Saturday, January 14, 2017

Bila Tertulis Menjadi Milikku Selamanya Akan Menjadi Milikku

Bila Tertulis Menjadi Milikku Selamanya Akan Menjadi Milikku



Segala yang ada di dunia ini adalah hak Allah. Dan apa yang telah Allah takdirkan kepada kita, maka itulah menjadi hak kita hadiah dariNya dan takkan menjadi hak orang lain. 

Perkara ini baru sahaja berlaku kepada Mak Dara beberapa hari yang lalu ketika Mak Dara telah kehilangan gelang kaki emas mak.. Yaaa mungkin ada yang berfikir bahawa gelang kaki takdelah mahal mana pun kannnn.. Tapi gelang ini sangat berharga kepada Mak kerana ini antara beberapa barang yang dibeli arrwah suami mak dara hampir sepuluh tahun yang lalu. Maka gelang ini sungguh priceless bagi mak.

Ia berlaku apabila satu pagi beberapa hari yang lalu, mak dengan niat untuk merealisasikan azam 2017 mak untuk menguruskan badan telah ke gym yang terdapat di condo yang mak tinggal ini.. Setelah sejam lebih bersenam , mak pun pulang kerumah. Hanya sejam selepas iitu Mak Dara menyedari bahawa gelang kaki pemberian arwah kepada mak telah tiada di kaki. Puassss mak cari di rumah namun tak berjumpa. Menangis mak dibuatnya.. 

Mak kembali ke setiap inci laluan yang mak lalu untuk ke gym pagi itu. Namun dah berkali kali namun tetap tak berjumpa. Mak pulang dengan tangan kosong dan hampa.

Mak berfikir sendiri.. Sayangnyaaa hilang.. Sedangkan mak boleh berikan gelang itu kepada anak mak bila besar nanti sebagai tanda ingatan kepada pemberian arwah ayah mereka. walaupun gelang itu sangat nipisssss dan murahhhh masa arwah beli 10 tahun yang lalu tappi amat berharga pada kami.. Kemudian mak tawakal dan berdoa pada Allah. Dan mak berniat dalam hati .. Jika hadiah terakhir dari arwah ini telah tertulis untuk menjadi milikku maka kau ketemukanlah.. Jika sudah tertulis bahwa ia bukan lagi menjadi milikku maka akan aku redha.. Dengan lafas bismillah mak tawakal dan berjaalan untuk kali terakhir mencari gelang itu... Dannnnnnnnnn...

Seperti tak dapat mak percayai apabila mak terlihat gelang itu duduk cantikkk jer di satu sudut di tepi laluan yang mak lalu pagi tadi. Seperti tak percaya kerana mak sudahpun lalu di situ berkali kali sebelum itu. Dan ramai juga orang lalu di situ namun tidak pun disentuh sesiapa.. Syukur alhamdullilah..




Maka benarlah.. Bila Tertulis Menjadi Milikku Selamanya Akan Menjadi Milikku sehingga Allah menentukan sebaliknya.. gelang kaki mak hanyalah antara satu dalam sejuta contoh yang telah ditakdirkan menjadi milik seorang manusia.. terdapat berjuta lagi benda atau perkara boleh mengalami perkara seperti ini.. contohnya seperti perasaan sayang , kasih , cinta , suami, isteri dll.. semuanya akan menjadi milik kita jika telah ditakdirkan Allah namun jika sebaliknya dan kita harus kehilangan apa yang kita miliki maka REDHA lah.. Kerana pada akhirnya semua yang kita miliki TIDAK KEKAL kerana yang kekal hanyalah ALLAH swt..


Friday, January 13, 2017

Isabella Adalah......

Isabella adalah.. kisah cinta dua duniaaaa.... Haaa dari lagu itulah maka nama anak bongsu mak dara diberikan menjadi Adza Isabella.. Ni gara gara semasa dalam perjalanan ke hospital untuk bersalin dan lagu ini berkumandang.. Maka dengan kuasa vetonya arwah suami mak kata ok abang dah buat keputusan.. Nama baby kita ni Adza Isabella.. Walau pun agak terkedu kerana sudah pun berbulan lamanya dok mencari nama nama baby dan dah berbuah buku telah mak telah mencari nama yang sesuai.. tup tup dengan mudahnya suami mak dapat idea untuk baby kami ni.. Dek kerana dok menahan kesakitan nak bersalin tak kuaso mak nak lawan cakap arwah suami mak tu .. maka mak iyakan jer maka lahirlah ADZA ISABELLA di klinik bersalin Kampung Subang Selangor..

Dua hari lalu 11hb Jan 2017 maka genaplah umur anak bongsu Mak Dara iaitu Adza Isabella 10 tahun. Dan Mak Dara ada buat majlis yang sangat kecil sangat simple namun amat bermakna untuk kami sekeluarga..  Moh Mak Dara sharekan gambar gambar sekitar mahlis harijadi Adza Isabella tu ya..



Happy Birthday Adza Isabella!!!
 
Isabella bersama kakak , makcik dan sepupunya

Haaaa itulah antara gambor semasa majlis harijadi si Adza Isabella dua hari lepas.. Walaupun kecil tapi meriah dengan adanya adik adik dan anak anak buah.. Tak lama lagi birthday Mak Dara pulak pada 24hb Januari nanti nak tema apa agaknya ek hehehehe
Buat Adza Isabella.. Selamat hari jadi buat anak busyuk mama Adza Isabella Martias​ yang ke 10!!!!! Moga menjadi anak yang solehah dan dibawah lindunganNya selalu.. Mama akan buat apa sahaja untuk cuba membuatkan Belle gembira macam dulu.. Mama janji insyaallah dengan izin Allah.. Happy Birthdayyyy busyukkk...

Tuesday, January 10, 2017

Kenapa Wanita Takut Bila Tiba Umur 40 Tahun



Kenapa Wanita Takut Bila Tiba Umur 40 Tahun


Hidup bermula pada umur 40 tahun .. Atau bak kata omputeh Life begins at forty. Selalunya kalau kaum lelaki biarlah umur 40 ke 50 ke 60 ke.. Diorang cool jer kan.. Itu yang dapat mak lihat le.. nak kena tanya kaum lelaki le betul ke idok atau luaran cool tapi dalaman pun risau jugak.. Namun bagi kaum wanita bila nak masuk umur 40 tahun ni.. memang lain macam rasanya.. Macam macam berlegar di kepala bila nak mencecah umur 40 tahun.. KENAPA? Hmmmm mak pun tak tahu nak menjawabnya.. Ini kerana sejak kebelakangan ni mak pun dah mulai merasa penyakit ni.. Yup mak bakal menamatkan zaman bujang ehhhh hehehe tak takkkk.. maksud mak , mak bakal menamatkan zaman berumur 30an dalam masa dua minggu lagi. Ini kerana mak bakal berusia 40 tahun pada 24hb Januari depan.. Uwaaaaaa mak dah tuoooooooooooooo....

Ok mari mak kongsikan apakah antara perkara perkara yang membuatkan para wanita takut bila tiba umur 40 tahun.

1) MENOPAUSE
Menopause atau premenopause boleh bermula apabila seorang wanita menjangkau umur 40 tahun. Yaa ini merupakan perkara paling utama yang amat ditakuti oleh kaum wanita bila masuk umur 40 tahun.  Antara perkara yang terjadi akibat menapause ialah pada segi emosional . Wanita yang mengalami gejala ini amat mudah tersinggung, susah tidur dan gelisah. Ini disebabkan oleh berkurangnya kadar estrogen. Gejala berpeluh pada malam hari menyebabkan gangguan tidur sehingga membuatkan wanita menjadi mudah tersinggung. Jadi berhati hatilah apabila anda bersama dengan wanita berusia 40 tahun dan ke atas .. Sebab mereka ini mudah ter"SENTAP" hehe

2) TAHAP METABOLISME RENDAH
Kebanyakan wanita mengalami kenaikan berat badan sekitar 7 kilogram antara usia 40-55 tahun. Ini kerana tahap metabolisme menjadi semakin rendah. Jadi kena rajin bersenam dan makan makanan seimbang. Bukan senang nak bakar lelemak dalam badan tu bila dah masuk umur 40 tahun ni kak oiii.. 

3) TAHAP STRESS MAKIN MENINGKAT
Di usia 40 tahun ini tahap stres mulai naik, tidak mengira jika wanita itu berstatus bujang sudah berkahwin sudah mempunyai anak atau apa jua.. Pada tahap ini anda cepat merasa stress walaupun masalah yang dihadapi sebenarnya kecil. Tapi cubalah atasinya dengan tidur yang cukup , senaman dan mengambil makanan yang seimbang.. Insyaallah akan dapat mengurangi tahap stress anda..

Seseorang yang sudah mencapai umur 40 tahun bererti akalnya sudah sampai pada tingkat kematangan berfikir serta sudah mencapai kesempurnaan kedewasaan dan budi pekerti. Sehingga secara umum, tidak akan berubah kelakuan seseseorang yang sudah mencapai umur 40 tahun.saat sudah menginjak usia 40 tahun . 

Jadi pada mereka yang bakal atau sudahpun berusia 40 tahun dan ke atas Mak Dara doakan semoga anda tabah menjalani hidup dalam usia ini. Hendaklah kita semua meningkatkan rasa syukurnya kepada Allah juga kepada orang tua kita. Selalulah kita memohon kepada-Nya, agar diberi hidayah, taufik, dibantu, dan dikuatkan agar dapat mengharungi sisa sisa kehidupan kita pada masa hadapan.. Insyaallah Aamin 

Sebelum Mak Dara mengundurkan diri Mak nak kongsikan video live FB dari mak . Sebuah video mengenai diri mak yang sedang diambang 40 tahun .. Enjoy...



Thursday, January 5, 2017

Misi Mencari Azurina Binti Abdullah

Misi Mencari Azurina Binti Abdullah


Anda kenal dengan wanita bernama  Azurina Binti Abdullah? Siapa gerangannya Azurina Binti Abdullah ni.. Sebenarnya Mak Dara pun tak kenal siapa wanita ini. Cuma Mak Dara ada terbaca di facebook kisah seorang anak yang bernama Natasha Sairah yang sedang dalam misi mencari ibunya yang telah hilang hampir 23 tahun lamanya. 



Natasha juga meminta agar teman teman dan orang ramai untuk membantunya mencari ibunya itu dengan berkongsi dan share mengenai pencariannya di media sosial. Hmmm Mak Dara tak dapat bayangkan bagaimana membesar tanpa kasih sayang seorang ibu.. Tambahan pula tidaj tahu dimana gerangannya si Ibu.. Jadi Mak Dara kongsikan kisah ini manalah tahu kot kot ada yang kenal dengan ibu gadis ini..

Semoga Adik Natasha tabah dan semoga pencarian adik bertemu dengan ibu kandung adik akan dipermudahkan insyaa Allah Aamin. Dan pada sesiapa yang mengenali Ibu Natasha ini bolehlah hubungi beliau di FB nya di SINI ya.. Atau kalau anda sama sama nak bantu dalam misi mencari Azurina Binti ABdullah silalah share post ini ya Terima kasih.




Wednesday, January 4, 2017

Throwback WORDLESS WEDNESDAY




Viral Kisah Peniaga Paling Jujur

Viral Kisah Peniaga Paling Jujur Di Malaysia

Assalam duhai teman.. Sungguh Mak Dara tak sangka perkongsian Mak Dara tentang pengalaman Mak Dara bersama seorang peniaga yang paling jujur dan status Kisah Peniaga Paling Jujur menjadi Viral di FB. Di bawah adalah nukilan yang mak tuliskan di FB Mak..

Subhanallah.. masih wujud peniaga yang benar benar jujur sejujurnya seperti adik Safwan ni.. Tempoh hari saya telah call dia utk dtg dan repairkan dua buah hp saya.. Bukan saja harga repairnya sangat sangat sangat berpatutan tapi servisnya juga sangat cepat dan bagus.. siap dapat free gift tempered glass.. Repair depan mata so takde la kes kes macam hantar di kedai repair lain dan barang ori dicuri dan di ganti dengan barang tipu.. setelah selesai harga yg perlu dibayar ialah RM420 ( utk repair dua buah hp hokayyy murahhh kannn) bila nak dibayar RM450 adik ni takde duit balance jadi saya minta anak utk transfer Rm20 ke maybank2u beliau.. Tup tup pagi ni dpt msg dari adik safwan ni cakap anak saya dah tersalah bankin sepatutnya hanya RM20 tapi dibankinnya RM420 full amout.. Jadi dia nak pulangkan balik duit pada saya.. Subhanallah jujurnya kau dik.. Boleh jer kalau dia nak buat diam sebab saya pun tak perasan langsung.. Kau memang peniaga yang sangat jujur dan rare dik.. Akk doakan semoga Allah swt memberkati usaha dan perniagaan adik yg sangat jujur ini.. Aamin..


Tak sangka pula kisah ni mendapat beribu ribu like dibeberapa buah group FB seperti group Iphone User Malaysia dan yang terbaru telah menjadi Viral di page Aliff


Mak Dara tak sangka pulak perkongsian Mak tu bakal menjadi viral.. Rasa rasanya adik Safwan ni lagi lah tak sangka kan.. Apa apapun kisah baik kalau dikongsi tak salah rasanya mungkin dapat memberi semangat kepada semua peniaga di luar sana untuk menjadi seorang peniaga jujur seperti adik Safwan ni Insyaallah..

Buat adik Safwan.. Semoga perniagaan adik semakin berkembang maju dan semoga kejujuran adik dalam meniaga mendapat balasan terbaik dari AAllah swt insyaa Allah..


Tuesday, January 3, 2017

Sekolah Sesi 2017 Riaksi Mak VS Anak

Sekolah Sesi 2017 

Assalam duhai teman.. Pada 3hb Januari 2017 maka bermulalah sesi persekolahan tahun 2017.. Ramai anak anak tidak sabar dan amat seronok untuk ke sekolah dan bertemu semula dengan rakan rakan kelas yang lama dan yang baru. Rasanya bukan saja anak anak yang gumbira.. Ibu bapa juga pasti turut gembira dan teruja kannn?? hehe

Itu yang berlaku pada Mak Dara apabila bermula saja sesi persekolahan 2017 ni Mak sangat teruja.. Bukan saja sebab anak anak Mak akan mula menimba ilmu di sekolah masing masing.. Tapi yang paling best ialah apabila ketiga tiga anak dara Mak dara bersekolah pada sesi pagi! Makanya Mak Dara mempunyai masa untuk diri sendiri dari jam 7 pagi hingga jam 2 petang.. Ohhhhh speechlessss heheheeh . Moh mak kongsikan riaksi Mak Dara VS anak mak apabila sekolah bermula hari ni ya.. 


Hehehe.. Takdelah.. Saja je melaawak.. No joking no fun la kan.. Hehehe..

Jom ke sekolah
dari kiri Adza Danina , Adza Kasih & Adza Isabella

Alhamdullilah lah.. Mak Dara mendapat riaksi yang positif dari anak anak mak dara pagi tadi.. Semoga anak anak anda juga mempunyai aura yang positif untuk memulakan persekolahan pada tahun ini dan semoga anak anak kita berjaya dalam pelajaran dan dalam kehidupan Insyaa Allah..

Selamat kembali kesekolah semula anak anak!!!!





Sunday, January 1, 2017

Ucapan Selamat Tahun Baru Buat Sahabat

As salam duhai teman.. Di sini Mak Dara nak ambik kesempatan dan ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU buat semua yang mengenali, yang mengenali dan juga yang mungkin juga tidak mahu mengenali diri Mak yang senget ini hehe.. Mak tak pandai nak bermadah.. Jadi mak kongsikan video ucapan selamat Tahun Baru Buat Sahabat oleh Irama Nada Cinta khas buat anda.. 



Tahun baru tiba lagi
Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari , 

hari berganti bulan dan kini..

tahun juga bakal diganti lagi
Apa yang telah kau kecapi dan nikmati pada tahun yang lalu
Adakah kau belajar dari kesilapan
Atau kau semakin berani bersama pengalaman
Adakah duka menemanimu selama itu
Atau kau lena diulit kebahagian yang tiada berbucu
Apakah azammu telah tertunai
Atau punah bersama harapan
Selamat tinggal duka, sedih , pilu dan cita yang tidak kesampaian
Akan ku titipkan segala impian ku di tahun mendatang
Semoga menjadi kenyataan
Selamat tahun baru sahabat
Walau apa yang menanti kita nanti.. harus tabah menghadapi

Mak Doakan semoga tahun 2017 akan membawa lebiih sinar kebahagian untuk kita semua insyaallah...

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK