Monday, March 13, 2017

Kempen Kawalan Pembiakan Di Dom's Pet & Care Veterinary Klinik

Kempen Kawalan Pembiakan Di Dom's Pet & Care Veterinary Klinik 


Haiwan peliharaan.. Baik kucing , burung , kura kura atau apa sahaja kini lebih dianggap sebagai ahli keluarga pada sesetengah keluarga. Perhatian kepada binatang peliharaan kini lebih terjaga dan diutamakan. Kalau pet anda sakit terasa seperti ahli keluarga anda sakit.. Maka pastinya anda akan cepat cepat nak cari klinik untuk mendapatkan rawatan bagi pet anda bukan? Tapi klinik mana yang bagus? Haaa itu persoalannya kan...

Ada yg tengah ushar mengusar nak cari klinik haiwan yg bukak sampai MALAM dan dibuka pada HARI AHAD?? Atau tau ada member member yang tengah usha nak bawa haiwan diorng pegi klinik tapi tak tau nak bawak dekat mane area USJ Subang Jaya ?  Tapi, sebelum tu..baca dulu
-----------------------------


APA YG BEST SGT DKT DOM'S PET & CARE NI?


-----------------------------


Uolls tau tak mereka buka sehingga pkl 8.30pm dan HARI AHAD? Jadi uolls tak payah dah nak terkejar2 balik dr ofis sbb takut klinik haiwan tutup,so bolehlh rileks skit




Diorang ada buat service HOUSECALL maknanya if uolls ada byk sgt kucing dkt rumah lps tu ssh nak tangkap utk bwk jumpa vet atau ssh nk bwk carrier byk2 sorng2, tak pun utk owner anjing of anjing besar sgt tak dpt nk msk kereta then call je klinik booking. We olls bole dtg rumah uolls utk rawatan ke vaksin

Bukan takat tu ja.Mereka nie mcm ONE STOP CENTRE utk si comel anda sbb selain klinik ada jg servis petshop mcm grooming,boarding dgn pet taxi


Utk boarding plak,kesihatan si comel akan dipantau oleh vet mereka yg mmg frendly terlajak dgn si bulus nie semua

APA LAGI YG BEST??
Servis housecall dgn pet taxi kami cover seluruh Lembah Klang bukan setakat area Subang Jaya je

Bagi pemilik yg bwk binatang lebih dari 2 EKOR utk VAKSIN,layak dapat REBATE RM10 utk kucing ke 3 dan seterusnya *tertakluk pd terma & syarat
Jgnlh risau sbb diorang merawat semua jenis haiwan selain kucing. So apa tunggu lagi?? Artis pn dah hntr kucing diorng dkt sini, ??


Mark Adam pun hantar petnya di sini


Ery Putra pun hantar petnya di sini


PROMOSI PROMOSI...

Kadang-kadang mereka ni ada buat promosi harga kasih sayang mcm:
1. Promo vaksin
2. Promo neutered sempena Kempen Kesedaran Pemandulan kpd haiwan kesayangan
3. Promo Pakej Geng Bas Sekolah


So kena pastikan uolls aware dkt iklan-iklan promo yg akan mereka up di page FB mereka @ Dom's Pet & Care Veterinary Clinic utk grab harga promosi nie

Dan promo terbaru untuk bulan mac ini ialah 

PROMOSI KEMPEN KAWALAN PEMBIAKAN
(dengan harga kasih sayang)

Antara terma & syarat:


1. Memiliki rekod vaksin yg sah & telah divaksin sekurang-kurangnya SEKALI


2. Tubuh badan yg sihat & memiliki berat bdn tidak kurang dr 2kg



PART PALING PENTING!!

Sila booking slot pemandulan nie bg mendapatkn tarikh yg anda kehendaki..Slot pemandulan adalah terhad pd setiap hari

Promosi sampai 18/3
Sebarang pertanyaan atau nk booking slot boleh call

 03-80259016
📱 016-6114647



Since promosi sampai 18/3 je, kot la ada readers Mak Dara yang nak book slot tapi tak sempat, takpa, call or whatsapp no yg ada tu, letakkankeyword mak dara, Insya Allah masih bole booking date walaupunpun date promo dah habis... Haaaaa terbaekkkk kannnn...

Jadi silalah dtg ke:
9-1,Jln USJ 21/7,47640 Subang Jaya (bersebelahan MAIN PLACE)

Masa operasi:
10.30am - 8.30pm (Selasa - Jumaat)
10.30am - 5.30pm (Sabtu)
10.30am - 3.30pm (Ahad)
No. Tel:
03-8025 9016

Atau ke FB PAGE DIORANG at Dom's Pet & Care Veterinary Clinic boleh pm tepi.. Diorang memang aktif reply mereply mesej ni.. Meh Mak share peta kat korang yang takmo guna waze hehehe..


COME | HEAL | STAY

Psssttt... Jangan lupo sobut namo Mak Dara boleh dapat diskaun ker .. Itu kena tanya tuan ampunya klinik k.. 

Saturday, March 4, 2017

Adik Beradik BLOGGER

Adoiiiii adik beradik Mak Dara ni kan memang jelesss naw naw dengan Mak.. Tak leh nengok Mak Dara glemer skit (glamour ke hahahaha) sebagai blogger diorang pon nak jugak.. Jadi terpaksalah hakak membuka blog blog baru untuk mereka.. 

Blog pertama yang Mak Dara create tadi adalah untuk adik Mak Adza Tuty. Blognya bertajuk D ADZA FITNESS  yang lebih menjurus kearah senaman dan kesihatan


Adza Tuty merupakan seorang ELIT INSTRUCTOR untuk senaman PILOXING .. Haaa selalu korang dengar tentang senaman ZUMBA sajakan.. Senaman PILOXING ni baruu juga masuk ke Malaysia.. Ia adalah sebuah senaman gabungan senaman PILATES dan BOXING.. Haaa pada yang berminat untuk join kelas kelas yang diadakan oleh adik mak si Adza Tuty ni bolehlah ke blog beliau @ http://adzatutyfitness.blogspot.my/ dan di sana ada jadual untuk semua kelas kelas piloxingnya.

Mak Dara juga berbangga dengan pencapaian adik Mak dara ni kerana telah kerap kali dijemput untuk menunjukkan senaman PILOXINGnya di beberapa rancangan TV dan yang paling kerap di rancangan MALAYSIA HARI INI MHI di siaran TV3. Dan dia juga pernah berPILOXING bersama KJ uolss.. The tall , Dark and Hensome menteri sorang tuu.. adoii jelesss mak tauuu hehe

Adza Tuty @ MHI

Ok habislah kisah pasal Adza Tuty dan Blognya. Kita ke seorang lagi adik Mak Dara yang baru nak berjinak jinak dengan dunia blog iaitu si Adza Rina . Dan blognya yang bertajuk FREAK2CHOC . Jangan ditanyalah kenapa pelik benor nama blognya.. Al kisahnya si adik mak dara ni memang kakiiiiii dan gilaaa makan cokelat.. jadi freak2choc tu ala ala menggambarkan bertapa dia obses dengan cokelat.. 


Ok Adza Rina ni pun seorang pengamal ilmu hitam.. Ehhhh idok le lawak jer.. hahaha.. Ok adik mak sorang ni pun kaki senaman juga dan dia adalah seorang instruktor untuk senaman ZUMBA.. Dia telah mengajar ZUMBA lebih dari empat tahun lamanya.. Maka dalam blognya nanti akan dimasukkan segalla kisah dan pengalamannya mengendalikan kelas ZUMBA. Dan dia juga akan kongsikan jadual kelas kelasnya . Berlainan dengan Adza Tuty yang sering keluar untuk rancangan untuk siaran TV3. Adza Rina ni pula ada mengajar untuk kakitangan RTM pada setiap minggu. Haa berlawan la adik beradik seorang RTM sorang TV3 hahaha.. ok kalau anda antara anda memang suka berzumba maka bolehlah ke blog beliau @ FREAK2CHOC ye.. Dan bukan saja dia seorang instruktor zumba adik mak ni juga pandai meniaga.. Dan dia meniaga LIPBALM KOLOGEN.. Dan nama produk lipbalmnya ialah D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR


Tapi tadi Mak hanya sempat tolong dia buat satu entry je dan entry tersebut tentang lipbalm yang dijualnya.. Terdapat banyak punca punca yang boleh menyebabkan warna bibir anda nampak kusam, kurang menarik, merekah dan mengelupas apabila menggunakan lipstik yang terdapat dipasaran. Tetapi menggunakan Lipstik D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR, masalah bibir pasti tidak berlaku lagi.

KEBAIKAN D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR

1. Apabila digunakan ia akan menjadi penyeri warna bibir semulajadi mengikut suhu badan dan darah.
2. Boleh menjadi pelembab dan melembapkan bibir yang kering dan merekah.
3. Sesuai juga untuk bibir yang gelap akibat merokok dan faktor keturunan.
4. Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita.

Jom dapatkan D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR
Whatsapp : 01111384641
Ehhhhh sempat lagiiiii Mak tolong pomot produk adik mak kan.. Alaaa kasi cannn laaa.. Kalau bukan kakak yang tolong siapa lagi kannnn..

Jadi kalau ada antara korang yang dah letih melayan meroyan Mak Dara bolehlah ke blog adik adik mak ADZA TUTY @ blog D ADZA FITNESS  dan ADZ RINA @ blog FREAK2CHOC ya.. Tapiiii kalau boleh tu diharapkan takde la yang letih layan meroyan makkkkkk.. sedihhh tauuu nanti mak bertambah meroyan siapa yang susah??? Mak je laaa kannn hahaha..

Ok harap harap penyakit ni tak menular ke adik beradik yang lain.. jenuh jugak kalau kenaa bukak blog untuk 6 adik beradik.. mau biol dibuatnya nengok semua coding coding semua haha.. Ok lah take care uols.. mak lovessss you so muchh.. sambil lambai lambai ala ala miss world hahaha


Wednesday, March 1, 2017

Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

Terkejut tatkala mendapat mesej di whatsapp group sebentar saja tadi dengan berita pulangnya ke rahmatullah sebutir bintang seni negara iaitu Tan Sri Jin Shamsudin. 


Difahamkan bahawa allahyarham telah meninggal dunia di sebuah klinik yang terletak di Taman Melawati. Dan dari sumber Berita harian kematian allahyarham adalah disebabkan oleh sesak nafas akibat tercekik apabila sedang makan dan minum petang dirumahnya..

Pada mulanya Mak Dara macam tak percaya mendapat berita ini tapi bila baca kenyataan media oleh persatuan seniman dan juga artikel di BH maka benarlah berita itu.. 


Subhanallah kita baru sahaja kehilangan allahyarhamah Erin Malik semalam dan hari ini kita kehilangan sebutir lagi bintang iaitu Tan Sri Jins Shamsudin. 

Mak masih teringat lagi suatu ketika dahulu apabila arwah suami Mak Dara pernah melawat Tan Sri dan sempat menemubualnya . Kata kata nasihat Tan Sri kepada para pelakon pada masa kini amat amat dalam maknanya.. 


Salam takziah Mak Dara ucapkan pada keluarga Tan Sri. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan dicucuri rahmat aamin. 

AL FATIHAH


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK