Tuesday, January 12, 2016

Selamat Hari Jadi Adza Isabella

Semalam 11hb Jan 2016 maka genaplah umur anak bongsu Mak Dara iaitu Adza Isabella 9 tahun. Dan Mak Dara ada buat majlis yang sangat kecil sangat simple namun amat bermakna untuk kami sekeluarga..  Moh Mak Dara sharekan gambar gambar sekitar mahlis harijadi Adza Isabella tu ya..
 
Happy Birthday Adza Isabella!!!
 


Isabella bersama kakak dan sepupunya
 
Mak Dara dan Isabella semasa potong kek birthday
Haaaa itulah antara yang berlaku semasa majlis harijadi si Adza Isabella semalam.. Walaupun kecil tapi meriah dengan adanya adik adik dan anak anak buah.. Tak lama lagi birthday Mak Dara pulak pada 24hb Januari nanti nak tema apa agaknya ek hehehehe
 
Buat Adza Isabella.. Selamat hari jadi buat anak busyuk mama Adza Isabella Martias​ yang ke 9!!!!! Moga menjadi anak yang solehah dan dibawah lindunganNya selalu.. Mama akan buat apa sahaja untuk cuba membuatkan Belle gembira macam dulu.. Mama janji insyaallah dengan izin Allah.. Happy Birthdayyyy busyukkk...
 

Sunday, January 10, 2016

Makeup Artis Paling VAVAVOM FarizSha D'Touch

Assalamduhai teman.. Hari terpenting dalam hidup anda bakal berlangsung? Pertunangan..? Pernikahan..? Persandingan.. ? Tapi bimbang takde orang yang tolong mekapkan? Karang kalau belasah mekap sendiri lain pulak jadinya boleh mengakibatkan rombongan patah balik pulak haha.. Jangan Risau di sini Mak Dara nak khaborkan pada  anda...... Memperkenalkan Farizsha Onizuka dari FarizSha D'Touch mekap artis yang akan menjadikan wajah anda GORGEOUS dan VAVAVOM!!!!
 
https://www.facebook.com/FarizSha-DTouch-262311167176322/timeline
 
Servis servis yang ditawarkan oleh FARIZSHA D'TOUCH adalah seperti berikut Services For Wedding Make Up,Engagement Make Up,Commercial Make Up,Photoshoot Make over & Dinner Make Over.. Haaa macam macam servis yang diberikan bukan terhad kepada majlis pertunangan atau perkahwinan sahaja..Meh Mak Dara belanja sekeping gambor hasil tangan Farizsha...
 
 
 Haaa tu mekap pada sebelah Mata jer tau.. Pun dah VAVAVOM!! Belum masuk keseluruhan wajah lagiiiii.. Terus rasa nak menyanyi "Jangan pandang ku sebelah mata hanya kerna aku wanita .. Ohh fefeling Anita Sarawak pulak Mak pagi ni hehe..
 
Tak puas nengok gambor mata aje ok Mak belanja sikit lagi..
 

 
Nak tengok gambar hasil karya Farizsha lagi??? Oh itu kena ke FB Page beliaulah.. Kat sana ada banyakkkkk gambor yang telah beliau upload kan. Dan di sana ada sendiri boleh menilai hasil tangan Farizsha.. Kompom dah tengok semua gambar tu pasti terus nak booking untuk hari istimewa anda.. Tak caya cer klik di SINI... hehe
 
Ok sekarang Farizsha ada membuat pakej promotion.. Untuk tempahan mekap tahun 2016. Promosi hargadiskaun jika anda booking pada Januari 2016 untuk sebarang tempahan mekap.. Haaaa apa lagi jom grab prommosi ini dan cepat cepat hubungi Farizsha ya..
 
Bagaimana untuk menghubungi Farizsha.. Anda boleh whatsapp beliau di no telefon @ 0196334659.. Atau PM saja beliau di FB beliau di SINI .. Lagi nak best cakap le anda kawan Mak Dara.. Mana tahu boleh dapat extra diskaun hehe..
 
Semoga hari bahagia anda mendapat sentuhan makeup yang mengVAVAVOMkan...
 

 


Thursday, January 7, 2016

Fifty Shades Of Mak Dara


Assalam duhai teman.. Semalam entah angin apalah anak sulung Mak Dara si Adza Haiqal (yang juga seorang blogger QARL ) mengedit edit gambor Mak Dara. Mungkin disebabkan Mak Dara memuji muji layout dan background terbaru yang dilakukan oleh Qarl di blognya @ http://qarlyazz.blogspot.my/ yang sungguh unik dan lain dari yang lain telah membuatkannya bersemangat naw naw menunjukkan bakat megeditnya di gambor Mak Dara pulak.. Bagus juga bila sesekali puji anak melambung tinggi ni dapat juga kita rasa tempiasnya.. Jadi moh Mak Dara kongsikan gambor Mak Dara yang dambil dari sekeping gambar hitam putih dan telah diedit oleh anak Mak Dara dengan sangat kreatif . Dari One Shades Of Grey menjadi Fifty Shades Of Mak Dara hehe
 
 














Gambar original yang telah diedit dengan begitu unik tq anakku
 
 
Blog QARL
 
Gambar di atas adalah blog anak Mak Darayang baru diupdate olehnya semalam dan telah menjadi sumber inspirasi kepada semua hasil gambar yang telah diedit oleh Qarl semalam.. Terima kasih anakku kerana sudi mengedit edit gambor mama yang boring itu menjadi warna warni gitew.. Kalau boleh tolonglah updatekan blog mama ni sekali hehe..
 
Pada yang ada masa tu moh le terjah ke blog anak taruna mak dara sorang ni @ http://qarlyazz.blogspot.my/ ye.. Tenkiuuuu guys...
 

 
 
 

Monday, January 4, 2016

Riaksi Anak VS IBU - Isu Sekolah Bakal Bermula Hari Ini


Hahahahaha just kidding lo.. Setelah lama bercuti.. Hari ini anak anak telahpun memulakan sesi persekolahan mereka.. Dah tak boleh tidur lambat lambat lagi.. Tak boleh nak suruh ibu bapa bawak ke sana ke sini ke sinun lagi.. Tak boleh lagi nak mengadap games je memanjang.. Sekarang kena fokus kembali kepada pelajaran.. Selamat memulakan sesi persekolahan buat semua pelajar pelajar ya ! Belajar rajin rajin ok!!!

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK