Wednesday, December 20, 2017

KISAH BALU - WAKTU YANG TEPAT UNTUK MOVE ON

Waktu manakah yang tepat untuk MOVE ON? 
(Khas buat para BALU)


Assalam duhai teman.. Entah kenapa tiba tiba pagi ni teringat kembali kisah lama Mak Dara.. Ketika Mak Dara sedang berduka atas kehilangan suami semua berbisik dan memberi semangat untuk Mak Dara move on.. move forward.. fikirkan anak anak.. fikirkan masa depan.. Yelah tak pernah terfikir bahawa Mak Dara akan menjadi balu dan seorang ibu tunggal kepada empat org cahayamata di usia 37 tahun.. Bila Mak Dara mulai perlahan lahan mengikut nasihat mereka untuk move on.. move forward.. tiba tiba ada saudara yg paling terdekat dengan Mak Dara mulai merasa yang Mak Dara terlalu cepat "MOVE ON" terlalu cepat "meneruskan kehidupan" . Kisah Mak Dara dijaja keseluruh ahli keluarga yang lain hinggakan keluarga yg bermastautin di luar negara juga telah mengetahui tentang hal Mak Dara.. Mak Dara dicemuh dan difitnah bukan hanya di kalangan keluarga namun turut disinis di dalam blognya.. Mak Dara dikatakan FAKE.. berlakon sedih atas kehilangan suami dan bermacam lagi. FB dan whatsapp semua telah di BLOCK beliau.. like seriously?? Yang pergi itu bukanlah kucing atau haiwan peliharaan.. how to FAKE all this thing when you loose your spouse, your husband, the father of your child, the man of your life, your imam??

Bertapa "BERDOSANYA" Mak Dara pada pandangannya kerana telah meneruskan sisa kehidupan Mak Dara.. Adakah terdapat waktu yang ditetapkan untuk seseorang BALU untuk MOVE ON..? Tiga tahun setengah terlalu cepat? Mungkin 30 tahun baginya baru mencukupi?

Cepat atau lambatnya kita melakukan waima apa sekalipun bukanlah ditangan kita tapi telah ditentukan oleh Allah swt. Tidakkah dia tahu bahawa tidak ada satupun daun yang gugur kecuali atas izin-Nya .. Apakah dia mahu melihat aku terus berduka seumur hidup..

Mereka melihat aku ketawa.. melihat lihat aku gembira.. Tapi tahukah mereka apa tersirat disebalik ketawaku.. disebalik kegembiraanku.. Tidakkah mereka tahu sakit yang aku tanggung Tahukah mereka setiap hari aku merindu.. CInta yang akan ku gengam sehingga hujung nyawa walaupun aku telah meneruskan kehidupan ku ini..Dan selama lebih tiga tahun aku tidak pernah meluahkan perasaan yang terpendam ini.. Namun hari ini aku terpanggil untuk berkongsi dengan anda yang "senasib denganku" para BALU sekalian.. Jika ini berlaku kepada anda... Jangan berkecil hati.. jangan tersinggung.. jangan putus asa...

"MEREKA" tidak berada di tempat kita.. "MEREKA tidak rasa apa yang kita rasa.. Tiada antara kita yang mahu kehilangan suami.. Tiada antara kita yang mahu hidup sendirian.. Biarkan mereka dengan pendapat mereka.. Biarkan mereka terus berkata kata.. Doakan semoga mereka tidak menerima nasib seperti kita.. Doakan mereka kekal bahagia selamanya.. Yang penting adalah diri kita dan anak anak kita.. Percayalah kita insan terpilih.. Percayalah apa jua yang ditakdirkan kepada kita adalah satu NIKMAT.. Dan jika kita benar REDHA tunggu sahaja pelangi yang akan diturunkan khas untuk kita .. KITA INSAN TERPILIH...


Thursday, November 23, 2017

Belum Cuti Sekolah Tapi... 

Dari pagi sampai sekarang baru sampai rumah.. Misi mencari pakaian sekolah untuk ketiga tiga puteri saya Adza Danina (tingkatan 5) Adza Kasih (tingkatan 2) dan Adza Isabella (darjah 5) hampir selesai.. fuhhhhhh pening kepalaaaaaa juga nak settlekan kelengkapan sekolah anak anak untuk tahun depan sorang diri ni .. tapi no problem I can do it.. slowly but surely la.. sebab tu la sekolah belum mula bercuti lagi tapiiiiiii... hakak dah mulakan persiapan sekolah utk tahun depan.. gigih betul hakak kannnn.... Itu belum kena siapkan kelengkapan untuk anak bujang saya di U tu... biasa la bila kena jadi ibu dan ayah sekaligus bukanlah semudah yang di sangka tapi saya pasti , saya dan semuaaaaa ibu tunggal yang lain pasti dapat hadapinya.. kerana SINGLE MOTHER IS AWESOME 😎



Kisah Balu - Rindukan Pertolongan Pasangan

Kisah Balu - Rindukan Pertolongan Pasangan


Pagi ni saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda mengenai kisah balu dan "rindukan pertolongan pasangan". Apa kaitan antara kedua ini? Haa baca dulu baru anda akan faham antara dugaan yang harus dihadapi oleh kami. Ya baru baru ini saya mengalami beberapa masalah yang membingungkan. Antara masalah yang saya rasa pening untuk saya selesaikan sendiri ialah apabila paip bocor di sinki rumah, suiz wayar dirumah rosak, tombol pintu rosak dan saya anak beranak terperangkap lama dalam rumah, kereta rosak, dan bila tiba di bengkel dek kerana ceteknya pengetahuan saya mengenai kereta maka pomen nak cekik darah dan macam macam lagilah.. dan terbaru saya ada terbaca seorang teman saya yang juga baru kehilangan suaminya bertanyakan pada teman teman bagaimana cara untuk menjaga anak yang baru lepas bersunat.. Dan teringat juga teman saya , seorang lelaki yang kematian isteri dan terpaksa membesarkan anak anak yang kesemuanya gadis gadis. Teringat lagi dia pernah bercerita bertapa paniknya dia bila anak gadisnya pertama kali datang haid. Paniknya mengalahkan wanita nak bersalin. Ini kerana dia tak tahu apa yang harus dilakukan. Habis sedara wanita dia call minta tolong dan pendapat. Kelakar juga dengar pengalaman dia bergegas ke 7Eleven nak beli pad haha. 


Maka pada saat saat begini terdetik "jika arwah pasangan masih ada pasti diaorang dapat selesaikan semua masalah ini dengan mudah sekali". Time ni la kita palinggggggg rindukan pertolongan pasangan kita.. Tapi kami sedar bahawa itu tak mungkin berlaku.. Maka we reach for help..

Yaaa pada waktu waktu beginilah kami amat perlukan bantuan dan pendapat . Dalam sesetengah perkara, wanita perlukan pendapat lelaki dan yang lelaki perlukan bantuan dan pendapat wanita. Bukan tak boleh settlekan sendiri tapi kalau ada yang menolong atau sekadar memberi pendapat itupun sudah memadai dan dapat meringankan masaalah yang kami hadapi itu. Bukan mudah untuk memikul dua tanggungjawab sebagai ibu dan ayah atau tanggung jawab sebagai isteri atau suami sekaligus .. it’s not easy.. 

Jadi janganlah pula bila ada mengetahui atau membaca orang orang seperti kami meminta tolong atau meminta pendapat bahawa kami ni semua "manja" / "mengada" . Kalau sudi hulurkan bantuan atau pendapat. Kalau tak sudi hulurkan pendapat jauh sekali pertolongan takpe doakan sahaja agar Allah swt permudahkan urusan kami pun dah syukur alhamdullilah... 


Saturday, November 18, 2017

Senarai Blogger Paling Awesome 2017

Assalam duhai teman. Blogger ada bermacam macam .. Ada bloggger otai , ada blogger baru , ada blogger pemalu , ada blogger terlalu baik hati , ada blogger outspoken , ada blogger "kerek" dan ada juga blogger yang sporting. 


Selama bertahun tahun Mak Dara memasuki dunia BLOGGER ni dah bermacam macam jenis Blogger dah Mak Dara jumpa dan boleh dikatakan semuanya yang memang AWESOME. Belum lagilah berjumpa dengan blogger yang kerek Al hamdulillah. Tapi hari ni Mak Dara nak kongsikan dengan anda 15 orang BLOGGER yang sangat sangat AWESOME pada Mak Dara. 
Jom mak kenalkan Senarai Blogger Paling Awesome 2017...



farhana mohamad




Welcome To My English Class


Azwar Syuhada

mOnOLoG tAnpA sUaRa



moji



Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™


Emma Eema









Miss Nadya [Personal Blog]
Sharina Saimon Opzzpinky.my
logo%2B2

QasehnyaRania


Itulah senaraiSenarai Blogger Paling Awesome 2017... Senarai ni adalah dari Mak Dara ye jangan le pulak korang gi search atau google mana mana senarai penerima award untuk kategori ni pulak hehehe. Ok kenapa Mak Dara masukkan dalam list BLOGGER AWESOME . Ini kerana rata rata ramai dah tahu Mak Dara agak menyepikan diri dari dunia blog sejak kematian suami. Hampir 3 tahun lebih lamanya. Dan sejak begitu lama Mak Dara menyepi semalam sengaja je Mak test power hahaha dan sengaja mengadakan macam satu segmen yang simple iaitu meminta para teman Blogger meninggalkan link blog masing masing dan mak akan promotekan blog diorang dalam satu entry yang istimewa hari ni. Mak terfikir dalam hati kompom takde yang nak join segmen blogger sendu macam mak dara ni. Dan tup tup by tengah malam hampir 40 orang Blogger yang sertai segmen ni. Macam nak nangis dibuatnya. Awesome gilaaa kannn.. Makanya memang kesemua mereka layak Mak masukkan dalam list yang mak reka sendiri ni.. Pasti ada yang tertanya yang join segmen mak hampir 40 orang dah dan 15 blogger telah pun Mak Dara masukkan dalam sebuah entry istimewa semalam. kalau nak baca entry tu blog klik ini http://www.bicaramakdara.com/2017/11/15-blogger-sporting-2017.html .Dah alang alang korang dah baca list kat atas tu apa kata korang blogwalking lah sikit.. Boleh tgk blog mereka yang best best tuuuu.. 


Friday, November 17, 2017

Malam Jumaat Dan Solat Jumaat


Entry Kali ni Mak Dara tujukan pada kaum lelaki , bapak bapak sekalian.. amboiiiii kome.. pantang tibanya hari khamis mula lah penuhhhhh di timeline korang update status mengingatkan pada teman teman tentang “malam jumaat” ... haaaa baguslah saling ingat mengingati.. Sapa kata salah.. tak salah.. Tapi.......................

Janganlah asyik ingat dan asyik exited tentang “malam jumaat” saja... Solat Jumaat pun harus diingatkan juga tauuuuuuu.... Haaaa barulah balance dunia dan akhirat .. Betul tak? Jangan marahhhhhh arrrrr hehehee 

Salam Jumaat Barokah buat semua teman teman sekalian. 


Thursday, November 16, 2017

15 BLOGGER SPORTING 2017

Assalam duhai teman. Blogger ada bermacam macam .. Ada bloggger otai , ada blogger baru , ada blogger pemalu , ada blogger terlalu baik hati , ada blogger outspoken , ada blogger "kerek" dan ada juga blogger yang sporting. 


Selama bertahun tahun Mak Dara memasuki dunia BLOGGER ni dah bermacam macam jenis Blogger dah Mak Dara jumpa dan boleh dikatakan semuanya yang memang AWESOME. Belum lagilah berjumpa dengan blogger yang kerek Al hamdulillah. Tapi hari ni Mak Dara nak kongsikan dengan anda 15 orang BLOGGER yang sangat sangat SPORTING pada Mak Dara. 
Jom mak kenalkan 15 blogger yang SPORTING habis ni...


Namia Blog

Blog Abang Ensem

Sharing My Ceritera



aizamia3










Blog Sihatimerahjambu

Makna Kecantikan bersama...

Mia - Memories of Mine

♥♥ MAMA MASZULL ♥♥


Itulah senarai 15 BLOGGER SPORTING 2017. Senarai ni adalah dari Mak Dara ye jangan le pulak korang gi search atau google mana mana senarai penerima award untuk kategori ni pulak hehehe. Ok kenapa Mak Dara masukkan dalam list BLOGGER SPORTING . Ini kerana rata rata ramai dah tahu Mak Dara agak menyepikan diri dari dunia blog sejak kematian suami. Hampir 3 tahun lebih lamanya. Dan sejak begitu lama Mak Dara menyepi semalam sengaja je Mak test power hahaha dan sengaja mengadakan macam satu segmen yang simple iaitu meminta para teman Blogger meninggalkan link blog masing masing dan mak akan promotekan blog diorang dalam satu entry yang istimewa hari ni. Mak terfikir dalam hati kompom takde yang nak join segmen blogger sendu macam mak dara ni. Dan tup tup by tengah malam hampir 40 orang Blogger yang sertai segmen ni. Macam nak nangis dibuatnya. Sporting gilaaa kannn.. Makanya memang kesemua mereka layak Mak masukkan dalam list yang mak reka sendiri ni.. Pasti ada yang tertanya yang join segmen mak hampir 40 orang dah kenapa promote 15 blogger je.. jangan risau nanti mak buat satu lagi entry istimewa untuk 40 blogger selebihya...Tungguuuu...Dah alang alang korang dah baca list kat atas tu apa kata korang blogwalking lah sikit.. Boleh tgk blog mereka yang best best tuuuu.. 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK