Friday, December 30, 2016

PROJEK 2017 #BLOGRETIS

PROJEK 2017 BLOGRETIS 


Assalam duhai teman.. Ada tak dengar kecoh kecoh tentang PROJEK 2017 #BLOGRETIS anjuran blogger terlebih pemes BRO FRAMESTONE ? Haaa mestilah anda tahu kannnn.. Pada yang dah tahu tu cepat cepat join projek Bro ni.. Takut nanti dia tutup penyertaan hehe.. Dan bagi yang tak tahu benda alah apa la PROJEK 2017 dan apa kecoh tentang hashtag #blogretis.. Meh Mak Dara nak habaq kat hangpa semua..

APAKAH PROJEK 2017 #BLOGRETIS 

PROJEK 2017 #BLOGRETIS anjuran blogger Bro Framestone adalah sebuah projek untuk melahirkan dan mengumpulkan kalangan VLOGER VLOGGER baru dan lama di dalam satu komuniti yang ditubuhkan oleh Bro di bawah Projek 2017 beliau.. Dan dimeriahkan lagi dengan hashtag #blogretis maka mudahlah untuk search segala kegiatan para peserta yang menyertai projek 2017 ini.. Tekan link hashtag je dah boleh tengok semua vlog terbaru para peserta.. Kan senang tu..

APA KATA BRO FRAMESTONE TENTANG PROJEK 2017 #BLOGRETIS 

Kata Bro Framestone..  #Projek2017 terbahagi kepada beberapa fasa. Untuk permulaan ini, Bro tengah mencari mereka yang berani untuk bercakap di depan kamera. Kata Bro lagi "Market sekarang ini, sanggup spend lebih duit untuk kandungan dalam bentuk video berbanding dalam bentuk bertulis. Ahhhh rasanya lagi mudah kalau Mak Dara biaq Bro sendiri yang terangkan dengan lebih jelas dan seclear clearnya pada korang.. Sila layan video dibawah..


Haaa amacam dah faham ke apa PROJEK 2017 #BLOGRETIS tu ?? Jadi bagi menyahut cabaran Bro maka Mak dara pun tak lepaskan peluang dan menjoinkan diri dengan memenuhi syarat pertama iaitu membuat live fb video selama lebih seminit.. Maka taraaa inilah video pertama Mak untuk PROJEK 2017 #BLOGRETIS 


Dan alhamdullilah penyertaan Mak Dara itu diterima.. Jadi pada teman tean blogger yang lain.. Apa tunggu lagi.. Moh le kita memeriahkan PROJEK 2017 #BLOGRETIS .. Yang nak join nanti boleh PM ikat tepi Bro di FB nya @ https://www.facebook.com/framestone ok.. Selamat berjaya untuk semua.. Dan untuk Bro.. Semoga kita dapat bekerja sama dan sama sama menaikkan industri BLOG dan VLOG insyaallah..


Thursday, December 15, 2016

Pelan Baharu Digi Pascabayar™

Assalam duhai teman Berita baik ! Berita Baik! Kini Digi telah tampil dengan 
Pelan Baharu Digi Pascabayar™


Digi telah melancarkan Pelan Baharu Digi Pascabayar™ yang menjanjikan lebih kuota internet kepada para pelanggannya. Dan yang lebih hebat apabila lebihan kuota iinternet yang tidak digunakan boleh dibawa dan diguna pakai ke bulan seterusnya!!! Haaa dalam sittuasi ekonomi kita sekarang ni memang kita harus lah mengamalkan sikap berjimat cermat dan dengan adanya plan seperti ini kita dapat dijauhkan dari sebarang pembaziran.

Pelan pascabayar Digi Postpaid 110 memberikan pengguna 25GB data hari biasa, panggilan tanpa had dan kini datang bersama data 4G tanpa had di hujung minggu. Sebelum ini, ia hanya memberikan 20GB hari biasa, 20GB data 4G hujung minggu dan panggilan tanpa had. Tetapi ia masih kekal dengan data boleh bawa ke depan sehingga 3GB, serta 1,000 SMS untuk digunakan setiap bulan. Fuhhh panggilan tanpa had dan 1000 sms sebulan.. Bolehlah kita bergayut dan bersms sampai lebammmmm!!!

Pelaan baru yang dipanggil "Digi Postpaid" bertujuan untuk menambah lebih nilai kepada pelanggan yang semakin hari semakin "sesak nafas" tanpa adanya internet hehe


Hanya dengan RM110 sebulan para pelanggan dapat menikmati kuota internet sebanyak 25GB sepanjang hari. Bukan itu sahaja para pelanggan juga bakal menerima penggunaan data tiada had 4G pada setiap hujung minggu, penggunaan panggilan tanpa had untuk semua rangkaian dan juga bakal menikmati rollover sebanyak 3GB

Dan bukan itu sahaja!!!! Dengan Pelan Baharu Digi Pascabayar inii para pelanggan menerima 2 aplikasi secara percuma. Aplikasi tersebut ialah CAPTURE 100GB dan juga aplikasi iflik selama 60 hari.

                    

Dan boleh dikatakan tiap kali hujung minggu Mak Dara akan menggunakan data tiada had 4G dengan menonton drama drama dan filem filem yang terdapat beribu ribu di iflix tanpa sebarang gangguan !! Fuhhhhh laju benor menonton iflix dengan data 4G tanpa had ni!!!! Macam macam filem dapat mak layari ! Ohhh nikmatnya... Bukan itu saja.. Dengan adanya data tiada had 4G pada setiap hujung minggu juga amat amat membantu Mak Dara dengan kegilaan Mak Dara ber LIVE di FACEBOOK... Maka mak dapat ber"LIVE" fb di mana sahaja tanpa risau jika tak cukup data hehe..

Dengan Pelan Baharu Digi Pascabayar yang juga menawarkan Roaming sebanyak 5GB + 60 min Perayauan ke 5 buah negara iaitu di Singapura , Thailand , Myanmar , Indonesia dan Brunei . 

Yup pada holiday mak dara dua minggu yang lalu ke Bukittingi Padang Indonesia bersama anak anak Mak.. Perayauan ini amat amat amat berguna!!!!!! Mak dapat berhubung bersama keluarga tercinta di KL dan tidak ketinggalan juga mak dara dapat melakukan beberapa kerja dari sana . Fuhhh Perayauan dari Digi ini memang banyak menyelamatkan Mak Dara jadi mak dara dapat siapkan beberapa kerja Mak Dara walaupun Mak Dara dalam percutian bersama keluarga..



Banyakkkkkk kuota 5GB dan ditambah lagi dengan 60 minit, memang setiap masa Mak Dara di sana asyik mengupdate segala aktiviti percutian Mak dara dan keluarga di social media ..

Dengan segala kelebihan yang ditawarkan oleh Digi dengan Pelan Baharu Digi Pascabayar takkan korang nak tengok saja dan biarkan tawaran hebat ini berlalu pergi begitu saja kannnn?? Jadi apa tunggu lagi jom la bertukar plan yang sedia ada ke Pelan Baharu Digi Pascabayar . Memang berbaloi baloi!!!

untuk info lanjut http://bit.ly/2g1Iurl
#DigiLetsInspire


Monday, December 5, 2016

KISAH SEORANG BALU

KISAH SEORANG BALU

Salam duhai teman.. Anda.. teman atau ahli keluarga anda ada yang bergelar seorang BALU.. ?" Dan mengalami depresi? Hari ini Mak Dara terpanggil unuk berkongsi KISAH SEORANG BALU.. Kisah kehidupan Mak Dara sendiri yang telah hampir tiga tahun menjadi seorang balu.. 

Tapi bila nak menulis ni agak rumit dan takut tak sampai apa yang nak mak dara nak sampaikan kepada korang.. Jadi.... Mak dengan gigihnya telah merakamkan sebuah video pendek khas untuk anda .. Luangkan sedikit masa untuk menontonnya ya.. Alaaa tak lama patblas jam tujuh belas minit jer.. ehhhh tak laaaa hanya beberappa minit sahaja durasi video ni..


Hmmmm begitulah kisah seorang yang bergelar Balu.. Hidup yang harus dijalani setelah kematian suami bukanlah satu perkara yang mudah.. Terlalu banyak onak dan ranjau harus kami hadapi.. Yang lebih menyedihkan jika bila ada yang memandang serong kepada yang berstatus balu.. Kenapa mereka tidak faham bahawa menjadi seorang balu bukanlah satu pilihan.. Tapi sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah swt kepada "hamba PilihanNya" . 

Mak Dara redha kerana menjadi salah seorang "hamba pilihaNya" ini bermakna Allah swt amat amat sayangkan Mak dan telah menganugerahi ujian ini untuk mak dan anak anak lalui.. Mak percaya bahaya Allah swt tidak pernah kejam pada umatnya.. Pasti ada pelangi yang menanti mak dan anak anak dipenghujung ujian ini Insyaallah..

Jadi kepada semua teman teman Mak Dara yang bergelar balu atau kepada anda yang mempunyai ahli keluarga atau teman yang bergelar balu.. Berilah sokongan dan support yang tiada henti kepada mereka.. Mereka amat amat memerlukan "bahu untuk menangis" pada ketika ini.. Semoga dengan bantuan dan sokongan anda mereka dapat BANGUN dan meneruskan sisa hidup dengan lebih bermakna dan bahagia insyaallah..

Mohon anda share video ini beramai ramai atau share kepada teman atau kenalan anda yang bergelar balu dan yang senasib seperti mak ya.. terima kasih semuaaaa.. Sayang korang ketat ketat muahhh....




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK