Thursday, July 21, 2016

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com




MINYAK WANGI BRAVEHEART




Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.




MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia. 

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Instagram : @KerinchiDotCom
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: 019-2018 014





SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda? Saya berumur 39 tahun
  2. Jantina anda? Perempuan
  3. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana..
DD COSMETIC DIBERI NAMA
BRAVEHEART  DAN SWEETHEART OH HEBATNYA
AURA WANGI HARUS ADA
BARU HIDUP RASA SEMPURNA

DIBAWA KE SINI DIBAWA KESANA
MINYAK WANGI IDAMAN DI BAWA MERATA
PERFUME DD COSMETIK PILIHAN SAYA 
AKAN DIPAKAI SEPANJANG MASA

SPRAY DI KANAN SPRAY DI KIRI
SPRAY SELURUH BADAN SETIAP HARI 
BAUNYA WANGI MEMIKAT HATI
SEKALI PAKAI PASTI NAK LAGI

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Sunday, July 17, 2016

Sudah Kahwin Ke Belum?

Tak sah raya jika tiada soalan soalan cepu emas dari rakan dan keluarga.. Contoh soalan cepu emas yang sering di tanya.. Dah kahwin ke belum? Bila nak timang cahayamata? dan banyak lagilah.. Ramai yang selamba je dapat menjawab soalan soalan cepu mas macam tu dan ada juga yang terkedu dan tak tahu menjawabnya.. Mak Dara juga tidak terlepas dari menerima soalan cepu emas ni dari teman Mak dari kampung melalui massage whatsapp..


Errr terkedu bila mak dara mendapat soalan macam ni tempoh hari.. Ida adalah panggilan Mak Dara antara keluarga dan teman rapat Mak Dara.. Dan ini soalan yang diajukan pada mak .. Haha tapi mak tahu niat teman mak dara ni baik dan ikhlas.. She is concern about me.. So mak takdelah nak sentap atau nak melatah.. Cuma mak minta teman mak untuk doakan yang terbaik untuk Mak itu sahaja ..

Jadi pada anda yang telah atau bakal mendapat soalan cepumas macam ni jangan terus naik marah .. Just chill ok.. Meh Mak tujukan lagu istimewa ini buat anda .. Terima lah lagu SUDAH KAHWIN KE BELOM khas buat korang kekekekeke.... ;p



Saturday, July 16, 2016

Menghitung Hari

Assalam duhai teman.. Malam bertukar siang.. siang bertukar malam.. Kini Mak Dara sedang menghitung hari.. Lima Hari lagi !!


1..2..3..4..5.. Apakah yang mak nantikan 5 hari lagi.. Mana boleh habaq nanti hilanglah suspensnya ehehehehe.. Tetapi ia sesuatu yang sangat mak dara nantikan.. 

Boleh agak ke apa yang bakal menanti Mak 5 hari lagi? Certeka.. Certeka.. Hahaha.. Tungguuuuuuuuuuuuu...



Friday, July 15, 2016

Selamat Harijadi Adikku

Salam Jumaat kepada rakan rakan sekalian..Hari ini pada tarikh 15hb Julai.. Mak Dara ada nak buat satu entry special sikit.. Dedikasi untuk satu satunya adik lelaki Mak Dara iaitu Adza Edie Izwan.. 


Alhamdullilah dah genap 30 tahun dah umur adik Mak Dara ni.. Gembira melihat satu satunya adik lelaki Mak Dara semakin matang dalam kehidupannya dan kerjayanya dan semuanya.. Edie adalah suami kepada adik ipar Mak Dara iaitu Shieffa dan kini ayah kepada anak sulung mereka yang diberi nama Adza Luna Elvina yang telah berumur setahun. Fuhhhhh sekejap je masa berlalu.. dari baby kini dah jadi suami dan ayah orang dah adik mak ini.. Sooo proud of him..

Adza Edie dan Isteri Shieffa

Adza Luna Elvina.. Anak Adza Edie & Shiefa 
Anak buah Mak Dara yang sangat pandai posingg ;)

Selamat Hari Jadi adikku .. Moga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan berpanjangan dan bahagia selalu In Syaa Allah.. 

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
YOU LIVES NEAR THE ZOO
CLOSE TO MONKEY AND KANGGAROO
AND YOU SMELL LIKE THEM TOO

hehehehe Happy 30th Birthday Edie.. Luvss ya lil bro!!!



Tuesday, July 12, 2016

Salam Eidul Fitri 2016

Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Salam duhai teman.. Aidilfitri seminggu telah berlalu bau hari ini Mak Dara berkesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua teman teman yang mak muliakan sekalian.. Semoga anda semua telah bergembira bersama keluarga dan tersayang di hari yang mulia ini. Pada tahun ini Mak Dara #teamrayakl maknanya Mak tak pulang kekampung di Kulim Kedah ataupun beraya di mana mana hanya beraya di rumah sahaja di Setapak KL. 

Walaupun tak kemana tapi tetap meriah dengan kehadiran sanak saudara dan teman yang sudi beraya di rumah Mak ini.. Haaa seronok nengok teman teman menghuplod gambor raya di blog masing masing.. Mak pun nak jugaaaaaa hehehe.. Ok moh mak kongsikan gambor raya mak sekeluarga ok..

Mak Dara posing sat naaa hehe


Mak Dara bersama anak anak dari kiri
Adza Kasih, Adza Isabella, Mak Dara , Adza Haiqal & Adza Danina

Mak Dara bersama anak sulung Mak Adza Haiqal

Mak Dara bersama anak kedua mak Adza Danina

Mak Dara bersama anak ketiga Adza Kasih

Mak bersama anak bongsu Adza Isabella

fefeling di tepi swiming fool jap haha


Andai jemari tak sempat berjabat Andai raga tak dapat bertatap 
Seiring beduk yang menggema Seruan takbir yang berkumandang 
Ku aturkan salam menyambut Hari Raya Idul Fitri 
Jika ada kata serta khilafku membekas lara, 
Mohon maaf zahir dan batin

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
DARI MAK DARA SEKELUARGA



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK