Wednesday, July 12, 2017

KISAH SEORANG BALU

KISAH SEORANG BALU

Salam duhai teman.. Dah lama kita tak bersiaran. Dah hampir bersarang blog mak dara ni kan hehehe..... Tapi jangan gusar.. Mak Dara masih di sini bersama kalian.. belum masa ntuk mengundur diri dari dunia blog ini.. Insyaallah.. Selagi bernafas.. tulis.. tulis.. dan terus menulis..

Hari ini Mak dra mahu berkongsi dengan anda kisah tentang BALU.. Yup satu perkataan namun beribu makna bagi yang memegang gelaran ini..

Anda.. teman atau ahli keluarga anda ada yang bergelar seorang BALU.. ?" Dan mengalami depresi? Hari ini Mak Dara terpanggil unuk berkongsi KISAH SEORANG BALU.. Kisah kehidupan Mak Dara sendiri yang telah hampir tiga tahun menjadi seorang balu.. 

Tapi bila nak menulis ni agak rumit dan takut tak sampai apa yang nak mak dara nak sampaikan kepada korang.. Jadi.... Mak dengan gigihnya telah merakamkan sebuah video pendek khas untuk anda .. Luangkan sedikit masa untuk menontonnya ya.. Alaaa tak lama patblas jam tujuh belas minit jer.. ehhhh tak laaaa hanya beberappa minit sahaja durasi video ni..


Hmmmm begitulah kisah seorang yang bergelar Balu.. Hidup yang harus dijalani setelah kematian suami bukanlah satu perkara yang mudah.. Terlalu banyak onak dan ranjau harus kami hadapi.. Yang lebih menyedihkan jika bila ada yang memandang serong kepada yang berstatus balu.. Kenapa mereka tidak faham bahawa menjadi seorang balu bukanlah satu pilihan.. Tapi sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah swt kepada "hamba PilihanNya" . 

Mak Dara redha kerana menjadi salah seorang "hamba pilihaNya" ini bermakna Allah swt amat amat sayangkan Mak dan telah menganugerahi ujian ini untuk mak dan anak anak lalui.. Mak percaya bahaya Allah swt tidak pernah kejam pada umatnya.. Pasti ada pelangi yang menanti mak dan anak anak dipenghujung ujian ini Insyaallah..

Jadi kepada semua teman teman Mak Dara yang bergelar balu atau kepada anda yang mempunyai ahli keluarga atau teman yang bergelar balu.. Berilah sokongan dan support yang tiada henti kepada mereka.. Mereka amat amat memerlukan "bahu untuk menangis" pada ketika ini.. Semoga dengan bantuan dan sokongan anda mereka dapat BANGUN dan meneruskan sisa hidup dengan lebih bermakna dan bahagia insyaallah..

Mohon anda share video ini beramai ramai atau share kepada teman atau kenalan anda yang bergelar balu dan yang senasib seperti mak ya.. terima kasih semuaaaa.. Sayang korang ketat ketat muahhh....

Mak Dara berharap dengan perkongsian mak dara mengenai isu BALU ini dapat membuka mata anda mengenai segala keperitan dan kesukaran yang terpaksa kami alami. Bukan niat untuk meminta simpati jauh sekali untuk mencari perhatian.. Sekadar berkongsi apa yang telah lama terpendam.. Jika anda mengenali seseorang yang bergelar balu.. tiada apa yang lebih baik untuk anda lakukan selain dari support dan sokongan . Itu lebih bermakna dari segala galanya. 



Mohon Dipulihkan Dalam Sujud Terakhir

Assalam duhai teman..Tiba tiba terbuka dan terbaca kembali majalah majalah yang tersusun cantik di atas meja . Dan tersenyum sendiri dek terlihat tentang artikel mak dara yang keluar di majalah MINGGUAN WANITA. Alhamdullilah ada juga wartawan yang sudi untuk interbiu mak untuk di masukkan ke dalam majalah mereka.. Ingatkan kisah ibu tunggal macam mak ni takde yang istimewa untuk dikongsi bersama pembaca tapi siapa sangka Majalah Wanita sudi untuk memasukkan sedikit cebisaan kisah Mak yang bergelar balu dan ibu tunggal ini dalam satu artikel di majalah hebat seperti MINGGUAN WANITA.. Rasa sungguh terharu dan honored.. Terima kasih kepada wartwan Akmar yang telah menghubungi Mak Dara dan menyampaikan hasratnya untuk menemubual Mak di rumah.. Ok mari Mak Dara kongsikan kembali gambor mak di majalah mereka dan sesi disebalik tabir di rumah Mak Dara ye..Kira kiranya macam throwback gitu hehe..




Haa inilah ghopenye Mak Dara di dalam Majalah Mingguan Wanita untuk issue bulan Mei 2016. Antara yang dihighlightkan dalam artikel ni mengenai kerjaya dan penglibatan Mak Dara sebagai penulis skrip drama selama dua puluh tahun, tentang cabaran dan dugaan setelah kehilangan arwah suami Mak Dara Martias Ali kerana sakit Lymphoma (kanser darah stage 4) pada 29hb mei 2014 yang lalu, tentang bagaimana mak dara lalui hari hari sebagai balu dan ibu tunggal dan kisah tentang Mak Dara membesarkan anak anak seorang diri.. 

Hmmm sebenornye memang artikel ini menyentuh perasaan Mak Dara . Kerana selama ini mak sering sahaja mendengar tentang kisah ibu tunggal dan anak anak yatim dan tidak pernah terlintas dikepala Mak bahawa mak juga akan menerima nasib yang sama pada usia mak 37 tahun dua tahun lalu.. Kini menceritakan kisah mak sebagai ibu tunggal amat amat susah untuk diluahkan semasa sesi temuramah bersama wartawan akmar namun mak cuba gagahi walaupun ada beberapa ketika berderai juga air mata di pipi tatkala menceritakan saat saat terakhir arwah suami mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Dan saat saat Allah swt memberikan mak dara "petunjukNya" di sujud mak yang terakhir.. Hmmm panjang kisahnya kalau nak ceritakan di sini.. Tapi kalau ada yang sudi nak tahu lebih lanjut bolehlah dapatkan MAJALAH MINGGUAN WANITA keluaran isu mei ye.. Cover depannya ialah Rozita Che Wan dan anaknya yang chomeyyy loteeyyy si ecah tu..

cover untuk isu mei 2016

Ok mari mak kongsikan beberapa keping gambor disebalik tabir semasa sesi interview bersama wartawan Akmar dan jurufotonya dii rumah Mak Dara ya..

sesi interview Mak Dara bersama wartawan Akmar 

Mak tengah dok pikir apa nak jawab hehe

time ni jenuh tahan nafas kasi nampak slim hehe

sesi bergambor di bilik dan juga dimana juga adalah home office mak

tudung tudung dari jenama mak dara iaitu ADORABELLE
yang akan mak dara keluarkan pada bulan puasa nanti


Jutaan terima kasih kepada wartawan Akmar , jurufoto kerana sudi menemubual Mak Dara dan terima kasih tak terhingga kepada MAJALAH MINGGUAN WANITA kerana mengongsikan perjalanan dan kisah hidup Mak Dara ini.. Semoga kita dapat bekerjasama lagi nanti in syaa allah.. 


Kenapa Wanita Takut Bila Tiba Umur 40 Tahun


Kenapa Wanita Takut Bila Tiba Umur 40 Tahun


Hidup bermula pada umur 40 tahun .. Atau bak kata omputeh Life begins at forty. Selalunya kalau kaum lelaki biarlah umur 40 ke 50 ke 60 ke.. Diorang cool jer kan.. Itu yang dapat mak lihat le.. nak kena tanya kaum lelaki le betul ke idok atau luaran cool tapi dalaman pun risau jugak.. Namun bagi kaum wanita bila nak masuk umur 40 tahun ni.. memang lain macam rasanya.. Macam macam berlegar di kepala bila nak mencecah umur 40 tahun.. KENAPA? Hmmmm mak pun tak tahu nak menjawabnya.. Ini kerana sejak kebelakangan ni mak pun dah mulai merasa penyakit ni.. Yup mak bakal menamatkan zaman bujang ehhhh hehehe tak takkkk.. maksud mak , mak bakal menamatkan zaman berumur 30an dalam masa dua minggu lagi. Ini kerana mak bakal berusia 40 tahun pada 24hb Januari depan.. Uwaaaaaa mak dah tuoooooooooooooo....

Ok mari mak kongsikan apakah antara perkara perkara yang membuatkan para wanita takut bila tiba umur 40 tahun.

1) MENOPAUSE
Menopause atau premenopause boleh bermula apabila seorang wanita menjangkau umur 40 tahun. Yaa ini merupakan perkara paling utama yang amat ditakuti oleh kaum wanita bila masuk umur 40 tahun.  Antara perkara yang terjadi akibat menapause ialah pada segi emosional . Wanita yang mengalami gejala ini amat mudah tersinggung, susah tidur dan gelisah. Ini disebabkan oleh berkurangnya kadar estrogen. Gejala berpeluh pada malam hari menyebabkan gangguan tidur sehingga membuatkan wanita menjadi mudah tersinggung. Jadi berhati hatilah apabila anda bersama dengan wanita berusia 40 tahun dan ke atas .. Sebab mereka ini mudah ter"SENTAP" hehe

2) TAHAP METABOLISME RENDAH
Kebanyakan wanita mengalami kenaikan berat badan sekitar 7 kilogram antara usia 40-55 tahun. Ini kerana tahap metabolisme menjadi semakin rendah. Jadi kena rajin bersenam dan makan makanan seimbang. Bukan senang nak bakar lelemak dalam badan tu bila dah masuk umur 40 tahun ni kak oiii.. 

3) TAHAP STRESS MAKIN MENINGKAT
Di usia 40 tahun ini tahap stres mulai naik, tidak mengira jika wanita itu berstatus bujang sudah berkahwin sudah mempunyai anak atau apa jua.. Pada tahap ini anda cepat merasa stress walaupun masalah yang dihadapi sebenarnya kecil. Tapi cubalah atasinya dengan tidur yang cukup , senaman dan mengambil makanan yang seimbang.. Insyaallah akan dapat mengurangi tahap stress anda..

Seseorang yang sudah mencapai umur 40 tahun bererti akalnya sudah sampai pada tingkat kematangan berfikir serta sudah mencapai kesempurnaan kedewasaan dan budi pekerti. Sehingga secara umum, tidak akan berubah kelakuan seseseorang yang sudah mencapai umur 40 tahun.saat sudah menginjak usia 40 tahun . 

Jadi pada mereka yang bakal atau sudahpun berusia 40 tahun dan ke atas Mak Dara doakan semoga anda tabah menjalani hidup dalam usia ini. Hendaklah kita semua meningkatkan rasa syukurnya kepada Allah juga kepada orang tua kita. Selalulah kita memohon kepada-Nya, agar diberi hidayah, taufik, dibantu, dan dikuatkan agar dapat mengharungi sisa sisa kehidupan kita pada masa hadapan.. Insyaallah Aamin 

Sebelum Mak Dara mengundurkan diri Mak nak kongsikan video live FB dari mak . Sebuah video mengenai diri mak yang sedang diambang 40 tahun .. Enjoy...




Thursday, June 15, 2017

Tweet Batal Puasa Paling kelakar

Dah menjadi kelaziman apabila tiba sahaja tarikh tarikh yang penting pasti akan ada quote atau kata kata ucapan yang akan ditujukan . Seperti hari jadi , ulangtahun anniversary, perkahwinan dan termasuklah ucapan menyambut bulan ramadhan dan hari raya.. Quote quote yang tular di media soial ada yang berbentuk ucap selamat , nasihat , gembira , sedih dan kelakar yang tersebar di media sosial seperti di FB, Instagram , Twitter dan banyak lagi.. Namun antara semua itu yang menarik dan paling kelakar yang telah menarik perhatian para netizen adalah twwet tweet di bawah.. cer korang baca dan hadam..




Haaaa naik cramp perut mak dara membaca tweet tweet diorang ni.. Serius kelakar gila.. Kreatif betul diorang ni sampai twwet mereka menjadi tular dan dishare di apliskasi WhatsApp , FB dan banyak lagi..

Ok lah.. Mak tak nak la celoteh banyak banyak lagi.. Batal puasa baca semua tweet tweet ni sebab makan hati 🤣🤣🤣


Wednesday, May 31, 2017

Buffet Ramadhan Berbaloi Baloi Di Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak

Ramadhan Tiba..
Ramadhan Tiba..
Marhaban Ya Ramadhan.. 
Marhaban Ya Ramadhan

Assalam duhai teman.. Ramadhan tiba lagi.. anda tengah bercadang untuk mencari tempat untuk berbuka puasa bersama keluarga , tersayang, tercinta dan bersama ehem ehem.. tapi takde idea nak kemana? Kalau pun ada idea tapi boleh dikatakan rata rata harga buffet untuk berbuka puasa yang ditawarkan boleh mencecah hingga ratusan ringgit.. Kalau setakat makan sorang sorang rasanya takde masalah dan masih boleh tersenyum lagi.. Tapi kalau kau dah berniat nak belanja satu family dari tersenyum boleh buat menangis bila terima bill nanti.. betul tak? Jadi macam mana.. masih mahu mencari buffet berbuka puasa yang terbaik tetapi amat BERBALOI BALOI? Haaa tak perlu menangis di bucu katil lagi.. Moh Mak Dara bawakan anda ke sebuah restoran yang menyediakan BUFFET RAMADHAN yang benar benar berbaloi untuk dikunjungi untuk tahun 2017 ini.. BERBALOI BALOI TU BERAPA??? Buffet ramadan hanya RM49.90 per pax . Dan bukan di sebarangan restoran tauuuu.. Tetapi di sebuah restoran yang sangat TERKENAL dan sangat eksklusif iaitu di Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak 


Dahulunya Restoran Nelayan Titwangsa @ Gombak dikenali sebagai “ Lagenda Stemboat di Kuala Lumpur” yang mengusahakan Restoran Terapung pertama di Malaysia. Kini restoran ini telah berpindah di Batu 8 ¾ Gombak pada tahun 2011 dan diberi nama baru iaitu  Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak.
Haa mana lagi nak dapatkan harga buffet serendah ini.. Nak nak lagi ditawarkan oleh sebuah restoran yang terkemuka di ibukota ini.. Haa moh Mak Dara kongsikan sedikit apa yang disajikan di buffet @ Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak.

MAIN MENU
Steamboat dan Grill
Menu Masakan Ghani Amat
Menu Masakan Asia
Masak Lives ( Hidang Terus Dari Dalam Kuali)
Daging Gulai Kawah Tanjung &
Daging Salai Masak Nasi Lemak Seremban


STALL SELECTION
Sop Selection
Noodles Selection
Desert Selection
Snack Selection


DRINK SELECTION
Teh Tarik Special
Cendol
Beraneka Minuman Kordial
Coffee and Tea

 
 
 
 
Bukan sahaja anda akan berbuka dengan dihidangkan dengan makanan yang enak enak, malah setiap hari akan ada bacaan alquran sebelum berbuka puasa Dan bukan itu sahaja... Anda juga akan berbuka puasa bersama alunan azan oleh ustaz ustaz muda ini.. Subhanallah indahnya pengalaman berbuka di Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak

bacaan alquran sebelum berbuka puasa

alunan azan oleh ustaz muda

FASILITI
Restoran Nelayan Gombak mempunyai kapasiti seramai 300 orang pasa satu masa . Dekorasi yang berkonsepkan klasik dan tradisional pasti akan memberikan pandangan yang menarik semasa menjamu selera disini . Di Ruangan Restoran ini juga boleh dijadikan lokasi majlis perkahwinan bagi mereka yang inginkan majlis berkonsep garden dan tradisonal klasik.

PARKING

Para Pelanggan tidak perlu risau dengan kemudahan parking yang disediakan di Restoran Nelayan ini. Disini terdapat 3 ruang parking yang mampu menempatkan sehingga 100 buah kereta.

SURAU

Disini juga disediakan kemudahan Surau untuk muslimah dan muslimat menunaikan kewajipan mereka. Didalam Surau ini boleh memuatkan sehingga 30 orang pada satu masa.

Haaaaaa.... Bukankah berbaloi baloiiii untuk berbuka puasa di Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak ini??? Berbaloi kan!!! Haruslah..!! Jadi jangan tunggu lagi.. Jom berbuka puasa di Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak

Restoran Nelayan Gombak

Batu 8 3/4, Jalan Gombak Utara, KL

untuk tempahan sila hubungi nombor dibawah:

03 6185 8400

013 223 7228

013 296 7228

019 293 1397

Email: nelayangombak@gmail.com

Instagram: @restorannelayangombak

Facebook: Restoran Nelayan Gombak




Monday, May 29, 2017

Perjalanan Menuju Abadi

3 tahun yang lalu pada waktuu hening pagi 29hb Mei 2014, Martias asyik terjaga dari tidurnya mungkin juga kerana sakit selepas operate stensing buah pinggang yang dijalaninya sehari sebelumnya. Nafasnya juga semakin terganggu. Saya meminta nurse memanggilkan doctor namun katanya doctor tak ada maka nurse memberikan oxygen dan menyuruh martias bernafas perlahan lahan. Makin lama makin sesak nafasnya dan semakin saya mendesak nurse mencarikan doctor untuk melihat keadaan suami saya ini. 

Saya masih ingat lagi walauppuun semakin sukar untuk bernafas namun martias menarik oxygen dari mulutnya sambil bibirnya terkumat kamit mengucap. Saya Tarik dan letakkan kembali oxygen ke wajahnya namuun tiap kali saya berbuat begitu tiap kali itu juga pasti dia akan menarik oxygen dari wajahnya dan terus mengucap.. saya kata padanya bang.. pakai oxygen ni.. abang ngucaplah dalam hati pun takpa Allah dengar bang.. Namun dia tetap berdegil dan tetap menarik oxygen dan kelihatan mulutnya terkumat kamiit dalam kesukaran untuk menyebut syahadah.. luluh hati melihat keadaannya saat itu.. begitu cintanya dia pada sang pencipta lebih dari nafasnya. Aku berdoa pada Allah supaya tariklah penyakit suamiku ini tak sanggp melihat dia tersiksa..

Beberapa ketika pernafasannya semakin merosot.. Tiba tiba keluar dari mulutnya "hantar icu" terkejut saya dibuatnya dan terus menjerit memanggil nurse dan tatkala itu juga kedengaran azan subuh berkumandang. Saya kembali ke katil dan memegang tangannya. Kali ini nafasnya semakin sesak dan sukar dan seraya hampir kehujung azan subuh itu seraya itu juga mata martias melihat tepat ke atas dan terus tidak sedarkan diri lagi.. Pada waktu itu rasanya hampi saatu wad itu dapat mendemgar suara saya memanggil suami saya dan pada saat itu barulah doctor datang ..

Kaki saya jadi lemah dan ditarik ketepi oleh nurse. Doktor dan nurse mula kalut cuba menyedarkan kembali martias, mereka sempat memberi cpr dan martias kembali bernafas . Segala kelengkapan pernafasan kini diberikan kepadanya.

Saya berkeras memujuk doctor untuk memasukkan suami saya ke ICU namun kata mereka harus mengikut procedur dan saya harus menunggu. Kini badan martias dipenuhi wayar wayar dan alat membantu pernafasan. Beberapa jam selepas itu barulah mereka membawa suami saya masuk ke ICU

Di ICU barulah doctor menerima laporan ujian yg mereka jalankan dan memaklumkan pada saya bahawa suami saya mengidap Lymphoma tahap 4. Hasil laporan yang martias tunggu hampIr berminggu akhirnya baru dikeluarkan pada saat dia koma.

Pada saat ini doctor memanggil saya ke dalam billik menunggu ICU dan memberitahu keadaan suami saya.. Bagaikan dipanah petir apabilla doctor menyatakan suami saya mungkin tidak dapat survive lebih dari 48 jam... kepala saya terus ingatkan 4 orang anak anak kami dirumah.. Mereka harus jumpa papa mereka..

Kini sanak saudara dan para sahabat semakin memenuhi ruang menunggu. Ramai juga para pelakon yang pernah bekerjasama bersama martias turut hadir . Tak putus putus bacaan yasin dibacakan. Saya merapati ibu mertua saya dan saya mohon agar mak halalkan semua makan minum dan ampunkan dosa dosa martias dan dengan air mata mak mengangguk. Selama saya menjadi isteri kepada Martias dia tak pernah lupakan tangungjawabnya terhadap mak dan arwah abah. Dia memang anak yang baik terhadap mereka.. teringat lagi kata katanya beberapa minggu sebelum itu.. Tahun ni kalau filem abang meletop kita beli rumah di rawang tu dan kita renovate dan jaga mak. ya dia memang sayangkan mak...

Saya dipanggil lagi beberapa kali ke bilik oleh doctor dan setiap kali saya dipanggil setiap kalli itu juga saya disampaikan berita buruk.. Mulanya doctor memaklumkan bahawa organ martias satu persatu tidak berfungsi .. Daan setiap kali berita disampaikan kepala saya hanya terkenangkan anak anak. Teringat lagi saat ini saya bersama adik ipar saya am sama sama berada menerima berita itu. Kaki dan seluruh badan saya tanpa disedari bergetar tanpa dapat dikawal. Saya mohon pada doctor untuk benarkan anak ketiga dan bongsu saya untuk masuk melawat papa mereka. Walaupun undang undang tak benarkan anak bawah 12 tahun untuk masuk namun doctor benarkan. Kini saya bersama semua anak anak berada di sisi buat kali terakhir . Melihat satu persatu anak anak yang membacakan yasin buat papa mereka buatkan hati saya hancur.. Kita memang insaan terpilih nak..

Akhirnya anak anak dipannggill keluar. Kini doctor sampaikan berita bahawa otak martias tidak lagi berfungsi dan dia kini 100 peratus bergantung pada mesin hayat. Kini saya berada dalam mimpi.. Seperti saya selalu menulis di skrip babak ini benar benar telah berlaku pada saya.. Saya kucup dahinya da pegang tangannya yang semakin membekku.. Saya bacakan syahadah padanya sambil seoranng anak saudara saya sedang membacakan yasin di hujung kakinya dan pada saat itu juga kelihatan denyutan nadi semakin merosot doctor meminta saya ketepi buat kedua kali.. Dan kali itu saya tahu bahawa saya telah kehilangan suami saya.. ayah kepada anak anak saya... imam saya...
Martias Mohd Ali telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 10:41 malam 29hb Mei 2014





5.10.1968 - 29.5.2014
AL FATIHAH

Sunday, May 28, 2017

SALAM RAMADHAN 1438H

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



*Maaf* sekiranya pernah menyakiti,
*Maaf* sekiranya pernah menghina,
*Maaf* sekiranya pernah terkasar,
*Maaf* sekiranya pernahmembohongi,
*Maaf* sekiranya pernah menyinggung,
*Maaf* sekiranya pernah mengumpat,

menjelang 1 Ramadhan 1438 ini Mak Dara ingin memohon kemaafan kepada semua pembaca blog Mak Dara.. Sekiranya Mak pernah melakukan kesalahan sepanjang perkenalan kita... Sesungguhnya yang buruk datang dari diri ini sendiri dan yang baik sentiasa dari  *اللهِ*
Selamat Berpuasa..

Monday, May 22, 2017

Layanan Buruk Dari Staff TBM ELECTRICAL di Setapak Sentral

Harapan untuk membeli Air Fryer untuk memudahkan memasak pada bulan puasa terbantut apabila Mak Dara telah dilayan dengan sikap kurang ajar seorang staff di kedai menjual barangan elektrik TBM ELECTRICAL di Setapak Sentral Mall tengah hari tadi.. Tak pernah dilayan seburuk itu di mana mana kedai apa pun .. Mak Dara tak pasti apa masalah pekerja itu yang asyik mengeluh dan mengeluh dan mengeluh sambil bertutur dalam bahasa ibundanya seakan memarahi mak dara.. Mak hairan kenapa dia melayan mak begitu .. rasanya dia marah kerana dia telah mendapatkan kotak untuk air fryer yang pertama dan dia terpaksa simpan semula kotak itu kerana mak mahu mendapatkan jenis air fryer yang kedua... ohhhhh come on.. tau tak kalau pekerja yang bekerja di kedai kasut , seorang salesman itu kena ulang alik bertukar saiz kasut hampir 4-6 pasang atau mungkin lebih hanya untuk membuat sale beberapa puluh ringgit sahaja tanpa rungutan.. dan itu belum tentu pelanggan akan beli..  Ini Mak baru minta tukar sekali sahaja dan dia terus melenting seperti itu? Dengan harga barang bukan seringgit dua.. like seriously? Mak turut cakap bahawa jika permintaan mak itu terlalu menyusahkan dia, mak akan beli sahaja air fryer yang telah dia bawakan itu.. Mak dara turut nak serahkan kad credit mak padanya tapi dia tetap mengeluh dan mengeluh tanpa henti dan ini telah membuatkan Mak Dara marah padanya dan meninggalkan kedai itu tanpa sebarang permohonan maaf darinya.. sungguh ralat dan terkilan dengan sikap pekerja itu sedangkan Mak dara telah banyak membeli barang electrical dari kedainya.. 

Pada mulanya Mak nak lupakan sahaja perkara ini tapi bila mak fikir kembali jika mak diamkan sahaja pasti pekerja itu akan memberi layanan buruk kepada pelanggannya yang lain. Maka mak dara mengambil keputusan untuk menghubungi headquaters syarikat itu di FB dan bertanya kemana harus mak dara tuliskan surat aduan. Dan alhamdullilah setelah sejam setengah pihak admin page mereka membalas pertanyaan mak dan meminta mak menulis surat aduan rasmi dan di emailkan kepada mereka secepat mungkin.


No automatic alt text available.

Di harapkan dengan pendedahan ini pihak syarikat dapat mengambil tindakan sejawarnya agar tiada lagi pelanggan dan bakal pelanggan mereka menerima nasib yang serupa dengan Mak Dara. Pada para staff TBM ELECTRICAL cawangan SETAPAK SENTRAL yang bersikap tidak baik itu semoga anda tidak terus memberikan  layanan kepada pelanggan pelanggan anda.
..



Saturday, May 20, 2017

AZAN SCAN KEMBALI MEMERIAHKAN INDUSTRI MUZIK

AZAN SCAN KEMBALI MEMERIAHKAN INDUSTRI MUZIK
masih ingatkah anda dengan lagu KAU DIPAKSA AKU TERPAKSA? Tahukah anda kumpulan manakah yang menyanyikan lagu ini? Yessss betul kumpulan SCAN.. Penyanyi dan vokalis untuk kumpulan ini ialah Noorhazan bin Rashid atau kini mahu dikenali sebagai HAZAN. Hazan pernah menganggotai kumpulan Scan.yang merupakan antara sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada pertengahan dekad 90'an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Namun itu cerita 18 tahun yang lalu.. Kini setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia seni HAZAN telah mengambil keputusan untuk memeriahkan kembali industri musik tanah air dengan mengeluarkan sebuah album single terbarunya..




Mahu dikenali sebagai HAZAN RASHID tidak bermakna Hazan telah melupakan ahli ahli kumpulan SCAN yang lain. Katanya dia dia mendapat sokongan penuh dari Acid (gitaris), Ajoi (bassis) dan Afiz (drummer) kumpulan SCAN.

Hazan mempertaruhkan lagu CINTA YANG AKU PENDAM sebagai lagu yang akan membawanya kembali ke dunia hiburan tanah air. 

Bertempat di Asia Deli Food Court di Setapak Sentral Mall telah berlangsungnya penampilan sulung Hazan setelah sekian lama menyepi. Sebuah majlis santai ini telah didatangi oleh rakan, keluarga dan juga peminat peminat lama kumpulan SCAN. Mari Mak Dara kongsikan bersama anda majlis santai dan Unplugged bersama HAZAN RASHID di Deli Asia Setapak Sentral Mall .

Image may contain: 1 person, text



Ternyata bakat Hazan masih menyerlah walaupun telah lama tidak membuat sebarang pertunjukkan. Dan lebih memberikannya semangat apabila persembahannya pada acara santai bertemu peminat mendapat sambutan yang amat menggalakkan bahkan apabila Hazan menyanyikan lagu lagu lamanya bersama SCAN semua para hadirin yang datang turun bernyanyi bersamanya. Pasti ini akan terus membakar semangat Hazan untuk berjuang kembali di dunia hiburan yang dicintainya.

Selain memperdengarkan lagu lagu dari SCAN dan lagu terbarunya yang berjudul CINTA YANG AKU PENDAM , Hazan juga telah menjemput beberapa peminat untuk turut jamming bersamanya di majlis santai itu dan antara yang membuat persembahan adalah seorang remaja lelaki yang kini sedang VIRAL di YOUTUBE iaitu Ajohn

Persembahan artis undangan 

Setelah selesai membuat persembahan Mak Dara sempat menemubual berliau dan bertanyakan tentang album single terbarunya. Jom layanz interview ini bersama.


TEMUBUAL MAK DARA BERSAMA HAZAN RASHID


Sempena mempromosikan album single terbarunya Hazan Rashid telah mengelolakan sebuah pertandingan karaoke bersama HAZAN RASHID @AZAN SCAN


Image may contain: 1 person, text

Untuk sesi promosi single Album terbaru Hazan Rashid . Beliau ingin menjemput semua peminat serta sahabat2 yang ingin menyertai pertandingan Karaoka bersama Hazan Rashid@Azan Scan pada 21/5/17 di PPR Desa Rejang dlm program mesra bersama Persatuan Penduduk PPR Desa Rejang. Waktunya adalah dari pkl 10am - 4ptg. Borang adalah seperti di lampirkan dibawah, sila hubungi 011-28022052 untuk mendapatkan borang penyertaan atau hantar details anda seperti di dalam borang yg di lampirkan di watsapp no hp diatas.

No automatic alt text available.

Hadiah2 yang menanti pada pemenang- pemenang yg ingin menyertai Pertandingan Karaoke bersama Hazan Rashid. Antara hadiah2 nya ialah :-

Pertama -
Percutian 3 hari 2 malam Hamper & Cd Single Album Hazan Rashid@Azan Scan.

Kedua -
Wang Tunai , Hamper & Cd Single Album Hazan Rashid @ Hazan Scan.

Ketiga
Hamper & Cd Single Hazan Rashid@Hazan Scan.

Hadiah2 saguhati buat semua pesertapun ada...

Sebelum mengundur diri, Mak Dara sempat meminta kata kata terakhir dari Azan mengenai album, mengenai pertandingann karaoke dan juga ucapannya kepada peminat. Mari kita dengar temubual ekslusif bersama Hazan Rashid.




Mak Dara ucapkan semoga terus maju jaya buat HAZAN RASHID semoga dapat menghidupkan kembali nostalgia kejayaan SCAN dengan album terbaru ini in syaa allah.

Pada para peminat yang mahu menghubungi HAZAN RASHID bolehla ke FB beliau @ HAZAN RASHID @ HAZZAN CHEAZAN CIKAZAN



Tuesday, May 16, 2017

BUFFET RAMADHAN TERMURAH DI STREAT THAI



Assalam duhai teman.. Ramadhan makin hampir.. tengah bercadang untuk mencari tempat untuk berbuka puasa bersama keluarga , tersayang, tercinta dan bersama ehem ehem.. tapi takde idea nak kemana? Kalau pun ada idea tapi boleh dikatakan rata rata harga buffet untuk berbuka puasa yang ditawarkan boleh mencecah hingga ratusan ringgit.. Kalau setakat makan sorang sorang rasanya takde masalah dan masih bleh tersenyum lagi.. Tapi kalau kau dah berniat nak belanja satu family dari tersenyum boleh buat menangis bila terima bill nanti.. betul tak? Jadi macam mana.. masih mahu mencari buffet berbuka puasa yang terbaik tetapi TERMURAH? Haaa tak perlu menangis di bucu katil lagi.. Moh Mak Dara bawakan anda ke sebuah restoran makanan Thai yang menyediakan BUFFET RAMADHAN yang benar benar MURAH dan amat amat berbaloi untuk dikunjungi untuk tahun 2017 ini.. TERMURAH TU BERAPA??? Buffet ramadan hanya RM39.90 per pax kalau korang order 7 hari awal. murah kannn.. mana nak dapat lagi harga runtuh sebegitu? Di mana? Di STREAT THAI.. Moh tengok apa yang ditawarkan oleh Restoran STREAT THAI ini jom..



Image may contain: 2 people, food

Image may contain: food


Mak Dara kompommm memang hampir kesemua teman blogger mak dara akan membuat review dengan menghupload berbelas malahan berpuloh keping gambar sekitar restoran STREAT THAI ni.. Jadi mak nak buat suatu kelainan.. Mak Dara nak review melalui VIDEO.. Haaaa korang pun tahukan pekerjaan sebenar mak dara adalah seorang penulis skrip dan antara skrip yang mak dara tulis adalah rancangan masakan . Jadi sesekali nak juga merasa seperti HOS untuk rancangan makan makan.. Moh le layanz video Mak dara di STREAT THAI tempoh hari...

VIDEO REVIEW STREAT THAI oleh MAK DARA 


Image may contain: 3 people, indoor
Mak Dara sedang interview Kitchen Manager Encik Amin

Image may contain: people sitting, people eating and food

Image may contain: one or more people, people sitting, table, food and indoor

Image may contain: one or more people, people standing, people sitting and indoor

Image may contain: 1 person, sitting and food
Mak Dara sedang mereview menu yang terdaapat di STREAT THAI

Image may contain: 8 people, people smiling, people sitting and food

Harga: Untuk harga promosi tempahan 
7 hari awal: RM39.90++ 
Harga Normal : RM49.90++ (dewasa) 
 RM 19.90++ (Kanak 6 hingga 12 ) 

 Masa perniagaan: 
Setiap hari : 7 PM-9:30 PM 

 Lokasi: 
(Jaya One) 100-G.001 The School No.72A Jalan Universiti, 
Petaling Jaya 46200 Selangor, Malaysia 

Laman Web

 Tempahan: +603-7496-1297

Ok jangan tunggu lagi.. Jom tempah awal untuk melayakkan anda mendapat harga buffet termurah!!!!! Jommmm berbuka bersama sama di STREAT THAI!!!!

Image may contain: 1 person, sitting, eating and food


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK