Sunday, August 21, 2016

Sweetheart DD Cosmetics Antara Jenama Perfume Tempatan Terpanas Di Malaysia 2016

Di pasaran sekarang terdapat pelbagaiiiiii jenis minyak wangi dan perfume.. Ramai yang memilih untuk mendapatkan minyak wangi berjenama walaupun harus mengeluarkan ratusan ringgit.. branded.. terutama keluaran produk antarabangsa.. Namun bagi mak dara jenama atau brand tidak penting yang penting adalah KUALITI . Tak kisah le mahal ke murah.. Tapi kalau produk itu berkualiti pasti Mak akan memilih yang berkualiti. Terbaru Mak Dara diperkenalkan dengan miyak wangi SWEETHEART keluaran DD COSMETIC.. Minyak wangi ini diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan yang paling penting minyak wangi ini adalah antara jenama perfume tempatan terpanas di Malaysia 2016.. 



Pertama kali Mak Dara dapat perfume SWEERHEART minyak wangi wanita ini.. Melihat dari packaging dan botol minyak wangi ini saja mak sudah kagum.. Tidak sangka produk tempatan boleh menghasilkan sesuatu yang berkualiti Setanding Jenama Antarabangsa.. Lepas tu apa lagi... sroot srooot sroot.. habis disembur ke badan.. Mak aiiiiiiii wangiinya satu rumah.. Memang baunya MEKAR MEWANGI DI SAANUBARI.. 



Minyak wangi ini yang terbaiknya ialah kerana ia mesra solat. Minyak wangi ini juga boleh tahan lama.. Dari 8 hingga 12 jam!! Haaa kan dah save banyak tuuu.. sekali je sembur tahan berjam jam lamanya tak perlu la nak sembur selalu.. Dan yang bestnya botol yang comel membuatkan ia mudah dibawa kemana mana ..  Dan yang paling memikat hati Mak Dara sudah tentulah harganya yang murah ! Kalau perempuan tu perempuan jugalah kan.. budget tetap diingatan setiap kali nak membeli waima apa sekali pun.. Tapi dengan harga yang berpatutan oleh DD COSMETIC dan dari pengedar minyak wangi ni tak mustahil sesiapa juga mampu memilikinya.. Dan yang bestnya ia dijual secara online.. kira macam Online perfume gitew..


sungguh wangi.. jatuh cinta dibuatnya ..

Memakai perfume Sweetheart ini seakan membangkitkan semangat . Rasa semangat rasa suci rasa segar je nak buat keje.. Ia merupakan antara minyak wangi paling wangi  pernah Mak Dara miliki.

Nak cerita panjang mengenai SWEETHEART perfume oleh DD COSMETIC ni sampai esok pagi tak habis.. Apa kata kita tengok iklan ini.... Haaaaaaa... Jeng jeng jeng..


Haaa nampak tak kemeroyanan mak dara bertambah tatkala mengenakan perfume ini.. Haahahahaha.. Memang sukaaaa sangat... 

Jadi apa tunggu lagi moh le mendapatkan perfume Sweetheart dari DD Cosmetics secepat mungkin.. Jangan biarkan bibik anda lebih wangi dari anda ok.. kerana dia dan sesiapa juga mampu untuk memiliki perfume hebat ini!!!

Ok tetiba bersemangat pula Mak Dara nak berpantun tatkala memakai perfume Sweetheart ini.. Khas buat anda..

DD COSMETIC DIBERI NAMA
BRAVEHEART  DAN SWEETHEART OH HEBATNYA
AURA WANGI HARUS ADA
BARU HIDUP RASA SEMPURNA

DIBAWA KE SINI DIBAWA KESANA
MINYAK WANGI IDAMAN DI BAWA MERATA
PERFUME DD COSMETIK PILIHAN SAYA 
AKAN DIPAKAI SEPANJANG MASA


SPRAY DI KANAN SPRAY DI KIRI

SPRAY SELURUH BADAN SETIAP HARI 

BAUNYA WANGI MEMIKAT HATI

SEKALI PAKAI PASTI NAK LAGI




Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh DD Cosmetics. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Saturday, August 13, 2016

KISAH JANDA DAN SEBUAH VILLA

KISAH JANDA DAN SEBUAH VILLA? Fuhhh kisah apakah itu? Haaaa kalau nak tahu kenalah tunggu ya.. Ini sebenarnya adalah projek skrip drama bersiri terbaru Mak Dara.. Ok mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin juga masih ada yang tak tahu bahawa pekerjaan mak dara selain meroyan di blog kecintaan Mak ini.. Mak sebenarnya adalah seorang penulis skrip drama.. Mak dara telah 20 tahun berkecimpung dalam bidang penulisan skrip dan telah menghansilkan lebih 70 buah skrip drama yang telahpun di tayangkan di kaca TV.. Pada yang nak tahu apakah antara drama drama yang pernah mak hasilkan bolehlah ke blog kerjaya Mak Dara iaitu di blog ADZA IRDA ok..

Ok berbalik kepada kisah JANDA dan Villa.. Ia merupakan sebuah projek yang sedang mak jalankan.. Dan drama itu adalah sebuah drama bersiri bertajuk VILLA JANDA..


Orang yang bertanggungjawab dalam memberikan idea asal untuk drama ini ialah Serina Datuk Redzuawan.. Alaaa Serina anak Chef Wan tuuuu.. Yaa dialah orangnya yang banyak berikan idea untuk drama ini.. Mak Dara cuma akan menulis skripnya berdasarkan idea asal beliau.. Dan penerbit yang bakal menerbitkan drama ini nanti adalah Serina sendiri dan Abang Yusuf Kelana dari syarikat YKS FILM MAKERS SDN BHD.


Drama bersiri ini adalah sebuah drama komedi.. Mak Dara tak dapatlah ceritakan  sinopsis drama ini takut nanti dicopy oleh orang lain pulak.. Haaa jangan ingat dalam dunia penulisan blog aje artikel anda boleh di plagiatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.. Perkara begitu juga boleh berlaku dan selalu pun berlaku dalam dunia penulisan skrip.. Tapi cuba anda bayangkan bagaimana kecohnya sebuah VILLA yang disewakan oleh beberapa orang wanita yang berstatus JANDA.. fuhhh kompom haru biru dan meroyan dibuatnya...

Doakan semoga proposal Mak Dara ini diterima oleh pihak stesen TV dan seterusnya dapatlah mak dara menulis skrip drama ini seterusnya ditayangkan di kaca TV anda.. 

Haaa selain dari tajuk isteriku.. suamiku.. kita buat kisah pasal janda pulak.. Atau korang ada tak idea untuk buat drama selain dari topik topik suami , isteri janda bagai ni? Cer tinggalkan cadangan anda di ruangan kotak komen.. Mana lah tahu kalau idea anda kebabomm bestt mungkin mak boleh jadikannya drama.. Amacam? 




Thursday, August 11, 2016

ERRY NOOR HIJAB JENAMA TUDUNG TERBARU DI MALAYSIA

Tudung.. Pelbagai jenama tudung berada di pasaran pada masa kini. Terdiri dari jenama kecil sehingga jenama hebat yang menawarkan produk tudung dari pelbagai kualiti dan harga.. Dari harga mampu milik hingga ada yang mencecah ribuan ringgit.. Business menjual tudung sememangnya semakin berkembang maju .

Terkini sebuah jenama tudung terbaru telah muncul. Jenama yang Mak Dara maksudkan ialah jenama ERRY NOOR HIJAB . Mak Dara diperkenalkan jenama tudung ini oleh pemiliknya iaitu Puan Erry Noor sendiri.. Melihat dari gambar gambar di IG milik beliau iaitu di @errynoor_hijab , membuatkan mak dara menjadi rambang mata.. Ini kerana tudung yang dijual oleh Puan Erry Noor bukanlah hanya tudung tudung yang biasa , tipical yang sudah banyak dijual di pasaran tetapi tudung yang dikeluarkan oleh syarikat beliau sungguh eksklusif, unik dan lain dari tudung yang lain.. Mari Mak kongsikan antara koleksi yang terdapat di ERRY NOOR HIJAB ini ye.. Errr sebelum tu mak nak warning dulu pada korang semua.. Model yang memperagakan tudung tudung dr koleksi eksklusif Erry Noor ni adalah Mak Dara sendiri.. Mohon jangan muntah pink ok hehehe..


Instant Hijab - Habibi Exclusive

 Instant Hijab - NOUR'EL EXCLUSIVE

Instant Hijab - Syaireez Exclusive



Haaaa cantik cantikkan tudung yang dikeluarkan oleh ERRY NOOR HIJAB ni kan.. Yang model tu sila abaikan ye hehe.. Tudung oleh Erry Noor Hijab ini juga bukan saja kualiti nya sangat bagus, tetapi bila pakai terasa sangat ringan dan sungguh lembut..

Pada yang berminat untuk mendapatkan tudung eksklusif dari Erry Noor Hijab ini boleh terus ke IG mereka @errynoor_hijab atau boleh terus pm tepi pada pemilik jenama ini iaitu di FB nya di link INI..

Kepada Puan Erry Noor semoga terus berjaya dalam bidang perniagaan anda ini dan mengeluarkan lebih banyak design tudung tudung yang eksklusif ya.. 




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK