Friday, April 29, 2016

Menang Percutian ke Auckland New Zealand Dari Amna Home

As salam duhai teman.. Rasanya acara SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2016 telah berminggu berlalu.. Namun demam kemeriahan semua blogger yang menyertai SBB masih belum kebah nampaknya. Masih ramai blogger membuat entry entry mengenai SBB di blog blog mereka.. Sebenarnya banyak kenangan manis yang berlaku pada Mak Dara yang belum sempat Mak Dara kongsikan bersama anda .. Mak Dara hanya sempat berkongsi kisah THROWBACK SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2013,2014, 2015,2016!!! entry ini mengenai kenangan Mak Dara selama menghadiri SBB dari tahun 2013 hingga tahun 2016. 

Dalam entry ini Mak Dara nak kongsikan kegembiraan  Mak apabila Mak telah memenangi tempat ke 2 dalam contest Amna Home di SSB2016. Hadiah yang Mak Dara menangi merupakan penginapan 4 hari 3 malam ke Auckland New Zealand untuk dua orang!!!! 

Yeayyyy Mak Dara menang!!!!! hehehe




Alhamdullilah syukur kehadrat Allah swt atas kemenangan ini. Rasa macam bermimpi saja kekdahnya hehe.. Tapi pasti anda tertanya tanya.. Apa yang mak dara buat sehingga membolehkan Mak dara memenangi hadiah percutian hebat ini? Mak Dara menang cabutan bertuah kah seperti yang selalu Mak Dara menang hampir setiap tahun di majlis SBB hehe.. Tapi sebenarnya Mak Dara menyertai kontes oleh AMNA HOME yang memerlukan peserta membuat video pendek berdurasi 15 saat . Dan video pendek yang kreatif akan dipilih sebagai pemenang... Jadi korang nak tengok tak video meroyan Mak Dara? Diharap anda jangan muntah pink apabila menonton nanti ya hahaha...

A video posted by Adza Irdawati @ Mrs M (@adzairdawati) on


Haaaaa ok amacam dah berapa kali anda ke bilik air untuk muntah setelah menonton video meroyan Mak Dara ini.. Hahahaha... Setelah melihat video ini anda rasa layakkah mak dara menang? Boleh la kot ek.. 

Mak Dara nak ucapkan terima kasih pada anak saya Adza Haiqal kerana bertungkus lumus bersama sama Mak menyiapkan tiga video pendek untuk contest ni dalam masa kurang dari dua jam.. Memang kalut sekalit kalutttttnya.. Dan dengan itu mak akan bawa Haiqal ke New Zealand nanti ya..

Mak Dara dan Anak Teruna Mak Adza Haiqal di SBB2016

Now nak kena kerja kerassssss sebab nak kena beli tiket pergi balik sebab percutian ini tidak bersama tiket penerbangan hahaha.. Jangan nak ngengada nak minta tiket pulak kan.. Dah kasi betis nak peha kata orang tua tua.. Insyaallah akan cuba usahan pembelian tiket pada bulan september nanti insyaallah..

Terima kasih kepada AMNA HOME kerana telah memberikan hadiah yang sungguh hebat ini.. Dan jutaan terima kasih buat Tuan Denai Hati dan team SBB yang menjayakan acara yg sungguh berprestij ni saban tahun.. Dah masuk tahun ketiga Mak menang hadiah best best dari sbb sebelum ni menang dua IPad dari dua tahun sbb dan tahun ni menang percutian pula.. Syukur alhamdullilah.. Im so blessed.. 

Pada yang sedang mencari homestay di luar negara tak perlu tercari cari lagi.. Terus sahaja ke AMNA HOME untuk pakej pakej penginapan idaman anda .. 



Thursday, April 28, 2016

Selamat Hari Lahir Tuan Denaihati

ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN TUAN DENAIHATI
ALLAH SELAMATKAN KAMU...


Mak Dara ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Tuan Haji Amir aka Tuan Denaihati.. 


Sebenarnya ulang tahun Tuan Haji Amir adalah pada semalam 27hb April tapi dek kerana Mak Dara agak sibuk untuk menyiapkan sebuah sinopsis untuk skrip drama terbaru Mak Dara jadi hari ini barulah sempat untuk membuat ucapan.. 

Tuan Amir dan blognya yang hebat iaitu blog Denaihati telah banyak membantu Mak Dara dalam dunia blog.. Banyak sokongan yang diberikan kepada mak dara dan blog meroyan ini.. Dan hampir setiap tahun Mak Dara pasti akan memeriahkan acara tahunan anjuran Tuan Amir iaitu Sepetang Bersama Blogger dan hampir setiap tahun itu juga Mak Dara berjaya memenangi dan membawa pulang hadiah hadiah yang sungguh hebat dari majlis SBB ini.. Ucapan terima kasih tidak terhingga pada Tuan Amir . 

Semoga Tuan Haji Amir dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat. In Syaa Allah.. Aamin



Tuesday, April 26, 2016

Bila Anak Hingusan Menjadi Anak Teruna

Rasanya seperti baru semalam mak dara melahirkan anak sulung mak dara .. menyusukannya.. membesarkannya.. masih lagi bayi dan masih berhingus.. Dan tup tup aje dari anak hingusaan itu anak kesayangan mak Adza Haiqal telah bertukar menjadi seorang anak teruna.. Apa ciri ciri yang membuatkan anak mak ni dah menjadi anak teruna.. Well pertama sekali opkoslah kalau dia berhingus dia dah boleh lap sendiri muahahaha.. tak lah.. Mak menyedari hal ini beberapa hari yang lalu apabila menghantar Haiqal untuk menjalani sesi temuduga untuk menyambung pelajarannya dalam bidang perfileman di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (Fita) @ Universiti Teknologi Mara (UiTM).. Fuhhhhhh kejaaaaap saja masa berlalu dan kini Haiqal bakal melanjutkan pelajarannya ke pringkat Universiti.. Insyaallah itu pun jika dia berjaya dalam temuduga itu dimana jawapannya hanya akan diketahui tidak lama lagi huhu.. 

Adza Haiqal dari anak hingusan

Aloloooooo rindunyaaaa saat saat dia masih lagi baby.. Pegi mana mana mesti nak pegang tangan kita.. Dah sejak dah teruna dan bujang ni kalau jalan nak pimpin tangan mak pun dah segan segan huk huk huk.. 

Dari anak hingusan ke anak Teruna.. Tak mengejutkan bila tup tup tiba tiba aje tak lama lagi anak mak dara ni akan berumahtanga dan lepas tu akan jadi ayah.. Ooohhhhh janganlah cepat sangat membesar wahai anakku.. terasa diriku sungguh kertu kini muahahaha

kini telah menjadi anak teruna.. 

Adza Haiqal sebelum memasuki bilik interview di UITM Puncak Perdana

beratur bersama calon calon yang bakal diinterview

lebih 200 calon yang datang untuk interview

Anak mak dara relax aje.. Tapi Mak pulak yang nebes ;p

Selesai interview

Hampir 200 lebih calon datang untuk sesi interview namun dengar khabarnya pihak UITM Fakulti Filem, Teater dan Animasi (Fita) hanya memperuntukkan hanya untuk 60 sahaja calon untuk intake tahun ini.. Apa apapun Mak Dara hanya mampu tawakal dan berdoa agar anak mak berjaya dan menjadi antara 60 calon pelajar itu Insyaallah...

Mak Dara dan anak terunaku ku Adza Haiqal

Namun apa pun yang terjadi.. baby ke, bujang ke, teruna ke, laki oraang ke , ayah orang ke.. Kau tetap anak manja mama sampai bila bilaaaaaaaa.. Sayang hingga ke janah.. Insyaallah

Monday, April 25, 2016

De'Xandra Perfume Mesra Solat

Assalam duhai teman... Pernah dengar tentang minyak wangi jenama De'Xandra Perfume? Ada yang pernah dengar.. Ada yang tak pernah dengar langsung.. Hehe takpa bagi yang pernah dengar mungkin nak tahu info lebh lanjut mengenai perfume De'Xandra ni bagi yang tak tahu apa apa langsung tentang perfume ni meh mak nak khaborkan pada kome semue.. 

DE'XANDA PERFUME ni kalau kome nak tahu adalah minyak wangi yang tengah KEBABOOM BABOOM trending kat sosial media sekarang.. Ramai orang dah cuba even selebriti juga menggunakan produk ini.. Fenomena Perfume exclusive ini memang Meletup masa kini!! 



Anda gemar membeli minyak wangi berjenama seperti Lancome ke, DKNY ke, Hugo ke, Paco Rabbane ke? Sebotol minyak wangi itu berharga ratusan ringgit!!! Hmmm.. buat apa bayar lebih, DE'XANDRA PERFUME adalah wangian yang di inspirasikan dari PERFUMES JENAMA  ANTARABANGSA . Jadi daripada membayar RM2++ atau RM3++ untuk sebotol wangian berjenama.. anda boleh mendapatkan sebotol DE'XANDA PERFUME setanding dengan bau original dengan harga jauh lebih MURAHHHHHHH!!

INFO MENGENAI DE'XANDRA PERFUME


➜LEBIH 10 RIBU BOTOL TERJUAL DALAM MASA SEBULAN.
➜DEXANDRA PERFUMES - Di inspirasikan dengan PERFUMES JENAMA
ANTARABANGSA .
Dengan pengalaman jualan perfumes ini, kami hanya membawa masuk perfumes-perfumes yang sangat TERKENAL & LARIS di Malaysia untuk memudahkan pengguna memilih.
➜ Produk keluaran bumiputera & halal.
➜ Memberikan bau yang tahan lama melebihi 8 jam.
➜ Mempunyai banyak pilihan mengikut citarasa/taste anda.
➜ Mudah di bawa ke mana-mana .
➜ Pati Original & Alkohol First Grade .
➜ Setanding Produk Antarabangsa 
➜ Boleh di bawa solat 
➜ Menepati citarasa & permintaan Rakyat Malaysia
➜ Menjadikan anda wangi sepanjang hari dengan lebih 50 pilihan wangian.
➜ Menambahkan keyakinan anda berhadapan dengan orang ramai dengan tampil wangi.
➜ Menjadikan anda berketerampilan lebih baik di tempat kerja
➜ Memberikan anda lebih wangi walau seharian bekerja.
➜ Memudahkan anda membawa wangian kegemaran anda kemana-mana sahaja.
DE'XANDRA ialah Perfume EDP yang TAHAN LEBIH LAMA setanding original.
Ketahanan baunya melebihi 8 jam serta bau yang 100% sama dengan Perfume Original 
Belum cukup setahun De'Xandra dalam pasaran, ia telah dinobatkan sebagai THE BEST INDUSTRY CLASS SECTOR IN FRAGRANCE & LUXURIOUS PERFUMES 

dan yang PALINGGGGGG PENTINGGGGGGGGG!!!! DE'XANDRA PERFUME ini 
MESRA SOLAT!!!!!!!

Haaaa nii part yang paling besttttt!!!!! Kebanyakkan perfume atau minyak wangi yang anda beli yang berharga ratusan ringgit tu kebanyakkannya boleh dipakai ketika solat tak? Pasti banyak jenama minyak wangi berjenama antarabangsa tidak boleh dipakai ketika solat.. 

Tapi DE'XANDRA PERFUME adalah sebuah wangian yang MESRA SOLAT!!!!


Ya.. DE'XANDRA PERFUME adalah wangian yang boleh dibawa solat seperti artikel di atas yang ditulis dari jabatan Agama.  Alkohol yang digunakan selamat dan ia alkohol dari exstrak TEBU . Jadi boleh gunakan De'Xandra Perfume tanpa was was ya..

Ok Mak Dara nak beritahu bahawa anak teruna Mak Dara iaitu Adza Haiqal yang kini sudah tamat periksa SPM nya dan kini sedang bekerja baru mula membuat dropship bagi jenama De'XANDRA PERFUME ni..Dia nak menyahut cabaran "DUA KERJA" hehe.. Sambil dia bekerja dan buat dropship untuk DeXanda dia juga baru saja menjalani sesi temuduga untuk menyambung pengajiannya di UITM.. Jadi sebelum nak sambung belajar tu kenalah kerja kuat sikit ye tak.. Almaklumlah dia sekarang seperti pengganti arwah ayahnya.. Memang kesian juga tiap kali Mak Dara melihat dia pulang kerja dalam keadaan letih lepas tu sibuk pulak promote produk DeXandra untuk tambahan side income.. Jadi mak nak bantu dia dengan promotekan di Blog mak ni.. Harap harap adalah teman teman mak atau pembaca blog meroyan Mak ni sudi untuk membeli darinya hehe.. Ok Mari Mak Dara tunjukkan senarai bauan perfume yang ada ya..

LIST JENAMA BAUAN DE'XANDRA PERFUME




TESTIMONI DARI PELANGGAN DE'XANDRA PERFUME

NABIL DAN ISTERI MENJADI DUTA DE'XANDRA PERFUME

Ok penat dah dengar mak membebel .. Pasti sekarang anda tertanya tanya berapakah harga sebotol DE'XANDRA PERFUME ni kannnn.. Ok drum roll please.... Bukan tiga ratus.. Bukan dua ratus.. Bukan juga seratus... Jadi berapa??? 

1 botol RM65 SM / RM70 SS

Pos SM RM7  SS RM11 


Untuk berkenalan dengan anak Mak.. ehhhhh nooo nooooo.. Anak Mak masih muda dan masih belajar lagi hehehe.. Kalau nak order DeXandra dengan anak mak.. Haaa baru betul ayat ni.. Bolehlah hubungi dia seperti di bawah ya.. 

WHATSAPP 01136661426 (ADZA HAIQAL)





Ok pada sesiapa yang tengah mencari perfume tapi mau seperti yaang ori tapi Muraaaahh..
Bolehlah hubunyi ADZA HAIQAL di no 011 36661426 atau klik saja link di atas ya.. Mari wangi bersama De'Xandra !!!



Sunday, April 24, 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 April 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mei 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Baju Raya Bilakah Masa Sesuai Untuk Menempah

Assalam duhai teman.. Pejam celik pejam celik lebih kurang dua bulan sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan akan mula berpuasa.. Bila bercakap pasal puasa .. Antara isu yang akan bermain di fikiran sudah pastinya apakah juadah untuk bersahur dan berbuka.. Dan antara isu yang femes juga pastinya baju raya!!!!!!


Kini rasanya rata rata kita semua membeli baju raya siap.. Ada yang membelinya di kedai di butik tak kurang juga yang membeli secara online bukan.. Tapi Mak Dara tetap oldfashion dah lebih suka jika dapat menempah baju raya dengan tukang jahit.. Emmm ok lah oklah.. sebab utama mak dara suka menempah pakaian dari tukang jahit adalah kerana keGEBUan Mak Dara yang amat terserlah.. Maka susah nak caari baju raya siap yang sesuai dengan potongan "kerengga" mak dara ni hehehe.. Maka jalan selamat untuk tidak memperlihatkan lemak lemak tepu dan mengelakkan lemak terjojol dan membonjol bonjol apabila mengenakan baju raya maka mak dara selesa untuk menempah..


Ya sekarang bukan mudah untuk mencari tukang jahit.. Kalau ada pun tukang jahit pakaian pengantin.. Makanya upahnya pun mahallll le jugak kan.. Namun alhamdullilah Makcik Ratna iaitu ibu mertua kepada adik Mak Dara adalah seorang tukang jahit maka kami sekeluarga pasti menempah baju raya darinya.. Dan upah yang dikenakan juga amat berpatutan.. Almaklumlah keluarga hehe..

Makcik Ratna

Jadi mak tertanya juga pada Makcik Ratna.. Bilakah masa yang sesuai untuk seseorang itu untuk menempah pakaian raya .. Katanya seelok eloknya dua atau tiga bulan sebelum raya. Ini memberikan mereka ruang dan masaa yang mencukupi untuk menyiapkan tempahan tanpa perlu tergesa gesa.. Kalau kasi dalam sebulan atau kurang dari sebulan maka dikhuatiri jahitan yang dilakukan tidak sebaik dan sekemas seperti yang diharapkan.. Ye lahhh nak cepat maka ketelitian tu kurang le..

MASA YANG DICADANGKAN UNTUK MENEMPAH PAKAIAN RAYA?

2 atau 3 BULAN SEBELUM RAYA!!

Jadi sebaik mendengar aja cadangan Makcik Ratna untuk menempah baju raya 2 atau 3 bulan sebelum raya, maka mak pun cargassss dan terus ke JAKEL bersama adik beradik Mak Dara .. Mauuu rambang mata melihat kain kain yang terdapat di sana.. Bertambah meroyan mak dara dibuatnya haha..

Kain ela di JAKEL KL

hasil tangkapan Mak Dara dan adik adik di Jakel ;p

Kain untuk baju raya Mak Dara tahun ini.. Amacam ok ke?

Fesyen yang ditempah oleh mak
pic oleh encik ggogle

Puas jugak cari fesyen yang sesuai dengan kain lace yang Mak beli. Tapi akhirnya jatuh cinta dengan fesyen di atas.. Harap harap bila dah siap nanti segala lemak lemak tepu mak tak menonjol muahaha... 

Jadi pada teman teman mak dara yang nak menempah baju raya tu.. Sekarang dah bulan April... Bulan puasa insyaallah pada bulan Jun.. Jadi apa tunggu lagi ini lah masa yang amat baik untuk mula menempah.. Selamat menempah pakaian Rayaaaaa....


Saturday, April 23, 2016

Stress Menjadi Anak Kepada Ibu Meroyan

Haaaaa ingat jadi anak kepada seorang ibu yang meroyan senang ke? Terutamanya kalau angin meroyan ibu itu separah Mak Dara muahahaha (gelak jahat ;p ) Walau dimana mereka berada mereka harus berwaspada kerana angin meroyan mak akan datang pada bila bila masa.. masa baru bangun tidur ke.. tengah makan ke.. tengah dibilik kecil ke.. atau pun tengah berwhatsapp.. Ini lah yang baru berlaku pada anak Mak Dara yang kedua iaitu Adza Danina Kirana tatkala Mak Dara keluar untuk meeting semalam.. Yaaaa meeting berlangsung lebih lama dari yang mak jangkakan.. Jadi aatas sikap prihatin terhadap ibunya anak mak pun whatsapp la Mak Dara.. dan ini yang berlaku...


Korang rasa tak berbulu ke anak mak bila dapat jawapan macam ni dari Mak hahahahaha.. Nasib baik lah semua anak anak Mak Dara dah biasa dengan gurauan dan kemeroyanan ibu mereka ini.. Jadi diorang layan kan jer lah..

Sabar ye anak anakku.. Walaupun mama kuat meroyan namun mama sayangkan korang semua hingga ke jannah insyaallah..

Emmm ada yang nak berwhatsapp dengan Mak? ngehngehngeh.. 


Friday, April 22, 2016

MAK DARA KEMBALI MEROYAN !!

Haaaaaaaaaaaaaaaa jaga jaga cik salmah... Dah lama rasanya Mak Dara menyepikan diri.. Kini tidak lagi..!!!! Mak dah keluor dari pertapaan Mak dari batu belah batu bertangkup.!! Letih le nak merajuk pasal sebijik telur tembakul je.. Macam tak pecah keberas je kannn.. Dah le tu bertambah sedih bila takde pula sapa sapa yang datang pujuk mak.. Sampai hati korang ek sob sob sob... Grrrrrr... 

Mak Dara tak kira!!! Mak nak kembali meMEROYANkan hidup kome semua!! Mak nak kembali aktif macam dolu dolu.. Suka ke tak suka ke kena suka jugak.. Haaaaa ngko ganas kan mak sekarang ;p


Haaaaa nampok dok dah keluor headline kat surat khabar dah Mak Dara nak buat COMEBACK!!!!!



Mak Dara dulu memang terlebih aktif dalam dunia berblogging.. Boleh kata sehari sampai ada tiga , empat atau lebih entry yang mak postkan bergantung kepada angin meroyan Mak pada hari itu.. Dan kebanyakkannya mengenai keluarga Mak terutama sekali tentang suami Mak Dara Martias Ali.. Namun sejak suami Mak Dara kembali ke rahmatullah pada 29hb Mei 2014.. Dunia mak menjadi gelap begitu juga dengan kerjaya Mak Dara sebagai seorang penulis skrip drama . Hampir setahun lebiih Mak Dara berhenti dari menulis skrip.. Blog? Langsung tak tersentuh oleh Mak.. Blog mak bersarang dan terkubur bersama cinta hati mak.. 


Mak hentikan segala galanya.. Mak kemudian jatuh sakit.. Dan hampir dua tahun Mak Dara menanggung sakit tak berkesudahan.. Dan satu hari Mak seperti tersedar . Ada "perkara" yang berlaku pada mak yang tak dapat mak terangkan.. semuanya kuasaNYA.. Dari situ mak nekad untuk meneruskan hidup Mak.. Mak harus kuat demi keempat empat anak anak Mak.. Mak harus tabah.. Mak harus REDHA.. dan alhamdullilah.. Kini mak dara kembali aktif menulis skrip dan kini mak nekad untuk aktif menulis kembali di blog kecintaan mak dara ni.. 


Doakan semoga Mak Dara tabah harungi semua dugaan ini ya.. In Sya Allah..

SO R U READY!!!!!

MARI MEROYAN BERSAMA 
MAK DARA!!!



Throwback Sepetang bersama Blogger 2013,2014,2015 dan2016!!!

Assalam duhai teman.. Sekarang memang musim demam "SEPETANG BERSAMA BLOGGER" SBB tengah hangat!! Lebih hangat dari cuaca panas yang melanda negara kita sekarang ini hehe.. Scroll saja di facebook penuh rakan blogger mengongsikan gambor gambor di sekitar majlis SBB itu.. Itu belum masuk gambar yang dikongsikan di laman sosial lain seperti di Instagram, Tweeter dan sudah pasti di Blog . Rasanya Mak Dara agak terewat untuk menulis post tentang SBB 2016 .. Tapi better late than never kan.. Tapi entry Mak Dara kali ni agak special sikit kerana Mak Dara akan cuba kongsikan gambar gambar throwback dari SBB2013 hingga SBB 2016.. Fuhhhh pejam celik pejam celik rupanya hampir 4 tahun berturut turut Mak Dara menghadirkan diri dalam acara SBB ni.. Ok anda bersedia untuk melihat gambar throwback Mak Dara bersama rakan blogger Mak Dara sepanjang SBB ini? Mohhhhh.. 

            Mak Dara @ SBB 2013          Mak Dara @ SBB 2014

   Mak Dara @ SBB 2015    Mak Dara @ SBB 2016


#TB Mak Dara dan Arwah suami Martias Ali di SBB 2013 & SBB 2014

#TB Mak Dara dan Adza Haiqal @ SBB 2013 & SBB 2014, 
#TB Mak Dara dan Adza Haiqal SBB 2015 & SBB2016


#TB Mak Dara bersama Tuan Haji Amir Denaihati @ SBB2014 & SBB2016

#TB Mak Dara bersama Kak Siti Rokiah @ SBB2015 & SBB2016

#TB Mak Dara bersama Boni Kacak @ SBB2014 & SBB2016

#TB Mak Dara bersama Sifu Hasrul Hassan @ SBB2014 & SBB2016

#TB Mak Dara bersama Uncle Gedek @ SBB2013 & SBB2016

#TB Mak Dara bersama Bro Framestone @ SBB2013 , SBB2015 & SBB2016

#TB Mak Dara dan Ayue di SBB 2015 & SBB 2016

#TB Mak Dara bersama Hazman Fadzil @ SBB2013 & SBB2014

#TB Mak Dara bersama Nami Namia @ SBB2014, SBB2015 & SBB2016

#TB Mak Dara dan Akma Omar di SBB 2013 & SBB 2014

#TB Mak Dara bersama Nizam Ijam @ SBB2015 & SBB2016

#TB Mak Dara bersama Deq Noor Shafawati @ SBB2015 & SBB2016

#TB Mak Dara bersama Cikgu Ieta @ SBB2014 & SBB2016

Bersama Nur Misnan @ SBB2013, SBB2014 & SBB2016

#TB Mak Dara bersama Dayang Deno @ SBB2015 & SBB2016

Perghhhhhhhhh mata macam masuk habuk jap tatkala melihat gambar gambar Throwback terutamanya gambar kenangan bersama arwah suami Mak Dara Martias Ali dan juga kenangan rakan rakan blogger yang Mak Dara temui saban tahun bersama sama memeriahkan acara tahunan SEPETANG BERSAMA BLOGGER.. Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji AMir Denaihati dan team yang bertungkus lumus bagi mengadakan dan menjayakan acara yang sungguh hebat ini.. Anda memang terbaik.. Harap harap jika ada umur yang panjang dapat menyertai pada SBB pada tahun tahun mendatang insyaallah..



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK