Monday, October 17, 2016

TASBIH CINTA DI ABU DHABI

TASBIH CINTA DI ABU DHABI .. 
sebuah kisah percintaan sepasang suami isteri yang agung.. 
Kisah yang menguji kesetiaan sang pencinta.. 

Assalam duhai teman.. Pada yang lama mengenali mak dara pasti sudah maklum akan pekerjaan sebenar mak dara selain meroyan di blog ini kan.. Namun rasanya ramai juga yang tak tau apa la keje sebenar perempuan psiko ni kan kan kan.. Hehe.. Baiklah meh mak nak refresh balik kepada pembaca lama di blog mak dara .. dan mak nak kongsikan tentang kerja mak dara pada yang baru mengenali mak.. 

Mak Dara sebenarnya adalah seorang PENULIS SKRIP DRAMA .. Mak Dara mula menulis skrip sejak berumur 19 tahun lagi.. Dan kini sudah 20 tahun berkecimpung dalam bidang penulisan skrip dan telah menghasilkan lebih 70 buah skrip drama yang telahpun di tayangkan di kaca TV. Nak cerita lebih tentang kerja mak dara mau patblas hari patblas malam tak habis habis.. Kalau nak tahu profile keje mak dara dan 70 buah drama hasil kerja Mak.. boleh la ke blog serius mak yang satu lagi iaitu @ http://adzairda.blogspot.my/

Ok berbalik kepada tajuk yang post mak dara di atas iaitu TASBIH CINTA DI ABU DHABI. Ia merupakan sebuah karya skrip terbaru yang bakal mak dara tulis bersama dengan adik Mak Dara yang juga merupakan seorang penulis skrip iaitu Adza Emie.. Skrip ini adalah skrip yang ke 73 dari mak..

Telemovie TASBIH CINTA DI ABU DHABI ini akan mengisahkan kisah konflik sebuah perkahwinan sepasang suami dan isteri.. Bermula dengan pertemuan yang tak disengajakan.. sehingga percintaan jarak jauh.. kepada alam perkahwinan.. sehingga menerima kurniaan cahaya mata .. akhirnya terlibat dalam kancah kecurangan dan pelagai lagi badai yang melanda perkahwinan mereka.. Namun adakah perkahwinan itu dapat diselamatkan? Haaa tu kena tunggu laaa  bila drama ni siap nanti..

Namun yang seronoknya idea asal bagi drama ini adalah daripada penerbit drama ini sendiri iaitu Puan SURAIYAH ABDUL GHANI sendiri . Haaa hebatkannn.. Selalunya penerbit hanya menerbitkan drama sahaja.. Namun kali ini penerbit memberikan idea asal untuk drama terbitannya.. Memang luar biasa penerbit ini hehe..

Dan lebih membuatkan Mak Dara lebih teruja ialah pengarah yang bakal mengarahkan drama ini adalah BFFFF mak dara iaitu Zay Basalie..

Mak Dara dan Zay Basalie

Adza Emie, Zay Basalie dan Mak Dara

Mak Dara dan Zay sebenarnya telah mengenali satu sama lain lebih dari 11 tahun lamanya.. Dan kami pernah berangan bahawa kami mahu berkerja sama dalam sebuah projek drama bersama di mana dia akan mengarah dan mak dara akan menghassilkan skripnya.. Dan alhamdullilah setelah 11 tahun impian kami menjadi kenyataan..

TASBIH CINTA DI ABU DHABI bakal menjalani penggambaran di London dan Abu Dhabi.. Haaaaa kauuuuuu... Hebat kannnn.. Dan khabarnya puan penerbit mahu melamar pelakon berbakat dan award winning actress si Nabila anak Amy Search tuu.., Fuhhh kalau dapatlah beliau melakonkan watak sebagai heroin drama ini pasti meletop kebabom babom laaa.. hehe

Baiklah mohon anda doakan agar perjalanan dan pembikinan drama TASBIH CINTA DI ABU DHABI ini dipermudahkan olehNya ya.. Insyaa Allah..

Sunday, October 16, 2016

ZISTERS HOW TO BE SINGLE AGAIN

HOW TO BE SINGLE AGAIN.... Kalau di translatekan ke dalam bahasa malaysia adalah.. BAGAIMANA UNTUK MENJADI BUJANG SEKALI LAGI.. Yaaa.. satu tajuk yang agak panas untuk diutarakan.. Dan satu BRANDING yang lebih panas jika dijadikan satu jenama untuk sesuatu.. Namun dengan "kepanasan" ini lah yang membuatkan Mak Dara serta rakan rakan mak dara iaitu Zay Basalie dan Kak Siti Rokiah mengambil keputusan untuk bersatu dan menjadikan sebuah "AWARNESS" bagi golongan single diluar sana.. Jangan salah faham bukan kami menggalakkan untuk sesiapa untuk "membujangkan" diri mereka kembali namun tujuan kami adalah untuk memberi motivasi kepada mereka yang bergelar "SINGLE" terutamanya seperti yang berstatus ibu tunggal, janda atau balu seperti kami.. Kami tidak mahu wanita yang seperti kami untuk mengalah dan tidak dapat meneruskan hidup setelah diuji dengan ujian kembali keseorangan.. Kami akan berkongsi pengalaman kami di saluran youtube VLOG HOW TO BE SINGLE AGAIN , di dalam VLOG kami itu, kami akan memberikan motivasi dan tips tips kepada mereka yang senasib dengan kami   Kami mahu dengan VLOG kami ini mereka dapat buangkan segala kesedihan , kedukaan dan lara di hati dan kami harap dapat memberikan semangat kepada mereka untuk BANGUN and MOVE FORWARD!!! 

Coming Up Very Soon! The Vlog of 3 Generations 
Zay in her 30's, Irda 40's and Kak Siti 50's ..
Where they talk about their challenges as SINGLE and SINGLE MOM, 
plans to going places and discovering exciting things together!

HOW TO BE SINGLE AGAIN.. Idea siapa?

Bagaimana idea ni boleh tercetus.. Idea ni adalah dari teman teman Mak Dara iaitu Zay Basalie dan Kak Siti.. Mereka adalah Ibu tunggal.. Dan kami sering membincangkkan kehidupan kami sebagai ibu ibu tunggal.. Dan mereka telah mendapat idea "bagaimana jika kita bergabung dan menghasilkan sebuah VLOG bersama bagi berkongsi kisah dan pengalaman kami sebagai ibu tunggal kepada mereka yang senasib seperti kami" Dan lebih menariknya kami bertiga represent 3 generasi ibu tunggal iaitu dari peringkat umur 30an, 40an dan 50an.. Maka dapatlah kami berkongsi pengalaman dan pandangan kami dari setiap peringkat umur tersebut.. I mean its like a perfect match! 

TUJUAN DAN MATLAMAT "HOW TO BE SINGLE AGAIN"

Tujuan kami adalah untuk bagi memberi motivasi kepada semua wanita yang bergelar single atau single mom untuk meneruskan kehidupan mereka " . Menjadi Single, Single mom, Janda atau Balu bukanlah kehendak kami.. Namun itu adalah ujian terindah dari Allah swt kepada hamba yang disayanginya.. Kami adalah insan terpilih.. Terpilih untuk menempuh kehidupan dengan pelbagai rintangan. Kami tidak lagi mahu melihat wanita terpilih seperti kami menjadi lemah dan hanya menyalahkan takdir dan mensia siakan hidup mereka begitu sahaja.. Maka kami akan bersama sama mereka dengan memberi semangat untuk terus berjuang . Berjuang untuk diri sendiri, berjuang demi anak anak, demi keluarga, demi kerjaya dan demi ke jalan Allah swt insyaallah..  Maka akhirnya lahirlah VLOG HOW TO BE SINGLE AGAIN.. 

Kenapa brand kami "HOW TO BE SINGLE AGAIN"?

Seperti yang Mak Dara katakan di atas.. mendengar tajuk saja sudah "panas" dan bisa mencuit pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.. Waima ia riaksi negatif atau positif ia tetap menimbulkan satu perasaan "ingin tahu" betul tak? Contohnya jika mahu membeli pisang haruslah yang "panas" menjadi pilihan bukan? Yaa jika "kepanasan" ini dapat membuatkan ramai yang ingin tahu tentang TUJUAN atau AWARNESS yang cuba kami ketengahkan.. Maka kami sanggup menerima sebarang reaksi dan kami akan menganggap apa jua riaksi yang kami terima adalah POSITIF!! 

Kenapa Mak Dara menyertai "VLOG HOW TO BE SINGLE AGAIN"?

Mak Dara telah bergelar Balu hampir tiga tahun yang lalu .. Dan selama menempuh ujian dan dugaan Allah yang maha berat ini.. Mak Dara bersyukur kerana mak dara mendapat sokongan yang tiada henti dari teman , keluarga dan mereka yang tersayang.. Namun hakikatnya tidak semua balu balu bertuah seperti mak dara.. Hakikatnya terdapat segolongan balu yang tidak langsung di ambil endah oleh teman atau keluarga mereka sendiri.. Percayalah.. ramai yang mengalaminya! 

I've been a single mom for almost three years now.. And being single and a mom doesn't come easy for me.. I've gone through hardships and it has effected my work, my career, my health, my life and the most devastating thing is it's also had effected four of my children.. I was so fortunate to have the undying support from my friends, family and from my love one.. And I finally get myself up and move forward!!

I can't imagine going through all the misery all by myself without any help, encouragement, wisdom and positive vibes from my surroundings.. Now me and my "zisters" friends Zay Basalie and Kak Siti Rokiah who also a single mother wanna give back to our single community.. 

Jadi ALL THE SINGE LADIES out there.. Nantikan kemunculan saya, Zay Basalie dan Kak Siti bersama VLOG motivasi kami dalam saluran youtube HOW TO BE SINGLE AGAIN ya.. 

Plaese subscribe and follow our social media for new update

To all the single ladies out there so they dont just give in and give up!! Being single is not the end of the world.. Its actually a time for us to start our live all over again with more confidence and excellence.. We can do it!!!

VLOG HOW TO BE SINGLE AGAIN

Friday, October 14, 2016

ASUS ZenFone 3 Max Bateri Tahan Paling Lama

TELEFON PINTAR..Pelbagai jenama dan kecanggihan terdapat pada setiap keluaran terbaru di pasaran sekarang ini.. Namun diantara lautan banyakkannya jenis telefon di pasaran, Jika diberi pilihan, telefon pintar manakah yang menjadi pilihan Mak Dara..? Sudah semestinya  Mak Dara akan memilih telefon...

 ASUS ZenFone 3 Max !!!  

Mak Dara dan ZenFone 3 Max 

Kenapa Mak Dara ingin memilih ZenFone 3 Max ? Banyakkkkk kelebihan yang terdapat pada telefon bimbit pintar ini..  Antaranya yang pertama menarik perhatian Mak Dara ialah reka bentuknya yang sungguh elegan..Ia datang dengan tiga pilihan warna iaitu dengan Titanium Gray, Sand Gold dan Glacier Silver. Di bahagian belakangnya sudah tentu ZenFone 3 Max hadir bersama pengimbas cap jari untuk tujuan keselamatan .  Namun yang palingggggggggg menarik perhatian Mak Dara adalah BATERI nya yang sangat TAHAN LAMA ! Berapa lama? 

Bateri handphone ZenFone 3 Max ini sungguh hebat.. Baterinya mempunyai kapasiti sebanyak 4100mAH.. Ya.. Sungguh menakjubkan . Macam tak percaya boleh buat panggilan 3g sehingga 20 jam !!
Untuk wifi pula baterinya boleh bertahan sehingga 18 jam serta dapat memainkan lagu kegemaran anda di telefon selama 87 jam!! Tiada lagi telefon dan bateri handphone sehebat ZenFone 3 Max ini!! 

Dan satu lagi kelebihan ZenFone 3 Max ini ialah ia juga  boleh berfungsi  sebagai power bank menerusi mode Reverse Charging OTG .

Kepada Blogger yang selalu dalam mode "ON THE GO" seperti Mak Dara tidak lagi perlu risau akan kehabisan bateri dan perlu berhenti dan mencari tempat untuk charge handphone lagi. Dengan adanya Reverse Charging OTG ini !!!! Bukan kah ini ciri ciri yang menjadi idaman setiap pemilik handphone .. Ia sudah semestinya menjadi idaman Mak Dara.. Jadi jangan tunggu lagi jom kita dapatkan ZenFone 3 Max!! http://store.asus.com/my/

Monday, October 3, 2016

MERAHNYA BIBIR SEORANG MAK DARA

BIBIR.. Bibir antara pancaindera kurniaan Allah swt yang sama penting dengan anggota tubuh badan yang lain.. Namun antara anggota badan yang dianugerahkan kepaada kita, bibir merupakan satu pancainderaa yang bisa menyampaikan segala yang tersirat dan tersurat dengan mengeluarkan melaui berkata kata..

Bibir yang mungil dan gebu bisa meruntun jiwa yang memandang.. Ditambah pula dengan olesan gincu atau lipstik bertambahlah seri pemakai . Tapi warna apa yang sesuai ? Haaa bahagian ni selalu membingungkan kami kaum wanita.. Ada yang terlalu malu untuk bersiap maka dibiarkan bibir mereka tanpa sebarang gincu.. Ada juga sudah cukup jika hanya mengenakan lip balm.. Bagi wanita normal sudah memadai dengan mengenakan warna warna natural. Namun yang lebih berani mereka tidak gentar untuk mengenakan warna warna yang striking seperti MERAH PEKATTTT!!

Ya Mak Dara antara wanita wanita yang keliru seperti di atas.. Karang kalau pakai warna gincu yang neutral tak nampak pulak.. Kalau tak bergincu langsung bila keluar nampak terlalu pucat.. Namun semakin usia berganjak ke arah senja nan merah.. Maka mak pun mengambil keputusan untuk sesekali mencuba gincu MERAH SEMERAH MERAHnyaaaaa... 

merahnya dan meriah gincu merah mak dara ini bukan? lol

Haaaa bukan main merahhhhh bibior mak kali ni kan.. Ini semua pun berpunca dari teman Mak Dara juga.. Dia yang hadiahkan satu set gincu pada Mak.. Gincu itu dibeli oleh anaknya di London dan dihadiahkan pada Mak.. Orang memberi Mak Dara menerima dengan tangan dan bag makeup yang terbuka hehe.. Dan antara set itu terdapat warna paling merah ini.. (btw tq naz for the lipstics muahhhh)

Pada januari tahun hadapan Mak Dara bakal memasuki usia 40 tahun.. Jadi sebelum mak boleh digelar warga tua.. Dan sebelum orang menggelarkan mak orang tua tak sedar diri.. Maka pada usia akhir 30an ni lah masanya mak nak cuba segala galanya termasuklah gincu "merah ang ang" ni hehehe..

Haaaaa nampak tak bertapa Mak hanya mengenaakan gincu yang natural tona warna .. Namun kali ni mak tak mahu takut lagi dan mengenakan gincu semerah mungkin.. Sesuai ke tidak.. Itu tolak sebelah.. Yang penting bila dah tua bangka dan kertu nanti , sekurang kurangnya kita boleh katakan kepada anak anak cucu kita.. Alaaaa dulu masa opah muda muda Opah dah pakai dah semua warna warna ni!! Tak herannnn!!! hehehe.. Ok Moh Mak Dara kongsikan tips yang dikeluarkan oleh Majalah Wanita untuk memilih warna gincu yang sesuai mengikut kulit.

1. Kulit cerah Coklat muda dengan sedikit rona merah jambu segar untuk penampilan yang ceria. Bagi yang mahu tampil natural, pilih warna coklat jernih (honey). Rona coklat tua pula membuatkan anda tampak matang dan menyerlah. 2. Sawo matang Agar warna kulit lebih menonjol, pilih coklat tua. Coklat kopi memberi kesan eksotik manakala coklat karamel untuk penampilan natural. 3. Kuning langsat Warna coklat kemerahan memberi impak yang menyegarkan. Merah hati pula untuk penampilan dewasa. Bagi yang mahu tampil menggoda, gabungkan rona coklat dengan sedikit merah (plum). 4. Kulit gelap Rangkaian rona coklat amat sesuai untuk wanita yang berkulit gelap. Anda boleh bereksperimen dengan warna coklat gelap dengan sentuhan sedikit merah atau rona coklat muda.

Jadi pada yang tak biasa tu.. Sesekali moh kenakan gincu bibir yang striking miking camni.. Biar terjojol somi kita bila balik keje nanti.. Kompom tak cari lain hahahaha.. Selamat mencoba...
Muahhhh hehehe...

Sunday, October 2, 2016

Aku, Juri Dan Plus Size Model

PLUS SIZE .. Terdengar saja perkataan ini pasti terdetik di hati dan di minda orang akan "gemuk" "Tidak sihat" "orang yang tidak pandai menjaga badan".. Yaaa itulah antara yang akan bermain di fikiran hampir semua manusia normal .. Namun tahukah anda yang bergelar "PLUS SIZE" juga mempunyai perasaan .. mempunyai hati yang bisa tergores dengan anggapan sebegitu? Tidak semua yang berbadan PLUS SIZE tidak berjaya.. Tahukah anda bahawa terdapat ramaiiiiiii yang berbadan PLUS SIZE yang terdiri dari peguam, Doktor, CEO Syarikat and even menteri dan macam mmacam lagilah.. Yaaaa kebanyakkan mereka semua berjaya dan mungkin juga lebih berjaya dari mereka yang berbadan normal.. Jadi janganlah berat dan ukuran badan menjadi ukuran.. Jika Allah swt menjadikan semua manusia itu semuanya sama..normal , slim melim dan kurus.. Maka tiada keistimewaan antara kita lagi.. Tiada manusia yang unik .. And life would be boring jika semua kelihatan seragam dan sama bukan?? 

Haaaa panjang naw naw celoteh pembukaan mukadimah mak pagi ni.. Al maklumlah.. Sebab Mak Dara juga tergolong dalam kategori PLUS SIZE ni maka over sensitif hehe.. Ok berkenaan dengan tajuk yang mak utarakan.. AKU JURI DAN PLUS SIZE MODEL.. Apa kisahnya?

Ok kisahnya semalam Mak Dara telah dijemput untuk menjadi Juri bagi sebuah pertandingan pencarian PLUS SIZE Ambassador Search Malaysia   .  Macam tak percaya saja bila Mak mendapat panggilan dari teman Mak iaitu Datin Amyra Kay yang mahu Mak menjadi juri bagi pertandingan dan search ini.. Bak kata orang rezeki jangan ditolak. Dan Mak Dara pun menerima jemputan itu. Maka itu merupakan kali pertama Mak Dara menjadi juri untuk pertandingan seperti itu.. Moh Mak kongsikan beberapa gambar yang sempat diambil semalam ye..

JURI 
ADZA IRDAWATI (MAK DARA), DATO HAROON & DATIN AMYRA KAY

Antara peserta PLUS SIZE Ambassador Search Malaysia

Fuhhh kusyuk tak Mak Dara LOL

Haaa itu adalah antara gambar yang sempat diambil semalam.. Ada bakat tak Mak jadi Juri hehe.. Terdapat tiga juri untuk PLUS SIZE Ambassador Search Malaysia ini iaitu terdiri dari Mak Dara , Dato Haroon dan Datin Amyra Kay.. Dan para peserta yang datang semalam juga bukan calang calang peserta.. Kesemua mereka mempunyai bakat bakat dan kelebihan masing masing.. Ada juga peserta yang sanggup datang jauh dari penang semata mata mahu menyertai pertandingan ini.. Semangat betul mereka semua.. Dan semalam merupakan hari pertama untuk PLUS SIZE Ambassador Search Malaysia.. Hari ini adalah hari kedua .. Dengar khabarnya hari ni ramaiiiiiii peserta.. Fuh semoga majlis ini berjalan lancar hendaknya insyaa Allah.. Nak tahu siapakah bakal memenaangi PLUS SIZE Ambassador Search Malaysia ini tunggu nanti mak kasi hupdate ok.. Bye.. Assalammualaikum..

Kisah Di Sebalik Lagu Maal Hijrah

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita bersama-sama sekali lagi menyambut tahun baru Hijrah. Bersempena dengan ketibaan tahun baru Hijrah Mak Dara ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua muslimin muslimat dan pembaca blog mak ini. 

Setiap kali tibanya Maal Hijrah pastinya lagu MAAL HIJRAH ini akan dinyanyikan dan berkumandang. Cerita di sebalik lagu Maal Hijrah ni sebenarnya..  kalau anda nak tahu arwah somi Mak Dara, Martias Ali antara yang menyanyikan lagu ini bersama rakan rakan MUSIC SCHOOL UITM Shah Alam pada tahun 80an dahulu.. Merekalah yang original menyanyikan lagu ini dan dirakam di Studio Filem Negara dan mulalah lagu itu berkumandang di radio di seluruh Malaysia... 

Masa kecik kecik dulu Mak Dara selalulah menyanyikan lagu ini bila tibanya Maal Hijrah tanpa mengetahui bahawa Mak Dara bakal mengahwini salah seorang dari penyanyi yang menyanyikan lagi itu bila mak besar kelak hehehe.. What a small world kan ..

Kini lagu Mal Hijrah dah banyak versinya.. Dan banyak dinyanyikan semula dan salah satunya adalah dari kumpulan Al Ajiba di ataslah.. Mak cuba juga cari versi original yang dinyanyikan oleh somi Mak Dara tu tapi tak ada.. Syang betul kan.. Kalau tak boleh le anak anak mak dara dengar suara arwah papa mereka .

Mak Dara ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah dari Mak Dara dan keluarga.... Walaupun Maal Hijrah tahun ini arwah suami tidak berada di sisi.. Namun arwah tetap di hati.. Moga tahun baru ini kita semua lebih berjaya dan lebih bahagia dan moga hari-hari akan datang lebih baik dari hari sebelumnya Insyaallah dengan izin Allah swt.

Saturday, October 1, 2016

WANITA dan KERETA

Wanita dan Kereta..

" Kita perempuan tak payah ambil tahu apa apa pasal kereta"

"Buat apa nak tahu pasal kereta, boyfriend / hubby kan ada "

"Nak kemana boyfriend/hubby boleh tolong hantarkan"

"Boh minyak jalan jer"

Ya.. Mak Dara antara wanita yang berfikiran begitu suatu ketika dahulu. Suatu ketika suami Mak Dara masih ada.. 

Sepanjang bergelar isteri kepada arwah suami,  mak dara tak pernah pun mengambil tahu apa apa tentang kereta.. Bayangkkan lesen kereta yang dapat berkurun tahun yang lalu hanya digunakan semasa untuk renew aje.. Selain dari itu lesen itu hanya terperap dalam wallet dan tidak digunakan langsung kerana Mak Dara tidak pernah drive.. Ambil lesen pun hanya suka suka.. Kerana dalam fikiran Mak buat apa nak drive sedangkan kemana saja suami akan hantar..

Namun Allah lebih sayangkan arwah suami mak dan telah menjemputnya hampir tiga tahun lalu.. Dan pada ketika itulah mak dara sedar bertapa Mak dara terlalu mengambil mudah tentang segala galanya.. Termasuklah tentang kereta.. Bayangkan mak mempunyai 4 orang anak dan kesemua mereka harus ke sekolah dan pelbagai aktiviti kerja mak yang memerlukan mak drive untuk ke meeting dan sebagainya.. Nahhhh.. pada saat itu Mak Dara sedar tentang pentingnya kereta/kenderaan dalam kehidupan seharian..

Memang Mak akui mak mengambil masa berbulan juga untuk mak berani memandu kereta semula.. Dan calar dikereta tak payah cakaplah.. Hampir sekeliling kereta penuh dengan kesan calar dek asyik terlanggar dan bergesel semasa permulaan mak mula drive dulu..

Namun kejadian  terbaru membuatkan Mak Dara sedar.. Apabila tayar kereta mak rosak teruk.. Keadaan mungkin menjadi buruk dan mak mungkin tidak bernafas lagi jika tiada bantuan dari Allah swt.. 

Cuba bayangkan bertapa mak tidak tahu apa apa langsung mengenai kereta ataupun tayar sehingga tayar kereta mak dah sebegitu sekalipun mak hanya abaikan sahaja!!!! Sehinggalah tayar itu rosak dan mak terpaksa menukar tayar itu ke tayar yang baru.. Orang bengkel sehingga menggelengkan kepala melihat keadaan tayar kereta mak tu.. Katanya.. "lu banyak untung boleh selamat lagi dengan tayar ini macam"..

Dan kini Mak tekat untuk mengambil tahu serba sedikit mengenai kereta.. At least yang basic .. Sekurang kurangnya mak tak membahayakan diri sendiri atau keselamatan anak anak mak ketika kami menaiki kereta itu di masa hadapan.. 

Dan pada wanita yang sama seperti Mak.. Yang tak tahu apa apa langsung mengenai kereta.. Mak pasti ramai.. Massa untuk kita sedar bahawa kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada sesiapapun termasuklah kepada pasangan sendiri pun.. Kerana akhirnya diri kita harus melakukan segala galanya sendiri.. Sebelum menyesal lebih baik kita beringat dan berubah..

Tiba masanya kita belajar serba sedikit tentang fungsi fungsi kereta .. ambil tahu tentang tayar, minyak hitam, cara pam minyak, tentang air bateri , tentang break daan macam macam lagi.. Mari kita mula membaca tentang hal kereta.. Search atau google tentang penjagaan kerata dan sesuatu yang berkenaan dengan kereta.. Kita harus "CELIK KERETA" dan jangan biarkan ke"naif'an kita membahayakan nyawa kita sendiri.. Kita boleh!!! Wanita Boleh!!! Jika kita nekad mana tahu mungkin satu hari nanti kita lebih mengetahui lebih banyak tentang kereta dari lelaki.. hehe

Dan pada teman Mak yang membaca entry mak kali ini.. Yang mengetahui serba sedikit tentang kereta.. Tolonglah berikan tips atau nasihat untuk wanita yang 100% tak tahu apa apa tentang kereta ini ya.. Mana tahu nasihat anda dapat menyelamatkan nyawa.. 

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK