Sunday, May 29, 2016

732 Hari Tanpa Suami ...

Dua tahun yang lalu pada waktuu hening pagi 29hb Mei 2014, Martias asyik terjaga dari tidurnya mungkin juga kerana sakit selepas operate stensing buah pinggang yang dijalaninya sehari sebelumnya. Nafasnya juga semakin terganggu. Saya meminta nurse memanggilkan doctor namun katanya doctor tak ada maka nurse memberikan oxygen dan menyuruh martias bernafas perlahan lahan. Makin lama makin sesak nafasnya dan semakin saya mendesak nurse mencarikan doctor untuk melihat keadaan suami saya ini.
Saya masih ingat lagi walauppuun semakin sukar untuk bernafas namun martias menarik oxygen dari mulutnya sambil bibirnya terkumat kamit mengucap. Saya Tarik dan letakkan kembali oxygen ke wajahnya namuun tiap kali saya berbuat begitu tiap kali itu juga pasti dia akan menarik oxygen dari wajahnya dan terus mengucap.. saya kata padanya bang.. pakai oxygen ni.. abang ngucaplah dalam hati pun takpa Allah dengar bang.. Namun dia tetap berdegil dan tetap menarik oxygen dan kelihatan mulutnya terkumat kamiit dalam kesukaran untuk menyebut syahadah.. luluh hati melihat keadaannya saat itu.. begitu cintanya dia pada sang pencipta lebih dari nafasnya. Aku berdoa pada Allah supaya tariklah penyakit suamiku ini tak sanggp melihat dia tersiksa..
Beberapa ketika pernafasannya semakin merosot.. Tiba tiba keluar dari mulutnya "hantar icu" terkejut saya dibuatnya dan terus menjerit memanggil nurse dan tatkala itu juga kedengaran azan subuh berkumandang. Saya kembali ke katil dan memegang tangannya. Kali ini nafasnya semakin sesak dan sukar dan seraya hampir kehujung azan subuh itu seraya itu juga mata martias melihat tepat ke atas dan terus tidak sedarkan diri lagi.. Pada waktu itu rasanya hampi saatu wad itu dapat mendemgar suara saya memanggil suami saya dan pada saat itu barulah doctor datang ..
Kaki saya jadi lemah dan ditarik ketepi oleh nurse. Doktor dan nurse mula kalut cuba menyedarkan kembali martias, mereka sempat memberi cpr dan martias kembali bernafas . Segala kelengkapan pernafasan kini diberikan kepadanya.
Saya berkeras memujuk doctor untuk memasukkan suami saya ke ICU namun kata mereka harus mengikut procedur dan saya harus menunggu. Kini badan martias dipenuhi wayar wayar dan alat membantu pernafasan. Beberapa jam selepas itu barulah mereka membawa suami saya masuk ke ICU
Di ICU barulah doctor menerima laporan ujian yg mereka jalankan dan memaklumkan pada saya bahawa suami saya mengidap Lymphoma tahap 4. Hasil laporan yang martias tunggu hampIr berminggu akhirnya baru dikeluarkan pada saat dia koma.
Pada saat ini doctor memanggil saya ke dalam billik menunggu ICU dan memberitahu keadaan suami saya.. Bagaikan dipanah petir apabilla doctor menyatakan suami saya mungkin tidak dapat survive lebih dari 48 jam... kepala saya terus ingatkan 4 orang anak anak kami dirumah.. Mereka harus jumpa papa mereka..

Kini sanak saudara dan para sahabat semakin memenuhi ruang menunggu. Ramai juga para pelakon yang pernah bekerjasama bersama martias turut hadir . Tak putus putus bacaan yasin dibacakan. Saya merapati ibu mertua saya dan saya mohon agar mak halalkan semua makan minum dan ampunkan dosa dosa martias dan dengan air mata mak mengangguk. Selama saya menjadi isteri kepada Martias dia tak pernah lupakan tangungjawabnya terhadap mak dan arwah abah. Dia memang anak yang baik terhadap mereka.. teringat lagi kata katanya beberapa minggu sebelum itu.. Tahun ni kalau filem abang meletop kita beli rumah di rawang tu dan kita renovate dan jaga mak. ya dia memang sayangkan mak...
Saya dipanggil lagi beberapa kali ke bilik oleh doctor dan setiap kali saya dipanggil setiap kalli itu juga saya disampaikan berita buruk.. Mulanya doctor memaklumkan bahawa organ martias satu persatu tidak berfungsi .. Daan setiap kali berita disampaikan kepala saya hanya terkenangkan anak anak. Teringat lagi saat ini saya bersama adik ipar saya am sama sama berada menerima berita itu. Kaki dan seluruh badan saya tanpa disedari bergetar tanpa dapat dikawal. Saya mohon pada doctor untuk benarkan anak ketiga dan bongsu saya untuk masuk melawat papa mereka. Walaupun undang undang tak benarkan anak bawah 12 tahun untuk masuk namun doctor benarkan. Kini saya bersama semua anak anak berada di sisi buat kali terakhir . Melihat satu persatu anak anak yang membacakan yasin buat papa mereka buatkan hati saya hancur.. Kita memang insaan terpilih nak..
Akhirnya anak anak dipannggill keluar. Kini doctor sampaikan berita bahawa otak martias tidak lagi berfungsi dan dia kini 100 peratus bergantung pada mesin hayat. Kini saya berada dalam mimpi.. Seperti saya selalu menulis di skrip babak ini benar benar telah berlaku pada saya.. Saya kucup dahinya da pegang tangannya yang semakin membekku.. Saya bacakan syahadah padanya sambil seoranng anak saudara saya sedang membacakan yasin di hujung kakinya dan pada saat itu juga kelihatan denyutan nadi semakin merosot doctor meminta saya ketepi buat kedua kali.. Dan kali itu saya tahu bahawa saya telah kehilangan suami saya.. ayah kepada anak anak saya... imam saya...
Martias Mohd Ali telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 10:41 malam 29hb Mei 2014
AL FATIHAH




Friday, May 27, 2016

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com



Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...


Thursday, May 26, 2016

Whatsapp Rosak


Whatsapp Rosak !! Whatsapp Crash !!
 Whatsapp jadi putih!!

Satu hari ni penuh timeline di FB dengan rungutan seperti ini. Semuanya berlaku kepada pengguna Iphone.. Telefon lain rasanya takde masalah kot sebab takde yang update handphone android atau ect ada masalah dengan whatsapp. Hmmm mak bersimpati kepada mereka yang mengalami masalah dengan aplikasi whatsapp ni.. Ye lah boleh dikatakan aplikasi whatsapp ni telah menjadi penghubung kepada kita semua.. Dah jarang jarang kita menggunaalan line telefon untuk call. Semua pakai whatsapp je kan.. Untuk silaturahim dan juga untuk perniagaan.

Alhamdullilah walaupum Mak salah seorang pengguna Iphone namun mak tak alami perkara ini.. Emmm belum lagi lah huhuhu.. Tapi harap harap jangan le kene hehe.. Rata rata menyatakan mereka menghadapi masalah ini selepas mereka update IOS di Iphone mereka.. Ada juga yang kata adaa hantar virus atau bug melalui meseg di whatsapp mereka...

Ada beberapa orang berkongsi tip ini di FB dan mak dara nak kongsikan cara cara untuk menghadapi masalah whatsapp ini dengan anda. 

Cara yg mudah utk settelkan masalah whatsapp white screen
1) sync dgn whatsapp web
2) dekat whatsapp web, bukak semua grup chatting/single chat and check samada kne spam or x (just click not spam)
3) lepas clear semua and dah xd spam,ce try bukak whatsapp kt phone, mesti boleh

Terima kasih En Ameer Amzi

Terima kasih En Asyraf Fadli

Ini antara insan yang sudi membantu dengan berkongsi cara untuk menghadapi masalah whatsapp ni.. Anda bolehlah mencuba ya.. Harap harap tips mereka dapat membantu..

Namun Mak Dara terpikat juga dengan satu tweet dari Dauss Dato' Alley ini yang sudah menjadi viral di FB sejak pagi tadi hehe

pic dari FB

Ada benar juga kata katanya tu.. Kita mungkin terlalu menjaga hubungan kita dengan teman melalui Whatsapp tapi adakah kita menjaga hubungan kita dengan Allah swt.. Wallahualam  Walau apapun yang dimaksudkannya. Mak Dara rasa ada betulnya juga.

Namun walau apa apa pun. Mak Dara doakan semoga masalah ini dapat diatasi secepat mungkin.. In Sya Allah.. Dengan izin Allah swt. 

Monday, May 16, 2016

AKU DAN 11 BUAH SEKOLAH


Sempena Hari Guru hari ni Mak Dara terpanggil untuk mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru guru yang pernah mengajar Mak Dara dahulu.. Tapi ada masalahnya.. Masalahnya ialah Mak Dara tak dapat nak ingat nama kesemua cikgu Mak Dara itu kerana Mak Dara telah bersekolah  11 buah sekolah semuanya.. Yup 11 BUAH SEKOLAH! hehe. Mak dara ni pesyen suka tukar tukar sekolah.. hampir tiap tiap tahun tukaq sekolah.. Ini mungkin juga berpunca kerana sejak Mak Dara dilahirkan kami sekeluarga tinggal di rumah guru. Ini kerana ayah Mak Dara seorang guru.. Boleh dikatakan siang malam pagi petang 24/7 Mak Dara akan berada di sekolah.. Sejak bersekolah pun Mak Dara akan ke sekolah dan kemudian bila balik akan pulanag ke rumah guru yang berada dalam kawasan sekolah. 

Pendek kata buka mata nampak sekolah nak pejam mata pun nampak sekolah.. Abah kemudian telah dinaikkan pangkat menjadi Nazir Sekolah yakni menjaga hampir 36 buah sekolah dibawahnya dan Mak Dara yang boleh dikatakan "nakal" kerana mungkin sudah lali dengan sekolah akan meminta abah menukarkan Mak Dara dari satu sekolah ke sekolah yang lain hampir setiap tahun . Ada saja alasan yang saya berikan pada abah untuk abah menurut permintaan saya menukar sekolah..Antara sekolah sekolah yang pernah Mak Dara  belajar ialah...

1) Sek Ren Keb Sungai Taka - Darjah 1
2) Sek Ren Keb ( dah lupa) - Darjah 2
3) Sek Ren Kebangsaan Sungai Seluang - Darjah 3
4) Sek Ren Keb Sungai Taka - Darjah 4 (masuk balik sekolah tu hehe)
5) Sek Ren Keb Guar Lobak - Darjah 5
6) Sek Keb Permatang Tok Dik - Darjah 6
7) Sek Men Lunas - Tingkatan 1
8) Sek Men Putra (kangar-Perlis) Tingkatan 2
9) Sek Men Padang Serai 1 - Tingkatan 3
10) Sek Men Padang Serai 2 - Tingkatan 4
11) Sek Men Tungku Panglima Besar - Tingkatan 5


Hehe.. banyakkan? So memang susah untuk  Mak Dara mengingati guru guru mahupun kawan kawan sekolah Mak. Cuba bayangkan kalau satu kelas ada 30 orang pelajar kalau dikali dengan 11 buah kelas/sekolah dah berapa.. Tu kalau kenal satu kelas je kalau kenal dua tiga kelas..?  Tapi alhamdullilah lah anak anak  Mak Dara tak ikut macam peel mak. Tak bertukar tukar sekolah. Bila difikirkan pening juga arwah abah membesarkan  Mak Dara hehe. Ayah mak dara memang marah sangat dengan kelakuan mak dara tu tapi diturutkan juga kata arwah , asalkan belajar... Dan kenangan paling manis ialah bersekolah di sekolah yang ayah Mak Dara mengajar.. Mula mula ingat boleh le mengulat tapi rupanya lagi teruk.. Ayah mak dara selalu marah dan ambil tindakan yang lebih keras kepada Mak Dara berbanding pelajar yang lain sebab dia tak mahu dikatakan berat sebelah pada anaknya.. Tahun seterusnya Mak Dara tukar sekolah lagi hahaha..

Kepada semua yang bergelar guru, SELAMAT HARI GURU mak dara ucapkan kepada anda semua!! Anda memang istimewa dan segala jasa kalian tak terbalas banyakknya.. Terima kasih Cikgu!! Dan Al Fatihah kepada Arwah Ayah Mak Dara dan semua guru guru Mak Dara yang telah kembali ke rahmatullah .. AL FATIHAH...

Saturday, May 14, 2016

Mak Dara Di Majalah Mingguan Wanita Mei Issue 2016

Assalam duhai teman.. Waduh waduhhh gumbiranya dalam hati gambor mak kuor majalah lagi ahaks.. Alhamdullilah ada juga wartawan yang sudi untuk interbiu mak untuk di masukkan ke dalam majalah mereka.. Ingatkan kisah ibu tunggal macam mak ni takde yang istimewa untuk dikongsi bersama pembaca tapi siapa sangka Majalah Wanita sudi untuk memasukkan sedikit cebisaan kisah Mak yang bergelar balu dan ibu tunggal ini dalam satu artikel di majalah hebat seperti MINGGUAN WANITA.. Rasa sungguh terharu dan honored.. Terima kasih kepada wartwan Akmar yang telah menghubungi Mak Dara dan menyampaikan hasratnya untuk menemubual Mak di rumah.. Ok mari Mak Dara berkongsi gambor mak di majalah mereka dan sesi disebalik tabir di rumah Mak Dara ye..




Haa inilah ghopenye Mak Dara di dalam Majalah Mingguan Wanita untuk issue bulan Mei 2016. Antara yang dihighlightkan dalam artikel ni mengenai kerjaya dan penglibatan Mak Dara sebagai penulis skrip drama selama dua puluh tahun, tentang cabaran dan dugaan setelah kehilangan arwah suami Mak Dara Martias Ali kerana sakit Lymphoma (kanser darah stage 4) pada 29hb mei 2014 yang lalu, tentang bagaimana mak dara lalui hari hari sebagai balu dan ibu tunggal dan kisah tentang Mak Dara membesarkan anak anak seorang diri.. 

Hmmm sebenornye memang artikel ini menyentuh perasaan Mak Dara . Kerana selama ini mak sering sahaja mendengar tentang kisah ibu tunggal dan anak anak yatim dan tidak pernah terlintas dikepala Mak bahawa mak juga akan menerima nasib yang sama pada usia mak 37 tahun dua tahun lalu.. Kini menceritakan kisah mak sebagai ibu tunggal amat amat susah untuk diluahkan semasa sesi temuramah bersama wartawan akmar namun mak cuba gagahi walaupun ada beberapa ketika berderai juga air mata di pipi tatkala menceritakan saat saat terakhir arwah suami mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Dan saat saat Allah swt memberikan mak dara "petunjukNya" di sujud mak yang terakhir.. Hmmm panjang kisahnya kalau nak ceritakan di sini.. Tapi kalau ada yang sudi nak tahu lebih lanjut bolehlah dapatkan MAJALAH MINGGUAN WANITA keluaran isu mei ye.. Cover depannya ialah Rozita Che Wan dan anaknya yang chomeyyy loteeyyy si ecah tu..

cover untuk isu mei 2016

Ok mari mak kongsikan beberapa keping gambor disebalik tabir semasa sesi interview bersama wartawan Akmar dan jurufotonya dii rumah Mak Dara ya..

sesi interview Mak Dara bersama wartawan Akmar 

Mak tengah dok pikir apa nak jawab hehe

time ni jenuh tahan nafas kasi nampak slim hehe

sesi bergambor di bilik dan juga dimana juga adalah home office mak

tudung tudung dari jenama mak dara iaitu ADORABELLE
yang akan mak dara keluarkan pada bulan puasa nanti


Jutaan terima kasih kepada wartawan Akmar , jurufoto kerana sudi menemubual Mak Dara dan terima kasih tak terhingga kepada MAJALAH MINGGUAN WANITA kerana mengongsikan perjalanan dan kisah hidup Mak Dara ini.. Semoga kita dapat bekerjasama lagi nanti in syaa allah.. 


Sunday, May 1, 2016

Selamat Hari Buruh 2016

1 MAY 2016 merupakan HARI BURUH .  Maka dikesempatan ini Mak Dara ingin mengucapkan SELAMAT HARI BURUH kepada anda semua .. Anda telah bekerja dengan penuh amanah dan dedikasi maka ini adalah hari anda..!!!!

Minyak Buruh bersama model meroyan muahaha ;p

Apa tunggu lagiii CUTIIIIIIIIII kan.. Moh le pegi bercoti.. Dok sah dipikiaqkan sangat dengan kerja.. Masa ni lah elok diluangkan bersama ibu bapa, anak anak, suami, bini bini.. Err bini bini? Karang bercoti dalam hospital pulak hampa nanti hahaha.. Walau apapun aktiviti anda sempena Hari Buruh tahun ni semoga semuanya selamat dan gembira bersama tersayag in syaa allah dengan izin Allah swt.

SELAMAT HARI BURUH 2016!!!!



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK