Monday, August 31, 2015

Pencarian Bloglist September 2015 di Blog Lyssasecret.Com

Assalammualaikum duhai teman.. Rasanya dah berkurunnnn sejak Mak Dara tak join pencarian bloglist mana mana blogger.. Ye lah Blog Mak Dara ni pun baru jer "dihidupkan" balik dari tidur yang panjanggggg... Maka rasanya nak kembali aktif dan terus "terjaga" dalam dunia blogging ni kita jangan malas malas.. Kena banyak buat Blogwalking.. Join sebanyak GA atau contest yang boleh dan hari ini Mak dara nak join segmen bloglist dari blogger manis Lyssa iaitu  Pencarian Bloglist September 2015 di Blog Lyssasecret.Com


Jika ada yang nak join moh lihat cara penyertaannya ok..

1. Buat satu entry yang bertajuk : Pencarian Bloglist September 2015 di Blog Lyssasecret.Com
DONE

2. Letak banner ni dan backlink ke link entry ini 
DONE

3. Dalam entry tu , pastekan 3 entry yang menarik perhatian korang .. Korang boleh lah godek-godek entry Lyssa yang lepas . Tak kisah lah , entry mengenai tips ke , tutorial ke , pasal lyssa pergi mana-mana ke . Paste je

Ok ini 3 entry dari blog Lyssa yang menarik perhatian Mak Dara:
1) http://www.lyssasecret.com/2011/12/tips-nak-follower-beriban.html
2) http://www.lyssasecret.com/2012/06/90-fakta-tentang-lelaki-yang-perempuan.html
3) http://www.lyssasecret.com/2015/08/lyssa-faizureen-dalam-majalah-mingguan.html
DONE

Senangkan nak masok bloglist blog Lyssa ni . Hanya buat satu entry dan ikut step di atas . Bukan susah pun ...Baik korang join cepat ! Sebab TARIKH AHKIR esok tau . 1 SEPTEMBER 2015 [11.59 pm]
All the best!!!



Si Hati Merah Jambu

Assalam duhai teman.. Pernah dengar tentang Si Hati Merah Jambu ? Haaa pastinya ramai yang mengenali akan Blogger Si Hati Merah Jambu atau nama pemilik blog ini Azhafizah.. Haaa nama nya lebih kurang macam nama Mak Dara juga Azha.. Adza ye dak hehe.. Apa kata Mak Dara kidnap jap pic sis Azhafizah dan kenalkan anda semua dengan beliau ye.. Tadaaaa.....

Azhafizah - credit pic Si Hati Merah Jambu

Azhafizah antara blogger yang sangat kreatif dan sangat berbakat yang pernah mak dara temui.. Kalau anda semua nak tahu.. Design blog Mak Dara ni adalah hasil design dari beliau.. Mak Dara amat amat berpuas hati dengan designnya ini amat amat menepati apa yang mak dara minta semasa membuat tempahan dari beliau.. 

Selalu kami comunicate di alam maya namun alhamdullilah Mak Dara berkesempatan bertemu beliau di alam nyata pada majlis SBB2014. Dan terbaru Mak Dara melihat Azhafizah ada membuat GA iaitu Painting potret giveaway dah buat kat fanpage dan instagram. Ramai artis dan teman teman blogger mendapat sentukan kreatif beliau apabila gambar mereka di jadikan Painting Potret. Namun tak sangka pula Mak Dara apabila Azhafizah sudi melakarkan gambar Mak Dara.. Fuhhh rasa diriku begitu berharga kekdahnya hehe.. Nak lihat gambar Mak Dara yang telah di potret paintingkan oleh beliau?

pic credit to IG azhafizahmdnor

Haaa amacam kreatif kan beliau? Mak Dara sukaaaa sangat dengan hasil karya belaiu ini.. Namun bertambah rasa terharu sebab bukan sahaja mendapat hadiah istimewa ini malahan gambar ini turut di share di IG dan di entry blog beliau. Boleh baca entry itu di SINI

Buat anda yang ingin menempah Painting Potret, Printing, Atau nak design blog anda terus berhubung dengan Azhafizah di SINI ok..

Dan buat sis Azhafizah tenkiuu tenkiuuu so much dear for this lovely potret and entry.. Really appreciate it.. Rasanya akak nak bertukar design blog ni.. Nanti kita roger roger ye...  Tks again sis ;)


Saturday, August 29, 2015

Anakku Kasih Dan Ketumbuhan Dalam Perut

Assalam duhai teman.. 
minggu lalu merupakan antara minggu duka buat Mak Dara dan keluarga.. Ini kerana anak ketiga Mak Dara iaitu Adza Kasih telah dimasukkan ke wad onkologi di Institut Pedeatrik HKL kerana mempunyai ketumbuhan dalam perutnya.. 

Ceritanya bermula dari bulan puasa yang lalu lagi apabila Kasih merasakan terdapat satu biji di dalam kawasan perutnya. Pada mulanya Mak Dara tidak syak apa apa kerana Kasih tidak mengadu sakit namun pada minggu lalu biji itu semakin besar dan kasih mulai demam dan mengadu sakit. Mak Dara terus membawa Kasih ke klinik berdekatan dan Doktor yang merawat Kasih terus mengeluarkan surat dan refer kes kasih ini ke bahagian pediatrik HKL. Dan sesampai di sana doktor yang merawat Kasih mulai bertanya simtom simtom yang dialami Kasih dan dia kemudian bertanya tentang sejarah kesihatan keluarga kami. Setelah diberitahu bahawa ayah Kasih iaitu suami Mak Dara baru sahaja meninggal pada tahun lalu akibat kanser darah dan ayah suami dan pakciknya juga telah meninggal dunia akibat Kanser doktor terus memandang serius akan ketumbuhan di perut Kasih itu dan mereka meminta Kasih menjalani beberapa ujian termasuk ultrasound

kasih di wad pedeatrik HKL

Kasih menjalani ultrasound

Beberapa orang pakar turut dipanggil untuk memeriksa Kasih termasuk Pakar Kulit dan Pakar Bedah. Setelah berbincang mereka mengambil keputusan untuk mengeluarkan ketumbuhan di dalam perut kasih secepat Mungkin. Jadi Kasih dimasukkan ke wad onkologi. 

Berada dalam wad itu mengingatkan kembali situasi yang sama semasa Mak Dara menemani arwah suami di wad pada tahun lepas.. Kuat benar ujian yang diberikan kepada Mak Dara sekeluarga.. Namun Mak Dara tawakal dan terus berdoa agar pembedahan Kasih berjalan lancar.

Keesokkan harinya Kasih di bawa ke dewan bedah. Dan bagai ditikam tikam dada Mak seraya melihat Kasih dibawa pergi.



Masa seakan terhenti.. Mak Dara pun tak pasti berapa lama waktu yang diambil dalam pembedahan itu yang pasti Mak Dara tak putus berdoa buat anak Mak itu. Di ruang menunggu terdapat banyak ibu bapa yang turut keresahan menunggu anak mereka di dewan bedah itu. Tiba tiba kelihatan jururawat membawa Kasih keluar dari bilik bedah dan Mak Dara terus mengikuti mereka masuk ke wad. 

Alhamdullilah pembedahan Kasih berjalan lancar dan ketumbuhan itu berjaya dikeluarkan. Doktor menyatakan bahawa mereka akan mengambil sample dari ketumbuhan yang dikeluarkan itu dan akan memberi keputusannya pada bulan sepuluh nanti. Walaupun lambat untuk mengetahui apakah ketumbuhan itu namun mak berdoa agar ia tak membahayakan kesihatan Kasih insyaallah.

Dan setelah beberapa ketika Kasih dapat keluar dari wad dan mak membawanya pulang. Seminggu telah berlalu kini Kasih dah semakin sihat. Kasih juga telah kembali ke sekolah. Syukur alhamdullilah semuanya telah berlalu.. Semoga kami mendapat keputusan yang baik baik saja pada oktober nanti insyaallah.

Pada anakku kasih.. Bertabahlah.. Banyak kali Mama ingatkan Kasih.. Kasih sakit sebab Allah swt sayangkan kasih.. Allah nak berikan banyak pahala buat kasih.. Be strong ok sayang ..



Friday, August 28, 2015

Selamat Hari Jadi Adikku

Happy birthday to you... 
Happy birthday to you...
Happy birthday to Tuty..
Happy birthday to you....


Selamat hari jadi buat adik mak dara Adza Tuty.. Tahun ini genap umurnya 30++ hehe.. 


Adik mak dara Adza Tuty ni memang superwoman.. Seorang ibu tunggal yang sungguh tabah melayari kehidupan bersama dua cahayamata.. Seorang instructor senaman Piloxing.. Pada yang nak kurus tu bolehle cari adik mak dara ni sebab dia pun ada buat personal training..

Kepada adikku Tuty... Happy birthday ty.. Put all behind us and lets move on.. Even though ur crazy emotional girl but i still loves ya.. Haha Happy birthday


Thursday, August 27, 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

Assalamualaikum semua... Haaaa dekat dekat nak hari merdeka ni semangat mak dara pun berkobar kobar untuk bangkit dan hidupkan semula blog kecintaan Mak Dara ni.. Macam azam tahun baru jugak lah tapi kali ni azam merdeka gitew.. Tak kisah la azam tahun baru ka.. azam merdeka ka azam birthday ka asalkan azam tu bersifat positif kira ok lah kan.. So sempena dengan datangnya bulan.. oppss haa angin meroyan dah sampai hahaha.. Ok sempenan bulan kemerdekaan ni memang sesuai la bagi Mak Dara joinkan diri dengan Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com


Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner.. Haaa apa tunggu lagi jom join ramai ramai dengan giveaway dari BFFFF mak dara ni...

Mia dan Mak Dara 
pic kredit to mialiana.com



Friday, August 14, 2015

Mak Dara Dan Hadiah Teristimewa

Waduh waduhhhhh kompom anda semua terkejut sejak berkurun mak tak hupdate blog tetiba hari ni boleh pulak update kan... Jangankan korang mak dara sendiri pun terkejut apabila menerima sebuah hadiah yang sangat sangat sangat teristimewa.. Sehingga terpanggil untuk luahkan pada blog meroyan mak dara ni.. Ada ke yang nak tahu hadiah apa... jeng jeng jeng...


terkesima mak dara dibuatnya... Tonyoh mata dah dekat sejam pun still ada lagi.. Cubit pipi sampai naik lebam pon tetap sama bila di depan mata terdapat telefon idaman mak dara selama ini...

Pada pemberi hadiah yang sangat sangat istimewa ni... Terima kasih.. Im soooo speechless.. Thank youuuuuu... Im soooo blessed syukur alhamdulillah 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK