijrah pastinya lagu MAAL HIJRAH ini akan dinyanyikan dan berkumandang. Cerita di sebalik lagu Maal Hijrah ni sebenarnya..  kalau anda nak tahu arwah somi Mak Dara, Martias Ali antara yang menyanyikan lagu ini bersama rakan rakan MUSIC SCHOOL UITM Shah Alam pada tahun 80an dahulu.. Merekalah yang original menyanyikan lagu ini dan dirakam di Studio Filem Negara dan mulalah lagu itu berkumandang di radio di seluruh Malaysia... 

Masa kecik kecik dulu Mak Dara selalulah menyanyikan lagu ini bila tibanya Maal Hijrah tanpa mengetahui bahawa Mak Dara bakal mengahwini salah seorang dari penyanyi yang menyanyikan lagi itu bila mak besar kelak hehehe.. What a small world kan ..

Kini lagu Mal Hijrah dah banyak versinya.. Dan banyak dinyanyikan semula dan salah satunya adalah dari kumpulan Al Ajiba di ataslah.. Mak cuba juga cari versi original yang dinyanyikan oleh somi Mak Dara tu tapi tak ada.. Syang betul kan.. Kalau tak boleh le anak anak mak dara dengar suara arwah papa mereka . 

Mak Dara ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah dari Mak Dara dan keluarga.... Walaupun Maal Hijrah tahun ini arwah suami tidak berada di sisi.. Namun arwah tetap di hati.. Moga tahun baru ini kita semua lebih berjaya dan lebih bahagia dan moga hari-hari akan datang lebih baik dari hari sebelumnya Insyaallah dengan izin Allah swt.



Sunday, October 19, 2014

KAKI ZUMBA JOM SERTAI YB's FIT CHALLENGE

Assalam duhai teman.. Apa habaq semua? Rasanya dah lama Kak Adza tak hupdate blog kecintaan Kak Adza ni.. Almaklumlah bila dah memegang tanggungjawab sebagai Ibu dan ayah ni tanggungjawab makin berat dan semakin membuatkan Kak Adza tidak berkesempatan untuk blog Akak ni.. huhu jangan marah noo.. nanti kena juai hehe..

Ok Kak Adza ni nak khaborkan pada teman teman yang kaki Zumba sekalian.. Kak Adza nak habaq mai bahawa adik kak Adza iaitu Adza Tuty akan mengadakan sebuah aktiviti Zumba iaitu YB's FIT CHALLENGE . Kenapa nama acara zumba ni YB's Fit CHALLENGE? Ini disebabkan adik Kak Adza menyahut cabaran YB KJ untuk melakukan aktiviti sihat seperti yang FIT MALAYSIA lakukan..


Kepada peminat Zumba & kaki fitness !! Moh le join!!

YB's FIT CHALLENGE 



Tarikh: 25th OCTOBER 2014. 
Tempat : Dewan Cheras Baru



D ADZA FITNESS PROMO :
http://youtu.be/Lms9o6qFusQ

Join us here!!
https://www.facebook.com/events/1541523419394686/  

● Find ur fit buddy to join 1 hour of BUDDY UP CHALLENGE  and do 6 kinds of partner workout routines
● Let's do a 90 minutes nonstop Zumba Fitness with ZIN ADZA RINA & ZIN ASK MUDDY and stand a chance to win lots of gift and lucky draw..!!


TICKETS
BUDDY UP (each) - RM35.00
ZUMBA - RM35.00
WALK IN - RM45.00
GROUP (min 10 pax) - RM30.00


ATURCARA
9.00AM - REGISTRATION
9.30AM - DIET COOKING DEMO 
10.00AM -BUDDY UP CHALLENGE
11.05AM - NUTRITION TALK 
11.30AM - ZUMBA FITNESS
1.00PM - LUCKY DRAW




Untuk keterangan lanjut mengenai YB's FIT CHALLENGE
sila hubungi Adza Tuty di talian 0142335336
Jom Zumba!!!!




Monday, October 6, 2014

Hadiah Terindah Di Aidil Adha

Salam Aidil Adha buat semua geman teman Kak Adza sekalian.. Semoga kalian bahagia dan berada di bawah lindinganNya selalu...

Di hari raya ini pasti yang ramai pulang ke kampung .. Bertemu sanak dan saudara... menjalin dan mempereratkan lagi silaturahim antara kalian.. Kak Adza tumpang gembira buat anda.

Tarikh 5hb Oktober pada tahun ini bukan saja bermakna jatuhnya tarikh Hari Raya Aidil Adha namun tarikh ini juga merupakan sama tarikh dengan harijadi arwah suami Kak Adza martias Ali
. sekiranya arwah masih ada genaplah umurnya 46 tahun..  dan hampir genap 4 bulan 7 hari arwah pergi meninggalkan Kak Adza dan anak anak..

Tiada suami atau ayah untuk Kak Adza dan anak anak untuk meraikan aidil adha.. tiada juga kek atau hadiah untuk kak Adza dan anak anak untuk meraikan harijadi.. suatu kebetulan yang amat meruntun jiwa namun alhamdullilah dapat ku hadapinya...

Itu semua ketentuanNya.. syukur Kak Adza dan anak anak dapat menetima suratan dan ketentuan Allah swt ini.. walaupun perit..

Sempena dengan hari lahirmu sayang.. tiada apa yang mampu ku berikan selain bacaan surah surah tetindah buatmu .. dan syukur alhamdullilah akhirnya siap juga batu nisan yabg telah ku tempah buatmu nyawaku Martias Mohd .. satu satunya batu nisan yang diperbuat dari kayu cengal di tanah perkuburan AU4 ini..

You always wanna be different than others.. and i fullfil this for you sayang.. hanya itu yg mampu kuberikan buatmu untuk harijadimu yang ke 46 tahun hari ini 5hb oktober.. selamat ulangtahun sayang... al fatihah


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK