Thursday, December 17, 2015

Dating Mak Dara Dan Doktor

Assalammualaikum duhai teman 
Agak lamaaaa jugak Mak Dara tak bersiaran dari blog kecintaan mak dara ni kannnn. Hampun dan mahaf dari mak ye.. bukanle udoh lupakan teman semua tapi dek kerana kesihatan mak dara yang idok begitu baik sejak kebelakangan ni.. Sakit apa? Susah bebenor mau mengexplainnya tapi yang penting mak dara semakin baik dan bertambah baik apabila mak bertemu dengan Doktor pagi tadi untuk dating kami.. Oh no no bukan mak dating dengan doktor tapi appoinment dan temu janji mak dara dengan doktor untuk follow up sakit migrain mak dara yang kronik ini.. Saja nak bikin panassss sikit blog mak dara yang sejuk kejong niiii.. Jangan maraaa aaar nanti kene jual hehe..

Bertempat di Klinik Neurologi HKL pagi tadi mak dara pergi bertemu doktor .. Hati berdebor debor jugak tapi mak buat cool aje..




Panjang lebor jugak explaination dari doctor ini mengenai penyakit migrain mak dara yang kronik ini tapi untuk tidak memeningkan kalian akan terma terma klinikal yang mak dara juga kurang faham.. Pendek cerita penyakit mak dara semakin menampakkan progres penyembuhan yang baik.. Maknanya kalau dulu sakit mak dalam skala 9/10 dalam setahun yang lalu.. Tetapi kini skalanya turun hampir 4/10.. Kira setengah dari dahulu.. Syukur alhamdullilh..

Mungkin bagi sesetengah anda pikior apalah sangat dengan sakit migrain ni kannnn .. Tapi cube la anda alami pening pada setiap hari untuk hampir dua tahun... Oh memang menyeksakannnnn...

Namun mak bersyukur kerana mendapat ujian sebegini.. Maknanya mak insan yang terpilih.. Mungkin segala kesakitan ini dapat menghapus dosa kecil mak.. Siapa tahu kannn.. Wallahhualam..

Apa apapun mak bersyukur dengan tahap kesihatan mak ini dan harap migrain ni dapat diubati satu hari nanti insyaallah..

Ok kena jumpa doktor lagi pada next follow up on april 2016.. Jumpa lagi kita ye Doc.. Hehehe 😜😉




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK