Tuesday, October 27, 2015

Rumah Ronald Mcdonald PPUKM

Mempunyai ahli keluarga yang tidak sihat dan memerlukan rawatan amatlah menguji diri pesakit dan juga kepada ahli keluarga itu sendiri. Mak Dara pernah melalui saat-saat seperti itu apabila arwah suami Mak Dara iaitu Martias Ali yang menghidap LYMPHOMA iaitu sejenis kanser darah stage 4 pada tahun lalu.  Semasa berada di wad selama hampir sebulan Mak Dara banyak bergaul bersama pesakit dan juga ahli keluarga mereka. Terdapat ramai juga mereka yang tinggal jauh dari hospital dan terpaksa menumpang tinggal di rumah saudara dan ada juga yang terpaksa menyewa di hotel . Namun bagaimana jika pesakit harus mendapatkan rawatan bertahun lamanya? Mampukah pesakit dan ahli keluarga untuk terus menumpang di rumah saudara ataupun mampu membiayai kos sewa hotel selama bertahun-tahun itu? Sudah tentu tidak mampu bukan..


Prihatin terhadap masalah itu maka salah satu program unik yang dijalankan oleh RMHC adalah Rumah Ronald McDonald (Ronald McDonald House - RMH) yang menyediakan kemudahan tempat tinggal untuk keluarga semasa  anak-anak mereka  menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM).



Rumah Ronald McDonald telah dibina pada Februari tahun 1990 oleh Ronald McDonald House Charites (RMHC) sebagai sebuah organisasi NGO. Antara program unik yang dijalankan oleh RMHC adalah Rumah Ronald McDonald Program Biasiswa Ronald McDonald , Bilik Sensori Ronald McDonald,  dan Ronald McDonald Gift of Smile.


Rumah Ronald McDonald

Mak Dara merasa amat bertuah dapat meluangkan masa untuk melawat ke Rumah Ronald McDonald di PPUKM pada beberapa hari lepas. Setibanya di sana Mak Dara dan beberapa teman disambut mesra oleh Puan Idayu Mukti iaitu Pengurus Rumah Ronald McDonald.

Mak Dara bersama Puan Idayu Mukti 
Pengurus Rumah Ronald McDonald 

Puan Idayu dengan baik hati membawa Mak Dara dan teman teman untuk tour sekeliling rumah Ronald McDonald ini. Mak Dara rasa amat teruja dengan semua kemudahan yang disediakan oleh Rumah Ronald McDonald. Pasti anda juga nak tahu apa yang terdapat di Rumah Ronald McDonald itu kan? Mari Mak Dara kongsikan bersama anda..

Bilik tidur sesuai untuk 4 ahli keluarga


Ruang Makan

 Ruang Dapur




Surau 





Kawasan permainan 


Mak Dara amat teruja dengan apa yang disediakan oleh Rumah Ronald McDonald itu. Kebersihan pada tahap  amat maksimum dan kemudahan yang amat mengagumkan. Rumah Ronald McDonald yang bernilai RM2 juta itu mempunyai 19 buah bilik dengan pelbagai kemudahan. Semua bilik mempunyai tiga katil dilengkapi dengan bilik air, dapur, bilik mainan kanak-kanak, bilik membasuh kain, surau dan ruang televisyen dan banyak lagi. RMH mempunyai 19 buah bilik yang mampu menampung keperluan harian sesebuah keluarga dengan kadar bayaran hanya RM5 sehari!

Adik Adam bersama keluarga

Sementara itu salah seorang pesakit yang sempat Mak Dara temui iaitu Adik Mohd Adam kelihatan amat seronok bermain di bilik permainan yang disediakan oleh Rumah Ronald McDonald sementara menunggu waktu rawatan yang akan dihadirinya, Ibu Adam berkata, ahli keluarganya berasa amat selesa semasa menginap di RMH sejak dua tahun lalu ketika Adam menjalani rawatan di PPUKM.
Mak Dara bersama teman dan Adam sekeluarga

Sehingga kini, RMH telah menempatkan lebih daripada 450 buah keluarga dengan anak-anak yang memerlukan rawatan di PPUKM. Bayangkan betapa ramai keluarga yang telah dibantu oleh mereka.




Terbaru RMHC bakal menganjurkan sebuah event iaitu kempen Show Your Stripe bertemakan #Demi RMHC – I’m For The Kids yang akan bermula di semua restoran McDonalds Malaysia pada 7 November 2015. Stoking berjalur jalur merah dan putih ini dijual sehingga stok masih ada.



Sebahagian daripada usaha mengumpul dana adalah melalui Kempen Show Your Stripe yang akan mendorong orang ramai untuk membeli dan memakai stokin berjalur-jalur merah dan putih bagi menunjukkan bahawa mereka peduli dan prihatin. 


Stokin red and white striped atau berjalur-jalur merah dan putih akan mula dijual di semua cawangan McDonald's mulai 7 November 2015 dan  semua sumbangan akan diserahkan kepada pihak RMHC. Marilah kita bersama sama menyertai kempen Show Your Stripe ini dan membantu mereka yang memerlukan. 

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk menawarkan diri menjadi sukarelawan di rumah ini. Saya amat percaya dengan melakukan kerja-kerja amal 


begini dapat menyemai sifat kasih sayang dan saling membantu di kalangan masyarakat kita. Untuk maklumat lanjut boleh ke link ini http://rmhc.org.my/causes/ronald-mcdonald-house-ppukm/


RMHC juga mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dari orang ramai yang ingin menderma atau menjadi sukarelawan. Hubungi RMHC di talian 012 365 7324 atau layari www.rmhc.org.my


Monday, October 26, 2015

Semoga Cepat Sembuh Ibu Mertuaku..

Assalam duhai teman.. Beberapa minggu yang lalu Ibu mertua Mak Dara telah jatuh di dalam biliknya sehingga menyebabkan tulang pinggulnya retak. Ibu mertua Mak terus dimasukkan ke Hospital Tawakal dan telah menjalani pembedahan di mana dimasukkan besi di tulang pinggulnya itu. Setelah beberapa hari selepas menjalani pembedahan itu Ibu mertua Mak dibenarkan pulang.. Syukur alhamdullilah kesihatan Ibu Mertua mak semakin baik ..

Namun semalam Mak Dara mendapat khabar berita dari adik Ipar Mak bahawa Ibu Mertua Mak dimasukkan semula ke hospital. Difahamkan bahawa Ibu mertua Mak alergic dengan ubat antibiotik yang diberikan oleh pihak hospital Tawakal.


Semalam MaK Dara dan anak anak melawat Ibu di Hospital.. Kelihatan kesihatannya stabil.. Mohon teman teman sama sama mendoakan agar Ibu mertua Mak Dara kembali sembuh seperti sedia kala Insyaallah...


Sunday, October 25, 2015

AISKRIM PULUT VIRAL

Selalunya yang sering VIRAL di internet adalah viedo video dan gambar tentang gaduh sana gaduh sini.. Pukul sana pukul sini.. Buka aib sana buka aib sini.. Mak Dara sendiri rasa kebanyakkan video dan gambar yang menjadi viral ada yang patut diupload kerana ada yang boleh menjadi pengajaran buat kita, dan ada juga yang tak patut diviralkan kerana mengundang fitnah dan kejian dan makian dari keyboard worior .. Kan dah menambahkan dosa je betul tak?

Namun kebelakangan ni Mak Dara merasa senang kerana ada beberapa gambar yang menjadi viral dengan tujuan MEMBANTU.. Salah satu dari yang menarik perhatian Mak Dara ialah yang diviralkan oleh group FB yang terkenal iaitu SUKAN STAR TV iaitu sebuah gambar tentang seorang Pakcik yang menjual Aiskrim Pulut. Cerita dan gambar ini telah dikirim oleh encik Syafin Johanis kepada pihak admin Sukan Star TV.


gambar kredit kepada pengirim En Syafin Johanis & Sukan Star TV

Difahamkan bahawa Pakcik ni meniaga Aiskrim Pulutnya sehingga jam satu pagi. Dan lokasi perniagaan Pakcik ni di area Damansara Damai. Pakcik ni dikatakan tinggal di blok Idaman.

Post ini mendapat ratusan like dan komen dari pengguna FB. Dan ada antara mereka yang pergi mencuba Aiskrim Pulut Pakcik ini setelah membaca post dari Sukan Star TV ni. Dan memang mendapat komen yang sangat positif. Ramai yang kata memang sedap dan berbaloi pegi jauh untuk merasa aiskrim pulut pakcik ni..

gambar kredit kepada pengirim En Syafin Johanis & Sukan Star TV

Difahamkan bahawa Pakcik ni meniaga untuk menampung kos pelajaran anaknya yang sedang belajar agama di Indonesia. Haaaa mengetahui nawaitu pakcik ini membuatkan cerita cerita seperti ini la yang bagus untuk diviralkan.. Dengan tujuan membantu.. Dan dengan sebab itu juga Mak Dara nak kongsikan perkara ini di blog Mak Dara. Manalah tahu dapat membantu perniagaan Pakcik ini walaupun sedikit jadilaaa...


En Syafin Johanis bukan sahaja mengirim gambar dan cerita kepada pihak Sukan Star TV tetapi turut memberikan nombor telefon Pakcik ini untuk dihubungi. Difahamkan Pakcik ini juga mengambil tempahan untuk majlis kenduri dan lain lain. Jadi kepada sesiapa yang ingin mencari Pakcik ini dengan tujuan untuk membeli atau membuat tempahan Aiskrim Pulut Istimewaa pakcik ni bolehlah hubungi beliau di no 0166183419.  

gambar kredit kepada pengirim En Syafin Johanis & Sukan Star TV

Mak Dara doakan semoga perniagaan Pakcik ini semakin maju dan semoga mendapat rezeki demi menampung pembelajaran anak di luar negara Insyaa Allah.. Dan pesan Mak Dara kepada semua teman Mak Dara pula.. Jika anda nak share atau nak viralkan sesuatu biarlah perkara yang elok elok sahaja.. Perkara yang boleh membawa manfaat kepada sesama manusia.. Pada perkara yang negatif tu jauhkanlah dari diviralkan ye.. 

Insyaallah Mak Dara akan kongsikan jika ada lagi kisah kisah yang sebeginni.. Dan kepada anda yang ada membuat event amal or non profit event email kan pada Mak Dara dan Insyaallah Mak akan kongsikan di blog Mak Dara ini ye..Assalam..


Saturday, October 24, 2015

Blouse Moden Online Terhangat Di Pasaran


Assalam duhai teman.. Mak Dara harap anda semua sihat adanya.. Ok anda ingin keluar ke tempat kerja.. keluar bersama keluarga atau kemana sahaja.. Perkara pertama yang pasti bermain di fikiran anda sudah pastinya... NAK PAKAI APA? Betul tak? Dan menjadi trend terbaru sekarang ramai yang mengenakan baju blouse.. Baju blouse adalah antara yang terpenting dalam almari pakaian seseorang wanita. Pelbagai cara untuk mencantikkan pemakaian blouse sama ada dengan cara memakai butang sepenuhnya, masukkan ke dalam seluar atau skirt, ikat di hujungnya atau paling mudah biarkannya begitu sahaja.

Pemakaian blouse yang betul dapat membuatkan seseorang lebih menawan namun tetap kasual yang trendy – bergantung dengan cara anda menggayakannya.


Kini dengan adanya pelbagai butik fesyen online di Malaysia pembeli merasa lebih mudah untuk melakukan pembelian. Apatah lagi laman-laman sesawang ini menawarkan tawaran menarik yang tidak mampu untuk dibiar sahaja!

Anda kini boleh dapatkan blouse  moden online kegemaran anda melalui pembelian dalam talian yang mana lebih mudah serta menjimatkan masa. Dengan online shopping menawarkan pelbagai promosi menarik yang meliputi rangkaian pilihan yang cukup meluas untuk wanita.


Dapatkan blouse terkini untuk wanita secara online dalam masa hanya beberapa selepas tarikh pembelian. Bagaimana, seronok bukan? Anda tidak perlu lagi keluar dan terperangkap di dalam kesesakan trafik semata-mata untuk ke butik pakaian yang berdekatan di pusat membeli-belah.


Gayakan blouse terkini kegemaran anda mengikut trend fesyen terkini yang sedang popular buat masa ini. Padankannya dengan skirt paras lutut untuk memberikan penampilan sexy. Bagi menambahkan elemen yang lebih chic, gunakan clutch serta sepasang heels berwarna hitam. Ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan di khalayak ramai!

Selain itu anda boleh memakai aksesori ringkas seperti seutas rantai leher panjang keemasan atau yang mempunyai detail seperti manik-manik berkilauan untuk menambahkan lagi keserian anda. Ingat, ketika memakai aksesori sentiasa pastikan tidak berlebih untuk mengelakkan penampilan yang ‘sarat’ atau ‘terlalu berat’. Ringkas itu lebih cantik!

Jadi apa tunggu lagi jom beli blouse moden secara online jommmm !!!




Friday, October 23, 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Qarin Bakal Menghantui Anda

as salam duhai teman.. rasanya dah lama  Mak Dara tak kongsikan bersama anda tentang karya karya Mak Dara kan.. Mungkin ada yang tahu dan pasti ada yang tak tahu bahawa pekerjaan mak Dara sebenarnya adalah seorang ppenulis skrip drama.. Hampir 20 tahun Mak Dara berkecimpung dalam bidang penulisan dan hampir 70 buah drama telah Mak Dara hasilkan skripnya dan yang telaah ditayangkan di kaca TV.. Mak Dara menulis banyak genre skrip namun yang paling Mak Dara suka tulis adalah drama bengenre komedi dan SERAMMMM..

Dan antara drama seram yang pernah Mak Dara hasilkan ialah sebuah drama bertajuk QARIN.. Dan hari ini Mak Dara nak beritahu bahawa drama bersiri bertajuk QARIN hasil skrip Mak Dara bersama adik Mak,  Adza Nasyaemie  yang ditayangkan di RTM 1 setiap hari Jumaat jam 10:00 pagi.. 

Drama ini juga adalah idea asal oleh arwah suami Mak Dara, Martias Ali.. sebenarnya drama Qarin ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh teman Mak Dara kepada Mak Dara beberapa tahun yang lalu.. dari situ Mak Dara dan arwah suami dapat idea untuk mengadaptasikan kisah mereka ke drama..

Jadi pada anda yang free free tu bolehlah menonton drama bersiri QARIN setiap JUMAAT jam 10 pagi ya.. Selamat menonton semuaaaa...




Thursday, October 22, 2015

Esok Sekolah

Dah hampir 4 hari sekolah di beberapa buah negeri ditutup gara gara jerebu.. Dan sejak dari isnin lepas satu fenomena pelik berlaku pada anak anak Mak Dara .. Dari yang langsung tak minat tengok berita dah tertonggok depan TV menanti berita.. Bila ditanya kenapa teruja sangat nak nengok berita? Kata diorang nak tahu esok cuti ke idok.. Adoiii la anak anak bertuah ku ingatkan nak lihat khabar berita donia ka tapi menunggu pengumuman cuti..

Bagi anak anak mungkin happy la dapat cuti dari isnin lagi tapi bagi ibu kepada anak yang bakal duduki peperiksaan SPM memang sesuatu yang amat amat amat membimbangkan.. Ye lah.. Ini lah saat saat terkahir untuk mendapat tips tips dari guru dan membuat persediaan menghadapi SPM.. 

Anak Mak Dara sendiri Adza Haiqal yang bakal ambik SPM pun mengeluh sebab tak dapat hadir ke sekolah.. Dia begitu risau hingga minta iIn ke sekolah pada hari cuti untuk bertemu para guru dan meminta diberikan homework.. Alhamdullilah syukur mak dara melihat effort yang ditunjukkan oleh anak teruna Mak Dara ini..

Syukur Alhamdullilah apabila hari ini cuaca semakin baik dan mendapat pengumuman bahawa esok sekolah akan dibuka semula..


Jadi mari kita terus berdoa agar cuaca kembali baik seperti dahulu agar semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa..

Kepada semua anak anak sekaliannnnn.. Selamat bersekolah semula ya...





Tuesday, October 20, 2015

Mrs atau Ms? Ada Apa Dengan Status

Assalam duhai teman.. Malam ni Mak Dara buat sedikit kerja kat coffee shop di Festival City Mall ni.. Kedai bernama DR CAFE yang terletak betul betul di pintu entrance Festival City Mall ni atau sekarang telah ditukar nama kepada SETAPAK CENTRAL.. Sebenornye Mak Dara tinggal di atas mall ni jer.. Kiranya turun lif dah sampai sini hehe.. Kenapa Mak Dara datang buat keje kat sini dan kenapa mak tak buat je keje kat rumah? Jawapannya ialah LINE INTERNET YANG SANGATTTTT LEMBAB.. Naik lebam mak dara dibuatnya asyik loading loading jer tiap kali nak dapatkan info atau search di google.. Kalau berterusan macam ni tahun depan baru siap hehe..

Setiba di sini Mak pun order lah Hot Chocolate dek kerana semua ice blended di sini dah habis.. Bila dapat jer ayor hmmm sentap kejap.. Kenapa?

Ms Ida....

Hmmm kadang kadang boleh juga terlupa tentang TITLE mak Dara sekarang.. Sebab sejak hampir 18 tahun Mak Dara bergelar Puan atau MRS.. Sesekali terlihat perkataan MS tu menyedarkan mak dara tentang status Mak Dara sejak kepulangan arwah suami tersayang Mak Dara ke rahmatullah pada hampir dua tahun ini.. 

Hmmmmmmmm....
Mak Dara melayan perasaan jap huhu

Termenung Mak Dara dibuatnya seketika... Namun bila difikirkan kembali.. MRS atau MS itu hanyalah satu gelaran.. Namun Mak Dara tetap orang yang sama .. Mungkin yang lainnya ialah Mak Dara telah menjadi orang yang lebih tabah dari dulu..

Apa ada dengan status.. Pesanan Mak Dara pada semua teman teman... jangan pandang pada status pandanglah pada peribadi.. Walau anda berstatus isteri, suami , janda, duda, balu atau lain lain.. kunci utama ialah bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah swt .. 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK