Wednesday, November 18, 2015

Selamat Hari Lahir Kasih

As salam duhai teman.. Adoiii lama naw naw Mak Dara tak menghupdate blog kecintaan Mak Dara ni dk kerana kesibukkan memfokus pada anak sulung Mak Dara yang ambil SPM tahun ni.. Melihatkan dia dok stress membuatkan Mak Dara pun tumpang stress.. Namun dalam kestressan kami anak beranak sempat juga Mak Dara adakahn Majlis Harijadi buat anak Mak Dara Adza Kasih yang telah genap 11 tahun pada 14hb November yang lalu..
 
Bertempat di Taman Layang Layang Metropolitan Kepong Mak Dara dan ahli keluarga meraikan birthday girl di sana.. Itu atas permintaan birthday girl laa... Kalau ikutkan Mak Dara nak aje buat kat rumah hehe.. Tapi mana bias menolak permintaan yang hanya sekali setahun tu kan jadi ku turutkan jua hehe..
 
Dari kiri anak sulung Mak Dara Adza Haiqal, Mak Dara, Adza Danina
hujung Adza Isabella dan depan sekali tu lah Bday Girl Adza Kasih
 

 
Mak Dara dan ahli keluarga yang meraikan Bday Adza Kasih
 
 Alhamdullilah petang tu pulak tak hujan.. Nebes jugak Mak Dara bila buat event kat outdoor tambah tambah lagi pada musim hujan sekarang ni kan.. Semua ahli keluarga Mak Dara dating meraikan birthday Adza Kasih..
 
Cuma di dalam kegembiraan tu.. Adza Kasih seakan memendam perasaan akan sesuatu.. Bila ditanya dia enggan menjawab.. Mak Dara dapat baca isi hatinya itu yang pasti mengharapkan jika arwah papanya masih ada dan dapat meraikan hari jadinya itu.. Bertabahlah duhai anak sememangnya ini dugaan buat insan terpilih seperti kita.. Kita kena redha dan tabah.. Mama tahu Kasih kuat..
 
Buat anakku Adza Kasih Safea Binti Martias.. Semoga menjadi anak yang solehah dan Berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.. Mama saying kasih hingga ke Jannah Insyaallah...
 
 
 



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK