Friday, December 30, 2016

PROJEK 2017 #BLOGRETIS

PROJEK 2017 BLOGRETIS 


Assalam duhai teman.. Ada tak dengar kecoh kecoh tentang PROJEK 2017 #BLOGRETIS anjuran blogger terlebih pemes BRO FRAMESTONE ? Haaa mestilah anda tahu kannnn.. Pada yang dah tahu tu cepat cepat join projek Bro ni.. Takut nanti dia tutup penyertaan hehe.. Dan bagi yang tak tahu benda alah apa la PROJEK 2017 dan apa kecoh tentang hashtag #blogretis.. Meh Mak Dara nak habaq kat hangpa semua..

APAKAH PROJEK 2017 #BLOGRETIS 

PROJEK 2017 #BLOGRETIS anjuran blogger Bro Framestone adalah sebuah projek untuk melahirkan dan mengumpulkan kalangan VLOGER VLOGGER baru dan lama di dalam satu komuniti yang ditubuhkan oleh Bro di bawah Projek 2017 beliau.. Dan dimeriahkan lagi dengan hashtag #blogretis maka mudahlah untuk search segala kegiatan para peserta yang menyertai projek 2017 ini.. Tekan link hashtag je dah boleh tengok semua vlog terbaru para peserta.. Kan senang tu..

APA KATA BRO FRAMESTONE TENTANG PROJEK 2017 #BLOGRETIS 

Kata Bro Framestone..  #Projek2017 terbahagi kepada beberapa fasa. Untuk permulaan ini, Bro tengah mencari mereka yang berani untuk bercakap di depan kamera. Kata Bro lagi "Market sekarang ini, sanggup spend lebih duit untuk kandungan dalam bentuk video berbanding dalam bentuk bertulis. Ahhhh rasanya lagi mudah kalau Mak Dara biaq Bro sendiri yang terangkan dengan lebih jelas dan seclear clearnya pada korang.. Sila layan video dibawah..


Haaa amacam dah faham ke apa PROJEK 2017 #BLOGRETIS tu ?? Jadi bagi menyahut cabaran Bro maka Mak dara pun tak lepaskan peluang dan menjoinkan diri dengan memenuhi syarat pertama iaitu membuat live fb video selama lebih seminit.. Maka taraaa inilah video pertama Mak untuk PROJEK 2017 #BLOGRETIS 


Dan alhamdullilah penyertaan Mak Dara itu diterima.. Jadi pada teman tean blogger yang lain.. Apa tunggu lagi.. Moh le kita memeriahkan PROJEK 2017 #BLOGRETIS .. Yang nak join nanti boleh PM ikat tepi Bro di FB nya @ https://www.facebook.com/framestone ok.. Selamat berjaya untuk semua.. Dan untuk Bro.. Semoga kita dapat bekerja sama dan sama sama menaikkan industri BLOG dan VLOG insyaallah..


Thursday, December 15, 2016

Pelan Baharu Digi Pascabayar™

Assalam duhai teman Berita baik ! Berita Baik! Kini Digi telah tampil dengan 
Pelan Baharu Digi Pascabayar™


Digi telah melancarkan Pelan Baharu Digi Pascabayar™ yang menjanjikan lebih kuota internet kepada para pelanggannya. Dan yang lebih hebat apabila lebihan kuota iinternet yang tidak digunakan boleh dibawa dan diguna pakai ke bulan seterusnya!!! Haaa dalam sittuasi ekonomi kita sekarang ni memang kita harus lah mengamalkan sikap berjimat cermat dan dengan adanya plan seperti ini kita dapat dijauhkan dari sebarang pembaziran.

Pelan pascabayar Digi Postpaid 110 memberikan pengguna 25GB data hari biasa, panggilan tanpa had dan kini datang bersama data 4G tanpa had di hujung minggu. Sebelum ini, ia hanya memberikan 20GB hari biasa, 20GB data 4G hujung minggu dan panggilan tanpa had. Tetapi ia masih kekal dengan data boleh bawa ke depan sehingga 3GB, serta 1,000 SMS untuk digunakan setiap bulan. Fuhhh panggilan tanpa had dan 1000 sms sebulan.. Bolehlah kita bergayut dan bersms sampai lebammmmm!!!

Pelaan baru yang dipanggil "Digi Postpaid" bertujuan untuk menambah lebih nilai kepada pelanggan yang semakin hari semakin "sesak nafas" tanpa adanya internet hehe


Hanya dengan RM110 sebulan para pelanggan dapat menikmati kuota internet sebanyak 25GB sepanjang hari. Bukan itu sahaja para pelanggan juga bakal menerima penggunaan data tiada had 4G pada setiap hujung minggu, penggunaan panggilan tanpa had untuk semua rangkaian dan juga bakal menikmati rollover sebanyak 3GB

Dan bukan itu sahaja!!!! Dengan Pelan Baharu Digi Pascabayar inii para pelanggan menerima 2 aplikasi secara percuma. Aplikasi tersebut ialah CAPTURE 100GB dan juga aplikasi iflik selama 60 hari.

                    

Dan boleh dikatakan tiap kali hujung minggu Mak Dara akan menggunakan data tiada had 4G dengan menonton drama drama dan filem filem yang terdapat beribu ribu di iflix tanpa sebarang gangguan !! Fuhhhhh laju benor menonton iflix dengan data 4G tanpa had ni!!!! Macam macam filem dapat mak layari ! Ohhh nikmatnya... Bukan itu saja.. Dengan adanya data tiada had 4G pada setiap hujung minggu juga amat amat membantu Mak Dara dengan kegilaan Mak Dara ber LIVE di FACEBOOK... Maka mak dapat ber"LIVE" fb di mana sahaja tanpa risau jika tak cukup data hehe..

Dengan Pelan Baharu Digi Pascabayar yang juga menawarkan Roaming sebanyak 5GB + 60 min Perayauan ke 5 buah negara iaitu di Singapura , Thailand , Myanmar , Indonesia dan Brunei . 

Yup pada holiday mak dara dua minggu yang lalu ke Bukittingi Padang Indonesia bersama anak anak Mak.. Perayauan ini amat amat amat berguna!!!!!! Mak dapat berhubung bersama keluarga tercinta di KL dan tidak ketinggalan juga mak dara dapat melakukan beberapa kerja dari sana . Fuhhh Perayauan dari Digi ini memang banyak menyelamatkan Mak Dara jadi mak dara dapat siapkan beberapa kerja Mak Dara walaupun Mak Dara dalam percutian bersama keluarga..



Banyakkkkkk kuota 5GB dan ditambah lagi dengan 60 minit, memang setiap masa Mak Dara di sana asyik mengupdate segala aktiviti percutian Mak dara dan keluarga di social media ..

Dengan segala kelebihan yang ditawarkan oleh Digi dengan Pelan Baharu Digi Pascabayar takkan korang nak tengok saja dan biarkan tawaran hebat ini berlalu pergi begitu saja kannnn?? Jadi apa tunggu lagi jom la bertukar plan yang sedia ada ke Pelan Baharu Digi Pascabayar . Memang berbaloi baloi!!!

untuk info lanjut http://bit.ly/2g1Iurl
#DigiLetsInspire


Monday, December 5, 2016

KISAH SEORANG BALU

KISAH SEORANG BALU

Salam duhai teman.. Anda.. teman atau ahli keluarga anda ada yang bergelar seorang BALU.. ?" Dan mengalami depresi? Hari ini Mak Dara terpanggil unuk berkongsi KISAH SEORANG BALU.. Kisah kehidupan Mak Dara sendiri yang telah hampir tiga tahun menjadi seorang balu.. 

Tapi bila nak menulis ni agak rumit dan takut tak sampai apa yang nak mak dara nak sampaikan kepada korang.. Jadi.... Mak dengan gigihnya telah merakamkan sebuah video pendek khas untuk anda .. Luangkan sedikit masa untuk menontonnya ya.. Alaaa tak lama patblas jam tujuh belas minit jer.. ehhhh tak laaaa hanya beberappa minit sahaja durasi video ni..


Hmmmm begitulah kisah seorang yang bergelar Balu.. Hidup yang harus dijalani setelah kematian suami bukanlah satu perkara yang mudah.. Terlalu banyak onak dan ranjau harus kami hadapi.. Yang lebih menyedihkan jika bila ada yang memandang serong kepada yang berstatus balu.. Kenapa mereka tidak faham bahawa menjadi seorang balu bukanlah satu pilihan.. Tapi sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah swt kepada "hamba PilihanNya" . 

Mak Dara redha kerana menjadi salah seorang "hamba pilihaNya" ini bermakna Allah swt amat amat sayangkan Mak dan telah menganugerahi ujian ini untuk mak dan anak anak lalui.. Mak percaya bahaya Allah swt tidak pernah kejam pada umatnya.. Pasti ada pelangi yang menanti mak dan anak anak dipenghujung ujian ini Insyaallah..

Jadi kepada semua teman teman Mak Dara yang bergelar balu atau kepada anda yang mempunyai ahli keluarga atau teman yang bergelar balu.. Berilah sokongan dan support yang tiada henti kepada mereka.. Mereka amat amat memerlukan "bahu untuk menangis" pada ketika ini.. Semoga dengan bantuan dan sokongan anda mereka dapat BANGUN dan meneruskan sisa hidup dengan lebih bermakna dan bahagia insyaallah..

Mohon anda share video ini beramai ramai atau share kepada teman atau kenalan anda yang bergelar balu dan yang senasib seperti mak ya.. terima kasih semuaaaa.. Sayang korang ketat ketat muahhh....




Wednesday, November 23, 2016

WORDLESS WEDNESDAY



Kempen Kawalan Pembiakan Di Dom's Pet & Care Veterinary Klinik

Kempen Kawalan Pembiakan Di Dom's Pet & Care Veterinary Klinik 


Haiwan peliharaan.. Baik kucing , burung , kura kura atau apa sahaja kini lebih dianggap sebagai ahli keluarga pada sesetengah keluarga. Perhatian kepada binatang peliharaan kini lebih terjaga dan diutamakan. Kalau pet anda sakit terasa seperti ahli keluarga anda sakit.. Maka pastinya anda akan cepat cepat nak cari klinik untuk mendapatkan rawatan bagi pet anda bukan? Tapi klinik mana yang bagus? Haaa itu persoalannya kan...

Ada yg tengah ushar mengusar nak cari klinik haiwan yg bukak sampai MALAM dan dibuka pada HARI AHAD?? Atau tau ada member member yang tengah usha nak bawa haiwan diorng pegi klinik tapi tak tau nak bawak dekat mane area USJ Subang Jaya ?  Tapi, sebelum tu..baca dulu
-----------------------------

APA YG BEST SGT DKT DOM'S PET & CARE NI?
-----------------------------

Uolls tau tak mereka buka sehingga pkl 8.30pm dan HARI AHAD? Jadi uolls tak payah dah nak terkejar2 balik dr ofis sbb takut klinik haiwan tutup,so bolehlh rileks skit


Diorang ada buat service HOUSECALL maknanya if uolls ada byk sgt kucing dkt rumah lps tu ssh nak tangkap utk bwk jumpa vet atau ssh nk bwk carrier byk2 sorng2, tak pun utk owner anjing of anjing besar sgt tak dpt nk msk kereta then call je klinik booking. We olls bole dtg rumah uolls utk rawatan ke vaksin

Bukan takat tu ja.Mereka nie mcm ONE STOP CENTRE utk si comel anda sbb selain klinik ada jg servis petshop mcm grooming,boarding dgn pet taxi


Utk boarding plak,kesihatan si comel akan dipantau oleh vet mereka yg mmg frendly terlajak dgn si bulus nie semua

APA LAGI YG BEST??
Servis housecall dgn pet taxi kami cover seluruh Lembah Klang bukan setakat area Subang Jaya je

Bagi pemilik yg bwk binatang lebih dari 2 EKOR utk VAKSIN,layak dapat REBATE RM10 utk kucing ke 3 dan seterusnya *tertakluk pd terma & syarat
Jgnlh risau sbb diorang merawat semua jenis haiwan selain kucing. So apa tunggu lagi?? Artis pn dah hntr kucing diorng dkt sini, ??


Mark Adam pun hantar petnya di sini

Ery Putra pun hantar petnya di sini



PROMOSI PROMOSI...

Kadang-kadang mereka ni ada buat promosi harga kasih sayang mcm:
1. Promo vaksin
2. Promo neutered sempena Kempen Kesedaran Pemandulan kpd haiwan kesayangan
3. Promo Pakej Geng Bas Sekolah

So kena pastikan uolls aware dkt iklan-iklan promo yg akan mereka up di page FB mereka @ Dom's Pet & Care Veterinary Clinic utk grab harga promosi nie

Dan promo terbaru untuk bulan mac ini ialah 

PROMOSI Kempen kawalan pembiakan 
dengan harga kasih sayang

Antara terma & syarat:
1. Memiliki rekod vaksin yg sah & telah divaksin sekurang-kurangnya SEKALI
2. Tubuh badan yg sihat & memiliki berat bdn tidak kurang dr 2kg

PART PALING PENTING!!
Sila booking slot pemandulan nie bg mendapatkn tarikh yg anda kehendaki..Slot pemandulan adalah terhad pd setiap hari

Promosi sampai 18/3

Sebarang pertanyaan atau nk booking slot boleh call 
 03-80259016
šŸ“± 016-6114647



Since promosi sampai 18/3 je, kot la ada readers Mak Dara yang nak book slot tapi tak sempat, takpa, call or whatsapp no yg ada tu, letakkankeyword mak dara, Insya Allah masih bole booking date walaupunpun date promo dah habis... Haaaaa terbaekkkk kannnn...

Jadi silalah dtg ke:
9-1,Jln USJ 21/7,47640 Subang Jaya (bersebelahan MAIN PLACE)

Masa operasi:
10.30am - 8.30pm (Selasa - Jumaat)
10.30am - 5.30pm (Sabtu)
10.30am - 3.30pm (Ahad)
No. Tel:
03-8025 9016

Atau ke FB PAGE DIORANG at Dom's Pet & Care Veterinary Clinic boleh pm tepi.. Diorang memang aktif reply mereply mesej ni.. Meh Mak share peta kat korang yang takmo guna waze hehehe..


COME | HEAL | STAY

Psssttt... Jangan lupo sobut namo Mak Dara boleh dapat diskaun ker .. Itu kena tanya tuan ampunya klinik k.. 

Tuesday, November 22, 2016

Anda Tahu Anda Gemuk Bila..

Anda Tahu Anda Gemuk Bila

Gemuk ke kurus.. kurus ke gemuk? Anda Tahu Anda Gemuk Bila...

.... Bila anda bandingkan gambar anda dahulu dan sekarang.. Jika dahulu gambar anda nampak selim melim dan bila bandingkan gambar sekarang dan anda tak ubah kelihatan dan sebesar peti ais dua pintu.. Maka terimalah hakikat bahawa anda GEMMOOOKKKKKKK! hahahaha

Entry meroyan ini tercipta apabila Mak Dara tak dapat sarungkan beberapa seluar jeans mak pagi tadii.. terus meroyan mak dibuatnya hahaha.. korang layankan ajelah meroyan mak ni yer hahahahaha





Monday, November 21, 2016

BELLA MENCARI CINTA

BELLA MENCARI CINTA

Siapa Bella.. Kenapa dia harus mencari CINTA? Haaa semua itu akan terjawab di dalam drama yang bertajuk BELLA MENCARI CINTA ..



Drama BELLA MENCARI CINTA ni adalah hasil nukilan skrip oleh adik Mak Dara Adza Emie.. Yaa selain Mak Dara yang memilih kerjaya sebagai seorang penulis skrip .. Adik bongsuu mak juga telah terjebak dalam kerjaya yang memenatkan otak ini haha.. Dia telah mula berjinak dalam dunia penulisan lebih dari sepuluh tahun dan drama Bella mencari cinta ini mungkin dramanya yang ke berapa puluh entah..

Ok Moh le Mak Dara nak khaborkan sikittttt jer tentang drama ni..

JUDUL : BELLA MENCARI CINTA
TARIKH / MASA : Isnin, 21 November 2016, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : M Nazir Juhan
TERBITAN : ZK Creative Production Sdn Bhd 
SKRIP : ADZA EMIE ADENAN
PELAKON : Aeril Zafrel, Elvina Mohamad, Chacha Maembong, Nadzmi Adhwa, Fazlina Ahmad Daud, Ika Nabila

Sinopsis ringkas Bella Mencari CInta

Mengisah kan tentang seorang gadis bernama Bella, seumur hidupnya tidak pernah didekati oleh mana-mana lelaki. Hinggalah suatu petang, Bella terkena panahan kilat dan dia mendapati dirinya seperti 'guy magnet'. Bella disukai oleh semua lelaki yang dijumpainya.

Memaang lain dari yang lain drama hasil nukilan adik mak dara ni.. Jadi jangan lupa untuk menonton drama BELLA MENCARI CINTA dan jangan lupa hashtag #bellamencaricinta . SELAMAT MENONTON..!!!! 

RENEW PASSPORT JANGAN PANDANG REMEH

RENEW PASSPORT 

RENEW PASSPORT.. Dalam kepala just bawa passport lama.. IC.. gi ke Imigresen the renew la passport... Semudah ABC bukan...


Oh rupanyaaaaaaaaaa sangkaan ku SALAH belaka.... Rupa rupanya untuk kanak kanak yang berumur di bwah 18 tahun ada "keperluan tambahan" untuk para pemohoon bawah umur..

Keperluan Tambahan:

1. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.

2. Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, pasport tersebut tidak akan diserahkan.

Hmmmm dek kerana Mak Dara tak membawa sijil lahir maka terpaksalah..mak membawa tiga orang anak dara mak tu ambil nombor baru dan beratur laaaa buat surat beranak baru utk diorang semua.. Lebih dari setengah jam berlalu Sijil kelahiran pun siap.. then ambik nombor lagi untuk renew passport .. Tiba di kaunter pegawai imigresen tu minta ic suami pula.. Mak cakap suami saya meninggal ..Pegawai tu minta surat kematian pulaaaaa.. Tak tertulis pun kat mana mana bahawa kena bawak surat kematian.. jadi memang la Mak tak bawa.. Apa lagi terpaksa lah mak ke kaunter lagi dan ambil nombor dan borang untuk idi isi.. Setengah jam berlalu maka sijil kematian untuk arwah suami Mak Dara pun siaplah.....

Maka Mak terus kembali ke kaunter pegawai Imigeresen yang sebelum ni .. Tiba di sana Mak Dara serahkan SEMUA BORANG , SIJIL KELAHIRAN, PASSPORT LAMA, SIJIL KEMATIAN DAN MYKIDS . Mak tengok pegawai tu ushar je mykids anak Mak Dara yang baru je genap umur 12 tahun tu.. Dalam kepala otak mak.. Ahhh sudahhh apa lagi dia nak minta ni.. Dan terbukti sangkaan mak benar.. DIa kata dia tak boleh terima mykids anak mak kerana bila dah berumur 12 tahun harus ada IC.. Mak pun cakap Mak dah buat IC tapi belum siap.. Maka dia kata pergi ke kaunter dan buat IC SEMENTARA .. Pada saat itu.. kegeraman Mak hampir mencecah tahap mahu menguli uli buat cekodok.. Tapi mak senyumkan saja sebab mak tahu pegawai hanya ikut procedur dan mak yang salah.. Maka apa lagi... Pergi ke kaunter ambil nombor untuk kesekian kali dan mohon untuk IC SEMENTARA..

Dalam kurang lebih 20 min.. Pegawai panggil nama anak Mak itu. Ingatkan dapatlah IC sementara tu.. TAPIIIIII... pegawai pendaftaran cakap tak blh keluarkan kad pengenalan sementara.. Kalau nak juga kene tunggu dalam pukul 4:45ptg untuk dapatkan IC sementara itu ... Apa lagi nak tak nak harus la mak dan kkeempat empat anak Mak Darra melanguttttt lagi kat sini tunggu IC sementara siap.. Lebih dari setengah jam menunggu IC SEMENTARA pun siap.. Lepas tu apa lagi pergilah Mak dan anak anak semua beraturrrrr lagi untuk renew passport untuk kesekian kalinyaaaaa... Tunggu lagi hampir sejam kemudian nombor kami dipanggil.. Maka proses renew baru dapat dimulakan..

Adza Danina

Adza Kasih

Adza Isabella

Setelah habis semua proses.. Kami harus tunggu untuk passsport siap.. Dan hampir sejam kemudian maka siaplah passport anak anak mak itu..


Untuk Mak Dara renew passport bagi anak anak Mak Dara mengambil masa selama 5 Jam!!!!! Peringatan untuk semua yang nak renew passport terutama untuk renew passport kanak kanak bawah 18 tahun.. Kau hangkut laaaaa semua dokumen satu lemari supaya tak perlu kehulu ke hiliaq dan beratur berjam jam di multiple counter.. I took all the blame to myself and not on others.. Satu pengajaran yg sungguh memenatkannnnnnnnnšŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­

Pemohon bawah 
18 tahun .


Jenis Pemohonan

                                  Syarat-Syarat
Lahir di Malaysia
1.       MyKad / MyKid pemohon
2.       Sijil lahir pemohon
3.       MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
Lahir luar negara
1.       MyKad / MyKid pemohon
2.       Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW )
3.       Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia.
4.       MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia.
1.       i.MyKad /Mykid pemohon dan Sijil Lahir
2.       ii.Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW)
3.       iii.MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
4.       iv.Pemegang MyKad mesti bertanda 'H' bagi Sabah dan 'K' bagi Sarawak.
5.       v.Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir .
Catatan 1: Mykad/Mykid   tanpa tanda 'H' /’K’ perlu     diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN).
Catatan 2 :.Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak .Kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja.

Jadi ambillah kisah Mak Dara sebagai pengajaran dan lebih bersedia untuk berurusan dengan mana mana pihak supaya tidak menderita seperti mak dan anak anak mak.. Jadi JANGAN sesekali ambil remeh bila anda mahu RENEW PASSPORT



Friday, November 18, 2016

AKU BALU

AKU BALU

BALU.. walaupun hanya satu perkataan namun ia memberi seribu satu makna yang amat mendalam dan memilukan..

Entah kenapa tiba tiba pagi ni teringat kembali kisah lama saya.. Ketika saya sedang berduka atas kehilangan suami semua berbisik dan memberi semangat utk saya move on.. move forward.. fikirkan anak anak.. fikirkan masa depan.. Yelah tak pernah terfikir bahawa saya akan menjadi balu dan seorang ibu tunggal kepada empat org cahayamata di usia 37.. Bila saya mulai perlahan lahan mengikut nasihat mereka untuk move on.. move forward.. tiba tiba ada saudara yg paling terdekat dengan saya mulai merasa yang saya terlalu cepat "MOVE FORWARD" terlalu cepat "meneruskan kehidupan" . Kisah saya dijaja keseluruh ahli keluarga yang lain hinggakan keluarga yg bermastautin di luar negara juga telah mengetahui ttg hal saya.. Saya dicemuh dan difitnah bukan hanya di kalangan keluarga namun turut disinis di dalam blognya.. Saya dikatakan FAKE.. berlakon sedih atas kehilangan suami dan bermacam lagi. FB dan whatsapp semua telah di BLOCK beliau..



Bertapa "BERDOSANYA" saya pada pandangannya kerana telah meneruskan sisa kehidupan saya.. Adakah terdapat waktu yang ditetapkan untuk seseorang BALU untuk MOVE FORWARD.. Cepat atau lambatnya kita melakukan waima apa sekalipun bukanlah ditangan kita tapi telah ditentukan oleh Allah swt. Tidakkah dia tahu bahawa tidak ada satupun daun yang gugur kecuali atas izin-Nya .. Apakah dia mahu melihat aku terus berduka seumur hidup..

Mereka melihat aku ketawa.. melihat lihat aku gembira.. Tapi tahukah mereka apa tersirat disebalik ketawaku.. disebalik kegembiraanku.. Tidakkah mereka tahu sakit yang aku tanggung Tahukah mereka setiap hari aku merindu.. CInta yang akan ku gengam sehingga hujung nyawa walaupun aku telah meneruskan kehidupan ku ini..

Dan selama hampir tiga tahun aku tidak pernah meluahkan perasaan yang terpendam ini.. Namun hari ini aku terpanggil untuk berkongsi dengan anda yang "senasib denganku" para BALU sekalian.. Jika ini berlaku kepada anda... Jangan berkecil hati.. jangan tersinggung.. jangan putus asa... "MEREKA" tidak berada di tempat kita.. "MEREKA tidak rasa apa yang kita rasa.. Tiada antara kita yang mahu kehilangan suami.. Tiada antara kita yang mahu hidup sendirian.. Biarkan mereka dengan pendapat mereka.. Biarkan mereka terus berkata kata.. Doakan semoga mereka tidak menerima nasib seperti kita.. Doakan mereka kekal bahagia selamanya.. Yang penting adalah diri kita dan anak anak kita.. Percayalah kita insan terpilih.. Percayalah apa jua yang ditakdirkan kepada kita adalah satu NIKMAT.. Dan jika kita benar REDHA tunggu sahaja pelangi yang akan diturunkan khas untuk kita .. KITA INSAN TERPILIH...


Wednesday, November 16, 2016

KEPUTUSAN UPSR 2016 MAK VS ANAK

UPSR .. UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH.. UPSR 2016 .. RESULT UPSR 2016.. 


Haishhh itu sajalah yang asyik berlegar dalam kepala Mak dara sejak dua tiga hari ni.. Adoiiii macam Mak Dara pulak yang ambik UPSR kekdahnya.. Namun sebenarnya yang telah menduduki ujian UPSR adalah anak ketiga Mak Dara iaitu Adza Kasih..

Mak Dara dan Adza Kasih

Ya besok 17hb November adalah tarikh yang amat mengerikan pada pelajar dan ibubapa kepada pelajar yang menduduki UPSR.. Dan Mak Dara antara ribuan ibubapa yang nervous tak hengatttt menjelang keluarnya result upsr esok.. Tapi yang geramnya.. Mak nengok anak mak si Adza Kasih relaxxxxxx jer.. Macam takde apa apa.. Ehhhhh... Dia yang UPSR aku pulak yang panasssss... Bila ditanya kenapa relax sangat result nak keluar esok.. Dia selamba jer cakap.. Kasih dah buat habis baik dah.. Tunggu jer la esok. Mak aiiii dari cara jawab tu macam dah konfiden boleh dapat lima A .. Adoiii la anak.. Kalau zaman mama dulu semua kami yangambik exam akan nervous tahap dewa.. Nak tau kenapa sebab kami akan diugut oleh mak mak dan bapak bapak sekalian alam kalau tak lulus exam mak akan kahwinkan kami .. Hampir 99% dari semua yang diugut pasti akan kecut perut menunggu result UPSR.. Namun ada jugak yang 1% suka bila diugut begitu kekeke..

Walau apa apapun Mak Dara doakan agar semua para pelajar yang menduduki UPSR termasuklah anak Mak Dara Adza Kasih semoga tabah dan redha dengan apa sahaja keputusan yang bakal diterima esok.. Selamat berjaya anak anak.. Dan selamat bertenang buat ibubapa sekalian ya...



THE ZISTERS

THE ZISTERS ... Pernah dengar tentang THE ZISTERS tak? THE ZISTERS adalah sebuah gabungan antara tiga orang wanita yang berstatus "single fabulous" yang bekerjasama dalam membina sebuah BLOG dan VBLOG khas untuk memberi inspirasi dan memberi semangat kepada para wanita dan juga lelaki yang berstatus "SINGLE"

dari kiri Zay , Irda dan Siti

THE ZISTERS terdiri daripada Zay 30anIrda 40an(Mak Dara) dan Siti 50an.. Maka dalam setiap blog post ataupun video VLOG kami akan memberi input kepada penonton dari kacamata 3 generasi yang berbeza.. Kami bertiga akan berkongsi pengalaman kami selama bergelar "single" dan sedikit segmen motivasi buat mereka yang mengalami nasib yang serupa seperti kami.. 

Namun bila dah Mak Dara pun dah join dalam THE ZISTERS ni maka keMEROYANan dan kePOYOan haruslah menular kepada dua lagi sahabat baik Mak Dara ini.. Maka dalam VLOG kami itu juga akan diselitkan beberapa adengan lucu , bloopers dan banyak lagi supaya VLOG kami lebih ceria dan lebih santai.. Takde la korang semua akan bosan macam nonton video korperat kekdahnya kannnn hehehe

Tujuan THE ZISTERS dalam berblog mahupun berVlog tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjadi platform dan tempat untuk berkongsi kisah suka duka kehidupan kami dan semoga segala yang kami telah atau bakal kongsikan nanti dapat memberi manfaat kepada mereka yang senasib seperti kami..

Jom layari blog kami @ http://zisters.my/ dan Blog kami @ THE ZISTERS VLOG. Sokongan anda amat bermakna untuk kami .. 




Saturday, November 12, 2016

ZISTERS HOW TO BE SINGLE AGAIN | BERSAMA ZEETA

Salam duhai teman.. Sejak kebelakangan Mak Dara terlibat bersama dua orang lagi teman Mak Dara iaitu  Zay dan kak Siti  untuk mengadakan sebuah VLOG di youtube Channel kami .. Kami telah bertemu dengan ramai teman teman lama dan tidak kurang juga kenalan baru.. Namun antara kenalan yang paling melekat di hati kami bertiga ialah hubungan ukhwah dan kasih sayang dari Puan Zaiti Noordin iaitu pengasas produk  Magis Aura Mawar kepada kami..

Alhamdullilah Puan Zaiti bukan sahaja menjadi sahabat kepada ZISTERS  namun telah juga berbesar dan bermurah hati untuk menaja Majlis Hi Tea bersama ZISTERS baru baru ini..

Dengan itu kami juga dengan berbesar hati mengadakan temuramah kami bersama beliau. Dan kami bernasib baik kerana Puan Zaiti sudi untuk menyertai rancangan VLOG kami iaitu  HOW TO BE SINGLE AGAIN dan sekali gus menjadi ikon jemputan pertama di dalam episod kami yang pertama.. Ok mari mak dara kongsikan video Puan Zaiti ketika sedang ditemuramah oleh krew kami itu..


Ucapan terima kasih ini tidak ada penghujung atas kedalaman penghargaan yang kami rasakan dalam hati kami. Semoga Allah membalas kebaikan kalian setiap satunya dengan rezeki yang berlimpah, kebahagiaan yang sebenar dan kesihatan yang berpanjangan.Jutaan terima kasih pada Puan Zaiti Noordin kerana sudi bersama sama ZISTERS .. Dan bersama kita menuju kejayaan In Syaallah

Nantikan kemunculan ZISTERS bersama VLOG dari kami di Youtube Channel .. YOUTUBE ZISTERS . Mari sama sama menonton VLOG dari kami mengenai pengalaman dan kisah hidup setelah single kembali.. Plaese subscribe and follow our social media for new update





THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK